Pengikut

Jumaat, Februari 28, 2014

"Saya Yang Comel"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sapa setuju "Saya comel" angkat keyboard k... (acik mila plak perahsan kang kikiki)

Kepada yang berminat untuk tempahan telekung, bolehlah email saya di mr.telekung@gmail.com 

Perasan tak ada perubahan pada email tuh? 

Dulu2 saya guna my.milakamila, my personal email address, tapi dsebabkan macam-macam email masuk, kekadang saya lupa nak check spam box, ada yang sangkut lama kat spam box, kesian kawan-kawan yang nak tempah telekung tapi acik mila ni tak reply2. Maafkan kami! (baca ala2 P.Ramlee)

So untuk mengelakkan kekeliruan, saya create new email account. Tetapi pada yang lebih selesa nak guna my personal email pun boleh jer.. dan jangan terkejut bila dapat reply guna alamat ini yer :-)

Fuhhh.. perancangan untuk telekung kanak2 ni sebenarnya banyak.. nak buat ready stock dah sekian lama dalam list tapi semacam belum mampu. Order yang ada pun kekadang terlewat sehari dua... Apakah kerana daku suka tidur awal erks kuikui

SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI
Checklist hari Jumaat:
erks sebahagian jer... mungkin boleh tambah lagi or boleh delete mana yang tak perlu..

Wassalam

Regards;
 

Khamis, Februari 27, 2014

Wordless Wednesday


Regards;
 

Verangan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Happy Thursday
Happy Morning

Hari ini saya berangan lebih : berangan kalaulah saya ni tak perlu ke ofis setiap hari. Apalah agaknya saya nak buat kat rumah yer? Tak boring ker agaknya erks!
Ada orang memilih untuk jadi suri rumah sebab ramai anak, anak plak kecik2 lagi. Tapi kalau anak dah besar macam Izzah, saya nak buat apa agaknya yer..

Agaknya inilah jadual hidup saya:
6.00 pagi Bangun dan sediakan sarapan
7.00 pagi Hantar Izzah kesekolah
8.00 pagi Sambung tidooooooooo zzzzzzzzzzzzzzz (LOL)
11.30pm Masak makan tengahari
1.00 tghari Izzah balik sekolah, bagi dia makan, dan bersiap untuk kesekolah agama
2.00ptg Izzah naik van ke sekolah agama
Saya? sambung tidoooo kuikui
6.00 ptg Izzah balik dari sekolah agama & saya masak makan malam

Amboiiii banyaknyer tido yerrr kuikui
Sekadar berangan..kalau time "tido" tuh diganti dengan menjahit, dapat jugak hasilnya kan, tak pun layan FB ker (:-P).. maybe angan2 tuh terlalu optimis, kena masukkan masa untuk mengemas rumah. Tapi rumah yang dihuni dengan 2 manusia dewasa dan sorang manusia remaja ni taklah complicated sangat.
Or mungkin saya boleh register for a short courses, or serius skit.. ambik master huhuhuh... eh tokleh! angan2 saya nak register for Master Degree bila Izzah dapat masuk undergrad kikiki.

OH tidakkkkkkkkkk


يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمْ ٱلشَّيْطَـٰنُ إِلاَّ غُرُوراً
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka."  An Nisaa':120

Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
" Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."

                                  (Hadis riwayat Ibnu Abiddusya)

Berangan-angan tidak baik untuk kesihatan kikiki (erk fakta dari doktor mana plak nih) Yo lerr... duduk jer memanjang, ada baiknya bersenam ker, buat kerja ker.. bagi otot2 tuh aktif skit.

Tapi ada satu yang saya plan (bukan sekadar berangan) adalah one day saya nak seriously register for kelas menghafaz alQuran, menghafaz yang bukan sekadar ingat, tetapi sekali dengan tadabburnya. Moga Allah permudahkan, walaupun saya pun tak nampak jalan lagi bagaimana dan dimana...



