Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bag. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 25, 2017

Backpack backpack.... handmade backpack for Asfa Maryam

Assalamualaikum...

Harini nak kongsi projek jahit terkini cheewahhh

Backpack untuk anak dara comey nih.
Seronok betul dia, siap nak bawa pergi sekolah kakak, sebab dia pun nak sekolah. Sekali.... berderai air mata... hujan rebut bila kawan2 kakak nak dukung kakakaka

Setelah sekian lama study free tuto kat internet.. pattern tuh hentam sendiri jer, ikut saiz badan Asfa. Walaupun sebenarnya agak besar jugaklah dengan dia.

Material: guna denim tebal. Memang dah tak guna any stabilizer. Seram jugak nak menjahit part2 yang di lipat tuh... tapi Alhamdulillah, guna mesin HS Juki  + jarum saiz 18... semuanya smooth jer. Jahitan pun cun


Jenuh cari design matching kat depan tuh
Mak ni hajat besor, nak kain yang takde imitate kiki, nak ori Designer cotton yang tak jumpa imitate design kat sini kikiki

Orang biasa tengok design Rainy Day on Monday tuh mesti perasan something kan kan... air hujan jatuh ke atas hihihi
Tapi sapa jer yg perasan pun, tukang jahit jer yang PERASAN kikiki

 
 
 
Bahagian dalam beg...
Bahagian belakang tuh saya sorokkan seams, tapi memang kena jahit tangan kat bhgn bawahnya tuh
Belah depan dah malas... guna piping jer lah.
Bila bandingkan antara dua ni, rasanya piping lebih kemas dan menjadikan beg lebih sturdy gitu
 
 
Hellooooo HANDMADE
Berpeluh-peluh acik ni nak siapkan beg ni tau...
Kalau nak ambik tempahan pun, tak tau lah nak letak rege berapa RM...upah murah2 takde semangat acik nak buat hihi
 
 
Ada kisah tersembunyi dgn tali merah kat belakang nih huhuhu
Nampak tak pendek sebelah?
Alkisahnya acik ni nak potong webbing tuh untuk letak kat zip.. tali yang lebih tuh dletakkan sekali dengan tali beg yang siap2 di jahit...
Dengan confirdent acik potong, rupanya tali beg yang di potong huwaaaaaaaaaa
Still boleh pakai, tapi pendek lerrrrr
 
 
 
Oklah... sekian dulu untuk kali ni, dah lama tak membebel di blog, walaupun banyak ceritanya..
Tgk explore bloggeroid... mcm ok jer nak attach gambar kan..
Jazakillah buat Cik Azue yang bagi solution kat kami niii
Till another story
 
Mila@rimbun

Selasa, Mac 14, 2017

Quilted Boxy Bag....

Assalamualaikum....
Gigih menulis di blog kan..
Saya tak rasa puas hati kalau hanya post di FB sebenarnya..
Suka membebel di blog. Lebih kepada macam diary gitu hihi

Perasan tak? Dulu2, suatu masa dulu, meriah di blog, semua org suka ada blog sendiri. Tapi blog ni lebih general, ada yg sembunyi identity sendiri di blog. Then came FB... in which lebih personalized... jarang orang sembunyikan identity diri di FB. Maka blog pun sunyi, dah tak ramai aktif dengan blog, banyak yang dah sunyi tanpa new posting

Then came IG... lebih kepada berkongsi cerita peribadi melalui gambar, kalau malas nak tulis ayat panjang2, post gambar jer org dah tau apa kita buat dan pergi kemana. FB pun dah mula sunyi, yang tinggal otai2 seller jer hihihi.

Agaknya lepas IG, apa lagi erks...

Apapu, saya tetap suka blog, sebab takde restriction on ID, sesapa search n jumpa blog kita, dia boleh masuk dan baca. Ok, kurang privacy dan kurang selamat skitlah kan. But ada pro n cons lah... kat blog kita jarang update LIVE dan bgtau lokasi kita at the moment. Selalunya cerita yang dah lepas

Amboiiii buat karangan media sohsial nampaknya acik pagi nih yer kihkihkih

Cerita skit projek jahit acik..
Kali kedua buat Boxy Bag.. dah agak senang, lg pun quilted, lebih lembut dari guna cotton stabilizer...

 Tengok tuh... budak tuh posing dengan beg baru hihi


 Banyak improvement kena buat ni... boleh cuba lagi nexti time, guna batting tebalkit

Ok sampai jumpa lagi... sekian bebelan acik hihi
Wassalam



Regards; mila

Jumaat, Disember 30, 2016

Dikala merinduimu...

