Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Sulam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sulam. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

16 May 2014
Setiap tahun kita semua celebrate hari guru hari ini kan...
Bukan main gembira anak dara saya arini, takde kelas katanya, semalam pun takde homework.. amboi sakan nak sambut Hari Guru yerr

Macam biasa ler.. bila hari guru, tak sah kalau takde hadiahkan..

Malas nak susah-susah fikir, buat sendiri jer lah.. kalau nak membeli kang, panjang benor beratur malam2 nak hari guru ni.. betul dak..
 Sesambil mengasah bakat menyulam...

Ok I have learned something.. see sulam kat atas tuh, yg ada epal tuh, itu first. Then baru buat baru yang belah bawah tuh. 

Ok.. kalau sulam kat tuala, silalah cari huruf yang gemuk-gemuk yerr (kasi cukup makan hihi), baru nampak jelas, cun dan kemas. Kalau huruf kurus tuh, malap dan padam bila bulu2 tuala tuh menutupnyer huhuhu

seorang cikgu akan dapat hadiah yg lain skit, special ke tak entahlerr, ada satu coin purse tapi dapat sekali dengan bookmark tuh.
Ini semua untuk guru2 sekolah kebangsaan yer.. sekolah agama belum lagi nihh adoiii..

Dibungkus sempoi jer yer... tak koser nak cari kertas wrapper bagai


Terima kasih buat semua guru-guruku (guru sekolah, guru ngaji, guru menjahit, guru memandu etc etc)
samada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Moga Allah rahmati & memberkati mereka semua, tanpa budi  dan jasa mereka, siapalah saya..

Terima kasih juga atas kesabaran dan ketekunan guru2 kepada anakku... saya sendiri tak termampu nak mendidik mereka seorang diri tanpa kalian.

Terima kasih cikgu

Regards;
 

Isnin, April 21, 2014

3M on Monday....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Isnin yang penuh keberkatan, sehari lagi Allah izinkan kita bernafas, walaupun tidak tahu, sampai ke petang or sampai tak hari esok

Monday bukan hari yang mendung, malas dan mondos... Monday seharusnya meriah mantap dan menceriakan, setelah 2 hari bercuti2.. 
Kalau ada rasa kurang cergas dihari ini, try berjalan laju2 or cuba leretkan senyuman pada sesiapa sahaja yang anda temui (perahsan motivator plak)... actually tadi terbaca kat mana ntah... tak kisahlah hari apa pun, kalau rasa lemau tuh try petua ini.

Kembali bersiaran dari bilik jahit.. windu nyerr weih!
windu dengan mesin jahit, last week sempat jugak saya mulakan mengemas bilik jahit yang dah serupa sarang tikus, (entah2 kalau tikus tengok pun, dia cakap sarang dia lagi cantik kut hahaha).
Skit2 saya kemas on weekdays, dan weekend baru nih dah boleh menjahit dengan selesa.... clean but not so clear

Siap jugaklah projek 3M ini

Muiz Muaz Muqrin... wahh meriah kan ramai anak lelaki macam nih...


Banyak boleh belajar menyulam nih... terutama bila nak edit guna Sewwhatpro
Masih lagi berkira2 untuk membelinya, bila erks ringgit nih nak kukuh skit. Kalau dapat rate macam dulu 3.1 kerr.. banyak weh jimatnya (dasar akauntan gitu ler kan.. sesen pun kira hihihi)


Ok jangan lupa event kita this weekend.. (reminder yang dah dengar sejak dari January uhuk uhuk) - malam tadi dah siap2 buat list buku2 yang nak dibeli - duit dah kumpul dari lepas raya arituh lagi - tambah fund dari umi RM100 - dengar cerita Ndok (ayah andak) nak bagi voucher buku jugak - aishhh rasanya kena bawa troli ler untuk budak kecik nih


Tengah fikir2 jugak lagi nih nak pergi hari apa, kalau nak pergi hari Sabtu, kena pergi awal pagi before 10, baru dapat parking dan orang tak ramai. Strategi kena ada hahahhahaha.

