Rabu, April 30, 2014
Isnin, April 28, 2014
Pokok periuk belaga (erks belanga!)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Tetiba mood "get organised" jadi hot hihihi
See apa yang saya dapat hari Jumaat lepas?
Dah lama ngidam nih, tapi tak nampak plak ada offer kat groupon or mydeal... bila nampak jer, terus tak lepaskan peluang
Gambar sebelum hihi.. dengan tak malunyer daku tunjuk kat blog kan...(kasi tecit je ler.. cover gitu).. montot koli itam tuh pun masuk sekali weh!
Memang tak teratur betul. Sana sikit, situ sikit huhuhu.. hanya tuan dapur yang tahu dimana barang disimpan wakaka
Dengan pantree niii
Tadaaaaa... mak cik sukerrrr
Cun ler skit dapur mak cik kan..
lupa plak nak ambik gambar bawah sinki tuh (sajer dilupakan kut)
Rasanya beli rak jugak kut untuk susun besen2 yang pelbagai saiz tuh.
Sekian Wassalam
Regards;
Label:
My Activities
PBAKL2014
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Cabaran PBAKL dah berakhir, walaupun PBAKL masih lagi berlangsung
Apa yang mencabar sangat tuh yer?
Cabaran shopping buku dengan budak kecik kat umah tuh lerrr... dah sekian lama (since January) dok remind pasal pesta buku nih. Plan asal nak pergi hari Jumaat malam, tapi limited sangat, tambah plak petang selalu hujan lately nih.
Tetiba plak hari Khamis tuh cikgu kata ada kelas tambahan pada hari Sabtu.. kwang kwang, kuciwa budak tuh. Ajak pergi hari Ahad takmo plak.. at last kami ambik keputusan ponteng je lah kelas tambahan kikiki (prepare surat siap2), alasan: berkunjung ke pesta buku (poyo :-p)
Inilah hasil tangkapan setelah hujan renyai2, dan hampir ribut petir.. (fuh kalau tak, banjir PWTC susah jugak kan)
Mana taknya, bajet cuma RM200, belum sampai gerai PTS lagi dah belanja RM130++, pastu dah pilih2 kat gerai pts, semuanya RM200++... memang bajet kaput ler, belum lagi ke gerai AnaMuslim
Nasib baik ada voucher buku AyahNdok RM100
Dah kira2 bila balik dari PBAKL, buku budak ni ajer dah RM350++, over bajet weih! brought forward to next year k... hahaha forever ler budak ni bajet defisit.
Saya plak tak banyak sangat membeli, masa amat terhad. Dah cari buku anak dara dulu, baru boleh cari buku sendiri. Dianya duduk satu sudut, baca jer buku yang dibeli. So takde ler kedengaran perkataan penat ler... jom balik lerr...
Cuma bila dah lewat, perut pun dah minta di isi... nak solat zuhur lagi.
Buku misteri...
Pelik jugak kami dengan buku ini, no one membelinya, not even kami membelek2nya (kut lah terbelek n termasuk dalam beg ke kan).... takde langsung dalam resit kami, tetapi ianya ada dalam paper beg kami.
Ingat2 balik kut terambil orang punya masa bayar, takde plak.. sebab beratur elok jer, takde yang cramp to cashier tak tentu arah, misteriiii
Camno yer... nak simpan or nak pulangkan? Dan bukanlah ada satu jer gerai yang jual buku PTS, banyak jugak gerai lain.. adeh! Kalau yer pun nak bagi free, silalah bagitau yer encik/cik cashier....
Moga halallah kami membaca buku ini... or else mungkin donate jer lah kat mana2 kan.
So kawan-kawan sekitar lembah Klang... dah ke PBAKL?
Ada plan nak kesana?
Sekian wassalam...
Regards;
Label:
My Activities
Rabu, April 23, 2014
Selasa, April 22, 2014
Telepon berbunyi ring ring.. ku angkat ku tanya siapa...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Salam kawan-kawan..
agak2 sekarang uol pakai line telefon apa yer? Celcom? Maxis? DG? etc etc?
Masih pakai prepaid dak?
Alkisahnya, saya masih pakai prepaid :-P (ada orang kata takde stended kiki)
Dan number ini adalah no. telefon sejak dari dulu, sekarang dan selamanya kut hihihi (selagi nyawa dikandung badan) Tak pernah lagi tukar telefon.. opss tifuuu.. tak pernah tukar nombor telefon sebenarnya, setelah hampir 15 tahun kut.
