Pengikut

Selasa, Ogos 30, 2011

Salam Eidulfitri


Salam Aidilfitri buat rakan-rakan muslimin dan muslimat..

Moga berbahagia di hari lebaran, dan di bawah rahmat Ilahi selalu.
Berhati2 dijalan raya,
Berpada-pada makan kuih raya,
Dan jangan takut hantu raya hehehehehe

Maaf andai ada yang terkasar bahasa dan tersinggung kata... dan terima kasih tak terhingga kerana berkunjung ke sini..



Regards;

Sabtu, Ogos 27, 2011

Why Cloth Pad... in summary tapi panjang berjela haha

Another new version?? Not really.. just nak sharing cerita2 cloth pad jer ngan kawan2
Actually dah lama saya nak share pasal cloth pad ni, tapi rasanya macam panjang jer nak menulis, so tertangguh dari hari ke hari.

Bila saya buat entry pasal CP ni ramai jugak yang masih tertanya2 apakah itu CP. Even kalau saya bercakap dengan kawan2 pasal CP, still ramai yang langsung tidak tahu or kalau pernah dengar pon, ramai yang prejudis... masih ragu2 nak guna

Setakat ke hari ini... rasanya saya dah fully converted to cloth pad for about 9 months.. dan kalau dikira dari start saya mencuba cloth pad, dah hampir setahun.
Honestly, I have never ever bought any readymade cloth pad in the market, the only one CP that was not sewn by me was from Anic on our cloth pad exchange gift here

I started with my first version here, honestly I have never wear it hahhaa, its a total failure but really learned a lot, the one without wings were also a failure, unless you use a pin to attached it to your panty, then you will be in the safe side, if not there is a possibility that ianya jatuh kedalam lubang toilet wakakkaa...kang kena sumpah plak sebab toilet tersumbat huhhu.. lesson learned, WING is a must

Here come my 2nd version , its my own idea, so that I can adjust the thickness when needed.. still a failure. Tau kenapa? kerana baru ku tahu yang my skin allergic to microfleece... lesson learned.. AVOID microfleece for next to skin layer, so I made it as a sandwich between 2 flannel, and as at now I didnot restock my microfleece anymore... mahal sangat and I would prefer bamboo fleece or zorb instead.

Now my third version here, till now I am still using it, tapi lapisan PUL saya letak pada body sahaja, tidak pada bahagian wing, so kalau heavy flow, the blood akan meresap ketepi dan menyebabkan bocor plak dah.. aiyakkk bilalah nak habis experiment kan...

Now this is my 4th version, still I didnot learned from my 3rd version, bocor pada bahagian tepi kerana tiada PUL pada bahagian sayap. Tapi cloth pantyliner yang berwarna hijau tu kekal dipakai sehingga sekarang. And kalau someone claim that local flannel is not in good quality, I object to it... rasanya dah banyak kali basuh, kekadang hand wash and kekadang machine wash jer, still ok dan tidak meninggalkan kesan tompokan yang susah hilang.

My fifth version (another 5th version here)... banyak kelebihannya... senang kering, tidak bocor walaupon pada hari2 yang heavyflow dan tahan sehingga 4 - 5 jam. Rasanya folded CP ni equivalent to disposable pad night usage tuh jer. Tapi biasalah.. ada jugak kekurangannya, saya menggunakan towel yang mana walaupon dah di rendam, di basuh dan dikeringkan, agak susah nak menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, thats why selalunya saya basuh sampai 2 kali. Mula2 basuh tangan, then basuh guna washing machine plak. Sehingga kini saya masih memikirkan alternative kepada tuala, maybe boleh cuba bamboo fleece agaknya.. still in progress.. nanti mokcik cubo yerr

And another version that really fit me is Anic's pad here. This is one of her innovative idea and I really like it. cukup menjimatkan kain PUL yang mahal tuh. Cuma perlu satu housing jer, and oleh buat multiple insert. housingnya pon senang nak kering, basuh malam ni pagi esok dah kering huhuhu.

Another latest version were the AIO, ok with this but it will take longer to dry.

Oklah.. cukuplah version yang ada, dan with all the failure and success story, that doesnot stop me from improvised it from time to time.

