Pengikut

Jumaat, Mac 31, 2017

Alkisah sebuah rumah

Assalamualaikum..

Cerita masa balik kampong arituh..
Alkisahnya encik laling nak mencari rumah di kampong halaman, (rumah dah ada, tapi nak tambah rumah yg besar skitlah)

So sesaja lah survey rumah yang mana available for sale.
Inilah satu2nya yang kami pergi tengok sebab tuannya available..

Besar kan.... kalau rumah kat KL ni payah nak jumpa dah, double storey semi-D

 
Dah siap2 extend kat tepi... kiranya kalaulah saya ada rumah camni, memang kat tepi tuh jadi bilik jahit yang sangat best.. dah boleh jadi macam kedai mini plak kikiki, sebab boleh masuk direct tanpa lalu ruang tamu


Tapi ini di sana.... bukan di KL..
Entah bila nak balik kesana..

Dan saya dok terfikirlah plak... waktu kita muda ni (muda lah sangat kan :P), kita mengimpikan rumah yang besar dan gah. Anak2 pun masih dengan kita, riuh rendah jer. Senang saudara mara datang bertandang..

Dan selalunya, impian ini... kita hanya dapat bila kita dah di akhir usia, dah nak pencen or dah pencen baru extend rumah beriya-iya... sambung sana sini....besar dan cantik

Tapi di kala itu jugaklah... lutut kita dah mula sakit, tenaga pun dah kurang. Rumah yang besar sudahnya menjadi beban, terbeban untuk mengemas dan menguruskannya. Di tika itu jugak lah kita dah kembali berdua, anak2 pun dah ada rumah sendiri.... ini cerita tuan rumah ni sebenarnya, dan dia tengah dalam plan untuk buat rumah kecil jer di kampong. Kendian baru hubby bgtau yang dia nak jual rumah ni selepas kematian isterinya.

Bila memikirkan hal sebegini, saya mula rasa apa yang ada ni dah cukup sebenarnya. Ada rumah yang sederhana besarnya, biarlah sempit sedikit masa sedara-mara datang, bukanlah selalu pun. Dan, kalau bolehnya, bila dah tua nanti, cukup dengan rumah setingkat dan ada sedikit tanah untuk bercucuk-tanam. Tak perlu pun rumah yang besar dan gah. So kensel ler rumah ni... kita cari lain lah plak hihi..

Hihi.. sajer berkongsi cerita....
Kadang apa yang kita rasa baik untuk kita bukanlah yang terbaik...
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Syukur dengan apa yang ada

Wassalam



Regards; mila

Baju yang "EXTENDED" version

Assalamualaikum...

Tema Saving The Earth kita di pagi Jumaat yang indah ini.

Selalu baju dah ketat tuh kita pack and let it go jer kan... tak pun simpan untuk "next"next" adik (kalau ada laaaaaa :P)

Saya dok fikir, emmmm lambatnyer lah nak dapat user baru.. simpan2, lama2 masuk tong sampah plak dah. Baju elok lagi...

Kalau ikutkan baju ni fesyenlah besar ketepi kikiki.. lebarlah maksudnya tuh :P
So memang muat sangat lagi dengan Asfa, cuma singkat jer

So jadilah project extension of baju dan seluar kikiki (orang lain extend rumah kan, kami extend baju je lahhh)

 

Tadaaaa...
Baju tuh pun saya sambung kat bawahnya. senang sangat kerjanya, takyah nak tetas bagai, potong kain, jahit jer.

Bolehlah Asfa pakai 3-4 bulan lagi kut...

Projek jimat cermat untuk alam sekitar... alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang, dan ianya bermula dari diri kita sendiri. Biarlah orang lain kurang kesedaran, tapi kita sedar... sekian iklan dari acik hahaha

Wassalam

Regards; Mila

Selasa, Mac 28, 2017

Perca d'tampal tampal...

Assalamualaikum..
Bersiaran jua, setelah lama menyepi
Harini hari selasa, hari terakhir bulan Jamadil akhir kan... esok dah nak masuk Rejab.
Besarlah pengharapan kita agar bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini.