Regards;
  

Rabu, Februari 26, 2014

Bubur Nasi : My Style

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Saya tercari2 alternatif untuk buat bubur nasi ni, selalunya buat ala-ala bubur lambuk tuh, isi segala rempah ratus, but exclude santan.

Macam biasalah, zaman generasi google ni, segalanya type kat pocik google kan, so terjumpa ler plak resepi Chinese Chicken Congee ini 

Nampak macam sedap hihii
So excited to try
Maka jadilah Chicken Congee My Style

Buat peringatan untuk diri sendiri, so tulis jugak resepi kat sini

Bahan A:
Beras (kalau boleh rendam dulu) + Air
# Masukkan dalam slow cooker dan select "High"

Bahan B:
Ayam dada
Ayam (bahagian tulang)
Air
Halia seketul -banyak pun takper- (diketuk sahaja)
Bawang putih (ketuk)
Daun bawang (saya ambil bahagian bawahnya sahaja, buang akarnya dan ketuk)
# Masukkan dalam periuk dan rebus dengan api kecik lebih kurang 1 jam (lebih kurang ler yerr :-p)

Bahan C:
Halia hiris nipis
BAwang merah hiris nipis
Olive oil
#Goreng sampai agak garing

#Campurkan bahan A + B (Sup/air sahaja) + C
#Tambahkan : sesame oil & fish sauce & perasakan garam
#Isi ayam tadi di siat2 dan di masukkan kedalam bubur
#Masak sehingga beras tadi betul2 hancur dan bolehlah dihidangkan

#Optional#
Boleh tambahkan ikan bilis goreng, daun saderi & daun bawang yg dipotong kecil2, serunding daging /ikan/ayam, cili padi yg dihiris nipis + kicap + limau

Bila rasa bubur ni.. erkkkk ala2 rasa bubur mekdi plak huhuhuhu

Lepas ni boleh buat lagiiii
Wassalam


Regards; 

Isnin, Februari 24, 2014

Putra Villa : For rent


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Fuh penat2....
Penat mengemas rumah lepas penyewa keluar. Not a good practise, patutnya just hire a cleaner, tapi banyak benor halangannya, masa yg available tuh sangat limited.

Rasanya paling teruk toilet & kipas, macam berinci2 habuk dah huhuhu

Pool view..

Ruang tamu dan ruang makan.. (ada dua kipas ceiling di sini)

Ruang dapur.. ada kabinet, peti sejuk dan microwave.

Ini bilik utama, ada attach bilik air & dah ada kipas ceiling

Ini bilik tengah, perabot ini dari penyewa lama, intentionnya ditinggalkan macam tuh untuk dijual kepada penyewa baru, tapi optional, kalau takde sapa nak, kami jual je lah...

Yang ini bilik ketiga, attach dengan bilik air tapi ada 2 pintu ler, ikut dapur. Yang ini saya belum sempat pasang langsir lagi.

Ada sesapa berminat?

Kalau sesiapa berminat untuk beli pun kami pertimbangakan :-)



Regards;
 

Selasa, Februari 18, 2014

Tetiba semangat datang....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Semangat datang bila download free trial software kat internet huhuhuhu...
30 days trial jer tau.. or 60 files.. after that kenalah beli

Terawal plak hadiah hari guru Izzah, sajer testing, at least ada gunanyakan dikendian hari, dari dok sulam ntahapaapantahtuh :-P

Ini plak testing testing lagi.. sebenarnya tempahan, tapi buat lebih skitlah


Masih lagi bertatih sebenarnya walaupun dah ada yang tanya2 risik2 untuk tempah, waduhhh makcik takotnyer nak ambik tempahan. Time contraint betul... satu2 design sulam ni takes about 15 minutes to complete, dan kena tukar2 benang in between... gigil makcik ni nak ambik upah wooooo
sedangkan...... makcik nak tido awal kuikuikuikui

Camtuh lerr bila tido lebih penting dari segalanya, duit pun tak penting (yo lerr bila ambik tempahan dapat duit kan!)
Penting wooo tido awal, bangun pun awal kan... fresh!
Wokey... 
wassalam

Regards;

Jom kita jadi KAYA (terhindar dari kefakiran)





Regards;
 

BOM#2 February 2014 : 12.5" AprilStar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kebabooomm....

