Pengikut

Jumaat, Jun 28, 2013

Santai santai jahit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi Jumaat yang mulia.. opsss dah tengahari pun.

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Alhamdulillah a'la kulli hal

Terasa sangat seronok dapat tengok langit yang membiru kan..
Syukur dah takde jerebu lagi dah..
Kena tanya diri sendiri plak.. jerebu di hati ni apa bacaan IPU nya :P

Dan tak lupa harapnya "jerebu" kat hidung saya ni akan cepatlah berlalu sebelum datangnya Ramadhan :)

Projek jahit2 suka suki saya this few night..

Hiii I am Willie the cute blue whale
Kalau nak try blue whale ni boleh download pattern kat sini yer http://sewlover.com/doll/patterns/stuff_whale_pattern.html

Dan ini pocket tissue cover.. cun n comel tul.. ambik pattern dari magazine Quilt & More, keluaran bila tuh eks... mokcik tak ingatlah
Projek macam-macam kan.. tapi banyak yang masuk tong UFO...
Jom kita rendahkan IPU jerebu dihati dengan mendengar ceramah tafsir alQuran  niii




Sampai jumpa lagiiii
Wasssalam


Regards;

Selasa, Jun 25, 2013

Reusable.. Washable.. Face Mask

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Oh sungguh kabut.. kelabu asap jer kan. Betapa berharganya udara yang bersih dan pemandangan saujana mata memandang kurniaan Ilahi kan.

Jom kita banyakkan ucapan..
Moga Allah permudahkan urusan kehidupan kita dan kembalikan udara yang bersih

Projek dikala mata dah nak tidur hihihi
A face mask...
Thanks to a blogger friend Anic for sharing this wonderful tutorial 

Now kalau nak beli face mask kat mana2 kedai, banyak yang dah "sold out" kan. Alternatively, jahit je lah sendiri, walaupun mungkin ada jugak keraguan kat hati ni, memenuhi standard tak untuk menghalang zarah2 halus tuh memasuki ruang pernafasan.

Nak bagi anak ke sekolah pun rasa tak sedaphati.. nak ke diorg ni pakai mask sepanjang masa. Dah ler kelas tuh open air, kalau dalam aircond oklah jugak, boleh tutup pintu n tingkap rapat2. 

Oklah till another story
Wassalam

Regards;

Isnin, Jun 24, 2013

Block in progress...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Moga sempat disiapkan sebelum Ramadhan


List of personal project :P
:: jahit langsir baru before Ramadhan
:: jahit baju raya, sepasang sorang untuk saya dan Izzah (rasanya this one kena jahit masa Ramadhan nantilah kut..)
:: jahit new cloth pad
:: jahit telekung lycra for myself
:: jahitkan telekung baru untuk Izzah and her BFF untuk Ramadhan
ehhh!! banyak plak ler plan dalam kepala yerr.. kiranya this 2 weeks saya memang bizi nii hihi.

Regards;
 

Sok sek sok sek... oh jerebu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila jerebu melanda, dada sesak, tekak pun kering dan gatal jer..
Dan seminggu saya ni selsema.. start dari demam balik dari Jakarta arituh, sambung plak ngan batuk n selsema huhuu

Bila duduk bertapa dalam rumah je ni, inilah masanya nak berhoneymoon dengan mesin jahitkan...
Tengok niii... mangsa cutter si mesin jahit tepi.. tercubit kain atas tuh huhu padan muka

Padan muka sebab masa nak menjahit ni dah masuk maghrib, tapi nak jugak teruskan dengan jahit tepi tuh, pastu tak pasang lampu yang betul2 atas mesin jahit tuh.. bajet mata kucing tuh, dalam gelap pun boleh tengok kikikiki...
Moral of the story.. dah masuk waktu solat, sila berhenti menjahit dan solat dulu yerr

Nasib baik ada si Abang NV950 ni, deco stitchnya boleh tahan banyak...
Nampak lagi tak?

Nak cari balik kat mana koyak tadi pun kena belek2 dulu baru jumpa, so kiranya  fully covered ler tuh hihi

Inilah hasilnya..

Telekung untuk diri sendiri, dari lebihan kain baju sekolah Izzah.
Nampak tak sambungan tuh... actually kain tuh dah pendek untuk saiz telekung saya, tapi remaining kain yg panjang2 banyak lagi, so saya potong jer mana yang dapat, then sambung dengan balance kain about 6 inches.. then baru letakkan lace. Lace pun simple jer, tak suka rambu ramba sangat.

Bahagian muka tuh saya guna cotton lace, agak lembut dan tak berbekas kat dahi bila sujud.. (eks paham tak maksud saya?)

