Pengikut

Memaparkan catatan dengan label SlowJuicer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SlowJuicer. Papar semua catatan

Selasa, Disember 27, 2016

Bayam oh bayam : Homemade mi bayam

Assalamualaikum..

Alkisahnya, banyak sangat bayam kat rumah ni..
Bayam organic tau, walaupun tak de certification hihihi
Bayam di tanam oleh mak kat kampung,

Maka di jadikan jus bayam yumyum... sedap tau, takde pun rasa pelik

Sambil tuh saya try buat juz pure bayam sahaja, tanpa ada buah lain. Dari satu cekak (ambik daun sahaja) dapatlah 50ml pure jus bayam untuk projek seterusnya jeng jeng

 
Projek seterusnya..
Maka jadilah mee bayam, home made tau..
Warnanya kehijau-hijauan skit, tapi tak Nampak sangat dlm gambar nih, dah mcm kuning plak kikiki
 
Sedap tak?
SEDAPPPPPP.. Asfa makan sampai bertambah-tambah lagi hihi
 
saya buat mee ni nipis skit, so bila goreng kering dah macam mee segera yang lebar skit tuh. yum yum..
 
Boleh buat lagi next time, tunggu balik kampong, kutip bayam mak lagi hihihi
 
Resepi?
Sama macam resepi mee yang saya kongsi sebelum ni, tapi 50ml air tuh saya gantikan dengan 50ml pure jus bayam
 
Till another story... Wassalam


Regards; mila

Selasa, Disember 13, 2016

Homemade MEE with love

Assalamualaikum..

Wahhh bersawangnya blog acik yer
Acik dilanda kemalasan yang tersangat
Apa udah jadi nih..

Banyak nak di ceritakan di blog ni, lebih kepada personal diary sebenarnya, tapi masa amat mencemburui  kihkihkih (read: malas buka PC :-P )

Cabaran jugak bila duduk di rumah ni kan... mood ikut suka jer
Kadang kelaut jugak..

Nak citer pasal dapurlah plak..
Arituh dok window shopping (lazada jer pun hihi) mesin mee
Dah buhsan try macam2 mee dipasaran, mesti terasa sangat pahit air kapurnya. Setakat ini cuma mee yang mak selalu beli kat kampong sana jer yang sesuai masuk tekak. Yang lain memang terasa sangat pahitnya. Camna nak tahu? buat jer mee tanpa rasa pedas, then baru tau rasa sebenarnya... (tak pedas sbb nak bg Asfa makan)

Akhirnya ku angkut jua sebijik mesin mee
Wahhh tak susah sangat rupanya nak buat mee kan..
Part menguli tuh memang ada sedikit tenaga diperlukan, tapi acik ni pemalas orang nya, minta jasa baik slow juicer je lah tolong uli..
 
Maka... jeng jeng... jadi jugak mee acik nih...
Resepi mee kuning, tapi mee acik putih jer :-P
Lupo nak isi kunyit daaaa


Resepi dapat dari YUYU Zulaikha :
Acik salin balik sebagai peringatan buat acik, tapi dah tukar2 skit:

MEE KUNING
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil kunyit (ai is lupooooo)
1 sudu kecil garam bukit
1 biji telur
50ml air

Untuk merebus mee
1 sudu kecil minyak
3 cawan air

Masukkan semua bahan2 mee dalam mixer dan uli selama 10 minit
Rehatkan doh selama 30 minit dalam bekas bertutup

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, dan leperkan skit
Gunakan mesin mee untuk leperkan doh ikut ketebalan yang sesuai, saya gunakan yang paling tebal terlebih dahulu, kemudian baru di nipiskan lagi
Last sekali masukkan kebahagian bergigi tuh dan jadikan mee

Rebus dalam air mendidih sampai mee timbul dan gaulkan dengan sedikit minyak

Ready to eat...
Boleh di goreng
Mee rebus
Mee kari
apa-apa ajerrr..

Arituh saya buat mee kari, guna ayam kampong Masyhur. Masak plak guna PPC. Memang cepatlah
Aishhh macam2 gadget ada kan... kalau malas masak memang ampeh tul ler hahaha

Sampai jumpa lagi..

Salam Maulidurrasul

Regards; Mila

Sabtu, November 12, 2016

Juicing lagiii

Assalamualaikum..

Mood juicing dah merundum kakakaka

Bukan apa, arituh seronok juicing, pastu tetiba terbaca pasal overdose in juicing
Terus terbantut mood... hahaha

Masih lagi dengan markisa..
Orang kata markisa ni good for skin
Yer laaa.. acik ni tak makan any supplement kuputih ker.. kupitih ker hihi..
Ambik yang natural je lah yerrr



Regards; mila

Jumaat, September 09, 2016

Juz a Juice

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..
Mulakan dengan selawat kepada junjungan mulia اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد     يَارَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّم

Kompilasi jus lagi hihihi
Kalerful gitu hihihi
Ada yang bertanya... mana jus yang sedap & mana yg tak sedap..
Senang jer jawapannya... jus buah semuanya sedap, manis2
Tapi jus sayur memang kadang tuh yakkkkk uewkkk kuikui.. terutama letak peria hahahaha

Apapun.. "All things are poison and nothing is without poison. It is the dose that makes a thing poisonous."
Boleh baca topik pasal responsible juicing kat internet untuk info lebih lanjut ok



Regards;
mila@rimbun

Isnin, September 05, 2016

Oh My Primada

Assalamualaikum...

