Pengikut

Isnin, Februari 25, 2013

Le Tour d...... bilik jahit :P

Alang-alang mengemas... 
baik ambik gambar terus... tapi eks.. taklah kemas bebenor sebenarnya, cukuplah dapat sedut segala habuk2 tuh, kalau nak betul2 kemas, nampaknya mokcik kena tulih resignation letter sebagai tukang jahit dan jadikan bilik ini sebagai muzium, maka confirm kemas kan..

Sajerlah nak share bilik yang tak berapa nak kemas ni.. sebab kekadang kawan-kawan ada yang email tanya pakai mesin apa.. jadi kat sini saya kumpulkan gambar mesin jahit yang saya ada..

Bilik ni kecik je pun (rumah ai pun kecik jer kan, tak dapatlah nak request bilik jahit besau2). All furniture tu pun takdeler yang canggih manggih mahal2... semua serba sederhana jer, yang penting ada gunanya

Ini ruangan memotong yang kecik2, kalau potong besar2 macam telekung tuh saya bentang kain atas lantai jer lah... 
Bila tengok gambar ni, terasa macam kosong skit kat dinding tuh kan.. kalaulah dapat buat hanging cabinet, memang cun benau... emmm boleh masuk dalam angan2 niiii hihi.. Izzah kata angan2 free jer, jadi silalah berangan.

Yang ini plak dari sudut yang bertentangan... 
Kat hujung tuh letak 2 mesin jahit. Yang tersorok kat tepi tuh mesin jahit sulan NV90e saya.
Since ianya tak perlukan ruang yang besar, saya letak atas meja solek tu jer, reused meja solek tuh, dari buang jer, ada baiknya baik digunakan betul tak...

Yang ini couple serangkai, my Abang NV50 and Penyanyi 14N655
Tempat dah tak cukup, kenalah dok macam ni..

NV50 ni dah siap ada wide table, dan tak lupa... ada thread catcher sekali... rasanya amat berguna sekali ada thread cather tuh, plannyer nak buatkan satu untuk Protex si hi-speed tuh.. bilalah tuh ntahlah.. Kalau tengok gambar first tuh, mesti nampak bawah si Protex tuh ada plastik kan.. itulah my disposable thread catcher hahahaha


Haaaaa inilah si Abang NV90e tuh. Terperosok kat corner tuh hihihi... Bila dah ada mesin sulam baru saya tau yang saya ni takde bakat nak menyulam, malas beb... nak sulam huruf pun malas, dah setahun tapi tak reti lagi nak guna downloadable pattern.. tak pernah lagi link ke netbook pun hihihi.. maybe sebab kedudukannya yang tersorok tuh kut. kena letak depan2 kut eks.. or letak kat dekat meja sebelah PC kut eks hahaha...

Dan ini si laju Protex....
So far amat berpuashati dengan mesin ni walaupun bila cakap kat orang jenama ni, mesti orang kata tak pernah dengar kan, ada yang kata jenama cap ayam jer hahahah
Memang tak glamer, cuma ianya menepati citarasa sebab senyap, guna enjin direct drive, tambah plak ada function neddle positioning tuh.
Nampak tak sibiru dan siungu bawah meja tuh?
Actually mereka sebab utama saya dok mengemas ni hihi

Baru beli dan nicely masuk bawah banquet table tuh
Hajatnya, selain untuk storage, senang nak kumpul scrap kat tingkat atas sekali tuh, demo skit eks... camni...
Hihi kekadang lazy idea ni ada gunanya jugakkan
 
Tambah plak dengan scrap yang dah berbakul berplastik ni..
At last kena let go jugak.. dapatlah satu plastik penuh heavy cotton
Andddd.. saya jual at RM10.00 jer kikiki
But so sorry, dah terjual ok
 
Dan ini.. the other side of the room... sealmari penuh kain hahaha... kalau boring2 buka lemari tuh dapat bau kain pun dah ok hahaha... melampau betulkan... Kat bahagian bawah yang tertutup tuh pun penuh kain.. dan juga bawah cutting table tuh, ada box hijau and tutup pink tu pun penuh kain... clear tier cabinet sebelah cutting table tu pun kain huhu (refer gambar first).. saya memang melampau dalam membeli kain... tapi untuk sementara waktu ni saya berpuasa :P (percayalahhhhhh...)
 