Assalamualaikum.. salam Jumaat

Bila rindu serindu rindunya nak jahit beg :-P
Maka menetas lah sebuah beg merah ni..
Suka dengan kain ni walaupun ada banyak defect, actually kain lelong kat FAH(mungkin sbb defect, contengan hitam2), Tapi ini Japanese cotton yang memang tebal & good quality, macam linen tebal pun ya jugak..

Jenuh nak siapkan beg ni, dah guna portable jer kan... tang tebal2 tuh memang mencabar betul.. bilalah en.protex tuh nak dapat alat ganti huhuhuhu.. kesian acik

Arituh try leher baju kurung ala2 yg jual readymade kat kedai tuh, agak senang jugak buat gini, terutama tang teluk tuh kan..

Ini hasil dari tengok tuto kat FB hihihi, sekarang dah ramai yang share tuto jahitan terutama di FB, which is very good move, lebih ramai boleh memahirkan diri menjahit kan...

Till we meet again

Regards; mIlA

Jumaat, April 22, 2016

Little sejadah & Little Bag for Little one

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Testing
Testing

Testing sejadah mini untuk sicilik... untuk Asfa Maryam lerrr, sapa lagi kan

Matching dengan beg telekung yang sempoi...



Waduhhh tokleh sembang panjang, si Asfa ni nak ngamuk, nak mouse dan nak keyboard... Wassalam

Regards;

Sabtu, Mac 19, 2016

Hello tuan blog yg sepi haha

Assalamualaikum...

Waduhh susahnya nak cari masa nak posting posting kat blog ni bila duduk rumah
Solute lah ngan blogger yg surirumah tapi boleh hapdet blog hari2 tuh...

Nak menjahit pun tak ler sempat sgt pun..
Dah berminggu mengemas bilik jahit.. itu pun masih ada saki baki yg x kemas.. emmmm

Share je ler hasil jait yg serba sempoi ni... khas untuk cik Maryam kesayangan

 
Mula2 pakai telekung nangis.. tapi sekarang kalu orang nk solat dia pun sibuk nak pakai telekung gak.. tp kejap jer ler
 
 
Jahit beg... setelah sekian lama.. tempahan paksa rela hahaha
alkisahnya saya ni malas nk ambik tempahan lg, tapi dah ada request n tak kisah siap bila kan... nasib siap awal
 


ok.. sampai jumpa lg
pst pst... sorry for typo, menaip sebelah tangan jer ni. Cik Maryam dah bangun tido


Regards;

Khamis, November 19, 2015

Beg for Bag

Assalamualaikum..

Projek jahit terbaru, projek melepas rindu
Rindu sangat nak menjahit beg
Kebetulan ada sorang officemate tanya kalau2 saya jahit beg.. jawapan stended.. tak ambik tempahan
Tapi kebetulan plak sabtu arituh, Asfa tido dengan nyenyaknya, semangat membuak2 nak menjahit beg ler plak hahhaa

Maka jadilah satu.. reversible tote bag
Yang hitam tuh guna canvas denim, memang tebal, takyah nak letak stabilizer dah..


Kain heavy cotton tu pun dah tinggal remnant,tangkap muat jer ler..
Memang cepat dah mudah buat beg sempoi gini..
Hasilnya sangat puashati
Kasi free jer kat officemate tuh kikiki...
Buat beg pakaian anak dia ke daycare..
Harapnya bergunalah beg ni nanti

Salam sayanggggg...





Regards;

Jumaat, September 12, 2014

Tangkap mood jahit beg...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Tayang gambor dulu yerr...


Dalam suasana sedikit kecewa dengan isu semasa, yang melibatkan kami hikhik..
Isu BOCOR lerrr.. apa lagi

Maka terpaksalah Izzah postpone hajat nak bergembira tengok TV dan baca novel lepas habis PSRA.. dah nak kena pergi sekolah gak sampai habis Kertas Sains dan English kan.. kesian anak umi

Kita ceriakan diri dengan beg barulah..
Dah lama request, tapi baru ni umi sempat buat.. itu pun time cuti tunggu anak umi UPSR. 
Bestkan duduk rumah.. fefeling jadi surirumah.. erkss sehari je lah pun

Kita zoom skit huhu



Khas untuk anak umi.. made from heart.. 
Suka sangat tuannya sebab warna pink, walaupun asalnya request nak ada Eifel towel.. tapi design eifel tuh agak malap.. rasanya tak sesuai dengan jiwa anak umi hihi

First time buat design macam ini dan takde refer mana2 tutorial.. harap dok imagine dalam kepala jer, nasib baik jadi.. fuh!!!

OK.. sampai jumpa lagi...
Masa agak terhad nak update blog selalu uhuk uhuk

Regards;
 

Jumaat, Mac 07, 2014

Kelas SUKASA 01.03.2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Aktiviti last weekend..

