Pengikut

Jumaat, Disember 30, 2016

Projek jahit untuk anak2 umi...

Assalamualaikum...

Dah lama tak menjahit untuk diri sendiri...sesekala seronok buat projek untuk diri sendiri ni tauuu

Cardigan untuk taktak :-D
Dah lama muka kakak tak jadi model umi kan.. dulu2 memang muka kakak jer memanjang, kesian kakak kikiki
 
Ini plak recycled rompers, jadi dress untuk dak Maryam
Kengkonon nak buat bubble dress, tapi sebab tak cukup kembang, langsung tak Nampak bubble nyer hahaha.. FAIL tang bubble, tapi Berjaya memanjangkan jangka hayat rompers ni
 
 
Kalini umi plak jadi model hihi
Telekung customer untuk di alter..
Umi kekalkan sulam kat muka tuh, walaupun agak susah nak buat camni, Alhamdulillah, customer suka
Moga acik Shima selesalah guna telekung2 yang umi baik pulih
 
Dan yang ni customer punya jugak, ini di pos oleh customer pada umi...

Pada yang nak alter telekung, boleh ajer WA saya ok... boleh pos guna pos bungkusan (jimat skit), nanti saya alter dan pos balik pada anda... jangan risau, jarak tidak memisahkan kita cheewahhh kikiki

WA 019-2548268

Sampai jumpa lagiiii
Wassalam



Regards; Mila

Dikala merinduimu...

Assalamualaikum.. salam Jumaat

Bila rindu serindu rindunya nak jahit beg :-P
Maka menetas lah sebuah beg merah ni..
Suka dengan kain ni walaupun ada banyak defect, actually kain lelong kat FAH(mungkin sbb defect, contengan hitam2), Tapi ini Japanese cotton yang memang tebal & good quality, macam linen tebal pun ya jugak..

Jenuh nak siapkan beg ni, dah guna portable jer kan... tang tebal2 tuh memang mencabar betul.. bilalah en.protex tuh nak dapat alat ganti huhuhuhu.. kesian acik

Arituh try leher baju kurung ala2 yg jual readymade kat kedai tuh, agak senang jugak buat gini, terutama tang teluk tuh kan..

Ini hasil dari tengok tuto kat FB hihihi, sekarang dah ramai yang share tuto jahitan terutama di FB, which is very good move, lebih ramai boleh memahirkan diri menjahit kan...

Till we meet again

Regards; mIlA

Selasa, Disember 27, 2016

Bayam oh bayam : Homemade mi bayam

Assalamualaikum..

Alkisahnya, banyak sangat bayam kat rumah ni..
Bayam organic tau, walaupun tak de certification hihihi
Bayam di tanam oleh mak kat kampung,

Maka di jadikan jus bayam yumyum... sedap tau, takde pun rasa pelik

Sambil tuh saya try buat juz pure bayam sahaja, tanpa ada buah lain. Dari satu cekak (ambik daun sahaja) dapatlah 50ml pure jus bayam untuk projek seterusnya jeng jeng

 
Projek seterusnya..
Maka jadilah mee bayam, home made tau..
Warnanya kehijau-hijauan skit, tapi tak Nampak sangat dlm gambar nih, dah mcm kuning plak kikiki
 
Sedap tak?
SEDAPPPPPP.. Asfa makan sampai bertambah-tambah lagi hihi
 
saya buat mee ni nipis skit, so bila goreng kering dah macam mee segera yang lebar skit tuh. yum yum..
 
Boleh buat lagi next time, tunggu balik kampong, kutip bayam mak lagi hihihi
 
Resepi?
Sama macam resepi mee yang saya kongsi sebelum ni, tapi 50ml air tuh saya gantikan dengan 50ml pure jus bayam
 
Till another story... Wassalam


Regards; mila

Cerita baiki telekung singa haha

Assalamualaikum

Saje nak cerita pasal baiki telekung plak arini..
Dapat telekung yang agak pelik skit designnya dari jiran untuk dibaiki..
Mencabar gaklah.. pikir punya pikir camna nak buat nih..
Tanya2 kawan2 kat group, ada yang suggest buat mcm tudung jer.. emmm

Saya try gak pakai telekung nih, udah mcm singa plok kikikiki
Boleh imagine dak? bila renda kat muka tuh mengembang :P

 
Telekung ni memang cantik sangat kain nya, dari kain TC bersulam, tebal dan berat gitu
 