Inilah dia BOM for February 2014.. dah towards end of Feb baru berkesempatan nak buat huhu

As usual kat sini saya ambik gambor, kengkonon tutorial ler kan..


Yang hijau pangkah tuh saya dah gantikan dengan yang kat bawah nii

Tetiba berubah fikiran hihihi

Green 5 1/4 potong empat macam gambar dibawah ni yerr

Another 5 1/4 square (background fabric) pun potong 4 k..

Potong 2 both 4 7/8 square 

Cantumkan seperti dibawah...

Wokeyyy dah siap...
Tak sabar tunggu March block huhuhu
Sampai jumpa lagi...
Regards;
 

Jumaat, Februari 14, 2014

Hikmah 69 : Sesungguhnya Allah swt menjadikan akhirat sebagai tempat pembalasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم




Pembalasan yang setimpal untuk hamba di akhirat dan bukan di dunia. Hal  ini adalah kerana dua sebab, iaitu dunia terlalu kecil dan tidak kekal.

Sangat terkesan dengan perumpamaan yang ustaz buat dengan kereta kancil tuh... tuan kebun mampu nak bagi selori, tapi dengan kereta kancil tuh berapa biji sangatlah boleh bawa.. sebab tuh Allah tak bebankan kita dengan pembalasan di dunia ini.

Serendah-rendah ahli syurga tak terbanding dengan sekaya-kaya ahli dunia.

Rasanya kalaulah kita benar2 yakin dengan pembalasan Allah, sudah tentunya kita akan korbankan segalanya untuk akhirat kita kan...

Firman Allah dalam hadis kudsi:
"Aku sediakan untuk hamba-Ku yang soleh akan sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan yang tidak pernah terlintas di dalam hati manusia"
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Regards;
 

Food warmer a.k.a Lunch Box review

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

I bought this few months ago..

Apa ke mende nyer nih?
Inilah bekal mokcik ke opis, sebab kawasan opis ni dah kurang choice kedai makan, so bawa bekal sendiri lebih menarik dari beli kat kat kedai. Bekal pun sempoi2 jer, apa jer balance dinner semalam, pack ke ofis, jadilah lunch plak hihihi.
Alkisahnya, kalau makan makanan yang sejuk tekak makcik ni segan skit, nak panaskan dalam microwave makcik tak kenan... maka tercari2lah sesuatu yang boleh memanaskan makanan dan ianya mestilah portable (banyak benor syaratnyer weih!).

Cari punya cari, terjumpa food warmer nih... (ini yang termurah & locally made, lain2 mahal & made in china)
Maka mokcik pun order ler satu..
Nak terus bagi review, rasa macam tak best plak, so dah pakai berbulan2 baru bagi review hihi

Dari luar nampak besor benor bekal nih hihihi.. (Melantak ke apa!)


Tapi sebenarnya kecik jer, sebab bahagian bawah tuh ada warmer, tapi kalau isi nasi sampai penuh memang boleh makan 2 orang jugaklah (dosage mak cik lerr).
 Sebelah tuh ada bekas sup, boleh dikeluarkan dan ada penutup asing.
Dekat2 nak makan jer boleh cucuk kat plug dan ianya akan start panaskan makanan. takes about 10 - 15 minutes jer cukuplah, jangan lama sangat sebab kalau tak nasi tuh akan jadi agak kering.
Nak basuh plak senang jer, tutup jer tempat nak attach wire to plus point tuh, dah boleh basuh, Asalkan jangan rendam dalam air dah ler..
Bekal makcik tengahari ni yerrr...
Ikan kembung masak asam jer (ada org panggil masak pindang kan)
Pastu ada set ulam kacang botol yang takde dalam gambor nih. Sempoi gitu.... (diet ler sangat kan)

Sekian review (erkk cerita je pun) dari mok cik yerr
Kalau sesapa nak tapau satu boleh survey kat sini http://www.lazada.com.my/trio-electric-lunch-box-tlb-891-131278.html 
Tapi korang jangan rely kat sini jer yer.. trylah survey2 kut dapat murah lagi kat Groupon ker kan..

