Ahad, Oktober 30, 2011

Layan NV50 di hujung minggu

Its weekend.. everybody love weekend right.. here is me on weekend

Another patching.. proud of this, its my own template and my own idea.. lots to go

Another row of cloth mentrual pad making..


And another project for my dearest princess

At first nak buat legging with this knitted cotton...
Tapi cuba anda perhatikan betul2, wierd right.
Nampak sangat tak pro.. the lines on both sides are not sequence.. akibat nak jimat kain lah niii. Any idea hihihi..


Kita tambah skirtlah.. huhuhu
Walaupu ayah kata weird, tapi Izzah kata cantik.. oklah tuu


And then the shirt... tersenyum riang tuan punya tuh..

Horayyyyy

pst pst.. lepas ni ada budak tuh akan muncung sedepa sebab kena gosok baju sekolah yerrr hahha

Happy weekend my friends.

Regards;
 

Khamis, Oktober 27, 2011

Hang it or throw it?

Almost a year since I finished sewing this patchwork pattern.. my story here
Then last two week I tried to finish everything... FMQ.. binding etc..
And now here it is..


Nampak tak the pattern lintang pukang jer.. never thougt of making it the same for all. Dah siap jahit baru tau susunan tak berapa betul hehehe..

The size really fit my 2-seater sofa.. and they perfectly match together...



So as at now, I have no decision.. just be sofa throw or a wallhanging?
Any suggestion?


Regards;
 

Rabu, Oktober 26, 2011

Lil gift for friend

For a friend who just received a baby boy...
Just a simple baby quilt for you.

FMQ... loving it soo much

Simple binding will do..

Happy Deepavali to all Hindu's friends
Regards;

Isnin, Oktober 24, 2011

Hanya kerana benang?

Happy Monday everybody..

Dah lunch hour pon, perut rasa macam nak makan tapi mata kata 'take a nap pliz', but hati kata update blog lah hahhaha.. (so saya ikut kata hatilah ni yerr)

Last few days, I kept on sewing the baby quilt, quilting and binding.. and still binding in progress, handstitch the binding.

As usual I am learning.
Last week when I binded Izzah's quilt, I noticed that the longer you sew the thin was the thread(handstitch). Macam terhakis jer. At the end, benang tuh akan putus jer. Begitulah nasib orang yang malas nak sambung benang selalu, so sekali sambung panjang berdepa haha....
Any solution to that???
Then I remembered one thing.. I had puchased one spool on Quilting Thread before

Cari punya cari.. inilah dianyerr
Ohhhh memang oklah guna benang niii. Ianya tak berbulu dan tak terhakis walaupon selepas beberapa inci. Very good quality.
Anddd very "good" price also hahaha
RM12.00 for 137 meters fuhhhh.. ahkak lap peluh jap yerrr

Agak2 kalau saya order quilt and the seller kata quilt dia mahal sebab pakai benang mahal, does that makes any different yer? Kalau mahal sebab guna US cotton tuh boleh dikatakan tangible kan... nampak kualiti dan corak nya yang jauh berbeza, tapi kalau hanya kerana benang kui kui kui....

Me? : Lepas ni proceed machine binding je lah.. senang dan cepat gitu. No more thread issues.

Regards;

Selasa, Oktober 18, 2011

Cerita cerita cerita

Cerita sabtu yang lepas..

Seharian saya FMQ my quilt wallhanging. The patchwork done last year.. and hari sabtu tuh baru dapat mood untuk siapkannya..

Fuhhh I spent the whole day doing this, and its only a 43 inch by 43 inch.. kalau lagi besar.. mokcik boleh pengsan dululah hahaha...


Still in progress, still handstitch the binding.

Dan yang ini plak atas permintaan anak dara ku yang seorang itu..
Sarung bantal yang match dengan quilt dia arituh


mesti ada sulaman nama dia tau..


Makin lenalah tidur anak umi nii

Tapi.... the second night dia dah make another request, apa kata satu lagi bantal tuh pon nak sarung baru, and also the bolster. semua sedondon, barulah lagi cantik katanya... ada klazzzz gitu..