Seteleh ditetas, di sambung kat hujung tuh, maka jadilah sehelai telekung yang cun melecun kihkihkih

 At least bolehlah di pakai kan... walaupun Nampak bertampal jugak tuh, almaklum, nak cari kain yang betul2 serupa in shaa Allah tak jumpa huhuhu

 Ada sesapa yang berminat untuk alter telekung lama or telekung baru? Nak bagi cantik dan selesa dipakai?
Boleh WA saya yer 019-254 8268 (No phone call pls)


Regards; mila

Jalan-jalan : Farm in the City

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog, kadang masa nak buka PC tuh limited sangat. NAsib baiklah ada FB kan, at least bolehlah nak update page untuk jual barang kikiki

Cerita sebulan yang lepas, pada 26.11.2016


Kebetulan ada family kak ipar dan mak mertua dating ke sini.. kami pun bawa ke Farm in the City, nak bagi Azib dan Asfa tengok haiwan hihi
Tapi gambar Azib langsung takde dalam kamera... syok sangat tengok macam2 binatang sampai lupa nak ambik gambor... nasiblah kan.

Recommended untuk yang ada anak kecil, tapi harga agak mahal lah pada saya. Sebab tempatnya kecik jer pun. Dalam masa sejam jer dah boleh cover semua, pastu kalau nak naik kuda kena bayar lagi plak, Nak bg makan raccoon kalau tak silap, kena beli lain huhuhu...

Apa pun, both Azib and Asfa enjoyed the moment.
Sampai jumpa lagi... adioz

Regards; mila

Rabu, Disember 14, 2016

Y.E.S Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Assalamualaikum

Ada masalah nak belajar BI tak?
Anak tak berapa pandai BI?
Buku rujukan yang ada pun tak berapa menarik dan sukar difahami?
Perlukan penerangan grammar dalam bahasa Melayu?
Nak buku yang menarik, colourful dan interaktif?

Ada sesiapa yang mencari buku ini untuk anak2?
Mak-mak pun nak kena study sebab nak ajar anak?

Jom pakat beli buku MBBI ni... ternyata berkesan untuk meningkatkan penguasaan BI anda dan keluarga anda.. cheeeewahhh

Dan satu lagi berita gembira...
Saya nak buat Y.E.S... yes!!! YEAR END SALE

Market Price at RM39.00 sebuah
Harga YES berapa erks?

RM35??

Bukan.... murah lagi tau...

Yeahhhh..
Cuma RM30 sebuah (harga tidak termasuk kos pos)
Ambik 3 buah, saya bagi FREE kos pos
Ambik 10 buah, saya bagi RM28x10=RM280.00 (termasuk kos pos guna parcel)

Jangan tunggu lama2 tau...
Stok limited
Masa terhad
Harga tawaran ini sah pada yang telah membuat pembayaran sehingga 31.12.2016, 23:59, sementara stok masih ada

WA/TG saya 019-254 8268
or email my.milakamila@gmail.com


Regards; mila

Selasa, Disember 13, 2016

Belated Birtyday AsfaMaryam 28.11.2016

Assalamualaikum
Alhamdulillah..
Anak dara kenit ni dah 2 tahun dah
Terasa kejap jer masa berlalu

 
Sambutan pada 11.12 di kampong...
Biasa ler, cuti panjang, kita balik kampong je lah
 
Sambutan untuk 2 orang terus, sorang belated, sorang advanced haha
 
3 cousins... asfa dengan wafiy beza 6 mo jer, tapi fizikal diorg macam bertahun bezanya hihihi
 
Moga semuanya jadi anak yang soleh dan solehah.. Amin


Regards; mila

Homemade MEE with love

Assalamualaikum..

Wahhh bersawangnya blog acik yer
Acik dilanda kemalasan yang tersangat
Apa udah jadi nih..

Banyak nak di ceritakan di blog ni, lebih kepada personal diary sebenarnya, tapi masa amat mencemburui  kihkihkih (read: malas buka PC :-P )

Cabaran jugak bila duduk di rumah ni kan... mood ikut suka jer
Kadang kelaut jugak..

