Followers

Wednesday, April 26, 2017

Maryam si tukang jahit hahaha

Assalamualaikum...

Dah setahun jadi FullTimeHouseWife FTHW
Rasa macam masih baru jer..
Si Maryam pun dah membesar
Alhamdulillah, bila duduk rumah ni, jarang selsema, jarang demam. Apapun, ianya sekadar asbab, semuanya Allah yang beri.
Allah kurangkan rezeki kewangan, tapi Allah ganti dengan kesihatan....

Cuma satu jer yang umi masih gagal, gagal nak tumpukan perhatian pada kak long untuk ulangkaji pelajaran sbg persediaan PT3. Kadang umi ni terlebih tumpuan pada Maryam kut. Tapi apapun, kak long dah boleh balik awal pada hari yang takde kelas tambahan, boleh berehat kat rumah. Dulu2 selalu balik lewat, dah penat.

Si Maryam ni plak kalau takde kartun upinipin kat TV, memang suka sangat duduk kat mesin jahit tuh. Kalau umi kata nak menjahit, dia lah yang terlebih dahulu cop kerusi tuh kakakaka...
Kadang umi tarik kerusi dia tuh kebelakang dan masukkan kerusi umi kat depan hahahah... marah dak kenit tuh..

 
Ini perangai yang buat umi naik hangin nih....
Asal umi bentang kain nak potong telekung, dia lah yang sibuk.
Kalau tak baring camni, di tariknya
Kadang umi dah lipat elok, abih ditariknya...

Apapun.. mungkin atas factor umur, walaupun agak membosankan bila duduk rumah tak jumpa orang camni. Tapi rasa seronok jer layan kerenah anak2..


Regards; Mila

Kerja kerja baik pulih yang telah dijalan kan...

Assalamualaikum...
Amboi tajuk post hari yer... dah macam baik pulih jalan raya plak..
Takde maknanya acik nak baik pulih jalan raya, acik baik pulih telekung sahaja..

Dah lama dapat testimony dari customer, tapi acik simpan ajer... lama2 lupa

Terima kasih atas kepercayaan...


Pada yang berminat nak baik pulih telekung, acik open table... ehhh... open hand untuk terima telekung2 anda yang dah rosak or tidak selesa untuk dipakai....
Boleh wasap acik yer... www.wasap.my/60192548268

Sampai jumpa lagi, wassalam


Regards; Mila

Wednesday, April 19, 2017

Sopim baju baru :-D

Assalamualaikum....

Kalau sopim baju anak memanglah mak2 selalu rambang mata kan...
Inilah yang terjadi bila sopim idea baju gegurl kat internet.. gigil tangan mak ni.. nak menggunting kain jer kerjanya.

Ini kerja umi sebelum balik kampong arituh, almaklum, semua order baru mak dah tolak lepas cuti, order yang sedia ada dah siap2 pos, masa terluang di isi dengan menjahit baju si Maryam.. sampai kakak pun dah perli2.. aik dah ada anak no.2 ni, dah lupa ada sorang anak lagi yer kikikikiki...
Hakak tuh dah dapat cardigan, dah dapat palazzo... lagi mau ungkit

LAyannnnnzzzz







Regards; mila

WoRdLeSs WeDnEsDaY



 










Regards; MILA

Tuesday, April 18, 2017

Mini telekung a.k.a telekung umrah

Assalamualaikum..
Bersiaran dipagi selasa yang indah
Semalam Asfa tak berapa sihat, demam. Dah sekian lama tak demam rasanya, sampai umi pun dah lupa bila last demam kakakaka, Rasanya tahun lepas, dalam bulan 9 gitu ada demam.

Mini telekung in da hauz...
Asal kejadiannya telekung umrah, sebab ramai yang berminat dengan telekung yang pendek skit, just sampai hujung jari jer dan juga berpoket.
Tapi bila dah dekat nak puasa ni, dah masuk Rejab, ramai plak yang request telekung yang sama untuk terawih. Bukan apa... telekung yang tak labuh sangat ni amat selesa untuk solat Jemaah, tak terpijak telekung masa nak bangun. Sesuai jugak kalau dipakai dengan jubah jer, poket kecil plak jadi tempat untuk isi duit untuk tabung masjid.... senangkan.

Terima kasih lah atas tempahan, ada yang siap promot kat kawan2 opis plak tuh...



