Aci tak?
Order banyak lagi in the list, tapi terasa malas benor nak menjahit seriously..
So saya aim nak setelkan scrap jer...
Another quilted phone sling pouch..
Nampak feminin.. in pink gitu
Tapi nampaknya takde kesan pun dengan scrap saya tuh.. melambak macam biasa jugak kan...
Camna eks nak mengurangkan scrap ni.. emmm
Zoom dekat skit..
Bahagian dalam.. actually ada satu poket kat dalam tuh yang saya letak interfacing tebal, so that bila tekan butang tu, taklah terus kena handphone.. lebih selamat dari scratch
Ekss... sebenarnya ini pun order.. from Izzah's friend, nak jugak pouch sama macam Izzah hihi.. kita tengok berapa ringgitkah agaknya makcik ni claim commission pasni yerrr..
Dah pun ke akhir February kan.. Izzah pun dah start tuisyen malam. Actually saya memang taklah push sangat untuk dia ke tuisyen, tapi since last year, ada peningkatan jugak bila dia pergi tuisyen.
Itu pun tuisyen kat sekolah sahaja, anjuran PIBG, memang agak murah, cuma RM60.00 per month untuk 4 subjek, setiap subjek sekali seminggu. Yang mengajar pun cikgu2 sekolah jugak. Izzah pun suka sebab suasana belajarnya agak santai, tak banyak sangat peraturan. Even boleh makan pun dalam kelas... (mengikut cerita Izzah lah)
Saya pun terpaksalah ubah schedule harian saya... kena dahulukan untuk prepare dinner for Izzah before fikirkan untuk exercise... hihi masih lagi meneruskan azam tahun 2012 saya untuk lebih sihat. So, on alternate day memang paksa diri untuk exercise...
Bila cerita pasal exercise ni, ramai yang beralasan tak cukup masa kan..saya punnn. Tapi rasanya kalau selagi kita beralasan, selagi itulah kita akan hidup dengan alasan tersebutkan. Jom saya share skit citer saya pada yang berminat, kalau tak minat, stop kat sini jer tau...
Selalunya saya masak yang simple2 sahaja di hari bekerja (hari cuti pun sama kikiki), so it takes about 30 minutes jer untuk sediakan makan malam. Yang makan berat pun cuma Izzah, nasib baik dia tak kisah kalau makan lauk yang dipanaskan, as long as its her favourite food
Now Maghrib masuk agak lewat, so kalau start exercise pukul 6.45pm, sempat habis before Maghrib pun. It takes about 30 minutes je pun... itu pun dah berpeluh dah...
Baru2 ni saya beli VCD Denise Austin, dah boring dengan Denise Austin & Kathy Smith yang lama arituh.. fuh yang ni memang hi-impact, in 15 minutes dah rasa semput den. Tapi memang kena berhati2 bila ikut VCD shj without personal trainer ni, mula2 memang kena buat pelan2, takut salah buat kang terdedah dengan injury plak kan. Banyaknya cardio exercise, guna dumbell and ada jugak unsur2 pilates
Other than that, kalau terasa malas nak pegang dumbell tuh, saya kayuh elliptical cross trainer tuh jer. Buat ala2 tabata, 1 minutes laju, 1 minutes pelan, in 15 minutes dah rasa nak pengsan hihihi, now dah boleh buat in 30 minutes..
Dannnn... rasanya ada satu lagi alternatif baru yang boleh consider... go for swimming masa Izzah ke tuisyen... opsss mesti ada budak yang jeles nanti. Setakat ini kami cuma pergi swimming seminggu sekali jer, either on Saturday or Sunday. Itu yang kekadang rasa semput skit, terutama kalau nak buat non-stop 100 meter (50x2=pergi n balik non-stop), pastu rehat jer yg lama :P, ambil nafas hihihi.
Masih lagi fail dengan freestyle... cikgu kecik saya (Si Izzah) dah banyak kali ajar, tapi tak pas jugak hahaha. Aktiviti berenang ni dah kira aktiviti keluarga bagi kami, every weekend mesti pergi, kalau tak petang Sabtu, kami pergi malam, or pagi Ahad.. or even kalau tak sempat sangat mcm balik kampung, so kami pergi petang Ahad
Oh yaa... jangan plak nanti ada yang email saya or tag saya dengan produk kurus plak yer.. hihi sebabnya arituh saya post di FB kata malas nak bersenam, ramai plak yang tag n PM saya pasal produk kurus.. oh NO NO.. saya bukan nak kurus, saya nak sihat, nak tulang yang kuat, nak bina otot instead of lemak. So kurus bukan matlamat saya, nak pakai baju saiz XS bukan matlamat saya hihihi (selalu baca kat forum pasal nak kurus ni orang bangga dapat pakai baju lebih kecik kan, tambah plak kebaya sendat hihi)
OPs panjang plak citernyerr...
Harap dapat serba sedikit idea camna nak exercise.... semakin meningkat umur, sebenarnya makin perlu kita support diri kita dengan exercise, so that kita tidak tua sebelum waktunya (ada hati nak jadi aweq muda tuh hihihi). Saya bukan pakar, cuma bercita2 nak menangkis segala alasan kemalasan dalam diri.
pst pst... saya tahu, mesti orang akan kata, saya ni senanglah nak buat sebab anak sorang, dah besar plak tuh... kan kan.. what ever lah...
Regards;