Ingat lagi satu masa dulu.. glemer betul phone nih kan kan... rasa macam pernah pakai ler tepon nih. Canggih dizamannya, kalau sekarang, bagi kat budak tadika pun di baling baling nyer jer kuikui..
Seingat saya, yang bestnyer, telefon nih tahan betul... pernah jatuh kat tangga, melantun2 sampai bawah, still maintain jerr..
Ok lupakan nostalgia....
Since memang jarang sangat call out (call in pun!), memang saya opt for the cheapest lerrr...
Dan after almost 1 year (due on 4th May) saya subscribe to Credit Extention Feature by Celcom nih... Betul betul jimat!, rasanya selama setahun ini saya reload cuma 3 kali RM50, yang ke 3 masih berbaki RM30++, so penggunaan setahun saya adalah +-RM120 plus RM30 subscription fee=RM150.00, equivalent to RM12.50 per month.. fuhhh! sehabis jimat dan sehabis kedekut dah tuh wakakkaa
Lepas ni renew for 2 yearslah @ RM50.00, jimat 5 hengget setahun tuh
Disclaimer : please dont compare with data plan... ini totally on phone call & sms sahaja yerr.
Abih tuh... camno plak yang pernah WA WC etc etc?
Hihihi.. macam biasa ler kan... orang sekarang ada 2 number, satu tuh khas untuk data plan sahaja, tapi no WA guna nombor prepaid nih, dalam satu phone. Data plan saya RM64 per month (asal RM68, but ntah ler camno jadi RM64.... jangan lebih udah lerrr)
Tapi nombor data plan saya nih boleh jugak call in/out, so serve as backup ler kalau prepaid habis, terutama kalau in case di luar negara. Tapi mahal hazabedah ratenyerrr.. lantok lerr... takan ku call out selagi tak terdesak k.
Ok.. thats all for today.. topik zaman purba dahh hihihi... tata titi tutu
Wassalam
Regards;
Label:
My Activities
Isnin, April 21, 2014
3M on Monday....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Isnin yang penuh keberkatan, sehari lagi Allah izinkan kita bernafas, walaupun tidak tahu, sampai ke petang or sampai tak hari esok
Monday bukan hari yang mendung, malas dan mondos... Monday seharusnya meriah mantap dan menceriakan, setelah 2 hari bercuti2..
Kalau ada rasa kurang cergas dihari ini, try berjalan laju2 or cuba leretkan senyuman pada sesiapa sahaja yang anda temui (perahsan motivator plak)... actually tadi terbaca kat mana ntah... tak kisahlah hari apa pun, kalau rasa lemau tuh try petua ini.
Kembali bersiaran dari bilik jahit.. windu nyerr weih!
windu dengan mesin jahit, last week sempat jugak saya mulakan mengemas bilik jahit yang dah serupa sarang tikus, (entah2 kalau tikus tengok pun, dia cakap sarang dia lagi cantik kut hahaha).
Skit2 saya kemas on weekdays, dan weekend baru nih dah boleh menjahit dengan selesa.... clean but not so clear
Siap jugaklah projek 3M ini
Muiz Muaz Muqrin... wahh meriah kan ramai anak lelaki macam nih...
Banyak boleh belajar menyulam nih... terutama bila nak edit guna Sewwhatpro
Masih lagi berkira2 untuk membelinya, bila erks ringgit nih nak kukuh skit. Kalau dapat rate macam dulu 3.1 kerr.. banyak weh jimatnya (dasar akauntan gitu ler kan.. sesen pun kira hihihi)
Ok jangan lupa event kita this weekend.. (reminder yang dah dengar sejak dari January uhuk uhuk) - malam tadi dah siap2 buat list buku2 yang nak dibeli - duit dah kumpul dari lepas raya arituh lagi - tambah fund dari umi RM100 - dengar cerita Ndok (ayah andak) nak bagi voucher buku jugak - aishhh rasanya kena bawa troli ler untuk budak kecik nih
Tengah fikir2 jugak lagi nih nak pergi hari apa, kalau nak pergi hari Sabtu, kena pergi awal pagi before 10, baru dapat parking dan orang tak ramai. Strategi kena ada hahahhahaha.
OK kawan2... thanks for reading
Wassalam
Label:
My Activities,
Patchwork,
Pedoman Hidup,
Sulam,
Tempahan
Jumaat, April 18, 2014
Its Friday todayyyyyyy
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Image from google |
Jangan lupa banyakkan selawat kepada Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Jangan lupa banyakkan sedekah
Jangan lupa banyakkan menginagti kebesaran Allah
Moga aku dapat mengakhiri hidupku di hari Jumaat yang mulia di negeri yang diberkati olehMu ya Rabbi, di saat ketika Kau redha padaku
Aminnnn
Regards;
Label:
My Activities,
Pedoman Hidup
Isnin, April 14, 2014
Aktiviti hujung minggu... CERITA PENAT!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berhujung minggu impian saya sebenarnya adalah... just lepak kat rumah depan mesin jahit miahahaha. Sungguh mementingkan diri sendirikan!