Moga Asfa cepat sembuh... boleh umi sambung menjahit.
Sampai jumpa lagi... ilalliqa

Regards; mila

Tuesday, April 04, 2017

Tempahan Telekung Dewasa dan Kanak-kanak

Assalamualaikum...

Harini nak cerita skit pasal kain/skirt untuk telekung dewasa.

Alkisahnya, tercari2 cara macamana nak kurangkan customer yang bagi ukuran sendiri. Sebab kesian jugak, tak semua orang ada simpan tali tape kat rumah kan. Kita pun taklah sentiasa ingat saiz pinggang kita. So kalau tetiba customer terpaksa bagi ukuran pinggang plak, tak ke menyusahkan, saya pun susah jugak nak kena ingat ukuran pinggang orang kan.
Kecuali ukuran muka tuh, payahlah skit nak skip setakat hari ini, blom ada ilham camna nak ada satu saiz muka, fit all.

Untuk kain/skirt ni, saya buat adjustable pinggang..
Napa dan camna?
Ianya kombinasi getah dan tali.
Teringat dulu2 kita selalu juga guna yang bertali sahaja kan.. tapi kurang selesa, sebab ianya menjerut gitu. Bila di gabungkan tali+getah, ianya lebih selesa untuk dipakai.

Kadang kita ni berkongsi telekung dengan anak2, kadang tetamu datang rumah pinjam telekung kita kan... so dengan kain seperti ini, in shaa Allah selesa untuk pelbagai saiz pinggang

Pada preggy mum pun in shaa Allah lebih selesa, boleh ikat ikut saiz perut anda.. takde lagilah rasa tak selesa masa solat.

Saya katakana di sini "in shaa Allah" sebab saya mungkin menyelesaikan masalah sesetengah orang TAPI mungkin tak semua... mungkin ada orang2 yang dah tua yang mungkin ada masalah untuk mengikat kan.

Tali pengikat plak saya buat lebar seinci, So ianya lebih senang dan taklah ada risiko simpul mati hihi
Teringat plak dulu2 jenuh nak buka balik simpul mati kat tali kain telekung, dah masa tuh guna tali halus tuh kan..

 
Pada yang mencari2 telekung dewasa dan nak survey harga... ini pricelist saya:-
 
Sepasang telekung cotton (Standard) = RM95.00
Telekung sahaja = RM65.00
Mini telekung berpoket = RM55.00
*Harga tidak termasuk kos pos
 
Material : Tetron Cotton (TC Poplin)
Labuh telekung standard dari kepala : +-45"
Labuh kain/skirt telekung standard : 50"
Labuh mini telekung dari kepala : 39"
Tempahan adalah berbentuk custom order, siap dalam masa 1-2 minggu
Wassalam....


Regards; mila

PPC Gulai Ayam

Assalamualaikum..

Sesajer ler update pasal dapur plak arini hihi

Sejak ada PPC ni, kerja2 memasak jadi senang dan ringkas gitu..

Nak menggulai ayam kampong ni kejap jer rasanya..

MAsuk jer semua bahan kecuali santan dan asam jawa dalam PPC, tekan mode Chicken/Duck, KPT 15 minit (preset time), boleh tinggal jer, nak menjahit ker kan..


Dah siap, off jap (sbb ianya auto jadi KEEP WARM), bagi wap keluar, buka penutupnya. Guna function BAKE, pilih jer mana2 chicken ker.. fish kerr.. Bagi ianya panas, sambil tuh boleh masukkan santan, asam jawa dan rasakan garam. Agak2 dah agak kering dan bolehlah OFF jer.. dah masakkkk, Cepat ceduk masuk mangkuk kikiki

Kalau ku tahu sebegini punya senang, dah lama beli. Bagi ibu2 bekerja, memang sangat2 membantu sebab dapur tak bersepah, bau pun very minimal. Tak macam manual pressure cooker yang keluarkan wap masa memasak, yang ni cuma ada keluar wap masa tengah nak panaskan jer, bila dah KPT (keep time pressured) dan takde wap keluar.
Nak buat camna, dulu2 takde rezeki nak beli, padahal selalu jer tengok ada offer kat LAZADA kikiki (dulu2 mak verangan beli yang mahal tuh, sebab tuh tak pandang yang murah nih kihkih)

Sekian... wassalam

Regards; mila