Pengikut

Khamis, Mei 25, 2017

GIVEAWAY TELEKUNG with lots of LOVE

Assalamualaikum....
Sempena Ramadhan tahun ini...


TELEKUNG FREE...
TELEKUNG BARU..
TELEKUNG RAMADHAN...


special ni tau..
pertama kali dalam sejarah πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ
kami nak bagi telekung FREE

MUDAH JERRR....
LIKE πŸ’– SHARE πŸ’–COMMENT

LIKE page TelekungSolatKanak2 https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2

SHARE post ini di blog/FB anda (jika di blog, letakkan link ke blogrimbun)

COMMENT saiz/umur anak anda di post giveaway di page kami, (satu saiz sahaja)
Jika anda pernah membeli telekung di page ini or di http://blogrimbun.blogspot.com walaupun 7 tahun yang lepas πŸ˜ƒπŸ˜ƒ, sila nyatakan yer.. kalau share gambar pun lagi best, ada hadiah misteri untuk anda. 
Jika anda tiada FB account, boleh tinggalkan komen disini dan letakkan link blog anda


HADIAH IKHLAS DARI KAMIπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–
Sepasang telekung kanak2 mengikut saiz yang anda pilih (di ruangan komen), berserta pouch dengan sulam nama yang simple (jangan sampai nak sulam nama ayah plak yer kikiki πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„) & kos penghantaran dalam Malaysia shj.


TNC
*Pilihan telekung tertakluk pada stok readymade yang ada dan pilihan ditangan kami
* Anda boleh share banyak kali di hari yang berlainan, tapi mesti tinggalkan komen di sini
* Tarikh tutup 2 Ramadhan 1438, 28 Mei 2017, Ahad
* Seorang pemenang akan di pilih secara rawak dan akan di beritahu di page TelekungSolatKanak2.
* Lain2 TNC tambahan jika perlu 😝



Regards; Mila

Isnin, Mei 22, 2017

Si Bob Si Square Pillow

Assalamualaikum...


Si Bob seluarpatsegi ni dah buruk sangat dah sebenarnya... koyak plak tuh..
Berabuk lagiii
Warisan dari si kaklong Asma Izzah
Tapi macam biasa ler... umi ni sayang jer nak buang kan

Maka jom lah kita make over si Bob..
Muka siBob tuh umi potong, keluarkan dan basuh bersih.

Badan siBob kita buang jer lah. Terkezut Asfa bila tengok Bob takde muka kikiki

Fiber kat dalam tuh kita kelusrkan, buat body baru dari kain minky.. soft gituuuu

Maka jadilah Bob si Square pillow hahahaha



At first macam nak donatekan jer si Square Pillow ni, tapi Asfa macam suka lah plak. Umi donate kat Asfa je lah yerrrr....

Caucincau....


Regards; Mila

Sabtu, Mei 06, 2017

Telekung anak solehah : Fatimah

Asalamualaikum..

Banyak gambar2 yang customer bagi yang tak disiarkan lagi disini, tak berapa sempat nak update banyak tempat, IG,FBpage, FB sendiri, tambah plak blogger ni payah nak update through phone..

Bukanlah apa sangat pun... beriklan tuh sebenarnya no.2, tapi lebih kepada motivasi untuk diri sendiri untuk terus menjahit.

Kadang saya terfikirkan juga hala tuju bisnes sebesar kuman saya ni.. macam tak nampak sangat masa depan untuk berkembang maju, macam akan kekal sebagai homebased business jer sebab terlalu banyak customization. Nak lantik agen pun payah, nak buat dropship pun macam payah...
Tapi bila tengok gambar2 comel yang customer share.. rasa seronok, dan rasa puas hati...
Bukan apa... kalau nak lantik agen/dropshipper, harga mungkin kena tinggi sedikit to cover commission. Dengan kenaikan harga barang jahit dan juga harga fabric, memang susahlah nak maintain harga yang sama dan at the same time nak bagi komisen.

Walaupun tak mampu nak bagi harga yang terlalu murah pada customer, tapi at least mampu milik dan berbaloi dengan kualiti yang diberikan... waduhhh acik ni memang complicated kikikiki

Walaupun kadang caca marba jugak dalam memastikan ada rekod jualan dan juga perbelanjaan.... satu perkara yang acik letak dalam kepala adalah costing...
3 elemen utama... DIRECTCOST-UPAH-UNTUNG.. direct cost offcoz lah kena cover kan... kalau idok baik ler bungkus jer, dok goyang kaki tengok TV lagi bagus kikiki, Upah pun kena lah ada, masa dan effort tukang jahit, untung pula perlu untuk future expansion, nanti2 nak hapgred mesin, hapgred software etc... Adehhhh dah macam subjek cost accounting plak... sila jangan baca kikikiki...


Comey kan... inilah dia Fatimah...
Seindah namanya, secantik orangnya...
 
Oklah... stop mumbling... pergi mandi, karang contractor baiki bumbung rumah dating, susah plak nak mandi. Alkisahnya bumbung rumah dah reput dimakan anai2.... OK BYEEEE
Wassalam


Regards; Mila

Servis baik pulih telekung...

Assalamualaikum..

Banyak telekung lama yang tak boleh dipakai dah?
Nak baiki sendiri, tapi leceh nak tetas, tak reti nak buat camna...

Moh hantor kat acik, acik baiki bagi cantik semula, letak lapik/lining sampai dada, in shaa Allah lebih selesa...





www.wasap.my/60192548268

Wassalam

Regards; Mila

Selasa, Mei 02, 2017

PBAKL 2017

Assalamualaikum..

Selamat hari pekerja (belated kikiki)
Kita semua pekerja kan.. kenalah wish

Semalam ke Pesta Buku.. Tahun ini kembali semula ke PWTC, lega skit
Bukan apa... tempat yang dah biasa pergi kan, nak pergi dengan pblic transport pun senang, dekat pun...
Penatnyerrrrr...
Tambah plak menggendong si Afa, nak bawa stroller, rasa macam susah jer nak jalan.
Sekarang plak parking kat hentian putra tuh dah dalam fasa dirobohkan, so bertambah sedikitlah tempat parking, akhirnya kami parking area Pusrawi tuh... jauh kan..

Saya pun takdelah nak membeli banyak buku pun, setakat beli buku untuk Asfa dan buku resepi kak Liza (Hanieliza) yang 365 days tuh jer.

Ini plak projek perabih perca heavy cotton..
Malas dah nak simpan, kita cantum2 jadikan beg bunjut
Sesapa beli telekung dewasa, akan diberikan sebagai freegift
Bolehlah nak isi telekung sehelai, letak dalam kereta, senang nak pakai masa travel kan..

Honestly, saya dah jarang guna telekung bila travel or solat kat luar.
Selalunya akan make sure pakai tudung dan stokin yang ready untuk solat, lebih senang gitu. Mana2 stoking nipis yang ada kat rumah ni cuma digunakan masa keluar jemput kak long or dekat2 jer, bukan yang ada probability untuk solat di luar.



Sampai jumpa lagi...
Abadikan kenangan di PBAKL2017

 Mahal apron tuh tau kikiki
Tahun lepas bertungkus lumus siapkan apron tuh sebelum PBAKL2016
Tahun ini masih boleh dipakai..
Sahabat masa di matrik, sebilik di Zainab alGhazali 502
Dah sekian lama tak jumpa..

Wassalam

Regards; mila