Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Design. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Design. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 29, 2010

Wristlet.. ClutchPurse.. what eva d name

Saya dah lama mengidam nak buat curvy clutch purse macam ni...nak yang gomok gomok skit, boleh muat banyak barang kat dalam... amik kau.. mmg gomok betul purse ni. Macam bole buat sling bag, sebab tuh saya letak 2 telinga hahahaha.. bole jadi sling bag, boleh juga jadi wristlet ikut kesesuaian, kiri or kanan boleh di piat2 telinga ni sesuka hati haha


Clutch ni dapat dari free pattern kwiksew.. memang senang kalau ada pattern nii. tekap jer kat kain, gunting and start jahit.. aduii sesenang tuh ke hehehehe ni yang terasa nak membeli pattern ni


Regards;

Jumaat, April 30, 2010

XXL to XS

Takde keje cari keje.. camni lerr. Saya ni dah lama nak alter T-Shirt besar gedabak XXL ni to my T-shirt. Kain T-shirt ni cantik.. itu yg sayang nak bg org jer (eee nak bg sapa saiz XXL nii kan)

Setelah ku gunting2 maka tinggal ler ni jerr. Sajer labuhkan agar bole bawa menyidai kain... kang kalau singkat n ketat sgt tak manis plak nak bawa keluar rumah walaupon untuk menyidai kain kan...

Alamak.. mana ntah gambar baju yg dah siap. rasanya dlm dgcam kut hihihi. Yg ni guna my Nokia6220 jerrr(nampak sgt tepon kokak je heheheh). Emm tak pe lain kali den tepek kat sini ok. Untuk jahit t-shirt ni saya gunakan overlock sepenuhnya. mmg berbaloi n menjimatkan masa. cuma sbb kainnya agak tebal.... agak semput jugak my overlock tuh hhihihihi.. harap panjang umur kau my overlock machine.

Regards;
Rimbun with LOVE

Rabu, Mac 17, 2010

Bole ke tudung ni masuk washing machine??????

This two days dok concentrate siapkan tudung2 yg nak pakai masa kenduri nnt.. dah dekat sgt. esok dah nak balik kampung niiii.. All in orange ler kali niii tp tak tau ler sempat ke idok baju2 kat sinun tuh nak siap. Tukang jahitnya kena chicken pox.. emm kalau tak siap, pakai tudung je lah nampaknya (jgn pakai baju kekekeke.. lari orang kang)

Bila jahit barang2 sendiri nii mulalah nak try bende2 baru. Experiment yourself first kan. Try buat awning tanpa gluetape yg keras tuh. Actually mmg tudung izzah dah lama wat camtuh. seems ok jer dia pakai. Dah kena lanyak pon tudung tuh... masuk washing machine ler.. terperenyuk dlm beg sekolah ler... menten je lg awningnya. So kali nii try kat awning dewasa plak. Aku punya ler..... caranya is... guna kain bergam yg dipotong serong (bukan kertas gam tau)-
apa plak beza kertas n kain gam niii- emmm basically kalau nak differentiate kat kedai... kertas gam tuh boleh d koyakkan (hati2 kang tokey nampak.. once broken consider sold plak hehehe), manakala kain gam niii payah nak koyak, dah kain kan.
Naper mesti kain gam- supaya bila basuh ianya tak berbintil2 n lama2 makin nipis
Naper potong serong plak-supaya ianya terbentuk cantik.. alaaa mcm potong bias ler jugak kan

So cuba tgk tuan tudung pakai kat gambor ateh tuuuu... (tak sabor2... tak siap jahit tindan dah nak pakey huh) ok tak? First comment dr Mr.Right.. tudung tuh muncung lerr.. tak bulat... emm betul jugak tuh. mmg muncung skit ler. Tapi rasanya muka ku ini lawa pakai tudung muncung nii (angkat bakul plak dah huhuhu.. abaikanler yer.. takde sapa nak puji tuan rumah, so tuan rumah puji ler diri sendiri)

So dah siap ler tudung ku n my little angel... siap cantum awning jer yerr. keliling tudung lom lg. tunggu step by step.. buat sekali senang.. (malazz tukar jarum ler tuh...)
Apa yg belom d experimen adalah:-
1. Kalau tudung ni di basuh camna?( -sbb kalau guna awning dr lycra jugak dah cuba, mmg ok jer.
2. Lepas basuh kena iron semula ke?
3. Kalu d tiup angin terkelepet tak?
4. Kalu dan kalau dan kalau... mcm2 kalau
5. last sekali (most important) kalau masuk washing machine camna jdnyer
Semua kalau kat atas tuh takde jawapannyer lg. experimen hanya akan dlakukan setelah abih kenduri kendara yer.. tak kuasa nnt kang tuan rumah kena menetas n menjahit dihari kenduri... Strictly No Order Open for this type of awning eks... sbb nyer saya belum tau lg apa masalah ngan tudung ni kendian hari... tunggu tukang jahit puas hati ngan product nii.. baru bole open for order.
Regards;
Rimbun with LOVE

Isnin, Disember 28, 2009

Saiz tudung

Here is perbandingan labuh tudung yang ada disini (saya berketinggian 150cm). Saya akan update dari masa ke semasa jika ada sebarang perubahan... Harap dapat dijadikan panduan jika anda ingin menempah tudung or even nak membeli yang ready made ok. Maaf kerana gambar tersebut not in the same scale. tp jadikan line dibaju saya sebagai panduan ok.



Scallop M niii menggunakan kain yg agak keras(gara2 salah beli kain).. so nampak agak singkat. tp actually bawah dada jugak lerr.

Ariana L = +-20 inci labuh dari paras dagu
Ariana XL = +-22 inci labuh dari paras dagu

















Oblong L = +-20 inci dr bawah dagu
Oblong M = +-18 inci dr bawah dagu
Walaupon tudung2 niii ada standard size (especially for readymade)... saya turut mengalu-alukan komen dari pelanggan2 saya & customised design for 'Made-to-order'.. contoh ada yg nak design L (dr segi labuh lengan) tapi nak depan yg lebih labuh, sbb design XL tuh agak nampak bulat gitu.. I try my best to suit your needs ok
Regards;
Rimbun with LOVE

Isnin, April 20, 2009

Design

Design A : Ariana
Terdapat 3 standard size : S, M, L (sila rujuk gambar)

S = +-15inc dr bawah dagu
M = +-18inc dr bawah dagu
L = +-20 inc dr bawah dagu
XL = +-22 inc dr bawah dagu
XXL = +-24 inc dr bawah dagu
XXL (bulat) = +-24 inc dr bawah dagu n lebih labuh dibahagian bahu/sisi

Actual ukuran might be different, depends on the type of material. Mungkin terdapat perbezaan +1cm or -1cm dr ukuran yg di sebut di atas.

Design B : Oval/Oblong (Std bawah dada)
Camno nak pakai tudung ni???... Tengok makcik ni pakai eks



Design C : Scallop
Dari segi cara pemakaian, tudung scallop adalah sama dengan tudung Oval. Perbezaan hanyalah pada lengkuk bawah leher tu jer... insyallah nnt ada gambar akan ku tampal disini ok.