Pengikut

Isnin, April 29, 2013

AnNaml : 19

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jom kita hafal doa Nabi Sulaiman عليه السلام ini: 


 Maknanya 
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Regards;

Kita ENJOY!!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Few months ago saya ada cerita pasal SGC kat sini
Dah dapat free voucher... maka haruslah kami redeem kan.. walaupun voucher tersebut valid only on weekdays (dah bagi free, tokleh nak banyak komplen)

Wooo susah nak dapat date rupanya, maybe ramai sangat orang nak redeem voucher tu kut.. asyik full jer. Entah2 diorg ni allocate satu dua bilik jer untuk free voucher ni kut.

At last kami dapat date 25 April... nasib tak ngundi this week kan..

View dari bilik kami.. dekat jer dengan reception, takat jalan kaki jer

Sampai jer dah petang... dekat nak senja dah, tapi budak sorang ni nak jugak ke pantai. Dapatlah main pasir setakat 1/2 jam hihi. Masa ni air pasang, kalau  tak, kat sini memang pasir sampai ketengah sana..
Pagi-pagi lagi dah bangun terjun kolam hahaha..
Balik dari kolam - mandi - then terus ke Kids Club (jauh jugak nak kesini, bahagian luar dari hotel). At first malu2 kucing, dah warm up terus lupa nak balik hihi
On weekdays tak de orang pun.. shhh budak ni ponteng sekolah tau..

Kami check out pukul 12 tghari. Disebabkan ada voucher makan RM50, kami singgah lunch di Restoren Sepoi Sepoi.. kat area reception tu jer. Emmmm Izzah makan spagethi, saya n hubby ambik claypot... total semua RM88++ huhuhu.. minus voucher.. wokey lah RM38++ jerrr fuh selamat gitu.

Overall accomodation ok. Tapi channel TV tak ok.. no signal memanjang. Breakfast buffet RM52++ per person (adult).
Free WIFI only at common area.. kat dalam bilik takdek.
Facility gym free jek..
Buggy service pun free..
No outside food allowed. tapi kitorg bawa jer roti..n takde lah plak kena tegur pun.

Balik dari Sepang kami terus singgah di PBAKL2013 di PWTC
Kita ssshhhooopppiiinngggggg...

Ini buku2 yang sempat say rembat.. untuk diri sendiri
Nasib baik my sister ada kad ahli Telaga Biru.. so bolehlah dapat extra discount.
Agak kecewa dengan Riyadus Solihin tuh sebab totally terjemahan. Langsung takde in Arabic. Even reference ayat alQuran pun terjemahan shj... Kalau kawan2 nak tengok Arabic copy boleh tengok di sini

Ini plak buku Izzah.. Ini yang saya belikan, sebab tau dia tidak akan beli buku English... buku simple camni better kut to develop her interest in English.. buku ni pun murah jer RM4.40 sebuah. Plan nak tambah buku Peter & Jane, tapi tak sempat nak cari..
Yang sebenornya buku si Izzah ni banyak lagi.. semuanya novel Ana Muslim dan Novel kanak2 PTS... kira punya kira... lebih 35 buah buku dia sahaja. Allocation asal untuk dia cuma RM100.. nego punya nego.. sanggup potong seringgit belanja sekolah sebab nak beli buku... kira hutang lah tuh hahahhaa.. kecik2 dah pandai berhutang ish ish ish

Wokey... Happy Monday..


Regards;
 

Khamis, April 25, 2013

Thursday Talk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله

Sudah selesai...
Selesai apa?
Selesai menunaikan tanggungjawab warganegara... submit e-filling lerrr.. apa lagi.

Asal buat e-filling jer mesti saya tension.. asal tension jer wat e-filling hihii..

Tahun lepas saya ada buat analisis pasal tax rate negara2 asean ni di sini

Tahun ni.. nak menambah tension, saya dok compare Individual tax rate and company tax rate... lagi tension beb..

