Pengikut

Rabu, Ogos 29, 2012

Oh! So Pinky...

A gift for a friend who just received a baby girl. 
Cuba teka... pinwheel ke or hourglass?
Hihi sama je pun mana2 kan. 
Sebenarnya saya buat hourglass block, tapi lupa nak mixed with other print, jadilah nampak macam pinwheel.
Dan bila dah siap cantum blok ni, baru saya tahu, sebenarnya saya lebih suka scrappy look dari two tone camni. at leastlah mix 3 4 colour or fabric print kan.. baru nampak seri.
Yang ini lebih kepada baby blanket, guna batting nipis jer, backing plak saya guna flannel. Terasa lembut jerrr. Flannel ni plak agak tebal, jumpa di Kamdar few months back. 
Ready to go to the owner... dan harapnya penerimanya sukalah yerr

Regards;

Selasa, Ogos 28, 2012

Fabric Panel for Quilt...

Kepada yang berminat untuk tempahan baby quilt dan kenan dengan panel fabric kat bawah ni bolehlah email saya yerr. Saiz panel about 2/3 yard sahaja, tetapi saya akan besarkan dengan border ataupun potong2 dan buat patchwork.
love u panel (green/pink)
friendship/owl&trees
flower pot/flower bouquet
rabbit story
zoo 



Regards;

Isnin, Ogos 27, 2012

Warming up..

Cerita semalam yang di sambung ke hari ini..

Bila mengemas tempat jahit saya ni, macam2lah jumpa. macam2 lah projek lama terimbas kembali ahaha.
Akhirnya siap jugak... si gebuzz gitu
Alkisahnya yang ini bukanlah comforter, bukan jugak tilam... apa ntah nak panggil. Asal kejadiannya adalah comforter set murahan yang ala2 tipah tertipu yang saya beli online. Memang rasa tertipu sebab katanya bebenorlah cotton dan sejuk dipakai. Sekali bila dah dapat emmmmm dok dalam aircond pun tak tahan panasnya tau. Lepas sekali pakai, jadilah comforter ni ditolak kesana kemari, dengan niat nak make over covernya. Tapi bila fikir2 balik, comforter ni agak pendek, lebih baik make over jadi playmate je lah kan..

Nak tau camna boleh jadi gebuz camni... saya buang piping tepi dan lipat dua, then masukkan kedalam sarung baru. Asalnya nak buat proper binding, ala2 takde kelazzzz kalau buat pillowcase binding....... rupanya si abang protex ni tokleh nak cater dengan ketebalan comforter ni nampaknya. Pst pst... kalau korang nak tau, bukan takat fiber comforter lama tuh jer, segala scrap fiber yang kecik2 tuh saya masukkan hihihi. Terpaksalah mokcik mengalah, buat pillowcase binding and then jahit tangan macam orang buat tilam kekabu tuh jerr.

Seronokkan budak ni dapat alas gebuz ni
Yang petak2 tuh bukan patchwork yerr.. mmg corak kain sebegitu.

Dan ini belah belakang.. sajer cari darker print..
Udah2 ler berposing yer... buat homework tuh cepat, lepas ini boleh tidur plak


Waghhhh ngantuknya.. selamat malam semua..
Regards;
 

Open for order

Salam Aidilfitri kawan2 semua..

Terasa lama tak bersiaran di blog ni, terasa rindu plak kan. rindu nak menaip macam2 cerita. Kekadang plan nak cerita benda lain, tapi tercerita hal lain plak kan.

Hari ini.. hari kembali ke rutin harian, iaitu coming back to office. Fuhhh dah seminggu berehat (bangun lambat ler tuh), harini cukup terasa culas nak kerja. Apa pun kerja itu amanah kan, dah sanggup terima gaji, kenalah sanggup pikul amanah siapkan kerja.