Wassalam

Regards;





Khamis, Februari 13, 2014

The Opening


In the name of God, the Merciful, the Compassionate.


The Merciful, The Compassionate.

Master of the Day of Judgement.

You alone do we worship and You alone we seek for help.

Guide us to the Straight Path.

The path of those upon whom You have bestowed Your blessings, those whose (portion) is not wrath, nor of those who have gone astray.




Regards;
 

Isnin, Februari 10, 2014

Edisi bajet...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Weekend baru ni saya dok plan beriya dah nak ke Kuantan, kenduri cousin. Siap plan dalam kepala nak cari keropok sagu kat Tanjung Lumpur... fuh sodap tuh (Mokcik ni tak sedar diri ops tak sedar diet niii hihi)

Tapi erkkkssss
Izzah kata dia ada kelas tambahan plak dah huhuhu..
Padan muka, tak sedar anak nak exam tahun ni, berangan nak berjalan jer kerjanya.

Stay at home pun best jugak sebenarnya, boleh godek2 mesin jahit, berangan nak jahit itu, nak jahit ini... (berangan je lah kerjanya)

Awal tahun arituh saya tak jahitkan baju sekolah baru untuk Izzah, just alter kain jer, bagi labuh. Dah kira2 balik, rupanya ada 4 helai baju jer yang masih boleh digunakan, yang lain dah beyond sambung2 dah hahhaa.. dah besar anak umi ni rupanya.

Then baru2 ni kami pergi carikan baju Puteri Islam yang baru, yang lama masih elok tapi singkat. Dalam hati dok terfikir nak cilok satulah baju sekolah baru untuk Izzah.. tapiiiiii terkujat weih tengok rege baju sekolah budak. Paling murah pun RM19.90 sehelai baju dan kualiti kain yang emmmmmmmmmmmmmm 
Saya dok congak2, kalau dengan RM20 niiii, beli kain yang cantik skit kat kamdar yang harga RM6 semeter tuh, dah boleh dapat 3 meter, boleh dapat 2 helai baju dah tuh huhuhu... (mak otak DIY memang camtuh.. kedekut kuikui)

Disebabkan dah jarang buat baju kurung, saya ni terkedek2 skit... dekat2 nak 1 jam jugaklah nak siapkan baju ni

Tapi buat sehelai je lah, setakat nak cukupkan 5 helai, so kalau lupa nak basuh kain tengah minggu, ada baju boleh cover line hihi..

Leher pun ala kadar je,cari2 lis/biku putih, takde plak dalam simpanan (read:tong jahit :-p). so hentam manual jer lah. Butang pun tak lekatkan lagi kiki. Yang penting kita basuh dulu.

Kain ni saya beli dari nagoya tekstile, RM5.00 semeter. Ambik 1.5meter jer (=RM7.50). atas suggestion salesgirl kat situ, katanya kain baju sekolah (Izzah nak kain polyester, takmo cotton kuikui.. demand!). Mula2 rasa macam ok, tebal. Tapi bila menjahitnya, terasa macam keras skit ler kain ni. Cuma ianya tak susah nak gosok dan tak cepat kedutlah.
Jimat dok? Baju sekolah berharga RM7.50 kuikui 

Jimat! jimat!
Tapi awas, (disclaimer) penjimatan seperti ini hanya applicable to those yg ada mesin jahit dan pandai menjahit, jangan pepandai cakap kat tukang jahit saya nak baju sekolah dengan harga RM7.50, nak ikut price blog saya ni kuikui... abih ler saya, semua kawan2tukang jahit kutuk saya kang (mak takoootttt)...  macam cerita saya dapat kat FB niii