Ok kalau saya, memang no intention to buy readymade, how about others yang takde masin jahit or not ready to sew by yourself.. saya just nak share few tips mcmana nak membeli CP, tapi tak bolehlah nak komen banyak2 sebab tak pernah membelikan.. ok in general jerrr ni tau:-
  • make sure ianya ada wings, snap button or sew on snap jer pon doesnt matter, tapi kalau guna velcro, rasanya kurang sesuai
  • say no to microfleece for next to skin layer unless you are too sure that you wont allergic to it, karang beli mahal tapi tak pakai.. tp for me senang jer, tetas balik and re do it hahaha.. that is what I did actually
  • take note on how many layers are the cloth pad, the thicker the better ianya menyerap but the harder it will dry. alternatif is to use wahing machine but for me rasa tak berbaloi kalau setakat 1 or 2 CP nak basuh mesin kan.
  • imported flannel or local flannel depends on the manufacturer.. kalau JoAnn flannel tuh saya rasa kualitinya lebih kurang jer dengan local flannel, tapi kalau flannel from Moda, mmg good quality, iras2 mcm kain velvet tuh yet its flannel (yang pernah saya jumpalah).
  • PUL is a must, unless its just a pantyliner.
  • kekadang orang lebih tertarik dengan fabric design yg fancy, for own satisfaction ok, but doesnt matter with design yang so and so jer pon sebab takde sapa yang tengok pon wakakaka..
  • (additional note on 1.1.2011) Prewash you CP banyak kali sebelum guna, flannel tuh akan betul2 menyerap bila ianya dibasuh berkali2.
Berapa banyak plak CP yang perlu di beli?
In average saya rasa hanya sekali pakai jer untuk satu2 pad tuh pada one cycle. Kecuali pada hari2 last tuh bolehlah guna pantyliner jer. So kalau anda bajet2 nak membeli, kenalah tengok pada kategori mana yang perlu banyak dan juga sesuaikan dengan flow anda. Contohnya 3 hari jer heavy flow, normally yang heavy flow ni perlukan pad yang tebal and agak susah kering, so kena bajet at least 1 untuk malam and 2 ntuk siang.
Then katakan another 2 days flow yang biasa2 jer, so boleh gunakan CP AIO yang nipis skit, maybe 3 -4 keping.. dan yang seterusnya dah tinggal skit2 jer, bolehlah menggunakan pantyliner sahaja.
Pantyliner ni kalau ada banyak pon tak pe sebab boleh digunakan pada setiap hari.

Ok.. bg yang tengah fikir2 nak try CP niii, saya tau the main concern adalah harganya, dan kalau belum pernah mencuba kita tak tau samaada wort it atau tak kan. Kang mahal sajer, pastu terperuk dalam almari jer and still kena membeli yg disposablenyer.. rogi rogi.. mokcik rogi kan..

Actually, even saya yang jahit sendiri ni pon fikir banyak kali nak mencuba, ini kerana bahan2nya mahal. Rasanya in average harga fabric seperti PUL, bamboo fleece, microfleece adalah lebih dari RM40 semeter. Semua fabric tersebut adalah di import.. kecuali flannel, boleh dapat di Kamdar or Nagoya tapi lately ni dah naik harga lah plak.
My suggestion is.. try dulu cloth pantyliner. Boleh pakai daily dan boleh pakai masa dah akhir2 period.... kalau dah selesa, bolehlah sedikit2 migrate to menstrual pad... try satu atau 2 pad untuk menstrual and see how is it.

Whoopsss panjangnyalah saya tulis yer... wokey2 dah kena stop dululah.. harapnya tulisan(tulis ke type ni hehehe) saya ni boleh dijadikan panduan kepada yang baru nak berjinak2 dengan CP. Komen2 saya berkaitan CP diatas tiada kena mengena dengan any readymade CP product yang ada terjual dipasaran. Its really through my own experience.

Here are pantyliners for someone yang menempah before puasa dulu, tapi baru sekarang siap.. maybe bakal tuannyer sibuk buat kuih raya, hopefully ada reply after raya ni yerrr.. I am using JoAnn flannel, sandwich with microfleece


Saya ni nak jual CP ker?
Hahaha susah mau jawab.. hanya kerana saya ini adalah part time crafter... dan saya ni a half day employee, another few hours a mother and a wife and another few hours for myself and my hobby. But I do sew CP, terutama bagi yang baru nak kenal CP, but kalau nak banyak2 tuh nanti mokcik pikior dulu yer hehehe
And I do give CP as a gift too.. tetiba terasa nak bagi, then I will give it for free hehehe.. tetiba murah hati kan.

Wokeyyy... Selamat pulang kekampung halaman
Selamat beribadah dimalam2 terakhir ramadhan


Regards;
 

Selasa, Ogos 23, 2011

digoda tergoda menggoda...

