Dah lama rasanya saya nampak soalan Bieha ni di posting saya di sini.
Nak menjawab dalam ruangan komen rasanya panjang sangat dan amat susah nak explain in words tanpa gambar.
Dan saya juga dalam proses belajar dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru.
Apa tuh soalan nyer... saya paste semula kat bawah ni yerr..
To Bieha.. sorry for taking my own sweet time to answer, bukan kedekut ilmu tapi asyik lupa jer nak ambik gambar supaya penerangan lebih jelas.
Dan my sharing here totally based on my experience yang tak seberapa... maybe kalau otai2 quilt macam K.Dee or K.Ros boleh komen serba sedikit kut.
My blue baby quilt nii memang menggunakan "pillowcase turn" .. jahit dulu, pastu turn inside out dan topstitch. dan saya memang suka cara mcm ni sebab kain atas dan bawah sama, takde terlipat2 bila quilting, dan satu lagi ianya menjimatkan kain, betul tak. Rasanya kebanyakan comforters in the market, use this technique, jangan heran yerr saya memang suka membelek2 haha
And for this one saya menggunakan binding dengan kelebaran 5 inch, so bila lipat dua, jadilah 2 inch sebelah depan dan 2 inch sebelah belakang.. saya tak pasti apa istilah untuk binding camni, rasanya pernah tengok satu tutorial, tapi bila cari balik dah tak jumpa
Yang ini pon guna technique yang sama
Since dah tak jumpa kat mana tutorial tuh saya tunjukkan serba sedikitlah, tapi gambar ni cuma lebar 2 inci jer
Basically kain tuh di lipat 4 seperti dibawah
then just attached jer, patutnya saya guna binding foot tapi dah terbiasa guna footer biasa,
jahitan binding ni sekali jer lah, belah atas, kena make sure jahitan kena pada bahagian bawah kain untuk binding yerr
Dan ini bahagian bawah.. taklah cantik sangat, but oklah bagi saya. Bagi saya kalau guna machine binding yang jahit dulu belah depan and then lipat and jahit lagi, lagi worst dari this... yang pernah saya buatlah, or else saya kena practice more, supaya lebih cantik. But yang ini mmg menjimatkan kain. Kalau guna kaedah biasa, kena gunting kain yang lebarnya 4 inci, lipat 2 baru jadi 2 inci kan, then bila attach baru jadi 1 inci each side (aishhh betul ke kiraan saya niii)
Another three sejadah muka dah siap...
This is just sharing dari budak yang baru belajar.. really appreciate others comment in this posting...
Update on 28/9/2011 : I think I will try on this method one day http://www.patchworkposse.com/blog/2010/03/how-to-bind-a-quilt-tutorial-2/
Regards;