Pengikut

Jumaat, Mac 28, 2014

BOM#3 March 2014 : 12.5" Double Pinwheel

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Hampir terlupa nak posting pasal BOM bulan ni..
Here you are..
The Double Pinwheel Block

Kali ni tutorial saya tak berapa nak jadi hihihi
Detail tutorial anda boleh tengok disini yerrr 

What we need for 12.5 inch block

Cut Green into HST

Picture untuk potong into 4 triangle takde plak hahhaha... (sebab tuh jadi half tuto jer kuikui)

Then boleh cantumkan seperti dibawah.. make 4 square dan arrange seperti dibawah

My final block yang amat mengecewakan huhuhu


Kecewa dengan pinwheel point tuh, langsung lari kebulan dan bintang hahahha
Jom try jugak.. seronok buat BOM nih sebab boleh improvised our skills in patchwork, boleh cuba banyak pattern sambil belajar
Sampai jumpa lagi
Wassalam


Regards;

Rabu, Mac 19, 2014

Rabu berkata-kata..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم



Kebiasaannya hari Rabu adalah hari tanpa kata2 kan? Ramai yang post Wordless Wednesday pada hari Rabu.

Tapi saya tetap mahu berkata-kata :-))
Berkata-kata pada diri sendiri... 
Terus doakan MH370
Terus doakan kesejahteraan buat mereka, walaupun mereka tidak ku kenali, tapi sebahagian mereka adalah saudara ku jua, saudara seagama.
Moga aku terhindar dari berita2 palsu, fitnah dan prasangka. Di saat ahli keluarga mereka bersedih, ada yang mengambil kesempatan menabur fitnah dan tohmahan. Sedihnya kan....


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

Terjemahan:

  1. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
  2. Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
AlHujurat :12-13

Wassalam...

Regards;
 

Isnin, Mac 17, 2014

Chirp chirp The Quilt

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Lama plak tak update pasal projek jahit menjahit kan
Macam dah close section jer kiki
Opsss beroperasi sembunyi2 jer.. low profile gitu..

Arituh yo yo dok cakap takmo ambik tempahan, tapi bila ada kawan2 yang request, terasa macam susah plak nak tolak.
Bukan apa..  Panel Chirp ni masih ada satu lagi, so alang2... ada yang nak, buat jer lah. Kalau nak pilih2 kain, memang malas plak nak layan kuikui.
Tukang jahit dah masuk fasa malas gitu lerr..

Siap juga akhirnya Quilt for Lil Hadif nih..
At first rasa macam salah pilih warna biru tuh, tapi bila dah siap, rasa macam ok plak..

Ada extra sarung bantal tuh....


Harapnya mommy Hadif berpuashati yerrr..

Tips buat kawan2 yang nak tempah quilt/hasil seni macam ini (bukan specific tempah dengan saya lerrr).... jangan sekali2 buat urgent tempahan. 
Sebab apa ya? 
Sebab ada probability tukang jahit akan focus on 'masa' than the 'creativity'. Kekadang tuh nak match satu2 warna pun berjam2 tengok kain, so kalau nak urgent, hentam karam je lah, yang penting cepat dan dapat tunaikan janji pada customer kan! Do consider that factor too ok.
Opss.. tapi tak tau lah kalau tukang jahit yang dah pro.. mungkin through pengalaman diorg lebih cepat buat decision, and terus dapat the best choice.

Saya sebenarnya enjoy myself sewing baby quilt camni, tapi mungkin sebab this is my hobby, saya agak terganggu kalau ada interruption dari customer.. contohnya asyik2 tanya bila nak siap (mulalah makcik nih shortcut banyak mende.. agak2 cun border 2 layer, jadilah 1 layer wuuhuuu). Atas alasan tuh jugaklah, rasanya saya buka order quilt.. tapi a very small scale. Target 1 bulan 1 quilt jer... dan bukan, tidak sekali kali, urgent order ok.