Cuti sekolah dah pun berlalu..
Seminggu cuti, dari Jumaat malam, kami balik ke Kuching. Ahad malam habis cuti sekolah baru balik ke KL huhuhu... Nasib mak ni tak kerja, senin kita kemas rumah dengan perasaan malas hahaha.. penat masih terasa gitu.

Budak kenit tuh dapat turban baru, hadiah dari Awe.. si kakak plak dapat shawl baru...

Biasa ler.. cerita bilik jahit mestilah ada.
Arituh bila mengemas bilik jahit, "ter"bongkar satu plastic penuh dengan kain flannel kikiki.. perca yang agak besar...
Emmm nak disimpan macam tak cukup tempat je kan..
Nak buat cloth pad mcm malas plak
Akhirnya saya cantum sesuka hati...
Cantum camni kadang ok, kadang fining, sebab kadang terpaksa trim, kadang kain herot, dah fining piker camna nk bagi sama kikiki
 Malas nak buat binding proper... faux binding je lerrr... atas skit taraf dari pillow case binding darjatnya kut kikiki (binding pun ada darjat kerrrr :P)
 Agak besar jugaklah untuk Asfa, tapi mungkin sebab kain flannel, backing plak dengan cotton, so agak panas bagi dia... asal diselimutkan jer pusing, keluar selimut, kalau selimutkan lagi maunya menjerit hahaha.. walaupun matanya tertutup :D)

Ok... sampai jumpa lagi...
Wassalam

Nak tempah telekung? https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/


Regards; mila

Selasa, Mac 14, 2017

Quilted Boxy Bag....

Assalamualaikum....
Gigih menulis di blog kan..
Saya tak rasa puas hati kalau hanya post di FB sebenarnya..
Suka membebel di blog. Lebih kepada macam diary gitu hihi

Perasan tak? Dulu2, suatu masa dulu, meriah di blog, semua org suka ada blog sendiri. Tapi blog ni lebih general, ada yg sembunyi identity sendiri di blog. Then came FB... in which lebih personalized... jarang orang sembunyikan identity diri di FB. Maka blog pun sunyi, dah tak ramai aktif dengan blog, banyak yang dah sunyi tanpa new posting

Then came IG... lebih kepada berkongsi cerita peribadi melalui gambar, kalau malas nak tulis ayat panjang2, post gambar jer org dah tau apa kita buat dan pergi kemana. FB pun dah mula sunyi, yang tinggal otai2 seller jer hihihi.

Agaknya lepas IG, apa lagi erks...

Apapu, saya tetap suka blog, sebab takde restriction on ID, sesapa search n jumpa blog kita, dia boleh masuk dan baca. Ok, kurang privacy dan kurang selamat skitlah kan. But ada pro n cons lah... kat blog kita jarang update LIVE dan bgtau lokasi kita at the moment. Selalunya cerita yang dah lepas

Amboiiii buat karangan media sohsial nampaknya acik pagi nih yer kihkihkih

Cerita skit projek jahit acik..
Kali kedua buat Boxy Bag.. dah agak senang, lg pun quilted, lebih lembut dari guna cotton stabilizer...

 Tengok tuh... budak tuh posing dengan beg baru hihi


 Banyak improvement kena buat ni... boleh cuba lagi nexti time, guna batting tebalkit

Ok sampai jumpa lagi... sekian bebelan acik hihi
Wassalam



Regards; mila

Isnin, Mac 13, 2017

Oh Mesin-mesin jahit ku...

Assalamualaikum...

Lama dah tak update pasal mesin jahit..
Arituh... tahun lepas, saya ada update cerita sedih pasal mesin cap ayam jenama Protex saya kan..
Cerita tuh kat sini http://blogrimbun.blogspot.my/2016/10/oh-my-mesin-jahit.html

Dan dah almost 5 months bertahan dengan JS1410, akhirnya I made a decision, setelah putus harap dengan JP Doshi yang memang irresponsible... hampeh betul after sales service nya. (Ok relex relex makcik yerrr, jgn marah :-P), kalau difikirkan memang agak kecewa, sebab katanya akan reorder sparepart, pastu senyap jer, bila tanya kata barang belum sampai, dah tuh senyap jer, last2 bila tanya, kata supplier pun takde barang. Pastu tanya apa solution yang ada, suruh tanya bos dia, dan bos dia memang ler penipu ajerr... kata nak hantar technician tengok, "don't worry we will solve this matter for you", tapi bila message banyak kali, dah tak jawab pun, seen but no response... enough is enough.. I have to move on lah... kalau nak cerita sakit hati, memang kerja tak jalan kan. So kalau orang tanya saya, ok tak beli dengan JP Doshi, think twice ok.. kalau ada tempat lain yg harga sama, after sales service ok, then take that as your 1st choice