Dan tau tak... kalau saya nak mulakan satu projek patchwork tuh, almost half of the fabric saya punggah keluar.. nak dapatkan the best and matching fabric combo. Kekadang tenung kain lebih lama dari masa menjahitnya
 
And.. the ugly side of my sewing room is the bulky item macam batting, fiber, kekabu etc yang saya letak sebelah lemari tuh... aishh kalaulah ada store kat tingkat atas ni memang ku sumbat kat store dah.. emmm store room ni boleh masuk dalam angan2 ni hihi
Ok.. cukup dulu cerita sewing room saya, panjang bebenor mokcik ni bercerita... jangan buhsan yerrr...
Wassalam


Regards;

A bento bag and An Apple Cake... yummy

Both are yummy....
First time try jahit bento bag, or in malay, beg bekal..
Taklah susah sebenarnya, dan kalau isi telekung pun nice jugak kan.. tak pelu ada zipper, yet nampak kemas jer dengan drawstring closure tuh

This bento bag is for Ain, I was made known by her mother that today is her birthday.... Kebetulan sungguh, sebab saya sebenarnya janji nak siapkan early March, tapi once menjahit, memang non-stop sampai siap, hihi... terawal sudah..
Happy Birthday AIN and hopefully you are happy with this bag

Dan semalam saya agak bizi... cuti jer memang bizii... pergi morning walk jap di Taman Metropolitan, satu round jer pun hahaha..
Then play badminton.. then balik tuh singgah hypermarket for groceries shopping, then masak nasi ayam atas permintaan Izzah.. (penat weiii.. beli lagi baik.. camtu ler kalau dah lama tak buat kan hihi)
Then sambung plak mengemas bilik jahit hihi.. separuh jalan, dah penat, sempat lagi taking nap jap huhu
Dah sambung mengemas tuh,  sempat jugak saya selitkan buat Apple cake niii..
YUmmy tau... dan yang best langsung tak guna butter or minyak
Rasa masam2 lemon yang sangat sedap...
Hihi.. since this blog bukan blog resepi kan.. presentation memang out... tapi kalau anda nak try jugak resepi ni boleh ambik dari A Spoonful of Sugar
Recommended recipe.. cuma saya dah alter skit bab gula tuh, saya guna 1/2 cup jer. Apple tuh saya guna Green apple Granny Smith yang agak besar dan dipotong agak nipis, lebih dari 8 slices.
Dan juga.... apple saya tenggelam sebab saya terus letak apple masa nak panaskan oven. Patutnya just before masuk ke dlm oven baru letak apple, taklah tenggelam hihi.. 
Saya ni memang fail skit bab memasak ni.. tapi resepi ni akan jadi my favourite lah nanti....

Adios...

Regards;

The pink jumbo.. single quilt

The quilt comforter done somewhere in November last year.... dah lama kan. 
Tapi its hidden somewhere in my gerobok hahaha.. 
Bukanlah takmo siapkan, tapi tuannyer request nak ambik lewat skit..

So bila tuannyer bgtau nak ambik end of February, baru buka balik, check balik apa yang kurang dan apa yang terlebih... yang terlebih tuh normally benang2 ler, berambu ramba jer... tak senonoh betul... almaklum kerja sekerat jalan.
Tumpang kejap kat atas katil Izzah, nak tengok besar mana kan..
Tapi mokcik lupo ler plak nak ukur berapa inci, now dah masuk plastik, dah cantik terlipat dah, uih malas plak nak buka balik.
Dan yang ni the matching quilted pillowcase and the bolstercase.. ukuran dari customer, saya tak buatkan bantal n bolsternya tau.
Dan ini... nak share jugak gambar baby comel ni...
Ingat tak quilt set tuh? Its the Frolic baby quilt yang saya cerita kat sini
Terima kasih pada Maiza ni kerana sudi share gambar..
Alahai.. geram nak cubit pipi dia yang comel tuh kan...


Regards;
 

Khamis, Februari 21, 2013

Ulat buku?

Assalamualaikum kawan-kawan
Terima kasih atas kunjungan...

Dua malam ni saya cuti.. cuti menjahit
Izzah selalu mengaku dirinya "ulat buku" dan umi ni plak katanya "ulat mesin jahit" hihihi

Tapi ntah kenapa, bila saya start buku Siri Pahlawan Islam ni, lupa terus dengan mesin jahit, tak sabar2 nak habiskan,, kekadang soksek soksek hihihi.. kena cover skit ayaq mata tuh hihihi

Harini dah habis keduanya, dan ini jer koleksi yang ada, tumpang sekaki masa beli buku Izzah arituh
Lepas ni kena singgah di Book Cafe lagilah nampaknya, nak cari kisah Imam besar macam Imam Syafie and Imam Hambali plak. Tapi dalam hati ni takut plak nak singgah Book Cafe dengan budak kecik tuh... kalau dia shopping lagi fengsan wooooo