OK kawan2... thanks for reading
Wassalam

Regards;
 

Isnin, Mac 10, 2014

Sok sek sok sek... oucchhummmm

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Happy Monday kawan-kawan
Harini masih lagi berjerubu nampaknya, agaknya jerubu nih dah jadi acara tahunan kut, menjelang musim panas jer mesti jerebu.
Izzah dah beberapa hari batuk dan selsema, alhamdulillah hari ini dah ok skit. Mulalah culas makan ubat, tapiiii harini rasanya badan saya plak lemah dan tekak rasa perit, apakah!
Tu laa... nasihatkan anak pandai, diri sendiri tak berapa pandai jaga diri, semalam kami ke taman tasik untuk jogging & walking, tapi Izzah tak ikut. Balik jer terus rasa semacam jer tekak ni waduhhhhh

Macam berkabus jer kan... kalau pagi berkabus memang best, tapi ini jerebu... very bad for health.
Bila badan rasa tak sihat nih, mulalah lembab semacam jer kan..

Cerita pasal sakit ni kan, teringat plak saya pada cerita lama-lama dulu, masa kat U. Saya ni agak kerap jugaklah balik kampung, lagipun dekat jer kan, dari UIA ambik bas ke pekeliling, then ambik bas ke Temerloh.
Satu hari tuh saya balik dari Temerloh, saya selalunya jalan kaki jer dari pekeliling ke bus stop depan HKL tuh untuk tunggu bas. 
Tetiba datang sorang pakcik nak bertanyakan jalan ke bangunan xx (saya dah tak ingat dengan jelas), saya pun tak pasti bangunan tuh dimana. Katanya dia dari Sabah, baru sampai, nak pergi mengubat orang. Tetiba ler plak datang sorang perempuan yang dah agak berumur, dia tanya saya apa masalahnya? So saya pun tolonglah tanya on behalf pakcik tuh. Tetiba kakak tuh tanya plak pasal batu hitam pengubat segala penyakit tuh? Berminat betul kakak nih, saya pun tak taulah camna boleh keluar cerita pasal batu nih. Dan entah macamana si ahkak ni tadi dok ajak saya pergi minum sebab nak minta tolong temankan dia, dia nak cuba dapatkan batu tuh dari pakcik nih. Dan ntah napalah.. saya ni ikut jer. 

Kata pakcik tuh, batu nih kalau diletakkan didalam gelas yg diminum oleh pesakit, airnya akan berubah jadi hitam. Dan air yang diminum oleh pesakit tuh mestilah berasaskan daun.
Dan dan tuh.. beriyalah ahkak sorang nih suruh saya order air teh o, nak testinglah kononnya, bila saya minum jer, pakcik tuh terus cepat2 masukkan batu tuh, tidak semena2 air tersebut terus jadi hitam wuhuuuuuuu, terus suspen.

Honestly saya pun tak tau lah, magic apa yang dia buat, terus pakcik tuh kata saya ni berpenyakit kronik, tak lama dah nak mati kalau tak di ubat dengan batu tersebut. Dan batu tersebut boleh dibeli dengan harga  (if not mistaken) RM2k.
At that time rasa nak tergelak pun ada... tapi berdebar2 jugaklah., ada jugak rasa takut. 
Saya terus terang kat pakcik nih yang saya ni cuma seorang student, saya takde duit kecuali RM200 jer dalam akaun bank (sengkek beb!). Pakcik tuh buat tawaran plak dah, mengenangkan saya nih student, atas dasar kesian belas, boleh beli dengan RM200.00 jer... diskaun giler banyak beb!
Saya cakap balik kat pakcik tuh, itu menyebabkan saya lagi cepat mati, duit makan saya tuh! kuikuikui. Lawak plak kalau ingat masa tuh.
Tapi dalam hati saya ler kan... saya dok teringat ayat alQuran, lebih kurang maknanya, "Dimana sahaja kamu berada, maut pasti datang walaupun kamu dalam tembok yang tinggi lagi kukuh" Saya ingat sangat ayat nih sebab sebahagian dari silibus subjek Tafsir masa kat sekolah menengah.