Survey2 kat internet jer... last2 jumpa seller dari Melaka yang banyak hantar mesin ke KL jugak... dan dia offer JUKI semi-auto ni at RM2.3k, dah termasuk GST dan termasuk kos penghantaran. Motor Direct Drive, boleh kawal kelajuan dan boleh nak control jahitan last tuh jarum jatuh kat atas or kat bawah. Jenuh jugak fikir, istikharah pun banyak kali jugak sebab agak banyak duit nak guna tuh, dan dia willing nak ambik mesin Protex at RM200.00

At last.... final decision.. tawakal je lah.. angkut ler satuuu


Dan rasanya sangat puas hati dengan mesin ni, agak senyap dan yang penting lebih selamat. Terutama bila saya menjahit kat ruang tamu, kadang Asfa main kat sebelah...
Motor DD tuh dok kat sebelah tu jer, bawah kosong... Kadang acik ni masih ngigau, cari suis kat bawah, rindu kat Protex ler tuh hihihi, harapnya betullah pilihan saya ni..

Dan ini cerita lain plak... sebulan sebelum niii
Terjumpa posting member dalam geng jahit telekung, nak jual mesin jahit tepi ni at RM1k
Teragak2 jugak, sebab rasanya tak berapa guna sgt mesin jahit tepi besar ni, tapi kalau nak mengembangkan sayap biz ciput saya ni, memang kena ada gak one day..
At the sametime, jenama JUKI ni kalau beli baru tak kurang dari 3k kena ada, dan kalau 2nd hand kat kedai selalunya dalam 1.5k jugaklah

Dan Alhamdulillah, love at the first sight kut, tambahan owner lamanya sangat ikhlas nak jual. Dia seorang tailor dulunya, tapi mata dah tak berapa nampak utk menjahit, so terpaksa berhenti dari ambik upah, itu yang nak let go jer mesin jahit tepi ni. Dan yang terasa bestnyer, siap bagi kurang lagi harganya... cuma RM900.00 jer.. mesin plak dah di servis cantik. Kalau nak banding dengan mesin singer portable tuh, memang jauh cantik dan kemas jahitan yang ni.
Secara fizikal Nampak macam besi buruk jer kan... tapi ini JUKI JAPAN betul tau... motor pun besar, gagah perkasa kikiki

A'la kulli hal.. Alhamdulillah... masih lagi tak berapa in control lg nak guna mesin jahit tepi besar ni.. tapi in shaa Allah...

Wassalam... terima kasih kerana membaca bebelan acik arini hihi

Regards; Mila

Ahad, Mac 12, 2017

COMBO SET TELEKUNG S & M

Assalamualaikum....

 
COMBO TELEKUNG+SEJADAH+POUCH
Ada tak sesiapa yang berminat dengan combo ni?
Available untuk saiz S dan Saiz M
...
Harga saiz S
Telekung S=RM50
Sejadah S=RM25
Pouch=RM7
Total Price = RM83 TAPIIIIII
Offer at RM75.00 sahaja (means free pouch dan ianya readymade, siap pouch jer kami pos!!!)
Kita tengok plak harga saiz M ok..
Telekung M = RM60
Sejadah M = RM40
Pouch=RM7
Total=RM107 TAPIIIII
Offer at RM100.00 sahaja
Aishhhh senang cerita, untuk COMBO ni kami bagi free pouch lah yerr...
OPsss... nak tambah lagiii... bagi pembelian pada 13-15 March 2017, kami bagi free postage untuk semenanjung Malaysia, dan tambah RM5 sahaja untuk Sabah & Sarawak, lain2 tempat kita cerita belakang le yer hihihi
Berminat?
Boleh PM kami di https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/ , ataupun WASAP 019-254 8268


Regards; mila

Sabtu, Mac 11, 2017

Sejadah Mini

Assalamualaikum...

