Pengikut

Rabu, Julai 24, 2013

Dipertengahan sudah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan 15, 1434

Marilah kita memohon keampunan Allah di fasa kedua Ramadhan ini..
Moga kita terus bernyawa di bumi Allah ini hingga ke akhir Ramadhan dan di rezekikan lailatul qadar.



+++++++++++++++++++++++++++++++
Macam biasa.. sambung cerita menu buka puasa dan sahur hihihi (takde kerja lain kan!)

Semalam kami berpuasa tanpa bersahur, last saya minum air pukul 3.30am.. lepas tuh terus fengsan.. sedar2 dah pukul 6.15am huhuhu... first time terlajak sebegitu sekali, biasanya tahun2 lepas, kalau terlajak pun takat lagi 10 minit nak azan jer, sempatlah minum air n kurma sikit.

Semalam saya masak mee kari udang+kerang. Tak sangka plak Izzah suka, tambah plak tak berapa pedas... laju je lah dia makan.
Additonal to that saya buat cucur udang kembung... (boleh search resepi kat google, tapi saya dah alter banyak dah hihii)
Minuman: avocado juice (love this drink sooo much) & soya bean bagi yang tak minum apokat :P

Sahur plak saya habiskan roti jer (balance roti benjo buat roti john arituh)
Izzah plak setiap hari sahur dengan koko krunch + low fat milk
Selera nak makan nasi dah hilang, dan tak rasa apa pun walaupun tak makan nasi.

Ok lah..
Selamat berpuasa di hari ke 15 Ramadhan
Wassalam

Regards;
 

Isnin, Julai 22, 2013

cerita ceriti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan 13, 1434

Dah pun di fasa ke 2 Ramadhan... sungguh cepat masa berlalu, rasa sekejap jer.

Semalam buat pertama kalinya kami berbuka di surau. Rasanya last berbuka di masjid adalah masa di MasjidilHaram 2 tahun lepas. Sebelum tuh, pernah berbuka di masjid masa belajar dolo dolo jer.. fuh lamanya kan.
Satu peristiwa (peristiwa ler sangat hihihi) yang menyebabkan saya teringat balik kuliyah alHikam Ustaz Zulkifli AlBakry berkaitan rezeki. Rezeki adalah sesuatu yang di jamin oleh Allah. Alkisahnya masa berbuka semalam, kami malas nak berebut makanan, buffetlah katakan, so kami biarkan orang lain ambik dulu makanan, but what happen? semua makanan habis huhuhu, nasi habis, ikan n ayam pun licin, kesian jugak ngan Izzah sebab lambat makan, tapi tak semena2 ada plak yang hantar makanan... banyak plak tuh dan sedap... selera si Izzah makan.
Yang seronoknya berbuka di surau takde lah masa nak landing2 dulu before bersiap nak terawih... pastu mata pun nak tutup jer kan hihii. Syukur kepada Allah, di berikan kesempatan untuk solat terawih berjemaah di surau. Tambahan pula ada tazkirah lepas 4 rakaat, banyak ilmu dan peringatan yang untuk di hadam dan di praktikkan. Saya pun tidak faham kenapa sesetengah negeri mengharamkan tazkirah between terawih... mungkin they have their own reason.

Aishhh membebel ajer kan...
Saya ni budget bagus punya, bulan puasa tak mo menjahit dah kononnya... bajet je lah yg bagus, hakikatnya ada jer order yang pending ni. Dan yang sedihnya, weekend sahajalah saya ada masa di bilik jahit. weekdays balik dari terawih saya hanya nampak bantal & tilam huhuhu

Buat 4F (Farhana-Nana, Farihin, Fayyad & Fahmi), harapnya sukalah dengan bantal2 ni yerr

Sulam Applique Cupcake khas buat peminat cupcake hihihi

Tau tak apa yg common thing about me? Yang pernah di komen orang tapi.. saya tetap suka apa yang saya buat... saya suka sulam sesuka hati tanpa tengok centre ke tak.. lurus ke tak kikikiki.
Ada lagi nampaknya pending order dalam list saya ni... ada 4 set sarun tilam n bantal baby in making.. haishhh ada harapan jahit baju raya di malam raya ni hihihi

Oklah sajer nak share gambar2 dari customer... ini dari Teratak Iera, comel betul dak Affaf ni kan...