Iyooolah tuuu


Regards;
 

Isnin, Oktober 17, 2011

Fabric Swap.. Sweetlilcraft

Selalu tengok kat blog2 quilters kat US jerr
but now ours.. at Malaysia. Yup its a Fabric swap.. organised by AyuSweetlilCraft (pst pst.. ada sales kat sana, jom pakat2 pi tengok yerr)


My swap partner kali ni adalah.. jeng jeng



Inilah dia nya barang yang saya dapat... banyakkan.. macam craft swap plak


Ada hasil tangan Tasha.. crochet.. ye ke crochet eks, or knitting? ada beza ke antara kedua ni eks.. sorrylah yer.. saya ni jahil skit bab2 crochet and knitting ni.. jenuh dok belek2 camna nak buat camni hahaha


ada buku lagi tuh.. terima kasih banyak2..


dan ada jugak felt..


tak ketinggalan kain2 ni


Thank you soo much Tasha.
Kalau ada sesapa yang nak craft supply bolehlah ke blog Tasha yer.
Thanks jugak to Ayu for organising this.
Harap2 bolehlah suatu hati kita bersua muka dan berkenal-kenalan yer...

pst pst.. to my swap partner Rosh.. just posting your fabric.. sorry sesangat sebab lambat. Insyallah esok or lusa sampailah tuuu


Regards;

Jumaat, Oktober 14, 2011

AlQuran Cover : Just A Quick Project

A quick project for AIMS..


Naskah AlQuran ini adalah hadiah dari mak saudara saya yang di panggil Andak, tinggal bersebelahan dengan rumah kami di kampung. Ianya di beli masa first time Andak ke Mekah, rasanya hampir 30 years ago. Masa tuh seingat saya, saya masih belum bersekolah, dan keeps on wondering kat manakah Mekah itu. Agak2nya disebalik awan sana kut sebab kena naik kapal terbang kan hahahaha (Masa tuh bila saya teringatkan Andak saya akak memandang kelangit dan tengok awan hahaha). Dulu2 mana ada internet, yang ada cuma siaran TV yang bermula pada pukul 5 petang setiap hari.

And now Izzah love the Book very much, saiznya kecik tapi tulisannya besar... kata Izzah lah. Setiap harilah dia guna untuk mengaji di taska. Tapi baru jer beberapa bulan, dah hampir terkoyak kulitnya. So.. saya dok fikir2, letak kulit barulah.. and kalau kotor nanti boleh basuh jer. Hopefully kulitnya terpeliharalah dalam sarung baru ni yerrr..


Regards;
 

Khamis, Oktober 13, 2011

Flower oh Flower

Ingat tak buku Keiko Miyauchi yang saya beli aritu.. ceritanya di sini
Saya memang amat tertarik sekali nak mencuba bunga2 yang cantik2 tuh. Almaklum, rumah saya memang tiada bunga, kecuali bunga ni... yang saya siapkan lama dulu.

So this is the first block finished.. taklah kemas sangat, banyak cacat celanya..

The second block finished last night.. improve skit dari fisrt block, tapi masih banyak jugak perlu di baiki


And now on the third one..

Cadangannya nak siapkan macam dalam buku ni hehehe.. ada lagi 4 block to go


And then saya terfikir... agaknya ada tak kawan2 yang berminat nak join flower applique ni eks?
Apa kata kita buat simple flower applique macam ni..

Kita buat sew-a-long.. boleh kongsi2 pengalaman buat flower applique nii. dan pattern ni saya boleh scan and email to those yang berminat nak join... kalau takmo jadi placemat macam dalam gambar ni, jadikanlah small wall hanging.. pon cantik jugakkan.. at the same time boleh jugak kita kurangkan timbunan scrap yang ada tuhh..

So kalau ada yang berminat bolehlah tinggal komen kat sini yerr.. kalau more than 5 person berminat saya proceed dengan sew-a-long niii..