Rasanya last saya baca kisah pasal sejarah Islam ni masa di tingkatan 5 kut, or masa di UIA agaknya. Rugi kan... rugi sebab kurang membaca pasal sejarah Islam dan kurang mengambil iktibar kisah diorg. Bayangkan.. diorg berperang jihad di siang hari dan bangun tahajjud dan membaca alQuran di malam hari... sedangkan kita ni siang bekerja dalam air-cond, dan belah malam ada tilam yang empuk, makan yang enak2, hidup yang aman damai, kut terjaga tengah malam pun tidur balik... nipisnya lah iman kita....
Besarnya jasa panglima2 perang ini, hinggakan syiar Islam sampai kepada kita hari ini.

Dikalangan mereka tentera Islam ni taat setia kepada pemimpin tanpa berbelah bagi...kerana mereka tahu, perintah tersebut untuk Islam, now? kita pun tak tau mana pihak benar dan mana pihak salah... pemimpin yang ada pun banyaknya berjuang untuk diri sendiri dan kaum kerabat. Agaknya bila akan ada seorang pemimpin dikalangan kita yang hati ikhlas memimpin kita kerana Allah?
Oh no no... saya tak berminat dengan politik.. I hate politik.. boleh tak cakap camtuh? hihihihi

Kalau korang terjumpa buku2 seperti ni... janganlah sayang duit nak beli satu yer... ianya lebih hebat dari drama korea tau wakakaka (saya dah bertaubat dan takmo lagi dah tengok drama korea... laghaaaa & menghitamkan hati, sebab tuh solat tak khusyuk kut....) Para peminat drama korea jangan marah tau.. ikhlas : ex-peminat drama korea :P

Regards;
 

Rabu, Februari 20, 2013

Scrap Lab V2

Aci tak?
Order banyak lagi in the list, tapi terasa malas benor nak menjahit seriously..
So saya aim nak setelkan scrap jer...
Another quilted phone sling pouch..

Nampak feminin.. in pink gitu

Tapi nampaknya takde kesan pun dengan scrap saya tuh.. melambak macam biasa jugak kan...
Camna eks nak mengurangkan scrap ni.. emmm

Zoom dekat skit..

Bahagian dalam.. actually ada satu poket kat dalam tuh yang saya letak interfacing tebal, so that bila tekan butang tu, taklah terus kena handphone.. lebih selamat dari scratch

Ekss... sebenarnya ini pun order.. from Izzah's friend, nak jugak pouch sama macam Izzah hihi.. kita tengok berapa ringgitkah agaknya makcik ni claim commission pasni yerrr..

Dah pun ke akhir February kan.. Izzah pun dah start tuisyen malam. Actually saya memang taklah push sangat untuk dia ke tuisyen, tapi since last year, ada peningkatan jugak bila dia pergi tuisyen. 
Itu pun tuisyen kat sekolah sahaja, anjuran PIBG, memang agak murah, cuma RM60.00 per month untuk 4 subjek, setiap subjek sekali seminggu. Yang mengajar pun cikgu2 sekolah jugak. Izzah pun suka sebab suasana belajarnya agak santai, tak banyak sangat peraturan. Even boleh makan pun dalam kelas... (mengikut cerita Izzah lah)

Saya pun terpaksalah ubah schedule harian saya... kena dahulukan untuk prepare dinner for Izzah before fikirkan untuk exercise...  hihi masih lagi meneruskan azam tahun 2012 saya untuk lebih sihat. So, on alternate day memang paksa diri untuk exercise...
Bila cerita pasal exercise ni, ramai yang beralasan tak cukup masa kan..saya punnn. Tapi rasanya kalau selagi kita beralasan, selagi itulah kita akan hidup dengan alasan tersebutkan. Jom saya share skit citer saya pada yang berminat, kalau tak minat, stop kat sini jer tau...