Hahaha.. saya tak kira masa, tenaga, electricity cost and dedication in making it for Izzah

Arituh ada yang tanya, camna saya gunting baju kurung dengan 1.5 meter kain sahaja..
Ok kat sini saya share pelan (uiihhh bukan arkitek jer ada pelan tau huhahaha) pemotongan kain saya..
Jangan lupa gunting kekek dan juga alas leher dari kain yaang tinggal tuh
Perlu di ingat (syarat2nyerrr):-
# lebar kain sekurang2nya 45 inch, 

# bahu baju dalam 14 - 16 inci, formulanya bahu@2+(pesak atas+pesak bawah)@2=45inch (Kalau korang tak faham, buat2 je lah faham yer kuikui-but kalau really nak tau just ask me)

# bahu di cantum sebelah atas. Setakat ini takde masalah kalau nak buat baju kurung saya sendiri dengan 1.5 meter kain.

# bukan corak kain berkaki (mesti corak sekata)

Oklah.. last sekali nak sahre gambor kat dapaur plak :-P

Asal dok rumah jer.. mesti menu makan ikut sedap tekak, diet mokcik ler jadi mangsa
Wassalam


Regards;
 

Rabu, Februari 05, 2014

Kerepek ngarku + air teh o segera :-)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

CNY oh CNY
Menu yang tokleh ketinggalan bila menjelang CNY... ngarku or arrowhead banyak dijual di hypermarket kan... 
Nampak ngarku jer yumyumyum
Terkenangkan kerepek ngarku yang sedapnyer hingga menjilat tapauwer hihi
Erkkk tak tau napa, lepas sehari kerepek ni lemau.. mungkin tipuware tuh kat kedap udara kut..
Tapi simple solution, masukkan dalam electric oven for few minutes huhuh... rangup kembali. ala ala potato chips gitu rasanya...

OPzzzz

Best jugak makan ngan ayaq teh sejuk ni kan kan...

Fuh dah beberapa hari ayaq teh segera ni keluar dari paip kat umah (#feeling blessed kuikuikui, betterlah dari takde air kan)

Tengok niiiiii
Hitam sudahhhhhh
Adoi cik Syabas.. moga cepatlah di tapis ayaq teh ni yerrr

Wassalam..


Regards;

2014 Trip#2 : Legoland & Melaka (Part 2)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kita sambung di sini yerrrr..

Hari kedua kami dari Tampoi ke Melaka lebih kurang pukul 3.00ptg (terbabas skit sbb seronok main dengan Wajdi)

Kami menginap di Semabok Inn, hotel bajet jugak, tapi kali ini biliknya lebih luas & tidak jauh dari bandar Melaka, cuma perabotnya agak lama, katil pun berbunyi2, sinki pun dah bocor kuikuikui. Oklah untuk tidur kan. Kami book guna Agoda jugak


Lepas check in, kami keluar ke Umbai, nak pekena ikan bakar kat Parameswara ler kononnyerrr... tapi maaakkkk aiiii... ramainyer orang. Nasib baik kami parking kat kawasan baru, Medan Ikan bakar terapung kut namanya.. lebih kurang gitulah namanya. Yang kat tempat lama tuh memang sesak gilosss.

At last kami ambik je lah mana2 kedai yg ada kosong, kalau tak silap Rose Ikan Bakar kut namanya. So and so jer lah masakannya.
Saya ambil kerapu masak 3 rasa, sotong goreng tepung & pepahat goreng berlada (Silap besar pilih menu bergoreng!) Semua masakan ni berminyak, even sotong goreng tepung tuh tak di toskan minyak terlebih dahulu, memang outlah.. total damage? RM66++.. mood kebulur, tak de gambor hihihii

Keesokkan harinya kami jalan2 di sekitar bandar Melaka, kami datang awal, dalam pukul 10 pagi, jadinya jalan tak sesak, parking anywhere you like. Tapi since banyak barang dan nak cari covered parking, kami parking kat bawah Menara Pahlawan (erkss yer kerr.. rasa macam banyak sangat nama pahlawan niii) - Total parking fee sampai pukul 4++pm adalah RM8.00

First kami masuk museum Islam (fee RM2 dewasa, kanak2 RM1), banyak jugak info... ada contoh alQuran yang mula2 ditulis, tanpa titik dan baris, wahhhh camna ianya boleh preserve sampai kehari ini, kita masih boleh membacanya dengan betul... kalaulah bukan Allah yang memeliharanya... mesti dah pelbagai version agaknya.