Dan ini plak Ammar dengan adiknya.. ingat tak quilt tuh...
Actually bantal tuh masa saya postkan kat blog ni salah eja namanya, nasib tak susah sgt nak alter balik huhu.. mimpi apa ntah saya ni masa dok jahit huruf tuh hihi, so nama yang sepatutnya Quresma, bukan Qursema 

Terima kasihlah kawan-kawan semua atas tempahan..
Harap kalau ada terkurang lebih tuh di halalkan yer... 
 Sampai jumpa lagii
Wassalam

Regards;
 

Rabu, Julai 17, 2013

Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Just sharing doa ini...
Eloklah kita baca di kala kita nak tinggalkan rumah.. dah nak raya kan. Syaitan kepala hitam (bak kata Suzie hihi) masih lepas bebas...


Thanks jugak to mamikelate for sharing this tak lama dulu... saya amalkan jugak bila nak hantar anak kesekolah.. moga Allah jagakan anak saya tuh. Saya manusia yang sangat terbatas kuasanya, tak mampu nak menjamin keselamatan dia, hanya Allah yang dapat memeliharanya.



Moga bermanfaat buat semua
Wassalam

Regards;

Selasa, Julai 16, 2013

AlHikam 47 Jangan Kamu Meninggalkan zikir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Ramadhan 7, 1434
Jom kita ambil iktibar dari Syarah alHikam 47, page 346, oleh  Ustaz Zulkifli AlBakri.
Baru semalam dengar tazkirah (masa terawih) pasal zikir ni, antara ibadah yang selalu dilupakan tetapi antara yang banyak di sebut di dalam alQuran... tidak terkira banyaknya


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cerita ramadhan..
Menu hari ke 6:
Bubur pedas, Kerabu sotong
menu tambahan : panaskan apa yang ada hihihi : tempe goreng semalam di masukkan dalam oven kasi rangup krup krap..... rendang ayam pemberian jiran, then habiskan balance puding roti huhu..
Air laici

Sahur plak si Izzah nak makan koko krunch jer, saya makan oat dengan serunding, dan panaskan apa yang ada jer..

Rasanya saya tau sebab apa saya rasa takde masa ni... sebab terlalu obses nak masak apa setiap hari kut erkss... dok pikir nak masak itu, masak ini..
Argghh kena didik diri supaya tak memikirkan sangat nak masak apa... dan spend sedikit jer masa di dapur. Kena jauhi diri dari blog masakan nampaknyer wakakaka

OKlah kawan2... Wassalam

Regards;

Isnin, Julai 15, 2013

Telekung Chomel buat Zahra & Qaireen

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

6th Ramadhan 1434, Isnin

Siap juga telekung Cik Zahra & Cik Qaireen :-)
Moga dua beradik ni gembira dengan telekung ni dan rajin2 solat yerr


Berminat dengan telekung buat si comel?
Detail boleh tengok kat sini yerr
Boleh juga email saya di my.milakamila@gmail.com 

*********************************************************************
Selingan cerita Ramadhan plak
Menu buka puasa semalam hihihih...
Menu asal saya adalah sempoi2 jer, seperti biasa,
Patin masak tempoyak, ulam kacang botol dan tempe goreng.
Kuih plak puding jagung
Air tembikai dengan susu

Ikan patin tuh saya bawa balik dari Temerloh, ada 3 ekor, memang banyak jugaklah bagi kami sekeluarga ni, tapi pikir2 susah nak simpan, saya masak semua dan bagi kat jiran2.. dan what happen to my menu?? Additional plak dah bubur kacang, tauhu sumbat, acar buah, rendang ayam huhuuhu.. banyaknyer kan. Tak habis pun makan, rendang ayam tuh saya simpan plak untuk hari ni hihii
Si Izzah plak, bila jumpa gulai patin ni, memang tak nampak dah menu lain, boleh tambah sampai 4 kali, balik terawih dah pun moreh roti canai, tapi sambung jugak makan nasi ngan ikan patin lagi wakakaka

Saya masih lagi try to adjust my time... agak susah nak menjahit, so ada jer tempahan yang masih pending. Baju raya saya pun masih belum dipotong... ada harapan ler siap malam raya camni :-P.... 
Camana yer kawan2 menguruskan masa di bulan ramadhan ni? Dalam planning banyak ni, nak solat terawih, nak baca alQuran, nak menjahit, nak memasak huhu.. akhirnya balik terawih fengsan.. nampak tilam n bantal jer dah...