Beli ke tak..?
Toksahlah.... membazir je kot

Beli ke tak..?
Tak yah lah... bukan nak menyulam sangat pon, takat hobi masa lapang je..

Beli ke tak..?
Alahaiii half price tuh..

Beli ke tak..?
Vitamin B boleh jer cover.. takyah nak installment2 dah..

Beli ke tak..?
Aduh aduh... mana plak tempat nak letak nanti?

Beli ke tak...??????
Kang nyesal plak huwaaa

Akhirnya... aku angkut sebiji bawa balik.... Tapi belum explore lagi. Tunggu cuti raya yerrrrr.. habis beraya nanti kita godek2 belek2 this brand New NV90e
Pic from Google
Welcome on board my NV90e

Orang lain dok sibuk cari baju raya, saya dok mencari mesin jahit raya
ahak ahaks.. godaan besar sangat dan mokcik dah tergoda.. jangan mare... awwww



Regards;

Ahad, Ogos 21, 2011

Itu Ini, disitu disini...

Dah masuk malam2 terakhir Ramadhan dah kita ni kan, terasa sekejap sangat, tetiba aik udah nak raya. Masjid2 pon dah mula lengang kan, kalau dulu nak duduk tahyat akhir pon boleh terduduk atas orang, now?? nak bersila pon takde masalah hahaha...

Agaknya kemana semua orang pergi eks??? Cer teropong skit... ooooo kat pasar raya and kat jalan raya rupanya (jalan raya yang jem sebab ramai yang keluar shopping hehehehe). Dan orang2 macam kami ni rasanya memang tak patut keluar dan menyemakkan diri ke shopping complex at this time. Bukan apa... kasi can lah orang lain beli baju raya. Kami??? siapkanlah baju raya kat rumah dengan kain yang ada je lah, jangan ler plak fikir2 nak menambah koleksi baju raya lagi yerrrrr hehehe. 

Speaking about baju raya... tahun ni saya malas nak buat baju raya.. boleh ke gitu? Pakai je lah baju raya tahun  lepas yerr... hahaha. Tapi untuk Izzah saya dah siapkan satu, baju kurung simple jer.

And then bila godek2 kain yang bertimbun kat atas rak tuh, saya terjumpa kain2 yang saya beli dari  Saliza KainOhKain.. ooooo banyak rupanya kain yang boleh di buat baju wakakaka.. mokcik lupo wehh. Ada antaranya kain2 yang dah tinggal 1meter-2 meter jer... rasanya ada yang Saliza bagi free jer.. thanks yer Saliza
Apa kat buat simple dress kembang je lah untuk Izzah...

Amboi sukanya dia..
Tunjuk gigi ke or tunjuk baju tuh eks?
Umi dok pikir nak suruh pakai masa raya nanti, tapi budak kecik ni nak pakai jer sekarang hahhaa. Untuk pakai raya nanti boleh jer katanya, umi kan boleh basuh hahaha
Dan yang ini plak untuk saya.. from 1++ meter kain jer ni tau... boleh jugak muat dress saya rupanya hehe
belum siap betul lg. tunggu rest time kat opis, bolehlah jahit silang pangkah kat leher tuh.

Dik kerana cuti sekolah pendek jer, makanya kami beraya di Temerloh je lah tahun ni... wahh first time semenjak kawin merasa beraya lama skit di kampung sendiri, walaupon suasana raya di kampung sendiri tak semeriah di Kuching, tapi saya tetap gembira sangat2.. ye lah.. kebiasaannya kalau beraya di Temerloh, setakat sampai raya ke 3 jer, then raya ke 4 dah balik ke Kuching. Dan kalau tahun beraya di Kuching plak, kami tak balik pun ke Temerloh.

Soklan skit untuk kawan2... mana best: beraya ke or berpuasa? cer citer skit..

Wassalam

Regards;
 

Sabtu, Ogos 20, 2011

Another version...

Another tissue box cover?
Is it another version??
Macam sama jer dengan yang sebelum ni kan..
Look at the fabric.. its cars everywhere.. haaa got the point..

Tengok kat tepi skit...


Kat belakang plak??


Haaaaa.. another version of tissue box cover for car..
My other version with tutorial is here
And my first version (for my lil viva) is here
Its my first ever tempahan dari kawan yang berminat dengan tissue box cover for car niii...
Thanks for the order..

Regards;
 

Isnin, Ogos 15, 2011

A journey to..