Maximum tax rate for company is 25% WITH ALL SORTS OF DEDUCTION. Anything under the sun... term "wholely exclusively" tuh memang glemer lerr
Tengok plak the highest tax rate individu? 26%... lebih tinggi dari company tax...
Dah tuh apa ajer yang boleh dapat deduction? Maximum pun dalam 20% jer boleh deduct.. so agak2 berapa gaji per month orang yang masuk dalam bracket ni eks?
Katakan 10k per month.. per year plus bonus katakan  RM150k... Tax kena bayar dah almost 30k tau.. berapa sangatlah take home pay dan bandingkan pulak dengan harga barang kan.. adoiiii (ilustrasi di atas tidak menggambarkan pendapatan saya ok.. I earn lesser than that hihi... declare awal2)

Ini buat saya terasa nak buka bisness jer ni. Kalaulah perkhidmatan saya sebagai akuntan ni boleh dijadikan sebagai consultant jer... maka bolehlah daku set up a bisness kan kan..
Tapi kompeni mana nak hire an accountant as a cansultant jer.. cer citer.. cer citer... pastu bagi consultant tuh sign cheque and release payment wakakaka.. ada berani?

Dan memang ada orang yang cakap kat saya... quit your job and start a bussiness.. well its not as easy as that. Saya selalu merasakan pekerjaan saya ini fardhu kifayah.. dengan adanya kami as accountant muslim, kami akan sokong perbankan Islam, banyakkan investment in Islamic fund & guna perkhidmatan perbankan Islam sepenuhnya.. sumbangan sebesar hati kuman je pun kan..  aishhh melalut plak dah mokcik niii

Now tengah sibuk PRU13 kan.. rata2 bendera berkibaran..
Menyebabkan saya dok terfikir.. apa signifikan nya bendera ni eks? ada ke orang yang undi ikut bendera mana paling banyak hihi.. Buat menyesakkan pandangan jerr dan membazirkan duit ajo..

Boleh tak saya declare manifesto mengundi saya hihi (takkan calon jer nak ada manifesto kan.. pengundi pun nak ada manifesto wakakaka) Saya nak ngundi parti yang boleh turunkan tax rate dan naikkan tax deduction dan banyakkan tax rebate... efective date 2013 wakakakkakaka.. giler demand kan.  

Wokey.. that all for today. 
Jangan lupa deadline efilling akhir bulan ni yerrr
Tunaikan tanggungjawab anda
Wassalam..


Regards;
 

Rabu, April 24, 2013

Telekung Chomel for Adriana & Uzma..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Happy Wednesday morning.. 
 Alhamdulillah pagi ini saya bangun dengan rasa ringan dan gembira.. kenapa? Saya pun tak tahu.

Cuma before this saya pernah terbaca/dengar (what ever :P).. kalau sebelum tidur kita maafkan semua orang, insyaallah kita akan bangun pagi dengan rasa gembira. Dan saya cuba mana yang termampu... kalau teringat saya akan buat.. dan saya rasa memang betul.. kita dapat tidur yang lena dan bangun pagi dengan rasa yang amat ceria.

Satu lagi sebab ceria kut... sebab dah siap tempahan telekung ni hihi.. kekadang kita janjikan 2 weeks, tapi customer dah tertanya2, itu yang rasa tak sedap hati... InsyaAllah.. kalau tiada apa halangan, saya akan sedaya upaya akan tunaikan janji saya

Pouch Uzma tuh adalah batch "belajar" menyulam weekend arituh.. itu yang ada applique tuh.. testing testing.. Tapi pouch Adriana tuh lambat skit dapat nama tuh... so terlepas batch testing testing hihihi.
Please take note that after this sulam applique tuh bukan part of sulam nama untuk telekung, only by request, dan akan ada additional charges for that.

Kombinasi warna ni agak nampak pestel.. so kami (my sister n me) decide nak tambahkan deco stitch tuh bagi naik seri skit. Design ni bergantung pada warna kain.. ada sesetengah tuh dah cantik kombinasi body n ruffles.. so kami omit deco stitch tuh (serabut plak banyak sangat warnanya)

Kombinasi pink blue ni memang sungguh kenan dimata kami... rasa tak puas menatap telekung ni.. dah kena post ke tuannya hihi

Andai ada yang berkenan nak tempah telekung, panduan saiz dan harga boleh tengok di sini http://blogrimbun.blogspot.com/p/tempahan-telekung-kanak-kanak.html

Semalam saya dok godek2 cara camna nak tunjuk saiz telekung tuh.. akhirnya jadilah camni hihi...

Wokey...
Wassalam...
Regards;

Selasa, April 23, 2013

Testing testing.. mode menyulam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mode menyulam lagi..
Dah berderet free design yang saya download dari internet.
Hajat nak mencari design Ana Muslim.. tapi mana nak ada free designkan.. dan yg free design tuh banyaknya website mat salleh..