Kiranya telekung untuk terawihlah niii.. tapiii harini dah start pakai hahahaha...

Harini dah nisfu Syaaban kan.. hajat saya nak berpuasa, tapi keringnya tekak ni, batuk n selsema makin teruk plak, harap Allah permudahkan sampi ke petang nanti.

Till another story..wassalam


Regards;
 

Jumaat, Jun 21, 2013

Layan shopping...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Just come back... huhu
Aishhh malas betul melayan nafsu shopping niii.
Macam2 nak beli.. mentang2 ada 30% discount kan

Macam biasa.. asal ada discount jer mestiler saya angkut satu plastik cotton batting ni, susah nak dapat kat sini, tak banyak kedai ada jual.

This one, full size 81x96 (+-200cmx240cm) in which saya rasa sangat ok untuk queen size quilt, walaupun kalau ikut standard mat saleh.. queen size besor lagi.

Hajat dihati sangat-sangat teruja nak buat satu queen size quilt guna cotton batting.. harga asal batting ni RM150.00, tapi bila ada 30% discount, dapatlah RM105.00 jerrr... (fuh!!! lap peluh jap, itu baru rege batting jer yer....) masuk top n back kalau guna US cotton semuanya, maunyer kos sahaja dekat2 1k. Agak2 kalau nak jual berapa hengget ler yer... (mokcik berangan sudahhhhh... takdenyer orang nak beli eh!)
Ruler station tuh plak harga asal RM54.00 in which murah lah daripada nak angkut dari ebay... after discount cuma RM37.80. Memandangkan stok ruler mokcik BR ni dah makin banyak.. ada 24x6, ada 12.5x12.5, ada 8.5x8.5.. dan akan sampai nanti ada 4 serangkai 9.5x9.5, 6.5x6.5, 4.5x4.5 & 2.5x2.5.. (tak abih2 kumpul rete alat2 untuk quilt)

Dah terlanjur ada 30% discount, ambik jugak backup stretch twin needle 4mm tuh... padahal kat rumah masih elok lagi tu. Zaman dulu2 beli TN ni RM20.. beli online kan... yg ini cuma RM11++ jer.

Oklah.. sekian melaporkan..
Selamat bercuti hujung minggu yer kawan2.. esok last day relocation sale kat Yee Button. Kutlah kawan2 nak jenguk kan..

Sampai jumpa lagi


Regards;
 

20-06-2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Harini dah 21.06.2013...
Mokcik BR ni dah tua sehari dari xx tahun... hihihihi
Fuhh "xx" rahsia tuh, hihi bukan rahsia sebenarnya, makcik ni lupa nombor berapa tuh (erks! boleh lupa?)

Terima kasih pada teman2 dan sahabat handai, sedara mara yang bagi ucapan  di FB, WA & SMS... terharu plak mokcik sebab dapat banyak ucapan (walaupun hadiah tak dapat satu pun eks! hiiii)

Apa tak nya... hadiah birthday dah claim awal2 tahun arituh.. dah lunyai Samsung Grand ni mokcik tibai. Si Izzah plak katanya nak bagi hadiah arini.. agaknya another Service Card kut... :P

Tapi untuk tidak menghampakan.. maka mokcik beli hadiah untuk diri sendiri (ahaks!).. jeng jeng...
Walaupun kalau g kenduri kendara mokcik BR ni kelihatan macam orang miskin tanpa seurat emas pun, tapi mokcik tetap ada emas tau.. 2 ketul je lah kikiki. Nanti mokcik kutip2 lagi kut jumpa si kijang plak kan... sementara masih murah niii.

Dah tak lama nak Ramadhan kan?
Rasa rindunya nak jumpa Ramadhan, harapnya dapat jumpa Ramadhan tahun ni, dan moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas...

Jom kita dengar ceramah Nisfu Syaaban...

Wassalam...
Regards;
 

Rabu, Jun 19, 2013

Telekung Chomel : Nadra Arissa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Telekung chomel buat Nadra Arissa..

Moga rajin solat yerr sayang :)

Dan ini plak.. jeng jeng...
Sejadah chomel...
Untuk si comel jugak...
Masih dalam pembikinan... cer kengkawan komen skit.. terlalu kosongkah?
any idea tak?
Perlu tambah sulamkah?
emmmm idea plsssss :)

Thanks yerrr
Wasssalam

Regards;
 




Selasa, Jun 18, 2013

Old T turn into a rag blanket (with tutorial)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

At last... siap juga rag blanket saya niii
Tak boleh nak tangguh2.. sebab bilik jahit saya tuh macam di langgar garuda rupanya... bersepah dengan plastik2 t-shirt ni. Nak kemas kena tunggu siap dulu.. so takdelah tetiba nak buka balik plastik tu kan..