Oklah.. enough with the story...
Till another story
Wassalam

Regards;
 

Jumaat, Julai 12, 2013

Hikmah 43 : Kaedah bersahabat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu sakit dia menziarahi, apabila kamu melakukan dosa dia memintakan keampunan untukmu"

- yang boleh memberi ilmu
- yang boleh memimpin ke arah agama Allah



Dalam kita mencari sahabat sejadi,, jadilah sahabat sejati kepada sahabat anda. Insyaallah akan ditemui sahabat sejati

*****************************************************
Menu berbuka semalam:
Tomyam ayam, ulam kacang botol, sambal, brown rice
Mini murtabak sardin (sardin homemade tuh)
Jus avocado

Sahur:
Nasi goreng


Regards;

Khamis, Julai 11, 2013

Hikmah 10 : Amalan-amalan itu merupakan gambaran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2 Ramadhan 1434, Khamis

Jom kita dengar syarah alhikam dari Ustaz Zulkifli, Hikmah ke 10, page  91, Syarah AL-Hikam Jilid 1



Sedikit petikan dari buku di atas:

Amal KERANA Allah:
- pahala
- Tahkik ibadat
- sifat abid
perlaksanaan hukum zahir

Amal DENGAN Allah:
- dekat dengan Allah
- Tashih kehendak (iradaha) memperbetulkan kehendak
- Sifat setiap qasad (tujuan) - Jelas tujuan kepada Allah
- Perlaksanaan segala hukum hati - Bukan sekadar sujud secara fizikal tapi hati yang sujud kepada Allah

(Syeikh Zarruq)
Menafikan riyak = ikhlas
Membenarkan penafian riyak = ujub

(Fudail bin Iyad)
Tinggal amalan kerana manusia = riak
Kalau beramal kerana manusia = syirik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sajer nak letak menu berbuka puasa dan sahur semalam kikiki.. 
- Bread pudding with custard sauce
- Petola rebus with homemade fishball
- Cencaru bakar double pan cecah kicap lada
- Brown rice

Sahur terlajak hari ni.. sedar2 dah pukul 5.25am, gara2 makan ubat selsema ler niii (dah sebulan selsema yang tak kurang2 juga... deria bau saya pun dah hilang)
- sambal ikan bilis nenek
- nasi
- air sejuk
(sempoi betul kan... itu pun nasib sempat makan walaupun di akhir waktu sahur dah)

Wassalam...

Regards;

Rabu, Julai 10, 2013

Hikmah 36 : NUR AKAL dapat MEMPERLIHATKANMU akan DEKATNYA ALLAH SWT kepadamu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Try listen to this.. anda pasti mengalirkan airmata dengan cerita2 yang di bawa oleh Ustaz Zulkifli nii...


Wassalam

Regards;

Telekung Chomel for Affaf & Nana

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Telekung oh telekung...
Telekung siapa yang comel ituuuuu

Telekung cik Nana dan cik Affaf rupanya


Dah 1 Ramadhan hari ini yer... 
Ramadhan yang di nanti-nanti dan dirindui..

Hopefully ibu bapa semua lebih beratkan untuk mengajar anak solat, dan biarlah berkadaran sahaja dalam mengajar anak berpuasa. 
Kalau umur baru 7 or 8 tahun tuh janganlah di paksa berpuasa, sedangkan Allah belum wajibkan mereka berpuasakan. Mesti ada hikmah disebaliknya. Jadi janganlah plak kita sebagai ibu bapa memandai mewajibkan mereka berpuasa, namun begitu tidak salah mendidik, berkadaran dengan kemampuan mereka... 
but dalam mendidik mereka bersolat, seharusnyalah kita bertegas pada usia mereka dah mencapai 7 tahun..

aduhh bertazkirah plak saya pepagi ni yerr, bukan apa.. pernah terbaca ada ibu yang dengan bangga mengatakan anak mereka dah puasa penuh walaupun umur 6 tahun huhuhu.. anak berpuasa penuh bukanlah sesuatu yang perlu di banggakan... peringatan untuk diri sendiri jugak nii

Selamat berpuasa kepada semula muslimin dan muslimat yer..

Regards;


Selasa, Julai 09, 2013

اهلا وسهلا يا رمضان

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اهلا وسهلا يا رمضان


Kepada semua sahabat2 maya, terima kasih atas sokongan semua, moga kita di berikan kesempatan oleh Allah untuk bertemu dan beribadah di bulan yang mulia ini, lebih baik dari sebelum ini.

Saya juga mohon ampun dan maaf dari semua andai ada silap dan salah, terkasar bahasa or terlanjur kata.
Kepada para pelanggan yang saya hormati ... maaf andai produk saya kurang menepati citarasa anda, maaf andai ada cacat cela.