Cari punya cari.. baru teringat.. arituh saya ada dapat design ini untuk testing dari sorang kenalan kat FB. Katanya saya boleh test dulu, kalau kenan bolehlah bayar, kalau tak.. tak perlulah beli.. murah hati betulkan...

Dan dah sekian lama peram... tengok balik email tuh.. dated 31/01/2012 hahaha.. dah lebih setahun.
Baru malam tadi try menyulam design ni?? Cun tak?


 Paling suka tang mata tuh.. nampak menyerlah gitu..
Tapi memang parah kalau nak buat banyak2 design ni, rasanya saya spend dalam 1/2 jam nak siapkan satu ni.. fuh. 8 kali tukar benang.. (hehehe mesti kawan2 yg menyulam ni kata "no big deal" kan.. dah ada tuh sampai 32 kali tukar benang.. solute betul)

Now dah testing... dah kenan.. tapi camno ni nak bayor?
FB encik Duku Gaban ni pun dah tak wujud lagi di FB.....email pun belum jawab. Nampaknya terpaksalah saya peram jer design ni... sampailah boleh bayar kat tuannya.. So kalau ada sesapa nak request sulam design ni kat make up bag keee.. beg kee.. apa2 ajerlah.. plz pilihlah pattern lain, kerana ianya bukan hak milik saya.. saya cuma ada lesen nak testing sahaja huhu..

Dan kalau en Duku Gaban terbaca posting ni.. tolonglah reply email saya beserta no. akaun ok.

Satu lagi tested pattern.. ber applique lagilah nampaknya..
Si anak gajah comel niii
Ini free pattern dari internet jer.. agak simple.. cuma mungkin pilihan warna n fabric kureng seswai kut.. nampak kurang menarik kan kan kawan2...

Thats all for today... have a nice day.
Wassalam


Regards;

Isnin, April 22, 2013

Telekung Chomel Humaira & Aleesya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Happy Monday kawan2..
Hari ini terasa segar dan bersemangat plak.. Izzah bangun dengan senyuman untuk solat subuh..
Sarapan plak dengan segelas susu kambing, her favourite....
Sepanjang perjalanan ke ofis plak jalan clear.. 20 minutes dah sampai ofis.. miracle kan.. dalam hati dok terfikir, dan balik mengundi ke warga KL this week hahahhaa...
Kibaran bendera parti politik di mana2..
Izzah plak dok sibuk menanya.. ayah undi sapa.. umi undi sapa.. emmm teringat masa kecik2 dulu, saya pun sibuk menanya abah dan mak... tapi jawapan kami serupa.. "Undi anda adalah rahsia" hihihi... 
Dulu-dulu saya sangat kecewa dengan jawapan itu.. dan sekarang saya pun mengecewakan Izzah dengan jawapan yang sama hahahaha..

Hasil berhujung minggu... 
Dua telekung chomel untuk si comel Aleesya & Humaira... 
Sulam nama Aleesya tuh nampak tenggelam skit dalam gambar ni kan.. tapi saya suka in real sebab match dengan rama2 tuh..
Gatal tangan nak menyulam applique... best rupanya dan taklah susah pun, cuma nak kena sediakan netbook sebelah mesin jahit... nak save pattern ke NV90 tuh mokcik belum khatam lagi hihihi

{Note: Sulam tambahan (selain nama) itu adalah complementary sahaja sebab saya masih belajar menyulam... bukan sebahagian spec tempahan telekung yer :)}
This week yang sangat produktif.. dapat siapkan 2 quilt, satu lagi dah quilted, menanti untuk binding jer.. another one nak kena basting dulu... hopefully boleh siap in this 2 3 days.. next week nak ke PBAKL.. acara yang dinanti2kan tuh..

Wokey... selamat semuanya... happy happy sokmo di hari Isnin.. Moga seminggu anda akan ceria..




Regards;

Rabu, April 17, 2013

Telekung Chomel Airin & Adlin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Untuk si comel lagiii..
Tempahan rakan sekelas se-kulliyah masa di U for her girls


Matching polkadot pink tuh design lama yang dah tak jumpa dah kat kedai, the same polkadot print, tapi masih ada balance takat nak buat untuk saiz S shj.. yang ini memang the last stock yang ada..