Selalunya saya masak yang simple2 sahaja di hari bekerja (hari cuti pun sama kikiki), so it takes about 30 minutes jer untuk sediakan makan malam. Yang makan berat pun cuma Izzah, nasib baik dia tak kisah kalau makan lauk yang dipanaskan, as long as its her favourite food

Now Maghrib masuk agak lewat, so kalau start exercise pukul 6.45pm, sempat habis before Maghrib pun. It takes about 30 minutes je pun... itu pun dah berpeluh dah... 
Baru2 ni saya beli VCD Denise Austin, dah boring dengan Denise Austin & Kathy Smith yang lama arituh.. fuh yang ni memang hi-impact, in 15 minutes dah rasa semput den. Tapi memang kena berhati2 bila ikut VCD shj without personal trainer ni, mula2  memang kena buat pelan2, takut salah buat kang terdedah dengan injury plak kan. Banyaknya cardio exercise, guna dumbell and ada jugak unsur2 pilates

Other than that, kalau terasa malas nak pegang dumbell tuh, saya kayuh elliptical cross trainer tuh jer. Buat ala2 tabata, 1 minutes laju, 1 minutes pelan, in 15 minutes dah rasa nak pengsan hihihi, now dah boleh buat in 30 minutes..
Dannnn... rasanya ada satu lagi alternatif baru yang boleh consider... go for swimming masa Izzah ke tuisyen... opsss mesti ada budak yang jeles nanti. Setakat ini kami cuma pergi swimming seminggu sekali jer, either on Saturday or Sunday. Itu yang kekadang rasa semput skit, terutama kalau nak buat non-stop 100 meter (50x2=pergi n balik non-stop), pastu rehat jer yg lama :P, ambil nafas hihihi. 
Masih lagi fail dengan freestyle... cikgu kecik saya (Si Izzah) dah banyak kali ajar, tapi tak pas jugak hahaha. Aktiviti berenang ni dah kira aktiviti keluarga bagi kami, every weekend mesti pergi, kalau tak petang Sabtu, kami pergi malam, or pagi Ahad.. or even kalau tak sempat sangat mcm balik kampung, so kami pergi petang Ahad

Oh yaa... jangan plak nanti ada yang email saya or tag saya dengan produk kurus plak yer.. hihi sebabnya arituh saya post di FB kata malas nak bersenam, ramai plak yang tag n PM saya pasal produk kurus.. oh NO NO.. saya bukan nak kurus, saya nak sihat, nak tulang yang kuat, nak bina otot instead of lemak. So kurus bukan matlamat saya, nak pakai baju saiz XS bukan matlamat saya hihihi (selalu baca kat forum pasal nak kurus ni orang bangga dapat pakai baju lebih kecik kan, tambah plak kebaya sendat hihi)

OPs panjang plak citernyerr... 
Harap dapat serba sedikit idea camna nak exercise.... semakin meningkat umur, sebenarnya makin perlu kita support diri kita dengan exercise, so that kita tidak tua sebelum waktunya (ada hati nak jadi aweq muda tuh hihihi). Saya bukan pakar, cuma bercita2 nak menangkis segala alasan kemalasan dalam diri.
pst pst... saya tahu, mesti orang akan kata, saya ni senanglah nak buat sebab anak sorang, dah besar plak tuh... kan kan.. what ever lah...



Regards;
 

Isnin, Februari 18, 2013

Model comel untuk Telekung Chomel :)

Inilah dia pemilik telekung Nabilah & Najihah yang saya post kat sini arituh

Si kakak dengan telekung purple 
Si adik dengan telekung pink

Comel2 anak dara Kak Ina niiii
Nabilah & Najihah ni muda dari Izzah, tapi kalau ukur saiz, memang Izzah dah jadi macam adik. Bahagian muka itu pun saya buat besar dari muka Izzah, tapi masih ketat skit dengan diorg. So dah cakap kat Mama Double N ni, kalau ketat, hantar balik untuk alteration... 
Yup kawan2 semua, kalau incase ada yang terkurang dari saya, sila inform ok... tak kisah nak alter balik, but of course with terms & conditionlah... I mean kalau dari kesilapan saya sendiri, insyaAllah saya akan cuba betulkan.

Arituh saya dok survey2 kain cotton yang boleh buat telekung, tapi warna lain mcm biru, peach, hijau etc... Mahal skitlah dari harga kain pink & purple ni, tapi kualiti pun lebih baik... emmm agaknya ada ke permintaan untuk colourful Telekung for girls ni eks?


Regards;
 

Scrap Lab... (Ver 1)

Jahit santai-santai, sambil merehatkan otak setelah  menyiapkan 4 pasang telekung semalam..

A sling bag, made from canvas denim, memang keras, tak perlu pun guna interfacing or batting but still tergak berdiri, saya cuma guna batting tang scrappy tu jer...



Sebenarnya hanyalah projek pembersihan, pembersihan tong scrap saya ni.. dah melimpah ruah dah tuh kan..

