Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Links. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Links. Papar semua catatan

Khamis, Mac 06, 2014

ALQuran dihati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Ya Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat,

Ya Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah),

Yang tak diketahui,

Rezekikan kami membacanya,
Siang dan malam (siang dan malam),
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabb sekalian alam


Beberapa hari ini saya dok layan telinga saya dengan mendengar ceramah Ustaz Dasuki ni.. Adab2 batiniah ketika membaca alQuran, selalu orang cerita adab2 lahiriah kan, kena ada wudhuk, pakaian sopan etc.. Tapi ceramah ini fokus kepada adab dalaman ketika membaca alQuran. Menginsafi diri, banyaknya lagi yang perlu dipelajari dan sedikitnya ilmu yang ada, Rasa syukur sebab ada kesempatan untuk dengar ceramah2 seperti ini walaupun hanya sambil menyiapkan tugasan di ofis.

Playlist ini agak panjang sebab ada 4 ceramah sekaligus.. so kalau sesiapa yang berminat nak tengok, take your time ok. 





Saya tercari-cari tips untuk istiqamah dalam membaca alQuran di internet, banyak jugak, tapi lebih kepada berbentuk ilmiah, means bukan sharing is caring dari empunya diri, just petikan dari kitab or artikel majalah (or saya yang tak jumpa kut erks). Ataupun pembaca alQuran yang tegar ini takut nak share pengalaman mereka kerana takut terjejas keikhlasan hati mereka.

Saya buat simulasi kiraan muka surat Tafsir alQuran (Terjemahan alHidayah dalam bahasa Melayu) yang selalu saya guna, ada 604 muka surat):-


Nampak tak? busuk2 pun kalau kita istiqomah membaca sehari satu mukasurat pun, dalam masa setahun setengah at least akan khatam, plus minus waktu2 yang tak boleh nak baca, at leastlah dalam tempoh 2 tahun akan khatam sekali. Tapi percayalah... kalau kita boleh mulakan dengan sehari satu muka surat, mesti kita akan rasa makin seronok membaca, sampai satu masa, 20 muka surat sehari pun rasa macam sikit dan cepat jer. Macam kata ustaz tuh, kalau lagu Isabella 100 kali ulang mesti rasa nak muntah hijau dah. Tapi, alQuran kalau 100 kali ulang makin rasa best dan makin dekat dihati, semakin hari semakin sayang gituuuu, evergreen sejak lebih dari 1400 tahun yang lampau. 

Sangat rugi kalau kita lupakannya dalam hidup kita seharian... Memang tersangatlah ruginya, dan yang rugi itu sebenarnya adalah saya sendiri... bertahun rasanya saya bazirkan masa, hanya dengan membaca surah Yassin sekali sekala, sedangkan baki umur yang ada makin pendek. Moga Allah ampuni kelalaian saya selama ini. Saya tahu.. kawan-kawan semua mesti lebih baik dari saya kan... 

Satu masalah yang common dikalangan kita adalah masa & tempat untuk membacakan... betul tak? Satu lagi mungkin kekangan adab2 lain seperti berwudhuk, salah satu alasan lah kan. Tapi tahu tak... sebenarnya kalau kita guna Tafsir alQuran or in softcopy dalam phone, tak perlu pun ada wudhuk untuk membacanya. 
Bahkan kalau kita ditempat tertutup seperti dirumah, tak perlulah kita memakai telekung/tudung (erkss ada sesiapa berminat nak tempah telekung kanak-kanak kuikui.. iklan gitu) cukuplah dengan berpakaian sopan. Ini saya dengar dari Ustaz Fazli alYamani di rancangan Tahsinul Ibadah @ikim.fm. Istilah menutup aurat tuh adalah dengan manusia katanya, but apa2 pun kita pakai bersopanlah kan... takan nak pakai spender jer nak baca alQuran, melampau sangat lerr plak kuikui (sila jangan imagine kuikui).