Salam Ramadhan kawan2 semua..
Rindu rasanya nak update blog, tapi apakan daya, kat malaysia ni berlambak free wifi, tapi di sana tak pernah jumpa satu pun.
Agak2 kemanakah perjalanan saya selama seminggu dulu yer?

Kesini..... sapa boleh teka kat mana ni? hehehe

Selepas buka puasa, setiap inci kawasan masjid ni akan dibersihkan secepat mungkin, by the time solat maghrib memang dah boleh baring kat sini


Kami hanya melalui pintu area sini jer... sebab terus ke arah jalan balik ke hotel.. Langsung tak terfikir nak ke pintu lain..

Emmm napa eks... saya langsung takde gambar kat dalam sana, I am totally lost my mind on taking pictures of baitullah. Masuk kedalam terus teringat nak cari tempat duduk dan buat solat tahiyyatul masjid. Masa tawaf plak saya takut batal plak tawaf saya kerana berubah niat, kang kena pusing sekali lagi.

Tak sempat or tak dapat masuk sebab terlalu ramai orang??? kat sini pon diorg solat terawih.
Rasanya berbeza sangat dengan masjid di sini kan... we can choose where ever spot that we like to pray.. tapi di sana, we were like figthing for a place untuk sujud. Kami makan ala kadar selepas maghrib and cepat2 kemasjid untuk dapat tempat yang lebih selesa, but ends up duduk kat belakang2 jugak. Agaknya diorg ni memang tak keluar untuk makan kut eks.

  
Dan kami sangkakan kalau keluar awal pagi, mungkin orang tak ramai..
but.. this is permandangan ke masjid pada pukul 3 pagi.. mungkin lesser than masa berbuka tapi tetap ramai jugak


Disinilah tempat kami menginap... rasanya hotel ini manage by Malaysian.
Rate satu malam disini sama macam rate 5star hotel di negara kita, tapi facilitinya lebih kurang budget hotel sahaja.

Terdapat 24 hours live telecast from Masjidilharam kat TV. So kita boleh tengoklah bila masa kurang skit orang tawaf... dan masanya adalah between pukul 11pagi ke 5 petang... waktu panas terik yang teramat. Rasanya hanya orang2 yang terbiasa cuaca panas sahaja yang mampu melakukannya. Boleh pengsan tau.

Dan satu lagi... rasanya saya buat kesilapan sikit sebab bawa Izzah bersama, sepanjang masa dia komplen panas. So memang susah nak bergerak ke masjid untuk solat berjemaah zuhur dan asar, tambah plak hotel kami ni agak jauh, lebih kurang 400 meter dari entrance MasjidilHaram. Mungkin kalau pergi kesana bukan musim panas, bolehlah bawa dia lagi kut. Satu tips untuk mengurangkan sedikit panas ialah dengan membawa tuala kecil yang di basahkan dan letak di muka. or else, bawa spray air tuh. kalau panas sangat sembur kat muka.

Our 4th day kat sini...

Hubby attending this..
There is nothing here.. its a secluded area near the beach, we just stay at our room. The rate for Iftar Buffet is 218 riyal per head... at last kami makan Indomie je lah kat bilik hahaha, available at the convenient store at 5 riyal. For sahur, kami makan kat simposium tu jer lah.. boleh makan sekenyang2nya

Our fifth day were here... can you image travelling 500++km in 3 hours only???? Yupp average of 160km/h, but most of the time at 220km/h and its by car.. fuhhhh scarry.
Kanan sekali dalam gambar tuh adalah pintu masuk ke Raudhah kalau tak silap. Orang dah start beratur nak masuk dah. Dik kerana waktu kami disini yang agak singkat, saya dan Izzah tak sempat nak masuk ke Raudah, even tak sempat nak ke makam Rasulullah dan sahabatnya, hanya tengok gambar dalam BB hubby jer lah. Next time ada rezeki n panjang umur nak kesana lagi..

Ini pandang dari hotel kami.. hanya few meters from Northern entrance.
Kat tepi tuh adalah tempat pekerja2 masjid mengumpulkan tong2 air zamzam.
Saya sangkakan air zamzam hanya available di mekah, tapi di Madinah pon ada rupanya. Banyak kali kami jumpa lori membawa air zamzam dari Makkah semasa dalam perjalanan ke Madinah
Dah nak malam.. maka payung2 tersebut ditutup..
dah makin ramai orang datang untuk berbuka..
Kami stay at Hotel AlAnwar Movenpick (betul ke ejaan ku ini hehehe)
Hotel ni agak selesa, tapi berkemungkinan pekerja tak ramai, kami cuma boleh check in pada pukul 5 petang, sedangkan masa check out adalah pukul 12 tghari..