Tapi honestly.. kalau kita dengar pujuk rayu pakcik dan kakak nih, memang akan tergugat keimanan kita. At last, saya dah malas nak tunggu lama, saya ingat lagi ayat last saya kat pakcik tuh, "Saya percaya ajal maut itu ketentuan Allah, kalau ditakdirkan saya mati esok, saya tetap akan mati esok. Tapi kalau Allah tetapkan umur saya ada lagi 10 tahun or 20 tahun, saya pasti akan terus hidup" Seee betul kan, saya masih hidup sihat walafiat, Alhamdulillah!

Kalau ingat2 balik, peristiwa nih, dah berpuluhan tahun kut, tapi masih segar dalam ingatan. Apa dah jadi agaknya kat pakcik dan kakak tuh, masih hidupkah diorg, masih hidup dengan hasil penipuankah agaknya. Kalau umur mereka masih panjang, saya doakan mereka telah berubah, dan kalau mereka telah meninggal dunia, moga Allah ampuni dosa2 mereka.

Oh ya.. teringat plak syarat diorg.. jangan ceritakan apa berlaku kepada sesiapa pun selama 3 hari kuikui. Tapi balik2 jer, saya terus cerita kat kawan-kawan. 
Oh rupanya ada jugak kawan2 yang terkena, tapi disebabkan kami nih takde duit, maka tak berjayalah tipu daya diorg. Yang lawaknya, sejak dari hari itu, my hubby (sekarang) sibuk nak temankan kalau keluar nak balik kampung... rasanya at that time we were just friend hahaha.

Adoiii panjangnya cerita mokcik arini.. jangan mare yerrr


Hasil berhujung minggu dengan NV950

Wassalam

#PrayForMH370#
Moga urusan mereka yang terlibat di permudahkan, Aminnn


Regards;
 

Selasa, Februari 18, 2014

Tetiba semangat datang....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Semangat datang bila download free trial software kat internet huhuhuhu...
30 days trial jer tau.. or 60 files.. after that kenalah beli

Terawal plak hadiah hari guru Izzah, sajer testing, at least ada gunanyakan dikendian hari, dari dok sulam ntahapaapantahtuh :-P

Ini plak testing testing lagi.. sebenarnya tempahan, tapi buat lebih skitlah


Masih lagi bertatih sebenarnya walaupun dah ada yang tanya2 risik2 untuk tempah, waduhhh makcik takotnyer nak ambik tempahan. Time contraint betul... satu2 design sulam ni takes about 15 minutes to complete, dan kena tukar2 benang in between... gigil makcik ni nak ambik upah wooooo
sedangkan...... makcik nak tido awal kuikuikuikui

Camtuh lerr bila tido lebih penting dari segalanya, duit pun tak penting (yo lerr bila ambik tempahan dapat duit kan!)
Penting wooo tido awal, bangun pun awal kan... fresh!
Wokey... 
wassalam

Regards;

Khamis, Mei 23, 2013

Thursday Talk..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Happy Thursday kawan-kawan..
Aishhh ngantuk benor saya hari ini... rasa macam nak pejam jer mata ni
Gara-gara nak menyiapkan order 'customer' saya ni lerrr... 
Customer sorang ni memang very special, kalau tak buat kang muncung 10kaki molotnyerrr :-P

Ini adalah untuk Ustaz dan Ustazah di sekolah agama, untuk cikgu dan cikgi sekolah kebangsaan saya belikan chocolate Cadbury bar jer... just ikat reben and its done.
Tapi untuk ustaz sekolah agama ni dia takmo ler plak, sebab takut coklat tuh cair.. dah sekolah petang kan...

Honestly... first time embroidery guna NV950, dah tuh nak kena adjust2 thread tension dulu baru ok. Tak macam NV90 arituh... tension benang tuh dah ok, so tak perlu ubah2 lagi dah...(emb sahaja kan!).. dah tuh urgent plak tuh... arini dah nak bagi kat ustaz aish.. aish... dah ler umi ni freshie jer dalam sulaman tuala nii
Kalau zoom dekat2 skit sulaman tuh banyak jugak cacat celanya tau... fuhhhh (lap peluh-ekss tapi bukan dengan tuala tuh yer hihi)... baru masuk preschool embroidery work niii :). Nak kena sulam tuala sendiri dulu niii..