Sungguh pun terasa liat nak kembali ke ofis, tepat pukul 5 pagi jer terus mata jadi segar.. hahaha.. syndrom bersahur masih belum habis rupanya, alarm kat handphone pun masih belum tukar ahaksss..

whooppss.. arini takde sebarang laporan dari BILIK jahit (dah upgrade dari sudut jahit tau.. nanti dah siap saya kongsikan ok hihi). Just nak umumkan yang kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah quilt comforter (baby size or single size).. bolehlah email saya. Fuhh in doubt jugak ni, ada ke yang masih berminat setelah bercuti sekian lama kan kan.

Untuk serba sedikit panduan bolehlah tengok kat sini http://blogrimbun.blogspot.com/2012/03/tempahan-baby-quilt.html dan kalau nak tengok contoh2 yang saya pernah buat boleh tengok di sini http://blogrimbun.blogspot.com/search/label/Quilt.

Selamat Hari Kemerdekaan to all Malaysians for this coming 31st August 2012.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA..


Regards;

Isnin, Ogos 20, 2012

Aidilfitri 2012


Salam Aidilfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. Maaf andai ada silap dan salah.
Kullu am wa antum bil khair....
Regards;

Isnin, Ogos 13, 2012

haru biru corner..

Salam Ramadhan almubarak kawan-kawan semua.
Lama jugak saya menyepikan diri yer. Blog ajer yang sunyi tapi tuannyer ni kalut. Kalut nak siapkan baju raya, kalut nak kejar ke dapur, masak untuk berbuka, kalut nak kejar ke surau nak solat terawih... kalut nak g beli kuih raya (ahaks!! tahun ni ada kuih raya magic tau.. tunjuk2 terus jadi)

Baju raya kami 2 pasang seorang jer... (ini jer yang termampu = mampu di transfer jadi baju hahaha).
Untuk saya sepasang kurung pesak gantung, sepasang lagi kurung biasa. untuk Izzah sepasang kurung biasa, satu lagi dress ala ala jubah gitu. Saya ni mcm biasalah.. asal jahit baju jer saya akan ketensionan.
Dress labuh Izzah tuh asalnya nak letak conceal zipper ehem!.. akhirnya zip itu ter"conceal" jauh kat dasar bakul sampah hahhahaa. selamat sudah.
Cerita pasal raya ni, kalau orang lain mungkin dok plan nak ada langsir baru.. nak buat kuih raya etc etc kan. Saya ni mungkin bukan tergolong dalam kategori tuh kut.. saya tukar langsir kalau rasa perlu jer, or dah boring dengan the existing color, tak tunggu raya pun. Kuih raya pun malas nak buat sebab selalunya balik kampung lama, bila KL plak dok sibuk open house sana sini. So kalau ada orang nak datang rumah, masaklah makanan berat skit. Biskut2 raya tuh setakat penyeri jer.. formula raya sempoi ala saya hik hik

Eh Mana gambar baju raya??? tunggu rayalah yerrr

Dan sambil2.. dah ada pola dress tuh saya potong jugak kain ni, cotton, tapi coraknya macam comot skit kan, buat baju Izzah, dress dengan seluar. Bajet2 pakai pergi surau... sopan skit dari pakai t-shirt yang dah banyak yang sendat tuh 

Dua tiga hari ni hati saya ni sedih skit.. sedih sebab vitamin B saya tuh skit sangat. Bukannnn.. bukan sikit sangat, tapi sikit dari tahun lepas.Tapi syukur jugak sebab ada vit B kan.

Pastu tetiba pagi2 tadi saya terfikir, memanglah angkanya sedikit sahaja, tapi sempena bulan Ramadhan ni, senang jer nak melipat gandakan sampai beratus2 kali ganda kan kan... even beribu kali ganda pun boleh, semuanya dengan keikhlasan hati. dan saya rasa sungguh gembira kerana dapat ilham ni.
Jomlah kawan2, kalau anda ada RM1, nak tak ianya jadi RM7,000 or even RM70,000,000... skim cepat kaya pun tak secepat dan tak sebanyak ini keuntungannya..
Andai rezeki kita sedikit sahaja, maka kerana ianya sedikitlah maka kita perlu perbanyakkannya.. perbanyakkan dengan sedekah, mudah mudahan ianya dapat membersihkan hati dan harta kita.

