Pengikut

Rabu, Julai 27, 2011

Big WOW to this...

Emmmm.. nak share ke tak eks.. (my bad side kata tak perlu share.. biar diorg cari sendiri, and my good side plak kata, its a no ending rewards for sharing this knowledge, at least your free time bermanfaat hehehe) mcm cerita fairytale plak ada angel yang baik and yang jahat tuh wakakakaka

Have you ever been to this blog??? 

Its a chinese website, but you can simply read it in Google translate
Sooooo many things here... and its free.. with pattern and tutorial
Wahhhh this Chinese blog memang sungguh murah hati kan..
See all these bag & purse
Applique pattern
Quilt Block
Quilt Project
Dolls pon ada jugak

All in all everything are here..If I were to try all their tutorials and patterns, my sewing project wont see an ending point hahaha

Apa kata kalau kita pick a sewing project a month and sama2 buat, macam sew a long MyBotng and Anic tuh? kita jadikan sewlover sew-a-long plak hahaha

Oklah.. leaving all of you with the website first.. look around and you will see soo many beautiful things there..
Byeeee

Regards;
 

Isnin, Julai 25, 2011

Another tulip hat....

Projek dikala bermalas-malasan lagi..
saya sebenarnya dalam proses untuk clear off semua tempahan yang ada. Taklah banyak pon sebenarnya. Seriously, if I list down all orders, all of you will laugh at me hahaha.. boleh gelak guling2 tau..
Adalah 2 3 ketul tempahan tapi alahkan tokey butik bizinya LOL

Niii projek waktu relex jer, dah potong kain lama dah, so I took about +-30 minutes to sew this. Itupon sebab ada simple mistake, kalau tak lesser than that boleh buat.. really simple.. u should give a try also..
Too small for Izzah, so botol air je lah jadi modelnyer yerrr

Ada sesapa nak cuba tak?
This pattern more suitable to boy, think sooo
I took the pattern and tutorial from handmadenokokoro blog here


Another one week to go for Ramadhan kan.. This week, apart from sewing, I was soo busy with the house chores.
Kalau boleh nak sambut kedatangan Ramadhan ni dengan serba baru, bukan lah semestinya baru beli, tapi nak suasana baru, bersihkan rumah, mop lantai, clean the cooker hood yang dah nak menitis minyak nyer tuh (wakakaka) change to newly washed curtain etc etc.
Dan ramadhan kali ini adalah TERSANGAT istimewa.., sebab apa yang saya selalu impikan selama ini akan menjadi kenyataan.. well.. tak boleh cerita detail kat sini.. tunggu ianya berlaku baru saya akan cerita detail apakah itu... ok. Hopefully segalanya berjalan dengan lancar.

Satu lagi.. bila dah nak Ramadhan, mesti semua orang dok cerita pasal baju raya kan kan... baju raya warna apa tahun niii.. sedondon tak?
Izzah dah dok tanya baju raya dia, saya memang terasa amatlah malasnya nak buat baju raya. Rasanya last baju kurung yang saya buat untuk diri sendiri adalah raya tahun lepas. Itu pon jarang2 pakai. Tahun ni tak perlu pakai sedondonlah kut.. pakai ikut suka nak warna apa je lah eks... life is full of colours.
Maybe next week bawa Izzah pergi nagoya and pilihlah kain mana yang dia suka. I bet it will be pink.. as usual hahaha.


Salan Isnin semua...

Regards;

Jumaat, Julai 22, 2011

Netbook sleeve in Black and White

Amboi.. sapa tu agaknya berdating

Si gemuk and si kurus in love nampaknya hehehe


Actually this is a Netbook sleeve in black and white theme, dengan applique kuching 2 ekor nii (rasanya diorg tengah tunggu "tikus" kat dalam tuh kut hehehe)


With pocket infront, senang nak isi apa2 document, or even the accesories


Harap tuan punya nya berpuashati yerr.. TQ

Regards;
 

Khamis, Julai 21, 2011

Jom cantikkan baju raya kita... (tutorial)

Sekarang dah jarang orang buat baju kurung yang ada "tulang belut" kan.. or even "mata lalat" pon. Ramai yang berpendapat tak perlu pun sebab takde orang tengok kan.. dok terperuk dalam tudung jer.