Semenjak buat set telekung Dhiya Amanee ni... jadi semangat plak nak buat sejadah mini hihihi..
Cantik sedondon..
Hadiah dari ayah Dhiya di hari jadinya..
Jarang sekali saya dapat tempahan dari seorang bapa sebenarnya, dulu2 ada seoarang, siap repeat tempahan sampai dua kali hihi..


Pada yang nak simple jer, boleh digunakan oleh anak yang berusia 3 tahun ke bawah sebagai sejadah, or boleh jugak digunakan sebagai mini sejadah untuk mak budak hihihi, boleh WASAP saya yer... 019-254 8268




Regards; mila

Tutorial Sejadah Muka / Sejadah Mini (Binding using Lace)

Assalamualaikum..

Semalam saya asyik layan perasaan rindu dengan quilting... banyak dah skil yang kena refresh semula, asyik lupa jer..
Sampaikan lupa nak trim sebelum binding.. sel2 otak dah banyak terputus kut hihi..

Projek buat sejadah muka ni sebenarnya dah lama, tapi terkandas ditengah jalan, masuk tong dan simpanm bila mengemas bilik jahit dan pindah ke tingkat bawah (supaya senang nak menjahit walaupun Asfa tak tidur), jumpa balik semua projek UFO saya.

Antaranya sejadah muka..

Sekali lagi saya mencari tutorial nak lekatkan lace sebagai binder... jenuh segala keyword type kat pocik google, tapi tak jumpa. Akhirnya terpaksalah rekacipta sendiri. Trial & error orang kata, yang error tuh kita tetas bg jadi..
So kat sini nak mengabadikan cara nak lekatkan lace tanpa perlu potong pada corner.

Tutorial untuk ingatan diri sendiri, kawan2, anak cucu cicit di masa hadapan kikiki

Saya skip part potong kain, quilting, trimming tu yerrr... boleh cari kat blog lain kut, asas2 quilting & patchwork

 Mulakan dengan melebihkan sedikit lace kat permulaan tuh, nak tau banyak mana, buat bentuk square

Sampai kat hujung, matikan jahitan dan buka lace..

Lipat kat hujung sekali jadi 3 segi

Lipat lagi jadi begini..

Then pusingkan lace belah bawah tuh supaya selari dengan tempat yang kita nak jahit nanti

Buka je lipatan, tapi make sure kita pegang tempat nak mulakan jahitan, dan start jahit

Boleh test tengok, jadi tak mitered corner kat sudut tuh tadi

Sudut yang last kita cantumkan belah dalamnya..

Boleh jahit tepi sebelah belakang..

Top stitch cun cun... kat mitered corner pun topstitch jugak

 Sebenarnya saya nak bagi as free gift pada yang tempah sepasang telekung, tapi kalau ada yang berminat dengan sejadah sahaja pun saya jual jugak




Regards; mila

Selasa, Mac 07, 2017

Jumpsuit Refashion Ideas

Assalamualaikum...

Dah sekian lama tak share ideas kat blog ni kan...
Idea banyak, tapi nak tulis dan ambik gambar tuh yang most of the time tak sempat.
But that doesnot mean owner blog ni dah jadi kedekut :-P or mata duitan (semua kena bayor) kikikiki - tiada kaitan dengan sesapa samada yang hidup ataupun dah meninggal dunia

Alahaiiii.. projek yang dah agak lewat. Asyik tertangguh jerrr, gitu ler
Tengok tuh, dah agak ketat dengan dak Maryam sweater nih


Asal kejadian...
Ini adalah jumpsuit yang umi beli kat giant.. agak tebal kainnya, tapi kejap jer pakai, dah tak padan dengan dak Maryam, sejak tuh lah niat timbul untuk transform jadi sweater or baju panas or baju sejuk or what eva the name kan...
 
Kita potong kakinya..
 
