السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Its Monday again... I love Monday
Tetiba hari
ini nak membebel ler plak hihi.. Nak membebel pada diri sendiri
Saya pernah begini
uhukuhuk:
“susah payah
aku tolong kau, bila aku minta tolong banyak benor alasan”
“time susah
kitalah kawan, time senang terus dilupakan”
“Dah Berjaya,
sedikit pun tak ingat nak appreciate pertolongan kita”
|
image from internet |
Actually
banyak juga terbaca keluhan orang pasal pertolongan yang tidak di dihargai
ataupun tidak berbalas, termasuklah diri sendiri.
Menolong
orang dengan harapan di balas, most of the time bukanlah mengharapkan
penghargaan kewangan tetapi, harap agar mereka membantu dikala kita memerlukan,
betul tak?
One day saya
terdengar satu cerita (tak ingatlah bila), yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew
kalau tak silap dalam ruangan Islam Itu Indah di ikim.fm... cerita pasal
Saidina Ali & Saidatina Fatimah yang Allah nukilkan di dalam alQuran, surah
al-Insan ayat 8-11
Al kisahnya
pada hari pertama mereka hendak berbuka puasa,
yang ada hanyalah sekeping roti, tetiba datang seorang miskin meminta
makanan, maka mereka memberikan kesemua makanan yang mereka ada
Pada hari
kedua pula, ketika hendak berbuka puasa dengan sekeping roti juga, datang pula
seorang yatim meminta makanan, maka mereka memberikan kesemua makanan yang
mereka ada
Dan pada
hari ke tiga pula, ketika mereka hendak
berbuka dengan sekeping roti, datang pula seruan agar mereka membantu
memberikan makanan kepada orang tawanan, dan sekali lagi mereka memberikan apa
yang ada.
(8)Dan mereka memberikan makanan yang
disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan
(9)(Sambil berkata) “Sesungguhnya kami memberi
makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak
mengharap sebarang balasan dan ucapan terima kasih daripadamu”
(10) “Sesungguhnya kami takut akan azab
Tuhan pada hari orang yang bersalah berwajah masam penuh kesulitan”
(11)Maka Allah melindungi mereka daripada
kesusahan hari itu dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan
INSAFLAH...
percaya tak bila ada orang meminta pertolongan dari kita.. sebenarnya Allah nak
bagi kita kebaikan. Seperti kisah keluarga Rasulullah ini, sebenarnya Allah nak
bagi mereka kegembiraan di akhirat nanti, sebab itu Allah datangkan orang
miskin, yatim & orang tawanan, untuk mereka berbuat kebaikan.
(Ya Rabbi, ceteknya perkiraan ku sebelum ini
kerana menyangka bila ada orang meminta bantuan, meraka hanya ingin mengambil
kesempatan dan mengurangkan harta benda ku)
Bersyukurlah
kepadaNya.. kerana sebenarnya mudah sahaja bagi Allah nak bagi orang lain yang
mendapat kebaikan tersebut, tetapi Allah pilih kita (Ya Rabbi Alhamdulillah).
Dan bantulah
ikhlas kerana Allah, tidak mengharapkan balasan hatta ucapan terima kasih pun
dari sesama manusia, tetapi semata-mata kerana
mengharapkan agar suatu hari nanti Allah yang akan membantu kita.
Sedarlah mereka
itu manusia biasa yang ada keterbatasan waktu dan kudrat, mungkin di waktu kita
perlukan bantuan, mereka memang betul2 tidak mampu membantu. Jadi haraplah
bantuan dari Allah kerana Dia sentiasa ada, sentiasa hampir dengan kita.
Dan perlukah
kita minta penghargaan dari manusia? Perlukah kita rasa kecil hati bila pertolongan
kita tidak disebut-sebut? Leave it to Allah, kerana Allah tidak akan lupa
kebaikan kita, sudah pasti! jika tidak di dunia, di hari pembalasan nanti ianya
akan di sebut.
Mahukah kita dik kerana mengharapkan penghargaan manusia, Allah
padamkan kebaikan tersebut di akhirat nanti... padahal waktu itulah yang paling
penting dan kritikal. Sedangkan di dunia ini kalaulah kebaikan kita tidak
disebut, tidak luak sedikit pun kita kan.
Sekadar
luahan hati buat diri sendiri yang banyak sangat kelemahannya.
Andai ada
yang sudi membacanya, moga dapat serba sedikit kebaikan.
Opsss.. ini
bukan part of marketing plan yer.. hihi baru2 ini saya terbaca yang kalau
sesiapa yang pernah menghadiri kelas/seminar internet marketing plan, antara tips
nak dapat ramai pengunjung adalah dengan banyakkan posting pasal agama. OOO
patut ler yer, banyak share pasal agama kat page jualan ni... manalah ku tahu,
sebab blog saya ini sebenarnya bukanlah untuk tujuan komersil. Lebih kepada
perkongsian, tapi at the same time, saya turut ambil order kecil-kecilan...
yang mana kekadang tuh saya lebih rasa seronok bila takde order hahahhaa..
(camno nak di komersilkan)
Regards;