Dan ini plak telekung yang dah siap
Gambar atas tuh without flash I guess..
Tapi actual colour sama jer atas dan bawah..

Harap Damia dan Basyirah gembira dengan telekung ini yerr.. Rajin2 solat tau

Eh eh!! esok cuti kan.. (Saje jerr tuh wat2 lupo hihi)
Bestnyer tak sabar nak bercuti...
Destinasi kami kali ini adalah... nun di selatan semenanjung huhu.. 
Orang selatan ada nak jumpa I (bajet mokcik glemer sangat ler tuh kakaka)

OK selamat bercuti semua yer..
Akhirukalam
Jom kita lebihkan selawat hari ni

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Regards;
 

Jumaat, Mei 03, 2013

Jom kiterrrr

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jom hafal doa ini..

يَاحَيُّ يَاقَيُّوْم بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كُلَّهُ اَللَّهُمَّ لاَ تَكِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْن
(Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Mengurus hamba-Nya… perbaikilah semua urusanku dan janganlah Engkau serahkan urusanku pada diri ini meski hanya sekejap mata)

Hasil kerja sebelum say hi hi good bye to my NV90e :P
The pink strawberry

Kalau buat pencilcase for boy sangat ok dengan tema kereta ni kan..
Tapi pemilihan warna yang agak kurenggg.. tenggelam tayar kete tuh dalam lumpur :P

Selamat bercuti dan selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

Jangan tak mengundi tau... for me mengundi tuh adalah satu kewajipan, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kemerdekaan negara kita. Saya sentiasa ingat kata2 seseorang (yang saya tak ingat siapa).. masih ada manusia yang terpaksa bayar kertas undi mereka dengan darah - berjuang untuk memerdekakan negara mereka- jadi kita yang dah merdeka ini sudah semestinya bersyukur dengan peluang yang ada... huhuu sangat patriotik saya harini kikiki.

OPsss.. kereta hijau kat atas takde kaitan dengan parti politik yer wakaka.. kebetulan sambung sulam kereta selepas sulam strawberry tuh. Saya ni golongan atas pagar.. bagi saya tak de gunanya nak fanatik mana2 parti.. setiap dari mereka ada kelemahan dan kelebihan masing2. Siapa yang saya pangkah biarlah Allah sahaja yang tahu.
Ngundilah kiter.. jangan tak ngundi yerrr

Till then..
..والسلام عليكم

Regards;
 

Khamis, Mei 02, 2013

Telekung Chomel Alesha, Betty, Amira & Eryna

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Telekung lagiiii.. jangan boring yer dengan posting telekung ajer akhir2 ni..

Saya sangat gembira dapat menjahitkan telekung2 comel ni... rasa macam kepuasan sebab dapat menyumbang sedikit tenaga untuk mendidik generasi anak2 kita untuk bersolat... moga Allah permudahkan ibu bapa anak2 comel ini untuk melatih anak2 mereka bersolat
Terima kasih semua atas tempahan.
Andai ada kawan2 yang berminat, boleh tengok detail disini ok http://blogrimbun.blogspot.com/p/tempahan-telekung-kanak-kanak.html


Regards;

Selasa, April 23, 2013

Testing testing.. mode menyulam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mode menyulam lagi..
Dah berderet free design yang saya download dari internet.
Hajat nak mencari design Ana Muslim.. tapi mana nak ada free designkan.. dan yg free design tuh banyaknya website mat salleh..

Cari punya cari.. baru teringat.. arituh saya ada dapat design ini untuk testing dari sorang kenalan kat FB. Katanya saya boleh test dulu, kalau kenan bolehlah bayar, kalau tak.. tak perlulah beli.. murah hati betulkan...