Till we meet again.. wassalam


Regards;
 

Khamis, Mac 13, 2014

Jom kita istighfar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Di saat kita landa pelbagai ujian, macam2 peristiwa berlaku..

Bermula dengan banjir besar, dan panas yang melampau, sehingga kini masih lagi belum reda dan air di empangan mula kering, catuan air.... 
Kebakaran hutan... jerubu...... dan the latest one, the clueless missing of MH370
Satu demi satu musibah menlanda.. kepada siapa lagi ingin kita mengadu? Tidak lain.. kepada Pencipta Alam ini..

Marilah kita sama-sama hayati ayat surah Nuh 71:10-12


Marilah kita sama-sama mohon keampunan dari Allah, basahkan lidah kita dengan istigfar dan fokus hati dan minda kita untuk memohon keampunan dari Allah atas apa jua kesalahan dan kesilapan kita, samaada yang kita sengaja atau pun tidak.

Moga Allah turunkan hujan dari langit membasahi bumi Malaysia ini, dan turunkan rahmatNya, semoga penumpang MH370 selamat kembali kepangkuan keluarga mereka. 

Regards;

Isnin, Mac 10, 2014

Sok sek sok sek... oucchhummmm

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Happy Monday kawan-kawan
Harini masih lagi berjerubu nampaknya, agaknya jerubu nih dah jadi acara tahunan kut, menjelang musim panas jer mesti jerebu.
Izzah dah beberapa hari batuk dan selsema, alhamdulillah hari ini dah ok skit. Mulalah culas makan ubat, tapiiii harini rasanya badan saya plak lemah dan tekak rasa perit, apakah!
Tu laa... nasihatkan anak pandai, diri sendiri tak berapa pandai jaga diri, semalam kami ke taman tasik untuk jogging & walking, tapi Izzah tak ikut. Balik jer terus rasa semacam jer tekak ni waduhhhhh

Macam berkabus jer kan... kalau pagi berkabus memang best, tapi ini jerebu... very bad for health.
Bila badan rasa tak sihat nih, mulalah lembab semacam jer kan..

Cerita pasal sakit ni kan, teringat plak saya pada cerita lama-lama dulu, masa kat U. Saya ni agak kerap jugaklah balik kampung, lagipun dekat jer kan, dari UIA ambik bas ke pekeliling, then ambik bas ke Temerloh.
Satu hari tuh saya balik dari Temerloh, saya selalunya jalan kaki jer dari pekeliling ke bus stop depan HKL tuh untuk tunggu bas. 
Tetiba datang sorang pakcik nak bertanyakan jalan ke bangunan xx (saya dah tak ingat dengan jelas), saya pun tak pasti bangunan tuh dimana. Katanya dia dari Sabah, baru sampai, nak pergi mengubat orang. Tetiba ler plak datang sorang perempuan yang dah agak berumur, dia tanya saya apa masalahnya? So saya pun tolonglah tanya on behalf pakcik tuh. Tetiba kakak tuh tanya plak pasal batu hitam pengubat segala penyakit tuh? Berminat betul kakak nih, saya pun tak taulah camna boleh keluar cerita pasal batu nih. Dan entah macamana si ahkak ni tadi dok ajak saya pergi minum sebab nak minta tolong temankan dia, dia nak cuba dapatkan batu tuh dari pakcik nih. Dan ntah napalah.. saya ni ikut jer. 

Kata pakcik tuh, batu nih kalau diletakkan didalam gelas yg diminum oleh pesakit, airnya akan berubah jadi hitam. Dan air yang diminum oleh pesakit tuh mestilah berasaskan daun.
Dan dan tuh.. beriyalah ahkak sorang nih suruh saya order air teh o, nak testinglah kononnya, bila saya minum jer, pakcik tuh terus cepat2 masukkan batu tuh, tidak semena2 air tersebut terus jadi hitam wuhuuuuuuu, terus suspen.