Alkisahnya juicer kesayangan hamba...
Retak filter net nya..
Silap sendiri...
Tak cek betul2 biji kurma sebelum masuk juicer...

Apa pun.. Alhamdulillah wa syukrillah

Dapat claim warranty, tukar baru dari Primada

Wahhhh thumbs up... memang bagus sangat after sales service diorg ni..
At first saya call, tapi PIC takde, and tinggalkan phone no. Tak sampai 1/2 jam, dah ada call balik. Nasib baik boleh tukar free. Tapi sekali je lah (untuk setiap part)... kalau lagi filter net ni.. beli baru ler nak oiiii hahaha... Apa pun untuk part lain still boleh pakai warranty for 2 years

Looking for juicer? Try test lah Primada (adoiii macam iklan berbayar plak kan)


Regards;
mila@rimbun

Isnin, Ogos 29, 2016

Juicing reference

Assalamualaikum..

Mengabadikan resepi jus setiap hari saya di blog hihihi
Jangan marah yer kengkawan.. dah tengok kat FB, pastu upload jugak kat blog.. macam2 makcik ni












Regards; mila@rimbun

Isnin, Ogos 08, 2016

Kitchen tool : Slow Juicer

Assalamualaikum..

Dah almost 3 weeks rasanya abang sado ni ada kat rumah.
Dipinang dan dibawa pulang jua setelah sekian lama survey sana sini hihii..
Almaklumlah, bajet skit ajer.. konon nak cari bawah 1k..
Tapi bila test.. ada jer tak puas hati, juice kasar sangatlah.. susah nak basuh lah.. besar gedabak sangat lah.. aishh macam2 kan.. dah takde jodoh gitu ler. Macam jugak orang nak kawin kan kuikui (lari topic plak makcik ni krikrik)

Kami beli di Maybank TreatFairs.. hubby bayar guna point dan ditambah dengan cash.
Setelah tengok Elba, Kenwood, Hurom, Kuvings... akhir sekali kami ke gerai Primada ni...
Apa yang best sampai hubby pun tertarik erks?
Acik ni tak tertarik tak per, sebab acik tak bayor kuikui
 
Juice yang smooth, tak banyak keladak
Hampas agak kering
Motor yang agak powerful
Boleh guna sebagai grinder/sorbet/icecream maker (tukar kepala jer)
Boleh guna untuk menguli (tukar kepala)
Free plak ozon sterilizer kat belakang tuh
Harga? Biarlah rahsia hihihi
Alamak buhsan bila baca review orang tapi bab harga nak berahsia plak kan...
Oklah... disebabkan saya pun memang suka mencari review orang kat internet, dan memang kecewa bila nak kena Tanya pasal harga hihi... saya bagitau je lah kan, harganya RM2400
 
Tak pastilah worth buying ker tak dengan harga tuh kan. Kuving yang new version tuh harga lebih mahal, tapi takde striliser. Hurom plak ada striliser tapi cuma boleh buat juice jer.
So far untuk juicer oklah.. tapi belum pernah cuba grinder.
Untuk menguli dah cuba dan memang ok jugaklah, untuk uli tepung dalam kuantiti yang kecil dalam 2 - 3 cawan. Dalam 10 minit, dah kenyal (nampaknya makin senyap sunyilah BM acik tuh yer hihi)
 
Nak basuh pun agak senang. Ada 5 part sahaja dan takde perlu menyental. Jirus dengan air pun dah ok. But bare in mind, saya terus basuh selepas guna untuk elak ada saki baki buah yang kering kat tapis juicer tuh.
 
Harap bergunalah review ini bagi orang yang tengah mencari slow juicer yer. feel free to ask kalau perlu maklumat lanjut (saya bukan duta Primada tau.. sekadar pengguna sahaja... dan mungkin thru time, review ini akan berubah)
Hari2 buat jus untuk hubby bawa ke opis hihihi
Terasa seronok plak
Macam2 nak cuba
 
Sebelum ada juicer ni ada juga dok terfikir, mesti perbelanjaan dapur meningkat sebab nak beli buah banyak kan...
Tapi luckily... takde lah banyak sangat pun. Seminggu mungkin tambahan dalam RM20 sahaja. Pandai2 lah matchkan buah supaya dapat hasil yang optimum.
Kadang tuh beli sayur2 seperti timun, tomato, pegaga, carrot etc kat pasar malam tak banyak pun. Tak sampai RM10 pun, tiap2 hari boleh buat juice.
 
 Selamat mengejus yer kawan-kawan


Regards;
Mila@Rimbun