Nak citer pasal dapurlah plak..
Arituh dok window shopping (lazada jer pun hihi) mesin mee
Dah buhsan try macam2 mee dipasaran, mesti terasa sangat pahit air kapurnya. Setakat ini cuma mee yang mak selalu beli kat kampong sana jer yang sesuai masuk tekak. Yang lain memang terasa sangat pahitnya. Camna nak tahu? buat jer mee tanpa rasa pedas, then baru tau rasa sebenarnya... (tak pedas sbb nak bg Asfa makan)

Akhirnya ku angkut jua sebijik mesin mee
Wahhh tak susah sangat rupanya nak buat mee kan..
Part menguli tuh memang ada sedikit tenaga diperlukan, tapi acik ni pemalas orang nya, minta jasa baik slow juicer je lah tolong uli..
 
Maka... jeng jeng... jadi jugak mee acik nih...
Resepi mee kuning, tapi mee acik putih jer :-P
Lupo nak isi kunyit daaaa


Resepi dapat dari YUYU Zulaikha :
Acik salin balik sebagai peringatan buat acik, tapi dah tukar2 skit:

MEE KUNING
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil kunyit (ai is lupooooo)
1 sudu kecil garam bukit
1 biji telur
50ml air

Untuk merebus mee
1 sudu kecil minyak
3 cawan air

Masukkan semua bahan2 mee dalam mixer dan uli selama 10 minit
Rehatkan doh selama 30 minit dalam bekas bertutup

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, dan leperkan skit
Gunakan mesin mee untuk leperkan doh ikut ketebalan yang sesuai, saya gunakan yang paling tebal terlebih dahulu, kemudian baru di nipiskan lagi
Last sekali masukkan kebahagian bergigi tuh dan jadikan mee

Rebus dalam air mendidih sampai mee timbul dan gaulkan dengan sedikit minyak

Ready to eat...
Boleh di goreng
Mee rebus
Mee kari
apa-apa ajerrr..

Arituh saya buat mee kari, guna ayam kampong Masyhur. Masak plak guna PPC. Memang cepatlah
Aishhh macam2 gadget ada kan... kalau malas masak memang ampeh tul ler hahaha

Sampai jumpa lagi..

Salam Maulidurrasul

Regards; Mila

Sabtu, November 19, 2016

Telekung alteration : Baiki pulih telekung lama...

Assalamualaikum...

Rasanya saya tak pernah cerita pasal projek baik pulih telekung nih kat blog...
Telekung sendiri memang dah selalu masuk lab pemulihan nih... entah berapa kali baik-pulih dah hahaha..

Ada satu telekung lama tuh, saya sayang sangat2 sebab telekung kenangan saya dapat 5A UPSR, dapat RM50 hadiah dari PPD, mak cakap belilah telekung sebagai kenangan, harga beli masa tuh RM18 rasanya...... telekungnya pun biasa2 jer, dulu dapat RM50 rasa macam dapat seribu ringgit dah.
Dah kuning pun, dan nipis dah, mungkin sebab dah terlalu tua kut kikiki.

Dan cerita pasal baik pulih telekung customer ni plak, bermula dari awal tahun arituh, ada jiran yang tahu saya dah berhenti kerja dan menjahit, dia hantar telekung untuk di baiki 6 pasang.
Alhamdulillah.. siap jugak dengan jayanya dan tuan telekung berpuashati
Lepas tuh saudara kepada jiran saya ni hantar plak 7 or 8 pasang gitulah...
Dan sekarang jiran saya hantar plak 10 pasang..
(in case kalau jiran saya ni membaca post ni... terima kasih yer kak... akak buat saya jadi lebih yakin)

Bila saya tengok satu tuan pun dah ada lebih dari 10 telekung..
Dan saya pun memang ada banyak telekung
Dan saya percaya kebanyakan kita memang ada banyak telekung, kadang tuh yang dah lama tuh nak dibuang sayang sebab masih elok, nak pakai dah tak selesa, nak bagi orang mcam tak berapa sesuai plak sebab getah dah longgar, takpun dah koyak bahagian mukanya.... nak baiki sendiri plak tak berapa pandai.. dan takde masa

So datang idea...
Why not offer servis baik pulih telekung yer tak?
So far tak ramai yang betul2 focus dengan baik-pulih telekung sebab job jahit telekung baru lebih mengungguli tempahan yang ada.. cheewahhh.
Tambahan leceh sebenarnya kerja2 menetas telekung lama nih, kasar2 sangat karang, koyak plak. Tetas dengan berhemah gitu cik leha oiiiii..


  
 
 
 
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berapa upahnya...
Mesti ada yang tertanya-tanya kan..
Dan saya ni tak suka nak rahsia2, nak PM2 bagai untuk bagitau harga hahahaha.... buang masa ai jer..
 