Kawan Izzah selama perjalanan kami.. budak comel ni semua orang suka... kecik2 lagi dah dijemput Allah ke rumahNya

Kami sebenarnya travel on our own, not with travel agent. Alhamdulillah syukur kerana tidak ditinggal flight to Malaysia on Saturday. Ianya berpunca dari driver yang kami book (from Madinah to Jeddah) tak datang. Then immediately kena cari kereta lain, sampai di Hilton Jeddah (sebab kami tinggal barang di situ) pukul 6++ petang. Sampai di Airport Terminal dah pukul 7 malam, waktu berbuka, semua kaunter tutup. Then bila kami nak check in, officer tuh bgtau yang sepatutnya check in di Haj/Umrah terminal, about 25 minutes from the normal terminal. Waduhhhhh.. memang kalut.
Sampai plak di Haj Terminal, tiada trolly yang available, unless you are ready to pay for it. Semua pekerja Bangladesh yang kerja mengutip trolly disitu conquered all the trollies and demand a payment if we were to use it. And at that time we only left with 5 riyal in hand, mana sempat nak cari money changer plak dah kan. At last dapatlah trolly buruk dan manage to get to the check in counter, but the gate closed already sebab dah less than 30 minutes. Masing2 buat muka kesian, akhirnya the officer bagi kami to get in.. Alhamdulillah syukur sangat2.
Akhirnya kami on board of MH151 to Kuala Lumpur, dalam tiket kata departure pukul 9 malam, but the take off time was actually at 10pm. Bukan sebab kami tau... memang perjalanan dari terminal dengan menaiki bas agak mengambil masa. We manage to catch up with the other passanger at the exit gate.
Pertama kali saya juga saya menunaikan solat di dalam flight, masa perjalanan pergi aritu tak perlu sebab dah solat jamak siap2 di KLIA. Thanks to zaharuddin.net kerana ada detail penerangan pasal solat dalam kapal terbang. Direction of Makkah jugak available didalam flight, cuma mungkin penerangan anak kapal tentang waktu solat agak kurang memuaskan, or maybe diorg sendiri tak mengetahuinya.

Oklah.. thats the end of the story. Yang baik itu jadikanlah tauladan yer kawan2. Bukanlah niat saya untuk share this story untuk bermegah or bebangga, tapi dengan harapan ada orang yang mendapat faedah darinya. Sebenarnya saya banyak membaca blog2 yang bercerita pasal umrah di internet. And really learn from it.
Moga one day kami berpeluang lagi untuk kesana...
As-Salam 

Regards;

Ahad, Ogos 07, 2011

Made by Hand.. made by me..

Is it really made by hand??
I will answer yes , I did, I use my two hand to cut the fabric, with my two hand I switched on the sewing machine and sew it... haha.. made by hand, sew by machine.


Starting tomorrow, I might not be able to update my blog for a loooong time of period, opss alaaaa tipah tertipu, takat 1 week jer pon.. lama yang takde maknanya.

I made this sling bag for myself.. senang nak sangkut kat bahu. Kalau tote bag besar sangat plak kan. Boleh masuk macam2 yang perlu disini


Fully zippered
Tambah zippered pocket kat depan


dan juga kat belakang

Safe journey to me n family...
Kemanakah itewww.... not to be disclosed yet... hehehe

Regards;
 

Khamis, Ogos 04, 2011

I love FMQ

Ingat tak lagi sejadah muka yang saya pernah buat before this.. kat sini
hihihi.. sejadah tersebut masih tak terjual, so sempena ramadhan ni, nak pergi terawih, saya malas nak bawa sejadah besar, yang kecik aje dah lah... pakai je lah yang dah siap ni kan.

Biasalah awal2 ramadhan, surau memang penuh, sampai kena buka khemah dan kami solat di atas jalan tar, tp dilapik dengan karpetlah. So adanya sejadah muka ni memang membantu. At least taklah sujud atas karpet yang "agak" berdebu tuh.