Dan dah sekian lama peram... tengok balik email tuh.. dated 31/01/2012 hahaha.. dah lebih setahun.
Baru malam tadi try menyulam design ni?? Cun tak?


 Paling suka tang mata tuh.. nampak menyerlah gitu..
Tapi memang parah kalau nak buat banyak2 design ni, rasanya saya spend dalam 1/2 jam nak siapkan satu ni.. fuh. 8 kali tukar benang.. (hehehe mesti kawan2 yg menyulam ni kata "no big deal" kan.. dah ada tuh sampai 32 kali tukar benang.. solute betul)

Now dah testing... dah kenan.. tapi camno ni nak bayor?
FB encik Duku Gaban ni pun dah tak wujud lagi di FB.....email pun belum jawab. Nampaknya terpaksalah saya peram jer design ni... sampailah boleh bayar kat tuannya.. So kalau ada sesapa nak request sulam design ni kat make up bag keee.. beg kee.. apa2 ajerlah.. plz pilihlah pattern lain, kerana ianya bukan hak milik saya.. saya cuma ada lesen nak testing sahaja huhu..

Dan kalau en Duku Gaban terbaca posting ni.. tolonglah reply email saya beserta no. akaun ok.

Satu lagi tested pattern.. ber applique lagilah nampaknya..
Si anak gajah comel niii
Ini free pattern dari internet jer.. agak simple.. cuma mungkin pilihan warna n fabric kureng seswai kut.. nampak kurang menarik kan kan kawan2...

Thats all for today... have a nice day.
Wassalam


Regards;

Isnin, Januari 07, 2013

Apron Chomel for 3I

Happy Monday kawan-kawan..
Seronok tak bercuti hujung minggu?
Sepatutnya cuti kita berehatkan.. tapi kekadang macam2 nak buat on weekend, at last tak berehat dan badan penat.. betul tak? itu yang wujud Monday blues tuh hihihi

Weekend baru ni saya agak penuh dengan pelbagai aktiviti...almaklum curfew untuk tidak berenang dah habis.. horayyyyyyy (Izzah lah yang tak sabar2 tuh)
Untuk yang tertanya2 kenapa ada curfew... actually antara pantang larang bila buat lasik adalah tak boleh berenang or any water sport in 2 weeks, and for scuba diving for 1 month.

Aktiviti salingan di bilik jahit hanyalah ini...
4 helai apron untuk kanak2.. siap dengan sulam nama tuh....
Seronok sungguh saya bila sesekali jahit something new..
Harapnya tuan punya berpuashatilah yerr

Minta jasa baik (dengan upah) model sambilan kat rumah hihi... model ni hati tengah gembira, sebab dapat meja study baru...

Ini saiz kecil... actually yang dengan nama semuanya saiz kecil
Dan yang ini saiz yang besar sedikit...
dan ianya revesible... with adjustable neck strap... saya guna snap button, so ada 2 pilihan....
Gambar kereta tuh bukan applique tau.. itu memang fabric with that print.. ingat tak blanket world map saya sebelum ni, saya guna fabric matching yang tu lah... hihihi

Aktiviti menjahit memang agak kurang produktif weekend ni, banyak sangat aktiviti..
Hari sabtu saya ke Jln Tar, restock kain untuk telekung dan jugak fiber untuk quilt.
Balik dari sana saya ke sessi urutan badan... tersangatlah bestnyaaaaa... sesekali memanjakan diri kan...
Then balik dari sessi urut, sempat tidur sekejap, terus ke Putrajaya plak untuk sessi swimming... selepas 3 weeks tak berenang, memang ini hanyalah sessi warming up sahaja...
Rasanya saya buat setakat 12 laps sahaja kut.. so dalam 600 meter shj... aik skitnyerrrr

Mungkin ada yang tertanya2.. awat jauh sangat pergi berenangkan, bukannya takde swimming pool kat area KL ni... semuanya sebab nak selesa, sebenarnya kami selalu jugak ke Cheras, tapi keadaan tempat mandi dan tempat salin baju yang kurang selesa, tambahan pula, pool tuh paling cetek pun 1.5meter hihi, saya pun nampak hujung kepala jer, so Izzah tak berapa suka... dia tuh yang lebihnya main, berenangnyer kureng.

