Starting Tuesday, saya dok bertungkus lumus menyiapkan tempahan telekung ni, dua helai untuk saiz S, (2 - 4 tahun). Seronok sebenarnya jahit telekung ni.. Tak siap sepenuhnya, so saya plan Rabu malam saya boleh siapkan hihi.. almaklum Rabu tuh nak MC (MC tau dari awal lagi tuh)
Tapi apa jadi????
Rabu malam sampai rumah dah pukul 9, dengan mata tua hahaha. Begitu rupanya penglihatan kita masa tua nanti. Dekat tak nampak, jauh pun tak nampak... isk isk berharganya penglihatan kita ni... So almost impossible untuk menjahit.
Akhirnya siap jugak semua ini malam tadi..
Yang ini untuk Masyitah, saya buat deco stitch munger munger
Yang ini untuk Qish, dengan deco stitch ranting2
Atas permintaan Mama Qish yang nak kan seluar besar dengan ruffle sebagai ganti kain, then bila saya tanya Mama Masyitah samaada nak seluar ataupun kain, she opted for seluar jugak.
Yer lah... diorg ni pun budak kecik lagi kan, kalau nak ajar detail sangat, tak boleh nak nampak kaki semua tuh, they wont appreciate it much, yang penting diorg dah boleh ada telekung sendiri dan boleh ikut sekali bila solat.
Dah nak packing baru teringat, kue raya kuuu hahaha
Label lupa nak letak plak, label2 ni plak saya letak dalam bekas kue raya, kat bekas tuh lom tanggal price tag lg tuh haha, dah banyak sgt bekas ni (almaklum kuih raya tunjuk2 jer), nak buang sayang.
Berbalik kepada cerita mata tua saya tadi, kenapa plak lah saya bermata tua tuh?
Actually saya pergi test mata, so kena ambik ubat untuk test tersebut, barulah saya tahu yang mata saya ni tua dari umur saya, bukan tua sedikit tau, its 10 years older than my ages huk huk
Reason why? otot mata saya lemah, my eyes become lazy... sebab? saya selalu buka spek bila tengok dekat, bila membaca dan bila depan PC dan bila menjahit, my daily activity jugak menyumbang... siang tengok PC (=dekat), malam tengok mesin jahit (=dekat).. so mata tak de rehat (=pandang jauh)
Moral of the story= selalulah tengok jauh, kalau menjahit pun, lepas beberapa minit tengok jauh sekejap, bukan jauh in glance tau, try focus tengok sesuatu yang jauh.
Hopefully my eyes boleh jadi muda balik
Good luck to my eyes haha..
Regards;