Gambar epal tuh percubaan pertama menyulam dari pattern sulam luar... ekss i mean bukan sulam yang built in dalam NV90.. mulanya bukanlah specific nak buat pouch pun, tapi nampak mcm cantik plak bila letak nama tuh. Kalu di applique kan lagi cantik.. tak gituuuu.

Saiz S dan L

Dan yang ini in progress.. atas permintaan nak warna plain tema blue pink..
rasa macam teramatlah cun nyer dimata kami berdua... my sister & me... terasa macam nak buat satu untuk Izzah plak hahahaha..

Nanti akan di update camna rupanya bila dah siap ok... tunggguuuuuu

Pada kawan2 yang berminat nak tempah telekung untuk kanak2, boleh tengok detail di sini http://blogrimbun.blogspot.com/p/tempahan-telekung-kanak-kanak.html or boleh email saya  (my.milakamila@gmail.com).... 

saya dah expand the fabrics choice

Dannnn terlebih dahulu minta maaf banyak2 kalau lambat reply... saya tengah berazam niii... nak cari cara nak reply email secepat mungkin dan juga tak terlupa nak reply.. almaklum kekadang baca pada masa yang agak terbatas, lepas tuh lupo terus.. maafkan saya yerrrrr



Regards;

Selasa, April 16, 2013

First ever...

Assalamualaikum kawan-kawan
Fuh arini baru ada masa nak menaip di blog ni
Bizi lah kengkononnya..

Ini peristiwa Khamis last week..
First time bagi kami dalam sejarah ada kereta  ni... rasanya dah 11 tahun..
Tetiba nak jadi cerita, ada plak yang tersondol montot si comel niii..
Nampak tuh.. kedut jerrr

Bumper pun dah nak rebeh (mengikut kata orang temerloh)


Huhuhu workshop kereta pun kitorg tak pernah pergi.. camno tuh. Selalu pergi servis jer...
Tambah satu lagi... kena plak time hubby nak outstation ke Bahrain adehh!!!
Mokcik ni bukan lg zero knowledge, tapi negative teruih hahaha

Dann... semalam dah bercuti seharian lepak2 depan mesin jahit, sambil tunggu kereta di servis...
Akhirnya licin jugak segala kedutan.. like new but no so new gitu..

Apa pun Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana yang melanggar si comel ni sangatlah bertanggungjawab... so honest. Thanks so much. I have learned a lot..

Sempat jugak siapkan sesuatu untuk diri sendiri...
Hihi a lycra travel telekung...
sangat suka denga telekung ni.. macam tudung tapi ada lapik bawah dagu, labuhnya just nice kat hujung jari jer... (nampak macam mak aji tak kat atas tuh?... moga cepat mokcik tuh naik haji ok Ameeen)

Thanks to Melor kerana sharing pasal technician mesin jahit, Simon. Saya sangkakan my serger Snger tuh dah beyond repair, tinggal tunggu masa nak lelong jer hahaha... baru jer hantar repair kat jpdoshi, tapi dah teruk balik jahitannya... but dengan Simon ni... memang cantik jadinya jahitan serger tuh, dah boleh jahit tepi halus tepi tudung tuh jugak.. like new... best kan. terus test kat telekung ni.... thumbs up.
Alahai.. nak share no. contact Simon tapi kat telefon lama ler plak... nanti2 saya share ok... or else boleh tengok kat blog Melor kat sini http://cmelor.blogspot.com/2013/02/mesin-jahit-rosak-call-simon.html

Regards;
 

Jumaat, April 12, 2013

Giveaway Winner... kita ganti baru..

Nampaknya terpaksalah saya buat cabutan semula untuk menggantikan seorang pemenang yang takde feedback ni... nak hantar camana kan..

Kali ni saya pick at random jer...

Harap Aleen Avril dapat email saya alamat ok..

Maaflah kepada GA winner yang lain kerana terpaksa menunggu lama, insyaallah Isnin ni saya akan poskan hadiah ok. TQ...


Regards;

Selasa, April 09, 2013

Motivasi pagi..

Assalamualaikum kawan-kawan..

Gedik nak share something ni hihi..

Actually saya ni adalah antara peminat Motivasi Pagi ikim.fm... first time dengar before Ramadhan tahun lepas, terus jatuh cinta pendengaran pertama hihi... 
10 minit jer tapi banyak impaknya..
Rancangan tersebut di ulang siaran pada pukul 7.30 malam rasanya, dah jadi motivasi petang plak lerr hihi

Actually saya pernah email ikim.fm bertanyakan downloadable audio for MP ni, tapi kecewa jugaklah sebab katanya diorg tak cukup kaki dan tangan untuk handle semua tuh... emmm
Bukan apa, waktu pagi tuh tengah drive nak ke tempat kerja, susah nak tulis any important point kan, manakala petang plak adalah time nak masak, mandi dan solat maghrib, pun tak sempat jugak..