Upahnya RM25-RM30 untuk sehelai telekung
Apa yang termasuk dalam upah yang "mahai" sangat nih erks kikiki:
- Tetas telekung sedia ada
- Tukar lapik dahi (renda ikut kesesuaian)
- Tukar lapik dagu
- Off coz termasuk tali ikat dikepala
- Letak lapik/lining kat sebelah dalam telekung (labuh lining +-20"), kain di sediakan
 
Additional charges on:
# Nak lapik/lining lebih labuh
# Nak tetas dan tukar getah kain
# Design telekung yang pelik (biasanya telekung dari seberang yg agak pelik designnya, nnt saya cerita kemudian ok)
# Lain2 dari yang di sebut di atas
# tidak termasuk kos pos
 
Discounts on:
@ telekung dah siap di tetas dengan elok
@ kain lapik tuan telekung sediakan (kena discus dulu, buatnya telekung cotton bagi kain lapik satin or silk ke kan... kuikui, acik rejek wokeh)
@ apa pun boleh discuss dulu camna
 
Apa2 pun... boleh WA saya @ 019-254 8268
Jangan call tau... sebab susah nak cerita by phone ni... kadang masa tak sesuai. Kalau WA, ada masa terluang nanti saya reply ok
 
Ok sampai jumpa lagi.. wassalam
 
Best wished : Mila

Jumaat, November 18, 2016

Giler Sardin :-D

Assalamualaikum..
Salam Jumaat

Harini acik nak kongsi cerita sardine.
Alkisah acik sangatlah sukakan sardine.. sampai orang kat rumah ni dah buhsan dengan menu sardine hahaha.. nasiblah kan

Bukan apa... sardine ni yang bestnya kalau tak abih, banyak mende boleh buat. Lenyek2, apit dengan roti jadi sandwich
Lenyek2, sapu atas roti paratha, bakor, jadi puff.. best kan

So harini acik nak kongsikan resepi sardine... satu yang dah Berjaya, satu lagi fail kikiki, tapi akan terus dicoba gitu

Resepi pertama :

Ikan sardine buang kepala dan ekor
Blend bawang besar dan tomato
Masukkan dalam slow cooker, curah skit cuka kurma dan olive oil
Cook for 14 hours

Dah masak, kita tumis2 buat sambal sardine.. yummyyyy
Ambik skit, lenyek, dan masukkan dalam bubur nasi Asfa.. licinnn
 
Versi ke dua...
 
Alkisahnya, acik baru angkut dari Lazada masa flash sale 11.11 arituh

Guna function BAKE Vege
Tumis bawang merah+putih+halia
Masukkan tomato potong dadu, sos tomato, sos cili dan cili blend
Dah naik bau, masukkan ikan & sedikit air, off function BAKE
 
Tutup periuk, tombol SEAL, tekan function BEAN/TENDON
 
Kesilapannya disini... acik tak adjust timing. So buat 30 minit jer.. Patutnya 45-60 minit huhu
 
Maka keras le tulang temulang sardine acik kali ni huhuhu
 
Belajar dari kesilapan yer dakkk...


Regards; mila

Ahad, November 13, 2016

Telekung kanak-kanak LittleMaryam

Assalamualaikum

Jom like page kami.. https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/






Regards; mila

Sabtu, November 12, 2016

Little bag @ LittleMaryam

Assalamualaikum..

Moga pemilik telekung ini gembira dengan telekung yang kami hasilkan...
Homemade..
Homesewn..
Personalised...





Regards; mila

Readymade : Saiz XS & M

Assalamualaikum

Ada sesiapa berminat dengan telekung kanak2..
Kami ada beberapa pasang yang dah dijahit..
Penghantaran segera
Material : tetron cotton

 



*Harga tidak termasuk kos pos dan juga pouch bersulam nama
*Tambahan RM7 untuk pouch or RM20 untuk beg
*Kos pos adalah mengikut tempat, rate Pos Laju


Boleh PM kami di page kami https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/
Ataupun boleh WA/Telegram 019-254 8268

Regards; mila

Asfa at 23 months

Assalamualaikum..
 
Hobi modern parent :-P
 
Ambik gambor anak wakakaka
 

Budak Maryam ni dah nak masuk 2 tahun 28Nov ni,
Kejap je masa berlalu kan...
Skit2 lagi dah masuk sekolah..