Sebenarnya dimana2 pun kita boleh membaca alQuran, asalkan jangan dalam tandas dah ler kan. Ada ustaz cerita dalam Motivasi Pagi @ikim.fm.. ada sahabat dia hafaz 10 juzuk alQuran semasa berada dalam traffic jem, saya tak ingat tempoh berapa tahun (banyak makan semut nih kut hihi). 
Sekali lagi saya rugi, dulu-dulu time jadi co-pilot jer, saya tidur or menung jer kan. Now dah kena jadi pilot, time ni baru terkedek-kedek, but better late than never kan. OH I LOVE TRAFFIC JAM!!! (sarcastic betul kan haha) 

Selain itu.. antara masa2 yang mungkin agak sesuai:
#Lepas zohor di ofis/surau ofis - solat di awal waktu (pendekkan waktu makan anda!) dan sambung dengan membaca alQuran
#Lepas maghrib/isyak - masak awal skit, so tenang hati nak baca alQuran
#Bangun awal skit, sebelum masuk waktu subuh - lepas witir, baca alQuran sementara tunggu subuh
#Dalam perjalanan jauh spt. dalam flight or dalam bas

Untuk memahami alQuran mungkin memerlukan masa, tapi salah satu cara untuk sedikit2 memahami isinya adalah dengan menggunakan Terjemahan AlQuran, sambil baca, sambil tuh semak maknanya, lama kelamaan kita akan ingat makna ayat terutama yang berulang.

Fuh! panjang benor cerita saya hari ni, hopefully topik ni tak memboringkan anda
Kalaulah kawan-kawan tidak keberatan, bagi yang membaca entry ni, boleh tak share idea macamana anda istiqomah membaca alQuran? Anggaplah kita share ikhlas untuk mebantu orang lain, bukan untuk bermegah-megah... moga Allah pelihara hati kita. 
Dan.. andai ada kesilapan fakta disini, silalah tegur yer

Sekian Wassalam

Regards;
 

Jumaat, Februari 14, 2014

Hikmah 69 : Sesungguhnya Allah swt menjadikan akhirat sebagai tempat pembalasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم




Pembalasan yang setimpal untuk hamba di akhirat dan bukan di dunia. Hal  ini adalah kerana dua sebab, iaitu dunia terlalu kecil dan tidak kekal.

Sangat terkesan dengan perumpamaan yang ustaz buat dengan kereta kancil tuh... tuan kebun mampu nak bagi selori, tapi dengan kereta kancil tuh berapa biji sangatlah boleh bawa.. sebab tuh Allah tak bebankan kita dengan pembalasan di dunia ini.

Serendah-rendah ahli syurga tak terbanding dengan sekaya-kaya ahli dunia.

Rasanya kalaulah kita benar2 yakin dengan pembalasan Allah, sudah tentunya kita akan korbankan segalanya untuk akhirat kita kan...

Firman Allah dalam hadis kudsi:
"Aku sediakan untuk hamba-Ku yang soleh akan sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan yang tidak pernah terlintas di dalam hati manusia"
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Regards;
 

Khamis, September 26, 2013

Owlie the burung hantu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Please meet.... The Owlie


A quick theraphy sewing (ala2 tak sedar diri banyak order nak kena siapkan hihi)
Asalnya nak buat sarung bantal tempahan, tapi bila matchingkan dengan kain semuanya rasa mcm tak seswai... terus divert jahit so owlie ni jadinya hihihi...

Definitely this is not the owner of this cute owlie yerr hihi..

Kepada kawan-kawan yang teringin nak jahit owlie ni, silalah tengok kat sini yerr http://hammerandthread.blogspot.com/2010/07/owl-stuffies-tutorial.html
Tak susah pun nak jahit, took me about an hour to finish everything...

Jom kita cari ilmu...
Hikmah 56.Jangan berasa gembira atas perbuatan taat.
Kawan-kawan...
Pernah tak rasa syukur kerana kita solat, dalam ramai2 manusia, Allah pilih kita untuk sujud kepadaNya, Allah bagi kita kekuatan untuk menggerakkan sendi2 dan tulang belulang kita untuk sujud kepadaNya.. sedangkan asal kejadian kita, kita ini tidak mampu melakukan satu apa pun kecuali dengan kurniaanNya
لاحول ولا قوة الا بالله 
Ya Rabb... Alhamdulillah.

