Pengikut

Isnin, September 27, 2010

Dah kena Pau...

Izzah's favourite..

Mesti inti coklat tau.. unfortunately, it is not available at any frozen food section at the supermarket, so??? DIY lerr

Done this for few time, as usual.. practice makes perfect.. this time dah tak kedut.. sukanya akuuuuuu. Making extra.. simpan dlm peti sejuk, esok pagi2 bole stim n bawa bekal kesekolah..kononnyer ler.. tp dah habis licin sebelum sempat di frozen kan... arini bawa bekal apa???? RM2 je lah

AMMENDED ON 29/09/2010 FOR THE RECIPE

Atas permintaan ROSH.. saya tampalkan resepinya disini yerrr, kalau sesapa nak cuba bolehlah try..

1/2 cawan air (jangan terlebih air, nnt akan berkedut pau tuh)
2 sudu besar minyak jagung
2 cawan tepung Pau/tepung gandum biasa
2 sudu gula
1 sudu besar (rata) yis
Cooking coklat yg di parut secukupnya untuk inti (kalau coklat paste susah nak isi)
*cawan=measurement cup

Masukkan semua bahan ikut turutan ke dalam bread maker dan uli selama 15 minit. Atau kalau tiada BM, campurkan semua bahan2 dan uli sampai tepung tak melekat di tangan.
Then rehatkan selama 15-20 minit atau adunan naik 2 kali ganda.
Bahagi2kan adunan kepada bulat2 kecil, canaikan dan isikan inti.
Panaskan air kukusan dan kukus selama 10-15 minit. Tutup kukusan tersebut perlu di letakan kain agar air tak menitis ke atas pau yang boleh menyebabkan pau beredut..
SELAMAT MENCUBA...
*pau yg telah dikukus boleh jugak di simpan didalam fridge (frozen), then boleh dikukus semula. 
*saya buat pau comel2 jer, so dengan adunan di atas boleh dapat dlm 10-12 biji pau.


Regards;
 

6 ulasan:

  1. wah....sedapnye Pau!!!!

    terliur dibuat mu....

    BalasPadam
  2. Izzatul & Lynn.. jemput makan hehehe..

    BalasPadam
  3. senang tak nk buat. nk resepi, leh? nmpk soooo yummy...

    BalasPadam
  4. Rosh.. saya dah amend entry kat atas tuh, dah sertakan resepi. senang jer nak buatnya. selamat mencuba yer

    BalasPadam

Love your comments...