Dan juga.. dah almost 9 months saya jadi stay at home mum
Mencabar juga bila dulu2 ada duit sendiri, sekarang harap duit dari poket orang

Tapi satulah yang saya senantiasa ingat dan try menghadam sesungguh-sungguhnya dalam hati... Allah itu Maha Kaya, Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya
Mungkin selama ini aku selalu doa dalam hati moga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
Mungkin dengan cara ini Allah luruskan jalan untuk aku dapat anak yang soleh dan solehah... Kita sangka yang baik2 sahaja... in shaa Allah jadi yang baik2 sahaja.

Wassalam

Regards; mila

Juicing lagiii

Assalamualaikum..

Mood juicing dah merundum kakakaka

Bukan apa, arituh seronok juicing, pastu tetiba terbaca pasal overdose in juicing
Terus terbantut mood... hahaha

Masih lagi dengan markisa..
Orang kata markisa ni good for skin
Yer laaa.. acik ni tak makan any supplement kuputih ker.. kupitih ker hihi..
Ambik yang natural je lah yerrr



Regards; mila

Jumaat, November 04, 2016

Masyammmmm tapi sedap

Assalamualaikum..

Ada sesapa kenal buah ni?
Buah yang masam, tapi sedap yumyum


Jom kita makan plak yer... yg ni lemak2 gitu,, sedappppp hihi




Regards; mila

Telekung LittleMaryam @ TelekungSolatKanak2

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
Dah habis alKahfi? Saya belum lagi huhuhu.. Malam tadi terlupa, kena cover hari ini before asar in shaa Allah.. moga Allah permudahkan dan hindari dari lalai dan lupa

Sajer nak share kat blog plak testimony dari customer..
Alhamdulillah ramai yang berpuashati dengan telekung LittleMaryam...
Moga jadi anak2 yang solehah semuanya nanti yerr.. Aminnn
 
 
Wassalam...

Regards; mila

Selasa, November 01, 2016

Telekung untuk Qaisara Amani

Assalamualaikum..

Terima kasih atas tempahan
Moga jadi anak yang solehah..



Regards; mila

Isnin, Oktober 31, 2016

Telekung untuk NurBatrisya & Umairah

Assalamualaikum..

Moga jadi anak yang solehah...

Terima kasih atas tempahan

Regards; mila

Projek jahit : WARMING UPq

Assalamualaikum..

Lagi projek jahit
Nak ambik mood untuk menjahit semula, setelah  beberapa minggu Mr.protex tersadai
Tak berapa biasa dgn cik JS, jadi buat projek sempoi2 untuk bermesra-mesra skit dgn mesin jahit hahahaha

Kadang kalau kita ni downgrade sesuatu, jadi sangatlah susah rasanya..
Dah guna mesin laju, tetiba guna mesin biasa2 ajer

Gitulah agaknya kalau orang yang dah kaya, tetiba nak jadi orang yang biasa2... orang yang dah naik BMW, tetiba nak naik VIVA

Apa pun bersyukurlah dengan apa yang ada, kadang kita dapat mesin laju, kita lupa nak bersyukur, bila dah kena tarik nikmat baru tersedar uhuk uhuk..


Just nice untuk Asfa
Pandai plak dia pilih yang mana satu nak pakai dulu tuh...
Yang paling cun ler tuh pada mata dia kikiki

Wassalam...


Regards; mila

Telekung Khadijah & Aisyah

Assalamualaikum..

Terima kasih atas tempahan yer mama kepada Khadijah & Aisyah
Moga jadi anak yang solehah keduanya


Regards; mila

Jahit-jahit untuk Asfa

Assalamualaikum...

Asyik2 cerita Asfa kan..
Cerita kakak dah tenggelam kihkih

Bukan apa.. kakak dah besar, susah skit nak cerita, kadang ummi jahit untuk kakak, tapi takleh nak cerita kat blog sebab kakak dah besar, dah kena jaga aurat yer tak..

Arituh semangat umi berkobar2, nak train Asfa tak pakai diaper
Maka jadilah sehelai training pant ni untuk Asfa
Sehelai je pun kikiki
Padahal material punyalah banyak lagi tuh...
 
Guna free pattern kat internet jer pun...
Tapi semangat umi ni angat-angat taik ayam yer pun hahaha
 
Sehari dua tuh umi dok ngelap lantai jer, terus putus semangat
 
Nak kena kutip balik semangat yang dah berterabur nih kikiki
 
 


Regards; mila