Percaya tak... kalau jual ni memang ada jer yang berminat, tapi mokcik ada rasa tamak dalam hati, maka teruskan menyimpan scrap ni kikiki
Ini sesajer try buat simple mug holder

Zoom dekat skit... suka benor saya dengan scrappy look macam ni... 
adeh... love tuh dah siap baru sedar terbalik kui kui

Kalau kawan-kawan nak try guna scrap cara senang n "lawa" sebegini (perahsan) boleh tengok tutorial from Oh, Fransson http://www.ohfransson.com/oh_fransson/2012/10/how-to-make-quilted-panels-for-a-structured-bag.html
Dari sekecik2 scrap pun boleh digunakan tau...dan amat senang sekali sebab terus quilt on the go.

Ok citer lain plak.. semalam saya ke public swimming pool, aktiviti rutin hujung minggu. Kali ni pergi yang dekat2 dengan rumah jer. Actually malam Sabtu dah g, tapi tutup plak, dah ler takde pun sebarang notis penutupan... So Ahad pagi kami pergi tengok dulu, kut buka, nasib baik buka.. kalau idok terpaksalah kami ke Cheras plak.
Dan... nak cerita, dah habis mandi semua, sementara tunggu hubby, Izzah & me dok lepak kat tepi kolam tuh, tenampak satu ketidaksenonohan seorang ibu yang suruh anaknya kencing kat atas lantai tepi kolam renang tuh jer, kut yer pun temankanlah anak tuh kencing kat showerkan,... sebab si ibu ni tadi bukanlah duduk dalam kolam renang, dia cuma duduk bersantai dengan anak dia yg kecik kat area tuh jer. Shower pun dekat jer. Pastu orang yang lalu lalang tuh dok pijaklah air kencing anak dia tuh... adoiiii apalah punya mentaliti. Kalau kolam renang anda sendiri, bolehlah buat sesuka hati, ini public nyer ok.

Time2 tu jugak saya sound Izzah, kalau terasa nak kencing bgtau je ummi, nanti ummi temankan pergi ke toilet, dan jangan sekali-kali kencing dalam kolam renang or atas lantai kat tepi kolam camtuh, sangatlah buruk perangai...

Oklah.. selamat berhari Isnin, pada yang dah cuti panjang tuh, selamat bertugas

Regards;

Weekend Project : 4 Pasang Telekung Chomel

Telekung for Elsya Faza, Auni & Ana Khadeeja..
Aik.. kata 4 pasang kan.. 
satu lagi adalah yang lay down depan pouch tuh, lom buat lai pouchnya sebab ada lagi 2 pasang, saiz L dan dewasa yang perlu di siapkan..
Semuanya saiz M... dengan kombinasi polkadot pink



Ready for shipping to the owner..
Dah cantik masuk plastik bag kan... untuk pengetahuan kawan2 dan my beloved customers, plastik2 yang saya gunakan untuk pebungkusan barang2 saya adalah reused plastik bag. So kalau saya beli kain or majalah, selalunya saya akan simpan dan digunakan semula untuk pembungkusan barang customer. 
Rasanya ini adalah salah satu inisiatif saya for a better environment, the contribution is too small, tapi kalau kita semua reused our plastik bag, sudah pasti we can create a better future for our younger generation

pst pst... kalau anda nak try buat sendiri untuk anak anda, boleh try tengok tutorial telekung saya ok, dah ada sedikit update.. baru terfikir nak tulis hihihi
Untuk tempahan pula, sila tengok detail di sini ok, dan kalau ada yang kurang faham, boleh email saya

Regards;

Rabu, Februari 13, 2013

The Pink Frolic baby quilt

Program jahit-jahit masa cuti saya...
layan je lah gambor yang ada ok..

Panel Frolic, the matching print yang ada owl tuh pun dari koleksi Frolic by Sandy Gervais for Moda


Bolster tuh patutnya 2 pieces... tapi tak masuk dalam gambar plak.. tertinggal

The quilted pillowcases..

The backing

Normal pillowcases yang match dengan backing fabric

Ada satu lagi in the list yang belum siap iaitu bantal karipap... tak sempat dah sebab dah petang, nak buka karung kekabu tuh bercintan- cintun betullah...

Harap tuan puanya berpuashati ok... Terima kasih atas tempahan

Tempahan quilt untuk bulan Feb telahpun saya tutup, andai ada yang berkenan nak tempah, tempahan masih boleh di buat tetapi hanya akan di siapkan di akhir March sahaja yer... 


Regards;
 

Blanket for Najiha & Zahirah

Pink Bellerina blanket & pillowcase with emb. name for Najiha & Zahirah
Backing tuh guna flannel



Fabric ini dari customer, saya tolong jahitkan ajer.. harapnya Najiha dan Zahirah sukalah nanti yerr..

Wassalam

Regards;