Honestly saya pun tak tau lah, magic apa yang dia buat, terus pakcik tuh kata saya ni berpenyakit kronik, tak lama dah nak mati kalau tak di ubat dengan batu tersebut. Dan batu tersebut boleh dibeli dengan harga  (if not mistaken) RM2k.
At that time rasa nak tergelak pun ada... tapi berdebar2 jugaklah., ada jugak rasa takut. 
Saya terus terang kat pakcik nih yang saya ni cuma seorang student, saya takde duit kecuali RM200 jer dalam akaun bank (sengkek beb!). Pakcik tuh buat tawaran plak dah, mengenangkan saya nih student, atas dasar kesian belas, boleh beli dengan RM200.00 jer... diskaun giler banyak beb!
Saya cakap balik kat pakcik tuh, itu menyebabkan saya lagi cepat mati, duit makan saya tuh! kuikuikui. Lawak plak kalau ingat masa tuh.
Tapi dalam hati saya ler kan... saya dok teringat ayat alQuran, lebih kurang maknanya, "Dimana sahaja kamu berada, maut pasti datang walaupun kamu dalam tembok yang tinggi lagi kukuh" Saya ingat sangat ayat nih sebab sebahagian dari silibus subjek Tafsir masa kat sekolah menengah.

Tapi honestly.. kalau kita dengar pujuk rayu pakcik dan kakak nih, memang akan tergugat keimanan kita. At last, saya dah malas nak tunggu lama, saya ingat lagi ayat last saya kat pakcik tuh, "Saya percaya ajal maut itu ketentuan Allah, kalau ditakdirkan saya mati esok, saya tetap akan mati esok. Tapi kalau Allah tetapkan umur saya ada lagi 10 tahun or 20 tahun, saya pasti akan terus hidup" Seee betul kan, saya masih hidup sihat walafiat, Alhamdulillah!

Kalau ingat2 balik, peristiwa nih, dah berpuluhan tahun kut, tapi masih segar dalam ingatan. Apa dah jadi agaknya kat pakcik dan kakak tuh, masih hidupkah diorg, masih hidup dengan hasil penipuankah agaknya. Kalau umur mereka masih panjang, saya doakan mereka telah berubah, dan kalau mereka telah meninggal dunia, moga Allah ampuni dosa2 mereka.

Oh ya.. teringat plak syarat diorg.. jangan ceritakan apa berlaku kepada sesiapa pun selama 3 hari kuikui. Tapi balik2 jer, saya terus cerita kat kawan-kawan. 
Oh rupanya ada jugak kawan2 yang terkena, tapi disebabkan kami nih takde duit, maka tak berjayalah tipu daya diorg. Yang lawaknya, sejak dari hari itu, my hubby (sekarang) sibuk nak temankan kalau keluar nak balik kampung... rasanya at that time we were just friend hahaha.

Adoiii panjangnya cerita mokcik arini.. jangan mare yerrr


Hasil berhujung minggu dengan NV950

Wassalam

#PrayForMH370#
Moga urusan mereka yang terlibat di permudahkan, Aminnn


Regards;
 

Jumaat, Mac 07, 2014

Kelas SUKASA 01.03.2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Aktiviti last weekend..

Kelas Sulam Kasih Sayang (SUKASA) di restoren Big Brother, Jalan Ipoh
Seronok jugak jumpa dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama. Cuma agak terkilan kerana banyak masa kat kelas Embird sahaja. Bagi kami yang tidak membeli dan takde niat nak beli embird ni....dok menung jer. Adalah skit2 ilmu digitizing kat embird tuh yang mungkin bolehlah apply kat SWA kut.
Cuma dah lepas lunch baru ada skit2 sharing pasal mesin NV950 ni dan menyulam kat belakang in small groups, tapi masa tuh hubby dah datang ler plak. Dah nak balik huhuhu.. sedih tau.
Patutkah daku pergi lagi gather2 camni? Tapi bab jumpa dengan kawan2 yang kenal online jer memang best.. maklumlah sama minatkan.
Apa pun saya tidak menyalahkan penganjur tau, rasanya bagi yang beli embird memang berbaloi ler join kelas nih. Mungkin sebab expectation saya berbeza skit kut.

