Pengikut

Selasa, Disember 27, 2016

Jalan-jalan : Farm in the City

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog, kadang masa nak buka PC tuh limited sangat. NAsib baiklah ada FB kan, at least bolehlah nak update page untuk jual barang kikiki

Cerita sebulan yang lepas, pada 26.11.2016


Kebetulan ada family kak ipar dan mak mertua dating ke sini.. kami pun bawa ke Farm in the City, nak bagi Azib dan Asfa tengok haiwan hihi
Tapi gambar Azib langsung takde dalam kamera... syok sangat tengok macam2 binatang sampai lupa nak ambik gambor... nasiblah kan.

Recommended untuk yang ada anak kecil, tapi harga agak mahal lah pada saya. Sebab tempatnya kecik jer pun. Dalam masa sejam jer dah boleh cover semua, pastu kalau nak naik kuda kena bayar lagi plak, Nak bg makan raccoon kalau tak silap, kena beli lain huhuhu...

Apa pun, both Azib and Asfa enjoyed the moment.
Sampai jumpa lagi... adioz

Regards; mila

Rabu, Disember 14, 2016

Y.E.S Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Assalamualaikum

Ada masalah nak belajar BI tak?
Anak tak berapa pandai BI?
Buku rujukan yang ada pun tak berapa menarik dan sukar difahami?
Perlukan penerangan grammar dalam bahasa Melayu?
Nak buku yang menarik, colourful dan interaktif?

Ada sesiapa yang mencari buku ini untuk anak2?
Mak-mak pun nak kena study sebab nak ajar anak?

Jom pakat beli buku MBBI ni... ternyata berkesan untuk meningkatkan penguasaan BI anda dan keluarga anda.. cheeeewahhh

Dan satu lagi berita gembira...
Saya nak buat Y.E.S... yes!!! YEAR END SALE

Market Price at RM39.00 sebuah
Harga YES berapa erks?

RM35??

Bukan.... murah lagi tau...

Yeahhhh..
Cuma RM30 sebuah (harga tidak termasuk kos pos)
Ambik 3 buah, saya bagi FREE kos pos
Ambik 10 buah, saya bagi RM28x10=RM280.00 (termasuk kos pos guna parcel)

Jangan tunggu lama2 tau...
Stok limited
Masa terhad
Harga tawaran ini sah pada yang telah membuat pembayaran sehingga 31.12.2016, 23:59, sementara stok masih ada

WA/TG saya 019-254 8268
or email my.milakamila@gmail.com


Regards; mila

Selasa, Disember 13, 2016

Belated Birtyday AsfaMaryam 28.11.2016

Assalamualaikum
Alhamdulillah..
Anak dara kenit ni dah 2 tahun dah
Terasa kejap jer masa berlalu

 
Sambutan pada 11.12 di kampong...
Biasa ler, cuti panjang, kita balik kampong je lah
 
Sambutan untuk 2 orang terus, sorang belated, sorang advanced haha
 
3 cousins... asfa dengan wafiy beza 6 mo jer, tapi fizikal diorg macam bertahun bezanya hihihi
 
Moga semuanya jadi anak yang soleh dan solehah.. Amin


Regards; mila

Homemade MEE with love

Assalamualaikum..

Wahhh bersawangnya blog acik yer
Acik dilanda kemalasan yang tersangat
Apa udah jadi nih..

Banyak nak di ceritakan di blog ni, lebih kepada personal diary sebenarnya, tapi masa amat mencemburui  kihkihkih (read: malas buka PC :-P )

Cabaran jugak bila duduk di rumah ni kan... mood ikut suka jer
Kadang kelaut jugak..

Nak citer pasal dapurlah plak..
Arituh dok window shopping (lazada jer pun hihi) mesin mee
Dah buhsan try macam2 mee dipasaran, mesti terasa sangat pahit air kapurnya. Setakat ini cuma mee yang mak selalu beli kat kampong sana jer yang sesuai masuk tekak. Yang lain memang terasa sangat pahitnya. Camna nak tahu? buat jer mee tanpa rasa pedas, then baru tau rasa sebenarnya... (tak pedas sbb nak bg Asfa makan)

Akhirnya ku angkut jua sebijik mesin mee
Wahhh tak susah sangat rupanya nak buat mee kan..
Part menguli tuh memang ada sedikit tenaga diperlukan, tapi acik ni pemalas orang nya, minta jasa baik slow juicer je lah tolong uli..
 
Maka... jeng jeng... jadi jugak mee acik nih...
Resepi mee kuning, tapi mee acik putih jer :-P
Lupo nak isi kunyit daaaa


Resepi dapat dari YUYU Zulaikha :
Acik salin balik sebagai peringatan buat acik, tapi dah tukar2 skit:

MEE KUNING
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil kunyit (ai is lupooooo)
1 sudu kecil garam bukit
1 biji telur
50ml air

Untuk merebus mee
1 sudu kecil minyak
3 cawan air

Masukkan semua bahan2 mee dalam mixer dan uli selama 10 minit
Rehatkan doh selama 30 minit dalam bekas bertutup

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, dan leperkan skit
Gunakan mesin mee untuk leperkan doh ikut ketebalan yang sesuai, saya gunakan yang paling tebal terlebih dahulu, kemudian baru di nipiskan lagi
Last sekali masukkan kebahagian bergigi tuh dan jadikan mee

Rebus dalam air mendidih sampai mee timbul dan gaulkan dengan sedikit minyak

Ready to eat...
Boleh di goreng
Mee rebus
Mee kari
apa-apa ajerrr..

Arituh saya buat mee kari, guna ayam kampong Masyhur. Masak plak guna PPC. Memang cepatlah
Aishhh macam2 gadget ada kan... kalau malas masak memang ampeh tul ler hahaha

Sampai jumpa lagi..

Salam Maulidurrasul

Regards; Mila