Insyaallah..

Regards;
 

Selasa, Ogos 07, 2012

Merah itu menawan..

Sajer tayang beg yang dah lama siap tapi..... tak jugak dilekatkan butang. Kiranya lagi 95% nak siap, pastu terbengkalai. Another 5% tuh dapat disiapkan in 1 minutes jer hahaha..

Merahnya makngah...
Syndrome apa ntah kan, kalau dah datang angin malas tuh, tinggal nak letakkan butang je pun malas... lebih seronok jahit projek lain plak dah. Kesian customer yang menempah kena tunggu lama... maafkan kami.. maafkan kami (nyanyi ala2 lagu p.ramlee tu tau)

Time bulan puasa ni patutnya puasa nafsu kan....
Tapi nafsu membeli kain saya ni memang tokleh nak puasalah... ada jer alasan nak membeli. Last month tak berbelanja untuk fabric.. this month.. ameekkk ko... congak2 rasanya dah lebih dari 500 rengget kut.. aishhhh... 
Yang ni from Fortworth.. actually kenan nak beli 1/2 yard Kona solid tuh, tapi alang2 penuhkan terus satu FRE kan.. siap ada free gift lg hihi

Panel ni kalau gantung kat dining area or kitchen mmemang menawan betul kan..

Dannn saya masih lagi dok merayau niii.. window shopping (online lerr apa lagi).. tercari2 Kona solid yang murah.. emmm dah dapat one place tuh USD 5.49 per yard.. murahkan? FRE plak 1/2 price at USD8.50.. adoiiiii habihlah doit den.. Kat mana tuh? ssshhhhhh... tunggu dah dapat parcel baru boleh recommended. Kang buatnya services hampeh, tak pasal2 u all marah I kan kan..

Ramadhan dah pun ke akhirnya...walaupun berlapar dan dahaga, walaupun agak kelam kabut, tapi ramadhan adalah satu bulan yang mana hati ini amat tenang sekali... betul tak.
Dalam tazkirah masa terawih semalam ustaz penceramah ada peringatkan, pada malam2 terakhir Ramadhan ni banyakkanlah sedekah, suggestion dia peruntukkanlah sekurang2nya RM10, setiap malam masukkan RM1 kedalam tabung masjid/surau. Mudah-mudahan, ada satu malam yang terkena malam Lailatul Qadar, kut berganda RM1 kita tadi jadi beriban riban pahalanya. Wallahualam..

Selamat berpuasa dan berbuka petang nnt ok...

Regards;
 

Isnin, Ogos 06, 2012

Denim applique handbag

Siap juga akhirnya..
Kain dah lama potong, tapi mood nak menjahit beg dengan applique tuh yang slow skit hihi (alasan: cari idea)
Sebenarnya ini adalah free pattern Phoebe bag, tapi saya dah besarkan 130%. Yang saya buat arituh agak kecik, nak masuk tablet pun susah. Yang ini memang roomy, boleh masuk banyak barang.
Saya menggunakan canvas denim, memang agak keras dan sangat sesuai untuk beg, without interfacing or batting pun still boleh berdiri tegak beg ni. salah satu advantage tanpa guna batting/interfacing ni adalah beg lebih ringan dan lebih nipis, tak nampak bulky sangat.
Kali kedua jugak saya melekatkan zip untuk beg seperti ini, alhamdulillah, jadi dengan eloknya.

Salam Ramadhan, hari yang ke 17. Kepada kawan2 yang bercuti sempena NuzulQuran, selamat bercuti yerr.. yang bekerja pula, selamat berkerja, jangan dikenang orang yang cuti hahahaha.

Mood gembira niiiii... happy happy happy
What a happy day...

For free bag pattern, please visit here http://artsycraftybabe.typepad.com/tutorials/phoebe_bag.pdf

Regards;
 

Jumaat, Ogos 03, 2012

Bloggers' BOM

I am catching up with the Bloggers' BOM  on my free time
These are my April and May BOM, another two to go, June and July and then come the final block which is in August... horeyyyy

joining us here





Regards;