Moga dapat manfaat..
Jom jaga adab kita
Wassalam
Regards;

Jumaat, September 06, 2013

Planket = Blankow = Quillow

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aktiviti bilik jahit saya.. dua tiga malam nak siapkan satu blanket ni hihi.
Tempahan blanket sebenarnya, tapi saya suggest kat buat :
Blanket+Pillow=blankow
or 
Pillow+blanket=Planket
pilih mana sedap nak sebut yerr

Blanket top saya letak cotton dengan simple patchwork jer
Backing plak guna fleece, kain selimut yang gebus tuh.
Actually selimut fleece ni saya beli saiz single kat kamdar (tak jumpa lagi yg jual by meter)
since ini selimut saiz toddler, saya potong dua, so dapat saiz 40 x 64 inci.

Ada hidden pocket disini..

Jom wat "magic" skit..

Selimut di lipat 3 memanjang...

Terbalikkan poket.. tadaaaaaa...
Saya jahit applique A for...... Aulia
Applique tuh guna felt je pun, handstitch.

Gulung/lipat blanket then...
Masukkan dalam poket..

Maka jadilah....
PILLOW

Sangat sesuai untuk travel... 

Kalau kawan2 nak try jahit sendiri, boleh tengok tutorial kat sini yerrr.. 
Actually banyak lagi tutorial lain, boleh search QUILLOW (Quilt+Pillow)

Wassalam

Regards;
 

Khamis, Ogos 29, 2013

A KitchenAid Cover

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Warming up mood jahit yang suam2 kuku ni..

A KitchenAid Cover
Order yang dah sekian lama, actually this is last order in the list yang saya plan nak siapkan sebelum puasa.
Tapi... disebabkan saya dilanda selsema yang teruk sampai sebulan-sampai deria bau pun hilang huhuhu- (lepas balik dari Jakarta arituh)... maka time badan tak sihat, entah berapa kali dok tenung kain ni hihihi... padahal simple jer, tapi idea macam dok kena blok... penangan badan tak sihat kan...
Apa pun... terima kasih kepada cik pelanggan yang memahami dan sabar menunggu.
Cabaran buat kerja kreatif ni camni lah kan.... kena berfikir, bila badan tak sihat otak pun jadi beku.
Cabaran buat baju orang plak kena ukurannya betul, kalau tak kang tak sedap pakai.. betul tak cik2 tailor semua..


Sulam gambar mixer tuh saya dapat free pattern from Juliasneedledesigns
At first nak combine fabric Dessert Party ni dengan plain black.. tapi nampak mcm gelap sangat, so the best combination yang elok di mata saya adalah denim. This is soft denim.


Actually its a pocket.. boleh letak resepi banyak2 dalam ni hihihi

Ini bahagian belakang 

Dan gambar bawah ni bahagian dalam... polkadot dark pink gitu... both boleh digunakan.

Oklah.. setakat ini dulu saya melaporkan dari bilik jahitku yang masih malap, suram dan kelabu ahaks!
Ada beberapa order menunggu... tapi saya baru nak buat listing ni.
Pada yang dah email order masa puasa dulu (or sebelumnya) silalah confirm balik yer, saya "malu" nak follow up sebab takut macam memaksa plak (boleh tak gitu!)
Yerrr.. saya memang camtuh, kalau customer senyap jer, saya assume tak jadi.. takut customer malu nak cakap tak jadi hihihi. 

Wassalam....

Regards;
 

Jumaat, Jun 28, 2013

Santai santai jahit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi Jumaat yang mulia.. opsss dah tengahari pun.

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Alhamdulillah a'la kulli hal

Terasa sangat seronok dapat tengok langit yang membiru kan..
Syukur dah takde jerebu lagi dah..
Kena tanya diri sendiri plak.. jerebu di hati ni apa bacaan IPU nya :P

Dan tak lupa harapnya "jerebu" kat hidung saya ni akan cepatlah berlalu sebelum datangnya Ramadhan :)

Projek jahit2 suka suki saya this few night..