Ok kalau anda dah tempah baju tanpa "tulang belut" or "mata lalat", ataupon beli baju yang dah siap jer, why not kita cantikkan skit baju kita dengan jahitan "pucuk rebung" dan manik niii... terutama kalau baju anak2 kecik yang masih belum pakai tudung tuh, mesti bertambah manis kan kalau jadi camni.. (panjangnyer ayat pembuka bicara tutorial saya kali ni hihihi.. sesungguhnya tutorial ini bukanlah untuk otai2 tailor, cuma untuk beginner and amateur mcm saya jer yerr)


Yang kita perlukan adalah benang, jarum, gunting dan manik bulat yang agak besar.
(Boleh jugak menggunakan benang biasa tapi 2 lapis)
Kita menggunakan basic blanket stitch jer yerr.. senang gitu..
Harap gambar di bawah clear enough.. saya tak pandai nak mengarang ayat nak explain in detail..

So camna? senang tak?
buat kat baju melayu Teluk Belanga pon cantik tau.

Dan saya sungguh gembira sekali hari ini kerana baju ni dah siap sepenuhnya... sorry takde gambar baju sepenuhnya yerr

Kepada tuan punya baju, harapnya berpuas hati yerr

Till then byeeeee

Regards;
 

Rabu, Julai 20, 2011

Scrap and me.. again

Nak menjahit.. tapi tak tau nak jahit apa..

Then bila mengemas tempat menjahit niii.. macam2 lah jumpa yer..
contohnya scrap yang kecil2 ni, nak buang sayang, macam boleh guna lagi..

Disebabkan saya malas nak susah2 pikir nak jahit scrap ni kecik2 ni, saya try QAYG.. uihhh camno nak sebut ni.. ayat penuhnya Quilt As You Go, sajer2 cuba teknik baru. Wahhhh memang best mencantum scrap sesuka hati tanpa perlu pikir seam allowance semua nii.


Dan dapat jugak mengabihkan scrap batting yang kecik2 ni jugak


 So kiranya semua from scrap lah... tengok binding tuh, berapa banyak sambung ntah.. all in all from scrap and now sitting infront of me, in the office... being my mug best companion ever after


Kepada otai2 quilt mesti tak heran dah dengan QAYG ni kan. But really a new thing to me. Its very much easier that any other technique.. but the pieces should keep on bigger and bigger.
Kepada yang first time dengar, maybe boleh search kat pokcik Google yer.. maybe you can find something and normally its free as long as you pay your internet bill hehehe


Regards;
 

Selasa, Julai 19, 2011

Tools in d'hauz : Walking foot

Pertama kali menggunakan kaki berjalan ni.. or berjalan kaki? aishhh mana kakinya.. hihi.
Its my walking foot
Disebabkan kesilapan kecil, habis bengkok jarum wakaka

But I am satisfied with this new tools
- tiada lagi batting yang tertarik n berkedut
- tiada lagi bahagian bawah (backing) yang berlipat-lipat dan bertindih


Lesser stress when quilting using thick batting


Still WIP... takleh tunjuk semua lagi hehehe


Agak2 ada lagi tak tools yang lebih senang digunakan untuk quilting eks.. sudi sudilah kongsi dengan saya.
Dan betul ke walking foot ni sesuai untuk quilting eks.. sebab bila tengok kat manual installation untuk walking foot ni, ianya tak cerita pon pasal quilting, but lebih sesuai untuk jahit vinyl or leather.
Sudi2lah kongsi ilmu dengan saya yerr

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan
...tetiba nak berpantun plak di pagi Selasa ni yerr..


Regards;
 

Isnin, Julai 18, 2011

Strawberry Red Hat

Ingat tak lagi tulip hat for Izzah that I posted recently..

Saya tak cerita camna saya dapat idea untuk mencari pattern tulip hat tu kan..

Wokey.. sebenarnya sebelum saya jumpa tulip hat pattern tuh, saya sungguh berkenan dengan strawberry hat by Mairuru here... sangat berkenan dengan Miyu yang sungguh cute itu. Then saya search Tulip Hat in Japanese, barulah terjumpa free pattern ni... those yang teringin nak try pattern ni boleh tengok link kat my previous posting ok.

Honestly pattern ni sangat senang, even beginner pon boleh buat. Even if you dont have any sewing machine... The strawberry hat sewn by Mai was actually handsewn, and kalau ada sesapa yang takde mesin jahit but teringin nak menjahit, do visit Mairuru's blog, there are so many inspiring project handsewn by her. So takde masin jahit bukanlah alasan kan.. 

