السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aktiviti bilik jahit saya.. dua tiga malam nak siapkan satu blanket ni hihi.
Tempahan blanket sebenarnya, tapi saya suggest kat buat :
Blanket+Pillow=blankow
or
Pillow+blanket=Planket
pilih mana sedap nak sebut yerr
Blanket top saya letak cotton dengan simple patchwork jer
Backing plak guna fleece, kain selimut yang gebus tuh.
Actually selimut fleece ni saya beli saiz single kat kamdar (tak jumpa lagi yg jual by meter)
since ini selimut saiz toddler, saya potong dua, so dapat saiz 40 x 64 inci.
Ada hidden pocket disini..
Jom wat "magic" skit..
Selimut di lipat 3 memanjang...
Terbalikkan poket.. tadaaaaaa...
Saya jahit applique A for...... Aulia
Applique tuh guna felt je pun, handstitch.
Gulung/lipat blanket then...
Masukkan dalam poket..
Maka jadilah....
PILLOW
Sangat sesuai untuk travel...
Kalau kawan2 nak try jahit sendiri, boleh tengok tutorial kat sini yerrr..
Actually banyak lagi tutorial lain, boleh search QUILLOW (Quilt+Pillow)
Wassalam
Regards;