Dannn nak share satu berita gembira dengan kawan2 yang mungkin tercari2 benda yang sama huhu
Saya terjumpa blog niiii....
(click on the pic. to get to the link)

Seronok kan... boleh download semua past episodes... boleh dengar dan dengar dan motivate yourself..
Jazakallahukhairan kasiran pada empunya blog yang bersusah payah upload the audio..
So kawan2... kalau rasa nak dengar balik motivasi pagi tuh, silalah download ok...

Selamat beramal...

Regards;




Calling GA winner - Ain Zaini

Special dedication niii.. hihihi

Kepada GA winner saya Ain Zaini, sila email me ur address ok.
Dah try leave message kat Google+ tapi saya sendiri tak taulah ngan Google+ ni camna it work... harapnya reaching the owner. Try cari email address tapi takde kat profile

Harap boleh reply to me by today ok... 
Saya akan draw another winner by tomorrow..

To other winner, sorry sangat sebab belum pos hadiah lagi, plannyer nak pos sekali jalan semua winner...



Regards;
 

Isnin, April 08, 2013

Penutup Pembantu Dapur (Read : Kitchen Aid Cover)

Assalamualaikum kawan-kawan..
Happy Monday..
Saya ingin bergembira dan bersyukur di hari Isnin, instead of Monday blues or Monday mondos
Yup.. saya ingin rasa bahagia di hari Isnin kerana pada hari Isninlah Rasulullah sallallahualaihiwasallam dilahirkan.. betul tak? (sekadar self motivation untuk diri sendiri...)

This week saya agak bizi.. tapi "have to" siapkan penutup pembantu dapur ni.. asalnya saya janjikan akhir March, tapi terbabas skit..Actually terbabas deadline tuh sebab nak pilih applique apakah yang sesuai.. asal mulanya nak sulam jer, tapi berbanding saiznya, sulam tuh jadi cinonet sangat plak


Last-last jumpa lah pattern mixer ni.. bila dah siap rasa mcm simple sangat plak kan emmm...

Pandangan jauh...
Saya handstitch binding kiri dan kanan tuh, tapinya machine stitch binding bahagian bawah. 
Ini satu additional feature yang saya letak, ada handle kat atas so that senang nak angkat cover tuh kan hihi..
Hopefully the owner suka dengan additional feature niii

Both sides are equally beautiful hihi... perasan plak. Yupp its reversible..

Syukur siap juga akhirnya dipagi Sabtu. 
Hari Sabtu saya memang full, Izzah ada rombongan sekolah ke ICT, kami plak ke Mid Valley, ada friendly bowling ofis hubby. Adoiiii sakit badan ler main bowling niii
Honestly, saya cukup tak suka ke Mid Valley... really hate the place. We spend almost an hour untuk keluar dari car park. Asalnya nak ler solat Zuhur kat rumah sebab masih awal lagi, tapi last2 parking sekali lagi n pergi solat dulu, baru senang hati. Dah ler musolla nyer jauh kat hujung dunia hahahaha... penat berjalan jer.
Macam ni lah kalau bukan hardcore shopper kan... 
Tapi sempat jugak singgah di Daiso... hehehe yang part sukahati niiii.
Mungkin lelain kali kalau terpaksa ke Mid Valley adalah lebih baik naik Komuter.. park di Batu Caves jer lah.

Balik dari Mid Valley ambik Izzah dan terus ke Kota Damansara, ada jemputan.... bila jumpa kawan2 lama memanglah tak hengat diri. Anak2 plak jumpa geng jugak... balik rumah pun dah 11 malam, hilang seharian masa menjahit ku hahaha.... Tak sabar nak siapkan tempahan yang ada sebenarnya, kalau boleh nak jahit baju raya sebelum puasa lagi, boleh bersenang lenang nak ke terawih masa puasa nanti... planning kena betul  ni.. Ramadhan setahun sekali... (saya ni dah jadi macam Izzah, setiap hari dok teringatkan Ramadhan hahaha)

Oklah kawan2.. selamat bertugas ok..
Wasssalam


Regards;