Happy Thursday...

Regards;
 

Isnin, Oktober 10, 2011

Made by Ummi for AIMS with LOVE

Balik jer dari Penang aritu saya terus collapse.. demam, selsema, batuk, sakit tekak.. AIO lerr.
Tak tau lah kenapa, nak kata perubahan cuaca takdeler sangat, rasanya masa ke Mekah arituh lebih lagi panasnya, takde plak nak mendemamkan diri. Tak pe lah.. ujian dan dugaan, Izzah kata, "moga Ummi bersabar."

Dalam demam2 tuh sempat juga saya menghadirkan diri ke convest UIA, demi untuk berjumpa dengan kawan2 lama (telan panadol, sihat ler kejap kan). Time2 convest ni lah kitorg gather2. Dan sempat jugak jumpa Alya Kaseh Ibunda Craft untuk hantar cloth pad. First time jumpa member craft blogger... kalau nak ikutkan banyak benor ceritanya, tak abih2. Nanti2 Alya datang rumah akaklah yerrr. Boleh sembang2 depan mesin2 jahit akak hehe

Dan hari ni saya MC... (Dear Mr XXX, I am on MC today...)
Dan tangan saya ni mcm biasa, tokleh nak duduk diam.. maka siaplah jugak permintaan anak dara ku ini..
Actually quilting was done on Sunday... tapi binding tuh saya handstitch belah belakangnya. So takes time to finish.

Hare it is : Made by Ummi for Asma Izzah Mohamad Salihin with LOVE

Antara step yang saya selalunya malas nak buat.. iaitu labelling. Tapi untuk Izzah ni, saya buat jugak untuk kenangan

Perfectly fit for her bed.

Banyak kekurangannya, sebenarnya saya nak menambah one row lagi, so that corak tuh balance, yg dark purple tuh kat tengah, tapi jadi besar sangatlah plak, last2 cancel. So jadilah camni jerr.. corak yg tak even

Kat belakang saya guna kain mickey mouse ni.. terletak elok plak "I Dance" tuh kat tengah.
 Simple quilting jer, nak jahit kat tengah2 throat NV50 saya kecik, buat tension jer nnt.
May this keep you warm darling..

Ummi LOVE you soo much much much


Regards;
 

Khamis, Oktober 06, 2011

Berbunga bunga..

I am now far far away from home.. up to the north. Ada kerja skit, but towards mid of the day today, I had finished all my task.... emmm nampak plak ada Popular Bookstore downstairs... fuh bestnyer

Banyak pilihan buku2 dari Japan dan Taiwan, Cotton Time pon cuma RM15 jer, murahkan..
Saya mencari majalah2 quilt macam American Patchwork, tapi not available ler plak. Apahal entah, sejak akhir2 ni saya berminat betul dengan quilting. Rasa macam2 pattern NAK cuba, tapi at last takat NAK je lah, buat nyer belum pun lagi kan..

Plan asal nak ambik The Quilting Bibble, tapi harganya mak aiiii.. berbaloilah tunggu book fest kut hahaha.
At last saya ambik buku ni jer.. tapi rasa macam berbaloi baloi jugak lah..

Mana tau kut one day ada tergantung wallhanging secantik ni kat ruang tamu saya kan kan...
(saya sedang berangan hahaha)

Ada detail... saya sukerrrr


Now back to my room, ahhh bosan sungguh sebab sorang2 jer... tapi buku ni jadi peneman sambil berangan dengan pattern2 yang ada hahahaha
Horayyy besok boleh balik.
Harapnya bolehlah awalkan flight, kalau ikut schedule asal my flight at 7 pm... berkulat ler saya menunggunya. Kalau balik awal..emmmm bolehlah melepas rindu kat NV50 jap kan, before jemput Izzah from school, best tuh hahaha..

Satu lagi yang menyebabkan hatiku berbunga2 adalah ketibaan niiii

:):):):):):):):):)::):):):):):)
Regards;