السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Aktiviti hujung minggu...
nak berjalan2 n shopping tak berapa nak larat. Walaupun ramai kata beli barang kat expo lagi murah. Tapi dok fikir2 pasal orang ramai, nak jalan jauh, nak makan etc etc... adalah lebih baik dok rumah depan mesin jahit je ler hihi
Ini pun projek yang dah lama..
Cari balik kain cotton knit yang saya simpan jer selama ini.. Belek balik majalah2 Sew Hip yang lama.. tetiba tengok paten topi nih... cantik gak kan, simple gitu : Bear Baby Hat
Ramai yang tertanya2... baby boy ker hihihi
Sebenarnya.. ini je lah kain yang ada, tak banyak pilihan sangat pun, Rasanya gegirl pakai pun ok je kan,,, ihik ihik.. doktor kata tuan punyanya gegirl.. tapi apa pun saya reserve dulu, sebab scan biasa jer, tak pergi buat scan 4D pun. Takut ler kut doktor tersalah tengok kan.
Walaupun baju dah banyak (Wafiy punya), tambah plak saya ada beli 2 pasang yang baru, tap nak jugaklah try buat sepasang. Rasa best bila dapat buat sendiri.
Ada sesapa nak try Kimono Baby dress ni?
Boleh download free pattern dari sini http://www.sewlover.com/clothing/kids/2013-08-09/171.html
Actually banyak jugak pattern kat internet, tapi yang ni lebih senang nampak gayanyer kikiki
Ini plak seluar...
Nampak macam comel sangat kan.. dalam hati dok tertanya2 muat ker hihihi
Nak try sendiri, boleh tengok kat sini yerr http://www.piecesbypolly.com/2013/03/comfy-newborn-cuffed-pants-free.html
Barut yang ada pun dah banyak, tapi mak ni over kiki, gunting gak 5 pieces yang baru. Kain flannel yang ada pun cuma pink tu jer... nak ke Kamdar lagi dah tak larat.. takat ke Nagoya kat AEON Big Wangsa Maju tuh boleh ler. Tapi printed flannel kat nagoya tuh saya tak berapa suka... kualiti kureng skit, kalau plain ok jer.
Then kat bawah barut tuh saya buat hooded bedung. Yang hijau tuh flannel, backing dengan cotton.
Kemas punya kemas.. terjumpa bantal kekabu yang kak long pakai.. dah lebih 12 tahun usia bantal nih huhu
Ini kekabu kampung yang tak kempis, memang bagus sangat.
Batang bantal yang dah comot tuh saya tukar baru... ambik kekabunya jer
Then dapat idea dari kawan2 kat FB, gunakan minky sebagai pillowcase.
Simple pillowcase jer pun.. tapi terasa gebuzzzzzz nyer. Kak long pun berminat jugak untuk sarung bantal minky nih hihihi. Nak sama dengan adik dia nanti.
Kak Long memang excited nak dapat adik, almaklum dah 12 tahun sorang2 jer kan... tak sabar2 dah nak suruh adik keluar hihi.
Moga selamat semuanya nanti
Wassalam
Regards;