Rasa bersyukur sangat2 sebab Raja2 zaman kesultanan Melayu Melaka dulu menerima kedatangan Islam dengan baik, bahkan Raja2 tersebutlah yang menyokong kuat penyebaran agama Islam. Moga mereka terus mendapat manfaat dan pahala dengan adanya kita sebagai muslim sehingga kehari ini... aduh syahdu plak.

Then kami naik ke bukit St John, yang mana asalnya adalah gereja pada zaman pemerintahan Portugis & Belanda. Kedatangan kuasa Eropah ini ke Tanah Melayu sebenarnya lebih kepada penyebaran agama Kristian. Syukur mereka kalah akhirnya, dan kita yang berbangsa Melayu ini masih muslim... moga kekal anak cucu kita beragama Islam sehingga kiamat
Fuhhh!!! banyak membebel plak makcik kan!

Tempat2 lain yang kami pergi adalah Menara Taming Sari (Dewasa=RM15, Kanak2=RM10) & River Cruise (Acik lupo kosnyerr). Actually teringin nak pergi Duck Tour, tapi tiket sold out for 2 days 8-0 (Duck Tour ni adalah tour keliling bandar di daratan dan di air, guna truck yg boleh masuk air.. bestkan!, rate dewasa RM35 rasanya, tapi tak sempat ambik detail)

Atas permintaan Cik Azue & Cik Melor.. kat sini saya cerita skit pasal kos ke Legoland

Seperti yang saya cerita sebelum ini, kami sebenarnya nak guna discount kupon yang dapat dari pembelian susu Dutch Lady.. lebih kurang macam ni lah
Pic. from internet
Legoland entrance fee : Dewasa full price combo RM175.00 (utk guna kupon & Izzah boleh masuk free) + Dewasa combo with Mykad RM150.00 = RM325.00 [Combo means dry+wet park] boleh tengok detail online here 

Parking di Legoland = Rate per hour up to max RM7 per day

Tol KL - Gelang Patah : Plus=RM40++ & RM3.90 (Hiway JB Singapore kut)

Food outside Legoland (Lego Mall kut namanya) is at normal price, ada KFC, Burger King, Chicken Rice Shop etc etc...

Hotel = RM100.00 per nite (erksss Izzah dok komplen awat tak tido kat Lego Hotel jerr... dan dah deal baik punyer dengan ayah.. kalau dapat 5A UPSR, ayah belanja pergi menginap di Lego Hotel, makcik rasa nak fengsan dengornyer-equivalent to total cost trip kami ni jadinya but habih in 1 nite, check the rate here hahaha)

Harap info ni berguna untuk kawan2 yang plan2 nak kesana. Memang recommended untuk small children but bukan remaja lah (tolak tepi kepanasan tu ler kan!) Rasanya by next year mesti Izzah dah takmo kesana kut!

OKlah.. setakat disini dulu story mory in the morning glory... balik dari Melaka memang jem gilosss.. Pukul 11.30 mlm baru sampai KL ::nangesss::

Seems that this trip marks as the end of our list for this year up until Izzah finished her UPSR, plan nak ke Kuantan weekend ni sebab ada kenduri, tapi Izzah ada kelas plak on Saturday :-P

Wassalam


Regards;

Selasa, Februari 04, 2014

2014 Trip#2 : Legoland & Melaka (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Satu lagi projek merealisasikan angan-angan, walaupun bukanlah seperti yang di impikan... 
{yang di impikan adalah kembali ke alam semulajadi, suasana tenang dan damai di gunung or pantai :-P}
Apakandaya, Izzah masih belum appreciate semua itu, lebih suka tempat2 yang ada fake entertainment camni hihihi

Cuti CNY selama 4 hari di FT memang dinanti2kan. Asalnya saya tak berapa setuju sangat nak bercuti, sebab CONFIRM jalan jem hahaha.. tapi memikirkan Izzah nak sangat ke Legoland, plus nak ambik kesempatan umur dia masih 11 tahun, ada plak free entrance for child (dengan pembelian DutchLady milk) yang akan tamat bulan April ni.. so this is the right time to go.