Tapi this week memangnya a tiring weekend... semua tuh (lepak ngan mesin jahit) hanyalah sekadar angan-angan
Nak menjeling mesin jahit pun tak sempat adohaiii
Izzah plak bizi dengan kelas tambahan on Saturday and attending seminar on Science and Maths kat UM on Sunday.
But sempat jugaklah ber "family outing" malam2 minggu.. menunaikan hajat anak dara nak tengok...
Best tengok dah last2... satu panggung kami punya hahahha. Yupppp sesukahatilah nak duduk kat mana..rasanya not more than 20 people in the room. Beli tiket pun just before the show. Kalau time baru2 keluar, kenalah beratur panjang, kalau lambat dok mendongak ler jawabnyerr
Uihh hensem ler captain america nih, tapi udah tuo gitu...
Sempat jugak attending department outing kat ecurve
Seronoklah kat laser war zone nih... recommended!
Sempat mokcik berposing ngan machine gun tuh walaupun bateri phone nih dah nyawa2 ikan kihkih
Hari Ahad pepagi dah hantar Izzah kesekolah.. bas disediakan untuk ke UM
Kami mak bapak nih, terus ke taman tasik dating kikiki... rutin weekend kami memang walking and jogging satu round Tasik Metropolitan Kepong.. kalau Izzah ada, dia takmo.. unless ke Taman Tasik Titiwangsa sahaja..
Otw balik kami shopping barang dapur kat Giant..
Dan jangan tak caya, hubby beriya plak ler nak pergi membeli nihhhh
Photo : http://www.portable-bathtub.com/ |
Besar gedabak untuk rumah yang comel lote macam rumah kami nih tau.. Mana nak letakler ntah!
Ok lepas nih kita boleh berendam, mandi bunga, mandi buih.. apa2 je lah.
Percaya tak? kami dapat dengan harga RM350 jer? Clearance stock yerrr... asalnya RM400++, sesaja tanya kut dapat discount, terus jer ownernyer bg RM350.00.. angkut je lerrr.
Yang terlebih excited adalah si minah kecik tu ler hahaha, tunggu ler ayah rasmikan yer... jangan lebih2 dari tuannya hihi
Petang plak join sessi slimming & shaping kat terimee.... dah ada orang sponsor sesi menguruskan perut nih, ikut je lerrrr
Adehhh penat penat (korang baca penat dak erks).. rasa macam nak ambik extra cuti jer, nak duduk rumah tak buat apa2.. tido jer hahaha
Uikk tetiba teringat isu semasa, isu tudung senteng bertingkek-tingkek hihi..
saya bukanlah nak komen pasal sesiapa pun, setakat muhasabah diri sendiri
Perasan tak?
kita sebenarnya mampu membeli apa sahaja, at what price pun kalau kita berkemampuan, tapi kita tak mampu membeli keimanan kepadaNya tanpa hidayah & taufikNya,
sebab itu kekadang kita mampu membeli pakaian mahal2 tapi belum mampu menutup aurat dengan sempurna.
Dan sebenarnya, menutup aurat dengan sempurna pun adalah rezeki dariNya. Rezeki yang Allah berikan pada yang terpilih, rezeki yang memerlukan kita berusaha mencarinya, sama seperti kita mencari duit, kena ada usaha. Sebab itu ramai yang dapat rezeki duit yang halal (sebab mereka berusaha ke arah itu) tapi belum tentu mampu membeli sesuatu yang halal, contoh pakaian yang menutup aurat mereka dengan sempurna. Ohhh.. sengguh menginsafkan, selama ini saya pun tidak berusaha bersungguh2 untuk menutup aurat dengan sempurna, moga Allah ampunkan saya dan rezekikan saya untuk istiqamah.. aminnn
Label:
My Activities,
Pedoman Hidup
Rabu, April 09, 2014
Chomelnyer dierrrr
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dah lama tak share gambar2 sicomel dengan telekung..
Seronok dapat tengok anak-anak nih happy with their new telekung
Moga terdidik hati mereka untuk solat sejak dari kecil lagi.. dan sampai masanya nanti mereka mampu menunaikan perintah Allah dengan seikhlasnya.