Ahad pula sibuk mengemas bilik Izzah... bagi dia fikir sendiri camna nak susun atur bilik dia.Semangat baru skit lah bila dah masuk darjah 5 niii... then belikan meja study dia sendiri. Buku2nya pun dah di kemas cantik... wahhhhh. Bukan main happy dia
Ni gambar tengah bizi niii hihi...

Ok kawan2... Happy working.. 

Regards;
 

Jumaat, November 30, 2012

Telekung chomel lagi..

Starting Tuesday, saya dok bertungkus lumus menyiapkan tempahan telekung ni, dua helai untuk saiz S, (2 - 4  tahun). Seronok sebenarnya jahit telekung ni.. Tak siap sepenuhnya, so saya plan Rabu malam saya boleh siapkan hihi.. almaklum Rabu tuh nak MC (MC tau dari awal lagi tuh)
Tapi apa jadi????
Rabu malam sampai rumah dah pukul 9, dengan mata tua hahaha. Begitu rupanya penglihatan kita masa tua nanti. Dekat tak nampak, jauh pun tak nampak... isk isk berharganya penglihatan kita ni... So almost impossible untuk menjahit.

Akhirnya siap jugak semua ini malam tadi..

Yang ini untuk Masyitah, saya buat deco stitch munger munger

Yang ini untuk Qish, dengan deco stitch ranting2

Atas permintaan Mama Qish yang nak kan seluar besar dengan ruffle sebagai ganti kain, then bila saya tanya Mama Masyitah samaada nak seluar ataupun kain, she opted for seluar jugak.
Yer lah... diorg ni pun budak kecik lagi kan, kalau nak ajar detail sangat, tak boleh nak nampak kaki semua tuh, they wont appreciate it much, yang penting diorg dah boleh ada telekung sendiri dan boleh ikut sekali bila solat.

Dah nak packing baru teringat, kue raya kuuu hahaha
Label lupa nak letak plak, label2 ni plak saya letak dalam bekas kue raya, kat bekas tuh lom tanggal price tag lg tuh haha, dah banyak sgt bekas ni (almaklum kuih raya tunjuk2 jer), nak buang sayang.

Berbalik kepada cerita mata tua saya tadi, kenapa plak lah saya bermata tua tuh?
Actually saya pergi test mata, so kena ambik ubat untuk test tersebut, barulah saya tahu yang mata saya ni tua dari umur saya, bukan tua sedikit tau, its 10 years older than my ages huk huk
Reason why? otot mata saya lemah, my eyes become lazy... sebab? saya selalu buka spek bila tengok dekat, bila membaca dan bila depan PC dan bila menjahit, my daily activity jugak menyumbang... siang tengok PC (=dekat), malam tengok mesin jahit (=dekat).. so mata tak de rehat (=pandang jauh)
Moral of the story= selalulah tengok jauh, kalau menjahit pun, lepas beberapa minit tengok jauh sekejap, bukan jauh in glance tau, try focus tengok sesuatu yang jauh.

Hopefully my eyes boleh jadi muda balik
Good luck to my eyes haha.. 

Regards;
 

Rabu, Jun 22, 2011

Cloth Pad.. 7th Version

I am into cloth pad making again.. with a new design and new version
This is medium size cloth pad... the pattern are from here..
I am using the US flannel that I bought from etsy few months back..
Sandwiched with bamboo fleece and zorb.
Backed with PUL



All these will be given away... for someone who has never tried CP yet. Hopefully they will like it and have a wonderful introduction to CP. And I am really sorry that i took my own sweet time to finish this... so that I can sew it happily without stress (ye lah tuuu)

And.. during my free time (but not soo free) I am a bit accupied with thissss

Ada lagi yg tak siap.. but dah towards the end.. takleh nak sulam lama2, sakit pinggang dok terbongkok jer hahaha (terasa plak dah tua yerr hahaha)

Bye...

Regards;