Layan gambor cinonet ni je lah yerr hihihi..

Kami dari KL lepas subuh, terus direct ke JB, alhamdulillah tak jem but memang penuh dengan orang ramai di hentian. Nak makan pun susah nak dapat tempat. Nasib baik bawa bekal.
sampai di Gelang Patah pukul 12 tengahari, terus check in hotel. Nasib baik bilik dah ready, boleh check in awal, Yeah!
Kami menginap di Vintage Hotel, Gelang Patah. Budget hotel jer, first time booking through Agoda, senang jer rupanya, dan boleh pilih hotel yang murah sesuai dengan kemampuan kita BEST!
Hotel ni lebih kurang 15 minitlah ke Legoland

Bilik hotel memang tersangatlah 'comel' nyer. Kami bawa 'extra bed' sendiri jer untuk Izzah, nasib baik muat2 jer hihi. But thumbs up sebab bersih dan selesa, parking pun senang jer, dekat plak dengan restoran & kedai runcit. Cuma satu jer.. plug point satu jer, sedangkan kami ada 3 phones, 2 tablets & 1 camera yang takde bateri fuh!

Overall oklah kat legoland ni, much better and cheaper than USS, sangat sesuai untuk family yang ada anak2 kecil. Tapi kalau remaja, mungkin agak kurang permainan yang sesuai, roller coster pun taklah mencabar sangat (as per pendapat Izzah, sebab saya memang takmo naik hihihi). Dan satu lagi... tagline yang sinonim bila orang bagi review pasal Legoland.. panasssssssss

Another plus point kat Legoland.. surau yang sangat selesa... ada 2 surau yang saya jumpa. Telekung pun bersih. As compare to USS, suraunya tersangatlah tidak selesa, kecil dan tiada telekung.

Pricing for food & beverage pun oklah, plus semuanya halal certified food, tanpa ragu2 boleh makan.
Kami tak makan berat pun, sebab sebelum masuk kami dah makan di KFC di luar Legoland. Ada RM10 food voucher, kami guna untuk redeem nuggets & fun fries jer.
Kami masuk dengan combo ticket, both dry & wet park, terasa rugi plak sbb sejam jer di wet park, dah tutup. Nasib baik time CNY ni ada extended operating hours till 9pm. Lepas mandi manda di wet park, kami masuk semula ke dry park... sempatlah Izzah naik 2 roller coster, orang pun dah tak ramai, tak perlu beratur pun. Mostly tutup at 7.30pm. Lepas tuh kami berlegar kat mini land je lah, tunggu forework show on 8.20pm

Cenderamata di Legoland ni memang tokleh blah lerr regenyer kui kui... keychain paling murah pun RM10.. tu yang biasa2 ajer dan design yg sangat terhad. At last kami ambil t-shirt je lah. murah plak.. RM5 jer satu :-P

Second day.. kami memang qadha tidur hihihi. Bangun solat subuh, sambung balik tidur, pukul 11 baru check out, terus cari kacang pool pak Haji ni hihih
Tak sangka Izzah dah suka dengan kacang pool.... surprisingly kami jumpa dangan isteri pak aji.. pelakun Wan Maimunah di kedai niii :-P

Sempat jumpa dengan budak yang murah senyuman niii.. ehemm sambil dapat lunch free kan kan hihi

Lepas lunch kami ke Melaka... bersambung ke part 2#####
Wassalam :)


Regards;