As promise.. kat sini saya letak simple tutorial on how to do it, harap boleh bagi sedikit idea pada kawan2. Bolehlah kita recycle t-shirt2 lama yang layaknya dibuang itu kepada something yang berguna...

What you need are your old t-shirts.... kecil-besar... semua jalan jerr hihi


Lay your shirt in 2 ply and cut a 8.5 inch square.
Yang ini saya ambik bahagian lengan baju, gabungkan lengan kiri & kanan dan potong 8.5" square. Boleh jer kalau nak buat saiz lain, ikut sesuka hati, dan juga tak perlu betul2 accurate, just lebih kurang... selebih nya "you are free to cheat" :-P (these are all stretchy fabric, you can always adjust it when sewing)

Sew 2 pieces squares (4 plies all together)... and continue with all the squares. Make sure to use a correct needle size, you are going to deal with 4 to 6 ply of fabric most of the time. I am using my hi-speed machine with needle size 14.

I made 48 pieces of 8.5 inches square ( finished 6x8 squares all together)
Then grab a good pair of scissors (opsss truely..the one in the picture was too small to cut that 4 plies of fabric... setakat jadi model gunting jer tuh hihi)
Snip the seam allowances... ikut suka hati besar mana ok.

Ok.. dari t-shirt yang kita potong2 tadi.. mesti ada remaining fabric yang tak muat 8.5 inch square tuh kan? Dont worry, anda tidak akan membazirkan part itu... just potong jer 2 inch stripe dan cantum2kan, make it as your binding fabric.
Just lay flat (kalau binding biasa tuh kita lipat dua kan..) and sew to the main blanket like a normal binding..

Just fold the binding fabric to the other side and sew at the back.. do not fold the other side of the binding fabric.. hope you understand by looking at the 2nd picture above. Just snip the binding seam allowances.. 

Tadaaaa...
Sudah siap...
At back memang nampak smooth jer, so sangat sesuai lah di gunakan, cuma bahagian atas jer ada rambu-ramba tuh.

Tumpang jap kat katil Izzah yang berselerak tuh.. (opsss itu bolster kekabu baru dengan bolstercase on her own fabric choice). 
Finished blanket about 48 inch x 64 inch.. just nice untuk jadi selimut Izzah, even kalau adult pun boleh jer pakai as blanket.

Huhuhu ini another timbunan t-shirt lama belongs to Izzah, and I am thinking of a memory t-shirt quilt for her... hihihi..
Most of them are her favourite Ts.. so memang dah agak lunyai, nak didermakan pun tak layak kut. 

Jom kawan2 kita rajin2kan diri untuk recycle barang2 lama jadi sesuatu yang berguna dan kurangkan beban kepada bumi ini untuk melupuskannya. Jadikan diri anda sedikit kedekut untuk spend on new things... 

Till another story...
Wassalam

Regards;
 

Isnin, Jun 17, 2013

Renungan Menjelang Ramadhan - Dr Abdullah Yasin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini dah 8 Syaaban kan...
Ramadhan dah semakin menghampiri... jom kita dengar2 dan hayati ceramah Ustaz Dr Abdullah Yassin.



Sangat suka dengan penyampaian beliau yang nampak tenang dan clear gitu...

Moga bermanfaat buat kawan2 semua

Regards;

The unlimited "RE" on Sunday...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

REfashion.. REcycle.. REdo.. REpurpose.. REuse.. what ever "RE"

Selepas siap Junior Pilot toddler quilt Sabtu arituh.. rasa macam malas nak start dengan another order (huhu.. one more final quilt order before Ramadhan plus small orders..) rasa nak relex2.. sewing for fun.. no rules.. unlimited creativity.. 

Biasalah... di mulakan dengan menyusun semula fabric di gerobok tuh.. maka jumpalah banyak pending project dalam kotak UFO saya tuh hihi

Ini salah satunya, asalnya blue T berkolar ni saya beli few years back.. rasanya in 2011.. a very cheap deal, less than RM10 kalau tak silap. Tapi materialnya cantik, cotton knit tebal n sejuk. Cutting T-shirt ni ngam2 dengan saya bahagian atas, tapi sampai kat pinggang ketat & sendat woo.. plus singkat (package tuh.. ketat, sendat & singkat kiki) memang not my taste.. almaklum bukan muda remaja lagi kan... opsss alignment dah banyak larik kan..