Sempena Ramadhan ni marilah kita banyak kan sedekah.. so sesambil membeli baju anak2 tuh, apakata beli extra sepasang dua dan dermakan di sini



Wasssalam...
Regards; 

Isnin, Julai 08, 2013

Santai2 on weekend

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah pun Isnin..
Terasa macam baru jer hari Jumaat kan? Asal Jumaat jer bukan main happy..
Last weekend mesti penuh shopping mall kan.. semua orang nak beli stok makanan untuk Ramadhan, ada jugak yang terus shopping barang untuk raya.

Kami tak pergi shopping barang makanan nampaknyer kikiki
Tapi kami ke MidValley pergi CASHLESS shopping huhu
Berbekalkan 84k ops! bukan RM, tapi point ler... kami ke Maybank Treatfairs
Masa nak kesana, saya pun tak pasti sgt nilai 84k point ni... ooo rupanya 200point = RM1
So saya ada dalam RM400++ ler yerr.
Lama tuh kumpul.. lebih 4 tahun hahaha.. Dan bukanlah sebenarnya saya dah spend RM84k pun in that 4 years, sebab ada tuh promo double treatpoints etc.. ada jugak yang tak dapat point macam online shopping tuh.

Apa yang saya beli? 
Hihihi.. kenan itu ini.. tapi Izzah juga yang untung..
Dapat satu Casio Poptone ni dengan 15800 point


Kenan jugak dengan Panasonic Grinder machine at 35k point jer, tapi gedabak ler plak, mana nak letak nanti, kenan jugak ngan Phillips food processor, pun besor gedabak jugak... aishhh alangkah untungnya ada rumah kecik, so tak banyak mende boleh isi hahahaha (phewwww). Akhirnya cuma menambah satu trolley cabin bag yang 4 roda tuh jer. Yang claim ownership adalah si Izzah ler, dah berangan balik Kuching dengan beg tuh hahaha..
Akhirnya cuma menambah point, instead of guna point :p


Rasanya kurang skit meriah treatpoint redemption kali ni, voucher2 Kenny Roger or Nandos macam dulu2 dah takde. Ada voucher McD & KFC/Pizza jer. 
Nasib point ni tiada expiry, kita kumpul lagilah, next year boleh shopping lagi.. or else redeem online jer lah.

Ok lah cerita pasal bilik jahitlah plak.. sesaja mencantum scrap ala2 QAYG
Ini as freegift untuk tuan punya Quilt ini



Sesambil tuh siap jugak 2 top untuk pillowcase ni.. another 2 to go.. and then boleh sulam nama plak

Ok.. till another story.. byee
Regards;
 

Jumaat, Julai 05, 2013

Koleksi ruler (versi perasan)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam penghulu hari, hari Jumaat yang mulia.
Hari ni tayang tool baru :)
Ada2 jer saya ni kan.. mesti korang boring dah, mokcik kempen buat ngabih duwet jer kerjanya kakaka
Almaklum, mokcik ni ada perasaan "perasan" jadi quilter, maka asal nampak tools yang best jer, mesti gatal tapak kaki dan tangan nak membeli..



Ada 4 sizes in one set
9.5, 6.5, 4.5 & 2.5 inch
Paling cinonet 2.5 tuh... senang nak 'square' kan pattern yg kecik. 
Bila dah sampai baru perasan yang saya dah ada yang size 9.5 tuh :P
Masa beli sangkakan yang kat rumah tuh 8.5.. apolah mokcik ni kan..
Tengah fikir2 ni.. nak let go or nak kedekutkan diri, simpan jer ruler tuh hihi... Normal price ruler 9.5 inch tuh kalau beli kat YeeButton RM54.00 tau! 

sebagai menjawab "future" question :P.. semua ni saya beli dari ebay at USD25.99+shipping USD14.. total in RM+-RM131

Oklah.. Ramadhan is coming..
Jom kita dengar ceramah berkaitan Ramadhan dari Ustaz Zulkifli...


Regards;

Khamis, Julai 04, 2013

A Road Map...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi Khamis kawan2 semua..

Rasanya (?) this is my closing quilt order before Ramadhan.. sooo happy siap juga akhirnya.
Lepas ni boleh concentrate nakkkk.. jahit telekung for Izzah & her BFF, dan jahit baju raya plak. Hopefully kalau boleh siap awal, maka banyaklah masa boleh tumpu pada ibadah. Bukan senang nak dapat Ramadhan yang hanya datang setahun sekali, dah 36 tahun menempuh Ramadhan, harapnya yang ke 37 ini lebih bermakna.... (erkk tuh kira tahun masihi.. tahun hijrah camno nak kira niii??)

