Pengikut

Isnin, November 30, 2015

Setahun Berlalu

Assalamualaikum wrt

Setahun berlalu
Syukur Ya Allah
Di atas kurniaan Mu

Moga Asfa Maryam jadi anak yang solehah, Moga Asfa berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, Moga Asfa bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh, Moga Asfa akan melahirkan zuriat yang soleh & solehah yang menyambung kalimah Allah di muka bumi ini.
Aminnn


Panjang plak bebelan umi yer..
Masa mengandungkan asfa tahun lepas, umi berharap dalam hati agar dapat anak lelaki. Ala2  mungkin last dah kut mengandung, umur pun dah nak masuk 4 series lagi setahun dua ni hihihi
Tapi Allah rezekikan Asfa, a girl, tetap jugak umi syukuri, sebab tuh ummi nak jugak nama Maryam. Moga jadi solehah sperti Maryam binti Imran. Samalah kan..., Hanna mengharapkan bayinya lelaki, tetapi Allah bagi perempuan, satu satunya nama wanita yang terpahat dalam alQuran.
Asfa ni  budak baik...
Tidur awal malam, jarang bangun kecuali minum susu
Tak suka botol susu, tapi suka nenen hahaha, walaupun susu umi ni ala kadar jer kekdahnya. Umur dah setahun, tapi masih lagi guna botol susu kecik jer, Kalau buat susu lebih dari 3oz, mesti tak abih. 3oz tu punkadang2 2 kali minum baru abih
Sekarang dah ada dua gigi atas dan bawah, gigi sebelah tuh baru nak muncul gak dah
Dah selera makan,

Asfa yang ummi sayang
Happy Birthday...


Regards;

Jumaat, November 27, 2015

Jahit jahit untuk adik...

Assalamualaikum wbt

Arini tampal gambar budak baru bangun tido lah yerr
Pakai baju umi jahit, tapi umi lupa letak butang. Nak cepat2 basuh ler tuh hihihi
Nanti lepas ni umi letak butang yer dik oiiii


Satu lagi baju adik..
Kali ni umi buat raglan dress plak hihi. Umi suka buat baju yang senang2 jer yer..
Raglan dress ni boleh buat pola sendiri, just tekap jer dari baju yg sedia ada.. boleh google cara jahit kat internet.. banyak sangat orang share
Ini plak monkey pants...
Amboi sedapnyer nama yer.. cr sebut dalam BM, seluar monyet kikikiki


Bagi kawan2 yang teringin nak mencuba, ini free pattern jer


Getah seluar pun yg paling sempoi. tampal jer.
Cari2 gak getah camni yang boleh beli offline jer. Macam takde jer huhu
Online ramai gak yang jual rupanya. Harga pun boleh tahan gak lah.. dalam 4-5 rengget semeter.

Regards;
 

Khamis, November 19, 2015

Beg for Bag

Assalamualaikum..

Projek jahit terbaru, projek melepas rindu
Rindu sangat nak menjahit beg
Kebetulan ada sorang officemate tanya kalau2 saya jahit beg.. jawapan stended.. tak ambik tempahan
Tapi kebetulan plak sabtu arituh, Asfa tido dengan nyenyaknya, semangat membuak2 nak menjahit beg ler plak hahhaa

Maka jadilah satu.. reversible tote bag
Yang hitam tuh guna canvas denim, memang tebal, takyah nak letak stabilizer dah..


Kain heavy cotton tu pun dah tinggal remnant,tangkap muat jer ler..
Memang cepat dah mudah buat beg sempoi gini..
Hasilnya sangat puashati
Kasi free jer kat officemate tuh kikiki...
Buat beg pakaian anak dia ke daycare..
Harapnya bergunalah beg ni nanti

Salam sayanggggg...





Regards;

Jumaat, November 06, 2015

Welcome new family member....

Assalamualaikum..

Haruslah update pasal new member ni kan..
walaupun bukan cerita baru, dah agak lama jugaklah beli
Masa LSN buat sale... less than 1.45k kira oklah kan
Tapi projek dengan cik abe baru ni memang tak berapa nak jalan sangat lagi... masih suam2

Last week baru cuba buat dress guna knit cotton untuk adik..
seronok plak sbb cepat siap..

Dress ni kakak satu, adik satu... ummi pun ada satu kikiki tapi warna lain. Lelain kali hapdet umi nyer baju


Honestly, berbaloi-baloi ler ada mesin jahit ni, terutama kalau jahit knit cotton. Agak senang nak gun, jauh lebih senang dari mesin jahit tepi pun.
Waduhhh koleksi mesin jahit bukan main lagikan.. koleksi projek jahit jer yang suam2 kuku. Tak pe lah.. kumpul asset kut kan (aset ler sangat kuikui).. 

