Pengikut

Isnin, April 25, 2016

Harga baru telekung LittleMaryam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dengan berat hatinya, dan mohon ampun dan maaf pada semua pelanggan telekung kami...

Berikutan dari kenaikan harga kain cotton dipasaran, dan kenaikan harga barang-barang jahit, akhirnya kami terpaksa mengalah jua... huhu.

Setelah 4 tahun beroperasi... sejak telekung pertama kami hasilkan... harga kami kekal.. seingat saya, harga semeter kain yg pernah saya beli mula2 dulu hanyalah RM4.80, tapi sekarang dah RM8++ semester huhu,... almost double tuh. Benang jahit tepi kecik tuh dulu2 RM2.80 seketul, now ambik borong baru dapat RM3.50 huhu.. tak masuk lagi kos elektrik... dah berapa kali dah tariff naik adehhhh (sekadar luahan hati)

Tahun lepas ada GST, tapi kami beli kain pukal siap2 sebelum GST huhu (rabak poket koi :-P).. tapi bila stok kain dah surut, bermakna kena beli stok kain baru, takde pilihan lagi dah, beli sikit or beli banyak, memang kena juga bayar GST kan

Dengan berat hatinya kami umumkan harga baru.... dengan satu janji dan tekad kami... mutu jahitan akan terus dipertingkatkan  (in shaa Allah, this week akan sampai mesin baru kami - update kendian yerr hihi) dan juga kami pilih kualiti kain yang terbaik tapi affordable gitu... mampu milik. Jauh lebih baik dari kain yang sebelum ini.
Dan sejujurnya, kami bukanlah naikkan harga kerana dah banyak tempahan huhu... tidak sama sekali.... (sebab tuh kami terus terang dengan kenaikan harga ni.. tiada sembunyi sembunyi)


Disebabkan pelbagai permintaan (telekung shj. tanpa pouch, beg telekung etc) kali ini kami quote harga tanpa pouch, dan ada pilihan untuk pouch ataupun beg. Beg dengan nama tersebut bersaiz standard dan agak besar, jadinya kalau anak2 nak bawa pergi tuisyen pun boleh. Setakat hari ini pilihan corak untuk beg agak terhad, tapi kami akan tambah dari masa kesemasa....

Detail untuk pembelian boleh klik di sini yer http://blogrimbun.blogspot.my/p/tempahan-telekung-littlemaryam.html

Apa pun... jangan sedih yerr
Kasi happy skit....
Dengan ini juga saya umumkan... DISCOUNT RM5 untuk setiap tempahan telekung dari hari ini sehingga 30 April 2016



Regards;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Love your comments...