Amiinn
Isnin, April 07, 2014
Dalam Kenangan...
Assalamualaikum...
Rajin plak nak posting-posting cerita kat blog hari ni erks... last week sibuk memanjang.
Ini cerita tentang MALAS
Saya patut labelkan sebagai rezeki disebalik kemalasan
OPssss bukan rezeki dapat mesin baru tau..
Mesin ni kami (saya dan adik saya) dah putuskan untuk dijual. Sebelum tuh kami dok pikir2 nak servis dulu, almaklum mesin dah lama, walaupun takde apa2 masalah, tapi adalah lebih baik diservis dulu, supaya tidaklah menjual besi buruk plak kan.
Dah diservis pada bulan Disember 2013, dan disitulah duduknya mesin nih kikiki
Dari sehari ke sehari, saya dok terfikir nak ambik gambar dan post kat blog, kut2 ada sesiapa yang berminat. Terutama bagi nak guna mesin simple2, takat nak menjahit sekali sekala
Dan entah macamana.. pagi Jumaat minggu lepas saya ambik gambar ni..
Siap zoom in corak jahitan yang ada... hii
Saya plan2 nak jual dengan harga RM150-RM200 jerrr
Dan nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas, masa rehat, saya dah pun transfer gambar ke PC utk post kat blog, tapi entah macamana, sibuk jugak nak buka FB, dan terjumpa posting seorang rakan yang nak buat kelas amal di sebuah rumah anak yatim, yang perlukan mesin portable terpakai.
Dan dan tuh jugak dapat ilham, why not bagi free je lah... hahaha
Tujuan bercerita ini bukanlah nak menunjukkan diri pemurah sangat sebenarnya, yang disedekahkan pun bukanlah barang bagus sgt pun kan, tapi sekadar berkongsi, cantiknya perancangan Allah. Saya pun tak taulah kenapa it takes 4 months, untuk saya ambik gambar mesin jahit ini untuk menjualnya.. I have no reason for being soooo lazy. Kekadang plak rasa macam sayang nak jual, kut2 ada adik2 yang nak pakai... kejap2 rasa nak angkut bawa balik ke Kuching untuk senang menjahit disana.
Oh baru tahu, sebenarnya ianya adalah rezeki orang lain yang mungkin kita tak kenal, dan hanya Allah yang tahu masa yang sesuai untuk mereka memilikinya.
Moga mesin jahit ini terus berkhidmat dengan tuan barunya, moga tiada apa masalah dengan tuan barunya, sama seperti dia berkhidmat dengan kami.
Moga Allah terus rezekikan kami untuk memberi...
Wassalam
Regards;
Label:
Pedoman Hidup,
sew machine
BOM#4 April 2014 : 12.5" Bear's Paw
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Its my turn...
Excited nak try something new, saya pilih nak buat Bear's Paw nii
Tapi mak aiiii.. ini pro block dah nih..
Saya yang beginner nih rasa macam terkial-kial ler kui kui
Here is some of tutorial yang saya jumpa..
But saya pilih nak buat yang ini sebab lebih senang kihkih
Pilihan fabric yang tak berapa cun adeh!
Proses memotong kain yang sangat complicated!
Block comel2 nih memang mencabar!
Tadaaaa.. siap dah.. tapi erks! cacat tapak beruang mak ghupernyerr yerr
Nampak dak?
Adeh nak menetas ni mak rasa lemah longlai nih
Nanti-nantilah yerrr...Kalau malas, kita biarkan ajer hihi
Till next BOM... Wassalam
Regards;
Label:
BOM2014,
Patchwork,
Patchwork Note
Rabu, April 02, 2014
Ready stock telekung kanak-kanak
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
For the first time, first trial readystock telekung kanak-kanak (fuhh macam opening kedai plak kikiki)
Sambil sambil menjahit order yang ada, sempat jugak selitkan readymade, dan ianya very limited.
Semua ini saiz S (saiz detail sama seperti tempahan)
Harga :
# Strawberry in blue (booked) & Flower in pink RM40.00
#Flower in red RM50.00 (with cotton lace)
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
ALL SOLD
ALL SOLD
Termasuk pouch sulam dengan nama, Takes 1 - 2 days sebelum penghantaran untuk siapkan pouch dengan sulaman nama.
Boleh email saya at mr.telekung@gmail.com kalau berminat
Sebenarnya ini percubaan untuk readystock, kalau ramai berminat, mungkin akan ada lagi readystock nanti. Takut2 jugak kalau design seperti ini tidak menepati citarasa pelanggan kan...
Regards;
Langgan:
Catatan (Atom)