Kelas Sulam Kasih Sayang (SUKASA) di restoren Big Brother, Jalan Ipoh
Seronok jugak jumpa dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama. Cuma agak terkilan kerana banyak masa kat kelas Embird sahaja. Bagi kami yang tidak membeli dan takde niat nak beli embird ni....dok menung jer. Adalah skit2 ilmu digitizing kat embird tuh yang mungkin bolehlah apply kat SWA kut.
Cuma dah lepas lunch baru ada skit2 sharing pasal mesin NV950 ni dan menyulam kat belakang in small groups, tapi masa tuh hubby dah datang ler plak. Dah nak balik huhuhu.. sedih tau.
Patutkah daku pergi lagi gather2 camni? Tapi bab jumpa dengan kawan2 yang kenal online jer memang best.. maklumlah sama minatkan.
Apa pun saya tidak menyalahkan penganjur tau, rasanya bagi yang beli embird memang berbaloi ler join kelas nih. Mungkin sebab expectation saya berbeza skit kut.

Cerita lain plak..
Colourful new bag untuk budak yang sangatlah bizinya nih..
Beg pergi tuisyen malam

Kain tuh pilih sendiri tau...
Tuannya memang bizi setiap hari, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam ada tuisyen plak kat sekolah anjuran PIBG, Sabtu plak cikgu2 sekolah buat kelas tambahan fuh!
Kesian jugak saya tengok, tapi nampaknya budak ni takde pun tension... relex jer hahaha.

Oklah.. sekian, wasssalam

Regards;
 

Rabu, Januari 29, 2014

Suka suki jahit..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

mood jahit saya ke laut.. tangkap ikan dugong kikiki
maka tinggallah mesin2 jahit saya tuh, guna pancing jer lah (mengarut sudah :-P)


Beg untuk BFF Izzah.. sempena hari jadinya, siap ada nama tuh!


Ini plak tempahan dari kawan sepejabat. Opssszz.. bukannn...... setempat kerja tapi tak se ofis :-)..

Dari si suami kepada wifey nyerrr.. a quilted sarung bantal.. so sweet gitu

Honestly skil menyulam saya ni masih di takuk lama, tak berubah, malas punya pasal, mana nak dapat ilmu kan..
Till another story
(Mood tak sabar nak cuti....)

Regards;

Rabu, Disember 04, 2013

3R asal boleh jer kan!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

An instant pouch.. from scraps
Gara2 last minute joint swap kat FB Group, semangat bila tengok pouch kawan2 yang cun cun belaka
Pouch ni dah pun ada tuannya tau...

Arituh saya dok belek2 kitchen towel kat pasaraya, yang tebal2 tuh mahal erks! (mahal ler kalau dalam hati nak dapat free je kan)
Cara saya nak dapatkan free jer kiki.. (asal boleh recycle je la saya niii... segalanya GMart)

Bath towel yang dah lama tak digunakan sebab ada koyak skit tuh.. tersimpan jer dalam almari, so saya basuh semula, nak bagi wangi skit

Potong ikut suka nak besar mana..

Cara 1 : guna lebihan tshirt, potong panjang n jadikan piping
Cari 2 : ambik mana2 lebihan binding yang ada, sambung2 dan jadikan piping jugak
Cara 3 : lipat dah top stitch jer kui kui
Cara 4 : gunakan mesin serger anda (takde dalam gambar)
Maka siap sudah kitchen towel saya... jahit pun sesuka hati pakai benang hitam (kekdah malas tukar benang gitulah kan)
Boleh di pakai sendiri ataupun dihadiahkan ke dapur sedara mara anda :-P

Sampai jumpa lagi.. Wasssalam


Regards;
 

Khamis, November 28, 2013

Tampal.. jangan tak tampal..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Edisi tampal menampal lagi.. dedicated to my returned customer yang power ini hihihi
sapa lagi kalau bukan tuan meja yang bersepah ni

Customer saya ni kalau dah order, nak siap segera.. malas nak jawab soklan bila nak siap..

Ok.. arini g taska silalah bawa buku latihan yerrrr..
mesti spend masa at least 1 hour untuk buat latihan MATHS! hihi kejam tak? budak ni tak suka maths, tapi umi paksa dia buat latihan maths banyak2..

Till another story
Wassalam

Regards;
 

Selasa, November 26, 2013

Scrap bag tutorial (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Apa khabar kawan-kawan?
Pagi2 ni nak bertutorial plak dah hihi, dah lama tak buat tutorial. Sebenarnya bukanlah apa sangat pun, sekadar berkongsi idea.

