Pengikut

Isnin, Februari 08, 2010

Awning 2 layer-DIY

Atas permintaan kawan2 saya share camna nak wat awning 2 layer niii. tak salah share ilmu kan. walaupon ada org kata nnt kurang plak rezeki kita sbb bg org ilmu, pasni diorg bole wat sendiri.. for me rezeki itu bukan shj dlm bentuk wang ringgit.. rezeki dlm bentuk pahala sbb ilmu yg dimanfaatkan pon lebih baik dari wang ringgit... ilmu yg dimanfaatkan akan mengalir tak putus2 kepada kita sampai ler selepas mati nnt...(uik mcm ceramah agama plak nii kekeke)

Ok jom kita wat awning 2layer nii

First mestilah ada template awning biaser tuh. Dari sini kita buat plak template awning 2 layer ok. so cari kertas yg tak dgunakan (aku guna calender Jakel nii jer... nyampah aku tgk kalender niii kalendernyer kecik nak mampos tp model nyer jer yg nampak). lipat dua kertas tuh and gunting ikut template awning yg asal.

Now dah dapat tempate awning kita... tandakan bahagian tengah n then tandakan bahagian dua lapis tuh. saya naikkan 3/4 inci dr garisan tengah... then guntinglah. so now kita dapat 2 keping template awning, satu kecik n satu besar. yg kecik bahagian atas/luar awning. yg besor bahagian dalam awning.

Now gunakan awning tersebut n lukis atas kain. make sure ada lebih, terutama bahagian yg hendak dicantumkan nnt

Now bole potong kain. dapatlah this 2 pieces.


OK, cantumkan 2 awning ni dengan jarum peniti n jahit lerr. make sure kena betul2 atas garisan yg kita lukis ikut template td tau. pastu bole ler gosok, bagi ianya licin berkilat hehehe

Then bolehlah letakan gluetape mcm biasa. jahit kan ke kain awning yg belah belakang.

Dah siap jahit glutape.. bolehlah kita ironkan gluetape. Now dah siap.. ready untuk dilekatkan ke tudung.
Haaa camtuh ler kengkawan... maybe lain org lain cara. tp yg saya buat begini ler. Jgn terkejut kalau buat sendiri nnt akak berkedut skit. Practice makes perfect. kalau gosok ke gluetape tuh better mula dr tengah, so that ianya tak ler kedut.
Kalau ada pertanyaan, bolehlah tinggalkan kat ruangan comment dibawah ok.
Regards;
Rimbun with LOVE

14 ulasan:

  1. salam, share ilmu insya Allah akan bertambah2 ilmu rimbun nanti. amin..
    jahitan tdg kemas sis..cantik2

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. salam. terjumpa blog akk dalam salah 1 laman web jahit tudung. nak tanya glue tape tu jenis pe.. gam bese2 utk budak sekolah tu ker?

    BalasPadam
  7. adynornabil.. glue tape tuh sebenarnya bakrum (bucram in english).. ianya kain gam yg dah dipotong lebar 2 inci siap2.ada jugak lebar 4 inci. kalau takde bole jugak guna kain gam biasa tuh. but kena gunting2 ler.

    BalasPadam
  8. tqvm kak, tapi nak cari kat mana bakrum tu? boleh tak saya nak jadikan blog akk sbg rujukan untuk saya jahit tudung. semoga Allah murahkan rezeki akk keluarga sbb sudi kongsi ilmu.

    BalasPadam
  9. akak beli online jer kat adeeda kat sini...

    http://www.tudung-making-all-in-one.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Thanks kerana doakan akak murah rezeki.. aminnn.. Ilmu untuk dkongsi.. moga bermanfaat plak kat orang lain

    BalasPadam
  11. kak, if u dont mind, kenapa awning yg saya jahit gelebung erk.. cara amik awning salah ke?.. sya amik macam amik span baju.. huhuh..

    BalasPadam
  12. adynor... span baju tuh maksudnya serong ke? mcm bias tape tu ke? saya selalu ambik melintang kain jer. sesetengah brocade jer yg saya potong serong. itu pon mmg kena hati2 sbb takut mengelembung

    BalasPadam
  13. a'ah kak, cikgu ajar amik serong macam amik span baju.. tapi tu lah.. asyik mengelembung jerk.. tensen.. tgk yg jual kat kedai macam amik lurus jer.. xpelah, nak try amik lurus je la.. tqvm akk.

    BalasPadam
  14. kalender tu akak guna untuk templater jer... lepas dah ada templete tuh baru gunting kain, then baru guna kain keras tuh... cuba baca betul kat atas tu eks :)

    BalasPadam

Love your comments...