Hiii I am Willie the cute blue whale
Kalau nak try blue whale ni boleh download pattern kat sini yer http://sewlover.com/doll/patterns/stuff_whale_pattern.html

Dan ini pocket tissue cover.. cun n comel tul.. ambik pattern dari magazine Quilt & More, keluaran bila tuh eks... mokcik tak ingatlah
Projek macam-macam kan.. tapi banyak yang masuk tong UFO...
Jom kita rendahkan IPU jerebu dihati dengan mendengar ceramah tafsir alQuran  niii




Sampai jumpa lagiiii
Wasssalam


Regards;

Isnin, Februari 18, 2013

Scrap Lab... (Ver 1)

Jahit santai-santai, sambil merehatkan otak setelah  menyiapkan 4 pasang telekung semalam..

A sling bag, made from canvas denim, memang keras, tak perlu pun guna interfacing or batting but still tergak berdiri, saya cuma guna batting tang scrappy tu jer...



Sebenarnya hanyalah projek pembersihan, pembersihan tong scrap saya ni.. dah melimpah ruah dah tuh kan..

Percaya tak... kalau jual ni memang ada jer yang berminat, tapi mokcik ada rasa tamak dalam hati, maka teruskan menyimpan scrap ni kikiki
Ini sesajer try buat simple mug holder

Zoom dekat skit... suka benor saya dengan scrappy look macam ni... 
adeh... love tuh dah siap baru sedar terbalik kui kui

Kalau kawan-kawan nak try guna scrap cara senang n "lawa" sebegini (perahsan) boleh tengok tutorial from Oh, Fransson http://www.ohfransson.com/oh_fransson/2012/10/how-to-make-quilted-panels-for-a-structured-bag.html
Dari sekecik2 scrap pun boleh digunakan tau...dan amat senang sekali sebab terus quilt on the go.

Ok citer lain plak.. semalam saya ke public swimming pool, aktiviti rutin hujung minggu. Kali ni pergi yang dekat2 dengan rumah jer. Actually malam Sabtu dah g, tapi tutup plak, dah ler takde pun sebarang notis penutupan... So Ahad pagi kami pergi tengok dulu, kut buka, nasib baik buka.. kalau idok terpaksalah kami ke Cheras plak.
Dan... nak cerita, dah habis mandi semua, sementara tunggu hubby, Izzah & me dok lepak kat tepi kolam tuh, tenampak satu ketidaksenonohan seorang ibu yang suruh anaknya kencing kat atas lantai tepi kolam renang tuh jer, kut yer pun temankanlah anak tuh kencing kat showerkan,... sebab si ibu ni tadi bukanlah duduk dalam kolam renang, dia cuma duduk bersantai dengan anak dia yg kecik kat area tuh jer. Shower pun dekat jer. Pastu orang yang lalu lalang tuh dok pijaklah air kencing anak dia tuh... adoiiii apalah punya mentaliti. Kalau kolam renang anda sendiri, bolehlah buat sesuka hati, ini public nyer ok.

Time2 tu jugak saya sound Izzah, kalau terasa nak kencing bgtau je ummi, nanti ummi temankan pergi ke toilet, dan jangan sekali-kali kencing dalam kolam renang or atas lantai kat tepi kolam camtuh, sangatlah buruk perangai...

Oklah.. selamat berhari Isnin, pada yang dah cuti panjang tuh, selamat bertugas

Regards;

Rabu, Disember 19, 2012

Bags for sale

Mood datang untuk jahit beg... hihi
Sebenarnya saya nak try "open wide zippered pouch" tutorial  dari Noodlehead ni, tapi saya malas nak buat pouch, terus buat kat beg jer.
Memang agak senang dan sangat praktikal guna zip sebegini, senang nak masuk barang kedalam beg tau

Since saya dah banyak sangat beg, so saya nak jual sahaja beg2 ini

Grow Up  HandmadeTote
Size : 12x14x3 inches with 22 inches strap
Material : Canvas Denim, quilted heavy cotton, lining with pre-washed calico (belacu)
- 2 poket luar, dan 2 poket di dalam
Price = RM60.00
Status : Available

I Love Handmade Tote
Size : 12x14x3 inches with 22 inches strap
Material : Canvas Denim, quilted heavy cotton, lining with pre-washed calico (belacu)
- 2 poket luar dan 2 poket dalam
Price : RM60.00
SOLD



Dan yang ini plak, beg yang saya buat masa sew-a-long arituh, asalnya saya nak pakai sendiri, tapi since dah terlalu banyak beg, rasanya adalah lebih baik saya jual sahaja kan...