Warning! Warning!... (apa ke hal bagi warning plak kan :-P) tajuk kat atas tuh macam tutorial nak buat bag from scrap, TAPI sebenarnya adalah, nak buat bag isi scrap

I got this idea from my sister in law, who is a tailor, on our raya visit early of this year. Scrap dia memang melambaklah kan, ada yang di jual semula, terutama yang bersaiz besar, tapi yang kecil2 tuh di jadikannya bantal... There come my idea..
I used to keep all cotton scrap, but yang bukan cotton, saya buang jer dalam tong sampah.
Instead of throwing it away, why not collect it wink wink!

Bahan2 yang diperlukan : Kain polycotton or any cheap fabric, mesin jahit, benang, gunting dan paper to draw the pattern 

Saya pilih nak buat bag bulat, so I draw a 1/4 circle pattern
Size overestimate kikiki.. diameter pattern saya ni 23 inci kui kui... an ambitious size :-P
Anda juga boleh buat pattern empat segi, hexagon.. etc etc.. ikut kreativitilah yer

Kain ni saya lipat 4, dan potong ikut pattern, make 2 pieces

Then ukur keliling bulatan, tambah 6 inci.
Lebar ikut suka hati... bare in mind, beg ini untuk collect all unwanted scraps yang mana akhirnya nanti, bila dah penuh, akan transform jadi bantal yerr. 
Yang ini saya buat 6.5 inch, panjang ukut lilit circle 72+6=78 inchi ( kain ni saya sambung2 sampai jadi 78 inci hihi)

sew both ends of the 78x6.5 inch fabric

Cantumkan pada bulatan

Make sure ends of the fabric bertindih, akan jadi opening

Then cantumkan dengan bulatan yang satu lagi

Terbalikkan kain melalui opening ni

Now its done

Through that opening, you can just add in your unwanted scraps.. kecik or besar, sesuka hatilah

Beware of any sharp object.. mcm jarum or gunting (erks boleh ker termasuk kat dlm ni hihi)

This is a continuous project, so please keep your pattern for our next project, which is the cover for this scrap pillow "to be", at mean time it will be my scrap bag... sitting next to my cutting table. Hopefully ianya akan mengurangkan sampah2 yang di buang dari my sewing room.

Part2 tutorial ini akan ada bila bag ini dah penuh yer.. till we meet again. 
Wassalam

Regards;
 

Isnin, Julai 08, 2013

Santai2 on weekend

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah pun Isnin..
Terasa macam baru jer hari Jumaat kan? Asal Jumaat jer bukan main happy..
Last weekend mesti penuh shopping mall kan.. semua orang nak beli stok makanan untuk Ramadhan, ada jugak yang terus shopping barang untuk raya.

Kami tak pergi shopping barang makanan nampaknyer kikiki
Tapi kami ke MidValley pergi CASHLESS shopping huhu
Berbekalkan 84k ops! bukan RM, tapi point ler... kami ke Maybank Treatfairs
Masa nak kesana, saya pun tak pasti sgt nilai 84k point ni... ooo rupanya 200point = RM1
So saya ada dalam RM400++ ler yerr.
Lama tuh kumpul.. lebih 4 tahun hahaha.. Dan bukanlah sebenarnya saya dah spend RM84k pun in that 4 years, sebab ada tuh promo double treatpoints etc.. ada jugak yang tak dapat point macam online shopping tuh.

Apa yang saya beli? 
Hihihi.. kenan itu ini.. tapi Izzah juga yang untung..
Dapat satu Casio Poptone ni dengan 15800 point


Kenan jugak dengan Panasonic Grinder machine at 35k point jer, tapi gedabak ler plak, mana nak letak nanti, kenan jugak ngan Phillips food processor, pun besor gedabak jugak... aishhh alangkah untungnya ada rumah kecik, so tak banyak mende boleh isi hahahaha (phewwww). Akhirnya cuma menambah satu trolley cabin bag yang 4 roda tuh jer. Yang claim ownership adalah si Izzah ler, dah berangan balik Kuching dengan beg tuh hahaha..
Akhirnya cuma menambah point, instead of guna point :p


Rasanya kurang skit meriah treatpoint redemption kali ni, voucher2 Kenny Roger or Nandos macam dulu2 dah takde. Ada voucher McD & KFC/Pizza jer. 
Nasib point ni tiada expiry, kita kumpul lagilah, next year boleh shopping lagi.. or else redeem online jer lah.

Ok lah cerita pasal bilik jahitlah plak.. sesaja mencantum scrap ala2 QAYG
Ini as freegift untuk tuan punya Quilt ini



Sesambil tuh siap jugak 2 top untuk pillowcase ni.. another 2 to go.. and then boleh sulam nama plak

Ok.. till another story.. byee
Regards;