Dan inilah hasil strawberry hat saya hehehe... yang ni kecil skit dari topi Izzah arituh. Daun-daun tuh saya buat ikut kreativiti sendiri jer. Rasanya kalau guna felt lagi cantik dan senang nak jahit kut. Taklah berpuashati sangat, tapi tetap cantik di mata saya.


Maybe kalau masukkan sedikit fiber akan nampak lebih pluffy kut eks...


Teringin nak tengok someone pakai topi ni.. siapalah yang sudi yerrr...



Regards;
 

My Curvy Cluth.. in classic n romantic pink

Semalam saya bersemangat sungguh nak update blog, tetiba PC buat hal, tak boleh buka plak dah. Aiyoo.. hilang semangat nak berblog tau (sekejap jer hehe)
Nak buka netbook malas plak, bukan apa, cinonet sangat screennya.. kalau mcm PC kat opis ni kan best.. 19 inci terus, terang bederang mata hitam ku

Arini saya nak update pasal curvy cluth saya ni.. actually saya tak beli pon pattern curvy cluth from keykalou, yang saya beli hanyalah Half Moon Handbag pattern, also from keykalou. Tapi bila saya tengok curvy clutch ni kat blog Shida Sonice.. kenan plak hahaha. Maka dengan sesuka hatinya saya telahpun mengubah pattern halfmoon handbag tuh jadi curvy cluth ni.. agak2 ada iras2 tak curvy clutch eks hehe.


Agak besar kat dalamnya.. boleh isi purse saya yang besar gedabak tuh..
Rasanya kalau saya buat dua "telinga" D ring tuh boleh terus jadi handbag kan.. aiyakkk lepas ni boleh try lagi lah camni

Yang sebenarnya saya dah lama buat cluth ni.. since bulan April lagi.. tapi cuba tengok apa jadi kat bawah niii.. sapa boleh teka 2 kesilapan saya niii

Akhiranya setelah sekian lama terperam dalam UFO box saya tuh, last week baru saya tetas balik and jahit semula with the correct way.. dan tak lupa "couple" magnetic button tuh yerrr..

Kepada yang berkenan sangat2 dengan curvy cluth macam saya nii.. maybe boleh le tanya2 kat blog Shida Sonice or  Sue MyBotang yer.. they are making so many beautiful curvy cluth.

Selamat kembali menjalankan tugas dihari Isnin.. BYE

Regards;
 

Rabu, Julai 13, 2011

blogrimbun with 200 follower..

Bagi orang lain mungkin takde hal kan... setakat 200 follower kan kan.. apalah sangat. but for me its really mean something to me..

Because my blog bukanlah blog glamer pon... bukan blog cari duit pon, yang tunjuk monthly cash out riban2..jauh sekali blog gossip artis kan.. its really an ordinary craft blog, with sharing and learning in crafting especially sewing things.

To all my follower, sama ada yang kerap berkunjung kesini and be a silent reader, or actively commenting, I really appreciate all of you.. TQ TQ

Dulu2 saya dok terfikir nak bagi some token to my 100th follower but tapi tak jadi sebab its someone too far away.. I think she was from Russia or something
And now I am thinking of extending the token of appreciation to my 200th follower
Therefore.. to Yati Noor, hope you can email me your address to my.milakamila@gmail.com 
Apakah "token" itu??? tunggguuuuu yerr hehehe. 

LOVE all of you my blogger friend.. TQ



Regards;
 

Selasa, Julai 12, 2011

Anic-Lohas Sew Along : Patchwork Wallet (Week 1)

Week 1 - 4th - 10th  July (Creating the outer piece)

Making wallet??? Once again?? hahaha
Actually, my past experience with wallet making was not a succes story.
some of it peacefully sitting inside my UFO box.
But as usual.. its not the end of it.. and when Anic mentioned about a wallet making sew along, wow.. its a great time for us to learn and share the wallet making journey together..

Since I am a bit occupied lately, I missed the 1st week deadline, and here it is my outer piece..

I choose linen fabric for this wallet, thick linen for the outer side, and the lining (not in the picture) is actually a light weight linen. Quilted with the decorative stitch..
 Ok thats all, i havent cut the cards compartment yet.. till then..

Anyone would like to join??? belum terlambat, come and visit Anic here for the tutorial and progress..