Oklah problem resolved... tapikan tengok plak makcik kecik sebelah saya ni.. alamakkk kesian dia guna beg jer untuk dijadikan sejadah.. hehe. walaupon just solat Isyak jer pon, bila start solat terawih, terus hilang ntah kemana, rasanya main dengan kawan2 kat belakang kut

Oklah... umi buatkan satu sejadah muka untuk "jiran kecik" kat sebelah nii hehehe
Bukan main suka dia dapat sejadah muka baru, harapnya nak lah dia cuba solat terawih plak, walaupon 2 rakaat jer sebagai permulaan pon dah ok.


Saya buat FMQ simple2 jer.. but seronok n best.
FMQ nii kalau dah lama tinggal terasa malas nak buat, tapi kalau dah buat sekali, terasa nak buat lagi haha


another angle, try buat feather design, tapi hehehe jadi kepak ayam jer nampaknya wakakaka


Hari ni dah hari ke 4 berpuasa kan, terasa kejap jer.
Saya masih lagi takde plan untuk baju raya, malas betul nak fikirkan baju raya. Tahun ni design apa yang fofular yer?? aduhaiii saya memang off dated betul dengan fesyen baju2 yang terkini...

Another 4 days to D-Day.. harap segalanya dipermudahkan.

Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih ok.

Regards;
 

Selasa, Ogos 02, 2011

In blue..

Blue theme for baby boy...
Lega rasanya bila dah siap satu2 projek ni..




Another FMQ... (dah lama rasanya tak buat FMQ.. rindu plak)
with handstitch applique..


Not to forget the diaper bag as a free gift..

The size is on my own but the design itself was taken from the latest sewhip magazine.. I really like the design, simple yet creative


Thanks Cikgu Elly...
Untuk anak saudara beliau yang bakal lahir Ogos ni, semoga lepas ni turn Cikgu Elly plak buat quilt baby set yerrr.. akak doakan tau.

p/s.. takde dalam gambar, tapi this baby quilt comes with quilt travel bag, seperti biasa lah kan


Regards;

Isnin, Ogos 01, 2011

Meeting JACK (Sparrow?)

To All my Muslim Friends where ever you are.. Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa. Moga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik amalannya dari tahun terdahulu.

We went back to my hometown this weekend..
Once again durian and rambutan were calling us back. Walaupun tak sempat nak bersahur and berbuka di kampung, dapat makan durian dan rambutan sepuasnya pon dah ok. Dan boleh mengangkut balik segala jenis bahan masakan untuk berbuka nnt.. daun kunyit, serai, daun limau purut, daun pandan n tak lupa tempoyak.. selamatlah poket dari membeli semua tuh untuk 2 3 minggu. Ntah2 sampai habis puasa hahaha. Saya suka keringkan daun2 tuh dan letak dalam peti ais. Not as good as the fresh one, but oklah.

And... I met this JACK (sparrow????)
And as at now i am truly in love with this JACK.
Bila guna NV50, teringat dengan ketampanan si JACK JK8800 niii jer wakakaka..


Now I know why some of my tailor friends told me that they wont look back to the portable sewing machine anymore, if they had the industrial machine.
Laju beb... kalau kain tebal2 tuh macam takde kesannyer, laju semacam jer

This one I think the latest model.. rasanya lah
Kat bawah ni gambar controller nyer, boleh pilih from kelajuan 1 hingga 8 kalau tak silap.. so kalau beginner macam saya ni, speed at 3 pon dah terasa laju sangat. Pastu ntah apahal lututku ini, asyik bersandar kat tempat untuk angkat footer tuh (saya pon tak tau apa ke namanya).. dah terangkat footer n dok jahit setempat  jelah.. korang jangan gelak yer.. saya memang first time menggunakan industrial machine..

Sempatlah menjahit sehelai baju dengan mesin ni.. baju untuk D-Day.

Dah penat cerita pasal mesin jahit, jom kita tengok luar rumah plak..
wahh banyak lagi rambutan and durian kat pokok tuh.. and today dah start puasa, boleh tengok je lah yeeerr

kami tak banyak pokok durian and rambutan pon, pokok rambutan yang jauh dari rumah mmg sedekah kepada cik nyet and cik era jer lah ( monyet dan kera).. tapi yang ini jer pon tak termakan.. selalunya durian akan jadi tempoyak dan rambutan plak jatuh kebumi jadi makanan ayam. Or else ada sesapa rajin buat jem rambutan tahun ni?? bolehlah kita buat tart rambutan plak..



Tempat lepak2 ambik angin sambil makan buat rambutan.. kat depan buaian tuh ada buaian tali yg boleh baring.. kalau panas2 dlm rumah bolehlah tidur kat situ

I love my kampung very much..

Till then byeee

Regards;