Charm Square -Pink- Tote
Quilted
Made of mixed of cotton (light and medium weight cotton)
Price : RM40.00
SOLD

Charm Square - Kua Kumbu- Big Tote
Quilted
Made cotton and kua kumbu (ikat fabric) fabric
Price : RM40.00

Kalau ada yang berminat boleh email saya at 
my.milakamila@gmail.com 
or 
WhatsApp 019-934 8268 (No call/SMS)


Regards;

Selasa, Julai 24, 2012

Tangan yang memberi..


Di saat kita cukup segala, rumah yang selesa, makanan berbuka penuh meja, dah abih terawih siap ada moreh lagi, bersahur pun ikut suka nak makan apa yang selera, baju raya ikut suka nak tema apa, sepasang tak cukup, 10 pasang pun boleh beli lagi dan lagi.

Apa salahnya kita hulurkan bantuan sedikit ikut kemampuan di sini..


Silalah click untuk menderma

Harap kawan2 semua sudi menderma ok..

Regards;
 

Khamis, Julai 19, 2012

Sabtu, Jun 16, 2012

Telekung pink vogue :P (with tutorial)

In pink youuuuu...
senyum memanjang budak kecik sorang ni, telekung ini hanya untuk special occasion sahaja katanya.. nak berjalan jauh niii

Saya try nak tulis sedikit tutorial camna nak jahit telekung sendiri, tapi rasanya agak terbatas bila guna gambar sebegini... emmm apa yang boleh di terangkan sahajalah yer.. andai anda rasa tak paham dan nak lebih detail, silalah belajar dengan guru menjahit betul. Janganlah sayang duit, insyallah tak rugi belajar. Boleh contact kak Zai kat sini http://zairazone.blogspot.com/ untuk kelas jahit tudung dan telekung.

Untuk saiz Izzah ni, first I need at least 1.8 meter kain dengan wof (width of fabric=bidang kain) 45 inch dan dilipat dua (Untuk telekung dewasa saya selalunya menggunakan 2 meter kain dengan wof 60 inch)
Ambil telekung yang sedia ada dan potong ikut saiz yang diperlukan, dari situ boleh adjust labuh belakang atau depan, ikut kesesuaian.

Gunting alas dahi dan alas dagu
(update on 18/2/2013)
Saiz lapik atas dahi, lebar 2 inci, panjang 12.5 inci
Kedutkan sehingga 10.5 inci or boleh juga guna getah 10 inci sahaja
Lapik bawah dagu, lebar 1.5 inch, panjang 10 inci (mesti di potong serong supaya ianya stretchy
.

Cantumkan alas dagu dan alas dahi dengan menggunakan pin dan ukur/test pada muka.

Kalau dah betul saiznya, bolehlah di cantumkan keduanya

Now cantumkan body telekung dengan alas dahi bermula dari titik tengah atas kepala, hingga ke titik tengah alas dagu.


Saya sebenarnya terlupa, sepatutnya dah lekatkan getah dulu, so saya tebuk skit dan masukkan getah, dan dijahit semula

Untuk telekung ini saya buat lining bahagian kepala, sebab saya tahu, Izzah memang jarang nak pakai anak tudung, tapi saya omit step lining sebab rasa mcm agak susah nak diterangkan

Now cantumkan dari bawah alas dagu sehinggalah ke kaki telekung

Top stitch muka telekung, kalau tak buat lining, bahagian muka ni hendaklah dijahit tepi terlebih dahulu, kemudian baru top stitch


Saya guna deco stitch NV50 untuk cantumkan lining dengan body telekung

Finished.....

Kalau anda nak lebih simple, boleh tengok tutorial dari AzimaDIY di sini  ataupun MakcikRehan di sini (update on 18/2/2012), yang mana tak pelukan lapik dahi, cuma perlu isi getah jer dan lekatkan lapik dagu. Dulu2 saya buat camni jugak, tapi since dah belajar dengan Kak Zai, yang ada lapik ini lebih selesa dipakai.

Selamat mencuba yerrr

Gambar Izzah  masa di Marwah, lepas saie in July 2012, senang nak cari hihihi (update 18/02/2012)



Regards;