Saya buat simple quilt pattern jer nii, fabric ni semuanya dari customer tau.
Alkisahnya teramatlah berjimat cermat sebab kain ni cuma ada 4 yards.. plus all the scraps dan balance dalam 1/2 yard dari project lepas.

Dah pikir2 nak buat faux binding jer, jimat kain skit... tapi bila combine all the binding scraps... bolehlah dapat scrappy binding yang cukup
Bila buat scrappy binding camni, the worst kalau tetiba tang sambung tuh dok betul2 kat corner huhu.. sanggup tetas balik, potong dan sambung before corner tuh tau..


At the back..
This is from 2 yards of fabric, tapi dik kerana size quilt ni 52x58 inch.. so dengan size 1 yard 36x45 inch tuh memang tokleh nak cover semua, so letak scrap je lah kasi lebar lagi hihihi (refer to kat tengah2 bahagian biru tuh)


Behind the scene.. ok weekend ni kita g cari jam tangan yerr (upah tuh)
On her bed hihi.. apa taknya.. kaco jap budak buat homework ekss

Love this...

Thanks yer tuan punya quilt atas tempahan, harapnya berpuashati dengan hasil kerja saya ni.

Till another story..
Wassalam

Regards;
 

Rabu, Julai 03, 2013

Jom kita jaga perasaan agar tidak perasan :)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sangat terkesan dengan ceramah Alhikam Ustaz Zulkifli AlBakri niii..
Jomlah kita betulkan niat dan arah tujuan ibadah kita... jangan sampai perasan dah banyak sangat beribadah dan lari dari landasan ke arah husnulkhatimah...




Wassalam

Regards;

Selasa, Julai 02, 2013

Alkisahnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alkisahnya nak menyiapkan quilt ni... trying for the first time nak buat outline quilt tapi totally FAIL
Buroxxxxx gilerr
Maka terpaksalah diteruskan dengan tetas menetas..
Rasanya bila guna batting tebal, teknik outline quilt ni memang tokleh gunalah. Kalau guna batting nipis setakat ni ok jer.
Pendinglah lagi quilt ni till next week..

Alkisah kat dapaurlah plak, mood ke laut sebab kena tetas tuh kan..
Samosa (in square coz tak pandai lipat 3 segi :P) guna double pan.. menjadi rupanya, totally tak guna minyak yer.. dan kulit popia tuh memang rangup.. crunchy & crispy sampai kepetang 


Seronok plak dapat teknik baru camni.. pasni nak try resepi apa lagi guna double pan ni eks? Semalam try masak Salmon ala2 grill gitu guna double pan.. pun sedap jer (makanan apa je lah yg tak sedap di tekak ku ini yerr hihihi)

Opssss.. rezeki Ramadhan alkareem
The Jade Lady... kawan elok2 ngan cik Toshi kat sebelah tuh yerrr
Alkisahnya terpaksa pergi dinner sebab malas nak tipu cari alasan yang munasabah kan... rupanya terkena cabutan bertuah... tuah ramadhan lah ni (padahal belum tentu lagi boleh jumpa ramadhan niii, Moga Allah sampaikan kita semua ke Ramadhan, Ameen)

Harapnya kerja memasak dan memanaskan makan untuk sahur jadi cepatlah skit guna si Jade ni yerr. Tambah2 plak banyak resepi healthy food tanpa minyak di pasaran (internet ler) hihi.. sebelum ni tak pernah terfikir pun nak ada slow cooker camni, sebab cik Toshi sebelah tuh pun boleh jer nak buat masak soup n bubur kan.

Sejak sekian lama, rasanya sejak 2nd year kawin kut... Ramadhan memang waktu berjimat cermat bagi kami sekeluarga. Jimat dalam perbelanjaan untuk makanan, sebab banyaknya makan di rumah. 
Alhamdulillah.. Segala Puji Bagi Allah.. berkesempatan nak masak setiap hari walaupun hidangannya simple jer. Kekadang sempat juga buat kuih dan bawa ke surau or bagi jiran2..... Harapnya tahun ini pun serupa, moga tidak kalah dengan nafsu di param or buffet ramadhan hendaknya hihi :P

Sampai jumpa lagi kawan2..
Wassalam

Regards;