Cerita lain plak..
Colourful new bag untuk budak yang sangatlah bizinya nih..
Beg pergi tuisyen malam

Kain tuh pilih sendiri tau...
Tuannya memang bizi setiap hari, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam ada tuisyen plak kat sekolah anjuran PIBG, Sabtu plak cikgu2 sekolah buat kelas tambahan fuh!
Kesian jugak saya tengok, tapi nampaknya budak ni takde pun tension... relex jer hahaha.

Oklah.. sekian, wasssalam

Regards;
 

Khamis, Mac 06, 2014

ALQuran dihati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Ya Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat,

Ya Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah),

Yang tak diketahui,

Rezekikan kami membacanya,
Siang dan malam (siang dan malam),
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabb sekalian alam


Beberapa hari ini saya dok layan telinga saya dengan mendengar ceramah Ustaz Dasuki ni.. Adab2 batiniah ketika membaca alQuran, selalu orang cerita adab2 lahiriah kan, kena ada wudhuk, pakaian sopan etc.. Tapi ceramah ini fokus kepada adab dalaman ketika membaca alQuran. Menginsafi diri, banyaknya lagi yang perlu dipelajari dan sedikitnya ilmu yang ada, Rasa syukur sebab ada kesempatan untuk dengar ceramah2 seperti ini walaupun hanya sambil menyiapkan tugasan di ofis.

Playlist ini agak panjang sebab ada 4 ceramah sekaligus.. so kalau sesiapa yang berminat nak tengok, take your time ok. 





Saya tercari-cari tips untuk istiqamah dalam membaca alQuran di internet, banyak jugak, tapi lebih kepada berbentuk ilmiah, means bukan sharing is caring dari empunya diri, just petikan dari kitab or artikel majalah (or saya yang tak jumpa kut erks). Ataupun pembaca alQuran yang tegar ini takut nak share pengalaman mereka kerana takut terjejas keikhlasan hati mereka.

Saya buat simulasi kiraan muka surat Tafsir alQuran (Terjemahan alHidayah dalam bahasa Melayu) yang selalu saya guna, ada 604 muka surat):-


Nampak tak? busuk2 pun kalau kita istiqomah membaca sehari satu mukasurat pun, dalam masa setahun setengah at least akan khatam, plus minus waktu2 yang tak boleh nak baca, at leastlah dalam tempoh 2 tahun akan khatam sekali. Tapi percayalah... kalau kita boleh mulakan dengan sehari satu muka surat, mesti kita akan rasa makin seronok membaca, sampai satu masa, 20 muka surat sehari pun rasa macam sikit dan cepat jer. Macam kata ustaz tuh, kalau lagu Isabella 100 kali ulang mesti rasa nak muntah hijau dah. Tapi, alQuran kalau 100 kali ulang makin rasa best dan makin dekat dihati, semakin hari semakin sayang gituuuu, evergreen sejak lebih dari 1400 tahun yang lampau. 

Sangat rugi kalau kita lupakannya dalam hidup kita seharian... Memang tersangatlah ruginya, dan yang rugi itu sebenarnya adalah saya sendiri... bertahun rasanya saya bazirkan masa, hanya dengan membaca surah Yassin sekali sekala, sedangkan baki umur yang ada makin pendek. Moga Allah ampuni kelalaian saya selama ini. Saya tahu.. kawan-kawan semua mesti lebih baik dari saya kan... 