Till we meet again.
Wassalam




Regards;

Khamis, November 05, 2015

Sew for adik 3

Assalamualaikum

Tak abih2 update pasal sew for adik kan...

update terkumpul namanya nii

Soft toy for Asfa

Cik kura-kura (free pattern from internet)


Ini ikan ker udang nih... umi bedal jer pattern suka suki sendiri


Sila abaikan rumah bersepah tu yerr... 
time dia sakit jer rumah cantik dan kemas hahahah... orang demam, tengok mainan pun takde selera..
Tapi dua tiga harini dah sihat dah, maka dah mulalah projek menyepahnya...



Regards;

Rabu, November 04, 2015

Sew for Adik : Headrest

Assalamualaikum..

Alkisahnya belikan carseat baru untuk adik, umi berazam untuk ajar adik duduk dalam carseat untuk keselamatan. Takmo lagi pegang2 macam kakak masa kecik dulu. Bila dah besar baru nak ajar masuk carseat, memang dah terlewat lah. Infant carseat carrier yang beli arituh plak dah sendat dengan adik.. ohhh dah besar rupanya budak kenit ni kan..

Pilih punya pilih, umi kenan dengan brand Koopers STEP. Kiranya menepati ciri2 yang diperlukan dan yang paling penting bajet takleh lebih dari RM500... yang ni slighly lower than budget, hanya RM429.00. Ayah takleh kata apa dah, sebab ni memang keluar dari poket umi yer hahahahahaha

Masa kat fabmom tuh ada ternampak headrest, wahhh bleh tahn regenya, almost RM50 kut huhuhu (ker lebih erks).. ohhh mahal sgt tuh

Balik rumah umi pun godek2 pattern headrest yang ada... dannnn jeng jeng...


Adik in action

Terciptalah pattern yg umi design sendiri huhuhu

Nampaknya adik sangat selesa
Travel dari KL ke Temerloh memang adik tidur sepanjang jalan.
Kalau jalan2 dekat2 je pun, lebih 5 minit, mulalah adik menguap hahaha...
Selesa sangat ker dik masuk carseat baru tuh...



Regards;
 

Selasa, November 03, 2015

Sew for Adik 2..

Assalamualaikum..
Entry cerita cerita lama...

Masa nak balik ke Kuching arituh dok cari sweater untuk adik pakai masa dlm flight. Cari punya cari.. semuanya jumpa saiz 1 yr, almaklumlah si adik ni kecik molek jer orangnya kan
Tetiba datang idea buat sendiri huhuhu..
Inilah dia sweater cum cardigan dengan hood untuk adik... cun tak adik?


Ini pun cerita sebelum balik ke kuching gak... konon nak upgrade ler ring sling yang buat aritu ker Meitai..
Maka jadilah satu MT dari soft denim ni..
Kakak sibuk nak try kendong adiknya..

Reversible.... dua2 sama cun.. (mak perasan) opsss adik kakak pun cun gak hikhik

Alahai.. tengok gambar ni, halus mulus jer kulit adik kan


Ini gambar beberapa bulan yang lalu
Last week adik kena measles... kesian kulit adik dah jadi kusam.. masih dalam recovery period lagi. Apa pun alhamdulillah, demam dah takde, cuma tinggal batuk2 n selsema jer... bilalah nak hilangnya batuk tuh dik... Allah lah yang Maha Penyembuh..

Kakak ni memang sayang sangat kat adik. Bila adik demam lama, pastu dah kehilangan senyuman adik, akak siap nak buat solat hajat, minta supaya Allah sembuhkan adik.. terharu mak. Moga kesih sayang kedua adik beradik ini kekal till jannah.. Amin




Regards;

Isnin, November 02, 2015

Tempahan Baby Bedding set..... sila sila..

Assalamualaikum..
Dah lama nak tulis pasal ni sebenarnya..
Opsss tajuk tokleh blah... macam nak aktif semula ambik tempahan jer kan.. aikk mana nak letak budak kenit kat rumah tuh kikiki

Pembetulan skit sebenarnya..
Ini cerita lama, yang lama nak tulis, dah lama simpan dalam hati.. hikhik.. amboiii

Just nak bgtau, pada yang berhajat nak tempah baby bedding set, bolehlah ke blog Yan ni yerr http://mylittlestuff27.blogspot.my/ 

Jangan malu jangan segan bertanya, insyaallah tak kecewa huhuhu

Ini gambar Asfa masa umur sebulan.. sekarang dah hampir setahun anak umi kan... today 11 bulan 7 hari dah...
Terima kasih pada Yan kerana hadiahkan Asfa bedding set ni, tilam kekabu empuk dengan bantal peluk dan bantal kepala, siap ada 3 bantal kepala lagi...






Regards;
 

Assalamualaikum..

Assalamualaikum..
Baru perasan, oktober langsung takde posting di blog hahaha.. Dah macam rumah tinggal yer dak
BW pon dah lama tak buat. Bizi dengan macam2 hal...


Asy-Syura 42:49-50
Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki,memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki
Ataupun Dia menganugerahkan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa











Regards;