What I did was.. buang kolar atasnya, rasanya ada ambik gambar original T, tapi ntah kemana dah gambar tuh... then top stitch jer 2nd layer kolar tuh.. very easy peasy.. jadilah kolar bulat jerr


Dari bawah dada ke bawah, saya potong dan sambung dengan lycra ni... asal kain ni saya guna untuk dress sew-a-long, tapi tak pakai, so dress tuh sambung pada t-shirt ni hihihi
Untuk nampak lebih matching, saya potong lengan tuh dan letakkan matching lycra kat hujungnya..
Bahagian kaki baju plak just jahit tepi halus tuh jer... kasi nampak beralun gitu...

Opss satu tips.. kalau sambung lycra n knit nii akan nampak menggelembung skit kat bahagian sambungan tuh.. so saya try letak dat (dart seams).. baru nampak cantik gitu (maybe tak nampak sangat dalam gambar ni kut).


Dannn bahagian bawah t-shirt yang saya buang tuh tadi jeng jeng.... saya jadikan anak tudung gituuu hihi.. amat selesa sekali, boleh pakai style tudung syria gitu...

Bestkan... unlimited creativity project

And then... another quick project malam tadi..
Membongkar plastik2 t-shirt lama, sorting mana yang masih boleh di pakai dan akan di dermakan.. yang buruk2 tuh masuk satu tong dannnnnn...
kita potong dan potong dan potong...
Then kita cantum dan cantum hihi..
Hasilnya...
Will write a story about this later...... maybe together with a simple tutorial k.

Till we meet a again...
Thanks for reading
Wassalam

Regards;

Fabric clearance sale

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada kawan2 yang berminat dengan cotton yerr...

I am selling this at:- 
RM17.00/meter 
or 
RM9.00 per half meter
(exclude post : you can choose pos berdaftar or pos laju)
All 45 inch width of fabric (except if I put a note below the picture) and light weight of cotton suitable for dress making and patchwork or quilt
Pls note that CT001 is 60 inch w.o.f
Pls note that CT002/CT003 is a Medium weight of cotton
Interested?
email me at my.milakamila@gmail.com 

Regards;

Junior Pilot toddler quilt set

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar kawan2... lamanya tak bersiaran.
Cerita lawatan sambil "mengosongkan poket" di Jakarta pun belum sempat nak share kat sini... 
Balik dari sana kami berdua diserang demam, batuk & selsema. Saya plak ada training di Mid Valley on Wednesday & Thursday.... emmm sunyi sepilah blog ni hihi.

Pending order yang patutnya saya siapkan last week lagi.. tapi banyak benor halangannya, maka this week baru siap huhu.. nampaknya saya terpaksalah tutup quilt order sampailah lepas puasa ok. 

Dari panel Junior Pilot... saiz toddler

The matching quilted pillowcase, dan ada satu lagi yang tiada dalam gambar adalah simple pillowcase.. so ada dua pillowcase, senang nak basuhkan...
Moga si abang gembira dengan quilt ni yer... takde lagi nak berebut dengan adik :)

Thank you very much for the order...
Wassalam

Regards;
 

Khamis, Jun 06, 2013

Telekung Chomel : Kaka & Insyirah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kita mulakan pagi kita dengan doa Nabi Sulaiman ini...
Surah Sad : 35
Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun setelahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi

Hihi baru dengar motivasi pagi kat ikim.fm tadi, baca doa ni supaya kita kaya di dunia dan jutawan di akhirat.. in shaa Allah

Ok cerita seterusnya..
Dah siap telekung untuk si comel Kaka dan juga Insyirah..

Pilihan kain yang lama arituh banyak yang dah not available, nak restock pun macam dah takde kat supplier.. so ini kombinasi baru... dan saya rasa tetap cantik, malahan lebih cantik dari sebelum ini.. nampak soft gituuu



Moga Insyirah dan Kaka rajin2 solat yerr.. moga jadi anak yang solehah. Harap mummy keduanya gembira dengan telekung ini. Lain kali tempah lagi yer wink wink ;-)

Kepada yang berminat nak menempah, silalah tengok detail di sini ok. http://blogrimbun.blogspot.com/p/tempahan-telekung-kanak-kanak.html
Akan ada matching baru masuk harini... dan hopefully saya jumpa kain yang cun melecun di Jakarta weekend ni huhuhu... tetiba mokcik dapat pelawaan ke Jakarta, mokcik pun dengan excitednya setuju ajerrrr...
Kalau kawan2 ada apa2 tips yg berpekdah... silalah share yer. Almaklum, mokcik yang super duper excited ni first time pergi.

Oklah.. sampai disini dulu (macam karang surat tak formal SPM plak yerr)
Till another story
Wassalam

Jom dengar cerita pasal Qarun dan ambil pengajaran darinya
https://www.youtube.com/watch?v=KFggbq9NnqU


Regards;