Satu masalah yang common dikalangan kita adalah masa & tempat untuk membacakan... betul tak? Satu lagi mungkin kekangan adab2 lain seperti berwudhuk, salah satu alasan lah kan. Tapi tahu tak... sebenarnya kalau kita guna Tafsir alQuran or in softcopy dalam phone, tak perlu pun ada wudhuk untuk membacanya. 
Bahkan kalau kita ditempat tertutup seperti dirumah, tak perlulah kita memakai telekung/tudung (erkss ada sesiapa berminat nak tempah telekung kanak-kanak kuikui.. iklan gitu) cukuplah dengan berpakaian sopan. Ini saya dengar dari Ustaz Fazli alYamani di rancangan Tahsinul Ibadah @ikim.fm. Istilah menutup aurat tuh adalah dengan manusia katanya, but apa2 pun kita pakai bersopanlah kan... takan nak pakai spender jer nak baca alQuran, melampau sangat lerr plak kuikui (sila jangan imagine kuikui).

Sebenarnya dimana2 pun kita boleh membaca alQuran, asalkan jangan dalam tandas dah ler kan. Ada ustaz cerita dalam Motivasi Pagi @ikim.fm.. ada sahabat dia hafaz 10 juzuk alQuran semasa berada dalam traffic jem, saya tak ingat tempoh berapa tahun (banyak makan semut nih kut hihi). 
Sekali lagi saya rugi, dulu-dulu time jadi co-pilot jer, saya tidur or menung jer kan. Now dah kena jadi pilot, time ni baru terkedek-kedek, but better late than never kan. OH I LOVE TRAFFIC JAM!!! (sarcastic betul kan haha) 

Selain itu.. antara masa2 yang mungkin agak sesuai:
#Lepas zohor di ofis/surau ofis - solat di awal waktu (pendekkan waktu makan anda!) dan sambung dengan membaca alQuran
#Lepas maghrib/isyak - masak awal skit, so tenang hati nak baca alQuran
#Bangun awal skit, sebelum masuk waktu subuh - lepas witir, baca alQuran sementara tunggu subuh
#Dalam perjalanan jauh spt. dalam flight or dalam bas

Untuk memahami alQuran mungkin memerlukan masa, tapi salah satu cara untuk sedikit2 memahami isinya adalah dengan menggunakan Terjemahan AlQuran, sambil baca, sambil tuh semak maknanya, lama kelamaan kita akan ingat makna ayat terutama yang berulang.

Fuh! panjang benor cerita saya hari ni, hopefully topik ni tak memboringkan anda
Kalaulah kawan-kawan tidak keberatan, bagi yang membaca entry ni, boleh tak share idea macamana anda istiqomah membaca alQuran? Anggaplah kita share ikhlas untuk mebantu orang lain, bukan untuk bermegah-megah... moga Allah pelihara hati kita. 
Dan.. andai ada kesilapan fakta disini, silalah tegur yer

Sekian Wassalam

Regards;
 

Rabu, Mac 05, 2014

Calling for DROPSHIP agent..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Ada sesiapa berminat untuk jadi agen dropship untuk buku ini?
Terutama pada yang telah membelinya, berhasrat untuk promot pada kawan2 tapi tak mau commit beli 10 buah buku.. so anda berpeluang untuk jadi agen dropship sahaja, menarik bukan?


Kalau berminat boleh email saya di my.milakamila@gmail.com



Regards;

"2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Semangat nak menyertai GA plak arini..
Sekian lama tak bagi GA dan jugak tak sertai GA kan..

GA from blog cahayahidupku


Antara blog yang menjadi kunjungan, cari resepilah.. cari tipslah kikiki

Opsss kena tag kawan2 yerr.. saya tag cik azue keraihtanganAzue lah.. sapa lagi erks.. emm cik Suzie jugak.. dannn.. erkssss satu lagi... Zila MamaD lahh
Ikut dan jer pilih nih...

OKlah... selamat ber GA yerr

Wassalam


Regards;