Regards;

Isnin, Julai 11, 2011

Make up bag???

Terasa malas nak update blog lately nii.. banyak concentrate nak siapkan sulam sahaja. alhamdulillah dah siap kedua2 belah tangan, and baju pon dah siap, tinggal nak sulam keliling kaki baju jer.. huhhh panjang lagi perjalanannya tuh. tapi once siap, thats it..

Dan juga setakat hari ni saya tak berniat dah nak buka kembali tempahan sulam cabut nii... terasa amatlah malasnya. Sesiapa yang berkenan dengan sulam tersebut, silalah buat sendiri yer... tutorial dah ada tuh.

Semalam jugak saya dok membelek majalah Anjung Seri yang baru keluar dari envelop, walaupon dah lama terima hihihi.. then mata saya terpaku dengan all the patchwork wallhanging, cushion cover etc etc.. Sungguh cantik sekali and I dream of my home to be like that. And that is my original plan when I start sewing and learning from the net. Tapi lately nii, bila saya dok prioritize my work to finish the order, saya dah macam tersasar dari landasan plak dah.. arghhh. My quilt wallhanging yg tak siap2 tuh bilalah nak disiapkan.. whoopss.
Kena balik kepangkal jalan nampaknya, my home is my priority, and I sew not to earn income but merely to share and satisfy myself... sewing is my hobby.. not my part time job.

Dalam kebizian (ayat apolah niii) sempat jugak saya print pattern form this korean blog, called English Bag Pattern. Nampak cantik dan simple.. easy to do. Actually dah lama print tapi hanya semalam sempat saya potong kain n jahit jer terus. Since ianya hanya menggunakan serger, memang cepat jer siap.

At first saya sangkakan this is a failure project, the zipper looks terribly wrong, bengkang bengkok n susah nak buka. Then I tried to iron it.. and opsss its turns out very well. Zipper tuh dah senang di buka dan nampak lurus jer. Wahhh magic of ironing kut hehehe


Dan inilah barang2 make up saya yer wakakaka
 Nampak tak tuh eye shadow warna biru n coklat.. and ada jugak hijau tuh hahahaha..
Nampaknya senanglah saya nak bawa my sewing material to office, supaya dapat memanfaatkn masa terluang during lunch hour..


Bye kawan2...



Regards;

Isnin, Julai 04, 2011

Beg lagi dan lagi

Salam pagi Isnin semula, selamat memulakan tugas ye..
Pagi-pagi Isnin macamni, terasa macam nak sambung tidur jer kan, padahal kalau pagi Sabtu atau pun Ahad, segar jer mata duduk depan mesin jahit hahaha..

Semalam saya siapkan satu beg telekung. Seronok buat beg ni.
And then saya dok teringat sejadah muka yang Kak Dee and Kak Ros pernah cerita kat blog diorg, emmm why not buat satu kan.. as a trial.

Nak kata sedondon tuh taklah.. cuma piping tuh jer yang sama.. bukan apa, takan nak buat sejadah kalau gambar coffe kan hahaha. Nanti kut orang yang tengah solat tuh dok pikir nak minum kopi jer memanjang, tak khusyuk solat plak dah..


Yang ini plak another bag, the earlier version, actually dah lama buat, tapi kureng puas hati..
Sebab apatuh? sebab agak lembik, saya menggunakan thin batting, but when it combined with light weught cotton as a lining, beg ni jadi tak berapa cantik lah plak. Yang atas tuh saya guna heavy cotton as a lining, nampak sturdy skit...

Emmm that is me.., I learned it hard way through experience..
From these 2 bags, the choice is up to the customer.. yang mana satu yang di pilih.
Dan terima kasih jugak kerana sudi menempah, so that I can keep on sewing and learning...

Ada tak sesapa minat cerita nii??

Actually saya tak pernah downloading any movie before.. but dik kerana drama ni, I learned on how to download it from the net.. huhuhu.. nasib broadband kat rumah tuh tak banyak songel.. kalau download early in the morning, takes on about 30 minutes to download a 1 hour 350mb video... maybe kalau dengan Unifi lagi laju kut eks.. but its ok, I had successfully downloaded 12 episodes during the weekend.. waiting for the next episode.. yuuhuuuuu (nampaknya banyak projek jahit terbengkalai ler this few days hehehe)
I Love Korean Drama

BYEEEEE


Regards;