Bahagian kaki tuh dikembangkan Nampak camni..
Lipat dua dan agak2 potong untuk hood.. jahit bahagian lekuk tuh
Now lekatkan dari tengah leher ke kiri dan ke kanan 
Bahagian bawah tuh saya letak kain warna merah, ribbed knit, nasib baik ada warna yang agak sama.. walaupun taklah betul2 sama 
 
Wokehhh.. dah siap.. Cuti sekolah March ni kita bawa balik kampong yer, pakai kat airport and dalam flight hihihi.. lepas tuh kita masuk bakul je lah.. macam dah takleh pakai dah pun

 
Itu je lah idea yang tak seberapa kikiki
Wassalam...


Regards; mila

Syukur....

Assalamualaikum semua...

Salam sejahtera..
Dah pun hari Selasa
Esok Rabu..
Cepatnya masa berlalu..

 
 






Regards; mila

Khamis, Mac 02, 2017

Saiz oh saiz

Assalamualaikum kawan2

Hajat nak tulis macam2 kat blog tapi si Maryam ni bangun dah plak kikii

kita copy paste dari FB page je lah yer :P


ANAK 3 TAHUN... SAIZ XS or S yer?
Tinggi Maryam 80cm
Umur? 2 tahun 4 bulan
Dan.... dua2 saiz boleh pakai, XS or S...
Kalau tengok gambar kat bawah tuh, S memang agak labuh.

Perlu ke telekung yang labuh untuk anak2?

Kalau ikut pendapat PERSONAL saya.... tak perlu pun. Sebenarnya sebelum Maryam guna telekung XS tuh, dia start dengan mini telekung jer, kain telekung pun takde hihihi... Mini telekung biru tuh adalah dari kain jersey lebihan telekung kakak, tak sia-sia simpan rupanya, rezeki dak Maryam. Sekarang dah besar skit, dia pakai telekung sepasang betul dah, sebab bila tengok umi pakai kain, dia nak jugak. Kain tuh tak labuh pun, takat bawah skit dari kaki, dan just nice kalau dia berjalan. Kadang solatnya sekejap jer, kita angkat takbir, dia dah sujud, kita baru nak sujud, dia dah tanggal telekung hahaha

At different angle, kalau sebagai pembeli, saya rasa beli saiz yang agak besar boleh lama skit dia pakai, so mungkin saya akan ambik saiz S. Kalau ikutkan saiz S tuh masih boleh pakai hingga umur 4 tahun, malahan kalau tak cepat sangat tinggi, boleh sampai 5 tahun pun... lama tuh, berbaloi2 (mungkin dah agak singkat tp still boleh pakai)
So pilihan di tangan anda...
Harga?
XS=RM40
S=RM50
(sepasang telekung tanpa pouch, sulam nama & pos)
https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/



Regards;

Rabu, Mac 01, 2017

Tempahan Telekung Little Maryam

Assalamualaikum warahmatullah....

ANAK UMUR SETAHUN DAH NAK SOLAT??
Solat kan tiang agama
Jom kita bina "tiang" seawal usia
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹...

 "Anak dara saya masuk usia setahun dah pandai nak ikut sekali solat. Terkumat kamit mulutnya, baca apa ntah lah hahaha. Ingat nak carikan telekung satu, tapi susah betul nak dapat saiz yang sesuai"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸


🍎Anda cari telekung yg best, SELESA-KEMAS-MENARIK untuk anak-anak ?
🍏Mencari telekung yang siap ada nama untuk dibawa ke taska/tadika?
🍊Mencari telekung yang diperbuat dari cotton dengan pelbagai pilihan corak dan warna...
πŸ…Anak anda bersaiz "luar biasa" dari teman seusianya? Mencari telekung yang boleh customize?

In shaa Allah telekung kami memenuhi ciri2 yang anda idamkan untuk anak anda...
❤️SIMPLE - SELESA - MENARIK
❤️100% sewn at home
❤️Pilihan untuk ada pouch/beg telekung supaya senang disimpan
❤️Custom orders untuk lebih selesa
❤️Terdapat juga readymade bagi yang ingin mendapatkannya dengan segera
❤️ Material tetron cotton yg sangat selesa
❤️ Cutting muka yg kemas dan sgt selesa
❤️Pelbagai corak yang menarik
❤️ Lain daripada telekung kanak-kanak yang berada di pasaran


 


Jemput ke FB kami https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/

Or boleh WA 019.254.8268
Kami sedia membantu



Regards; mila