Pengikut

Jumaat, Ogos 30, 2013

Telekung Chomel update..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Updating ting ting ting...
Macam jual ais kerim plak kan..

Antara telekung yang disiapkan selepas raya..
Yang di siapkan sebelum raya arituh tak sempat nak kumpul gambar, siap jer terus pos sebab takut stuck kat Pos laju plak time nak raya  tuh kan...

Ada jugak 20 pasang telekung yang dah berjaya disiapkan, order pukal pertama yang diterima. Buat masa ini saya put on hold dululah order pukal ni... kena review balik camna nak manage pukal ni.. or else, mungkin concentrate ngan order biasa jer...

Pst.. psttt... seronok dapat gambar dari customer tau....
Introducing.. Nana with her new telekung... comel kan... dannn nampak tak bantal kat sebelah tuh wink wink :P

Balik raya arituh saya ambil kesempatan untuk restock kain love ni...
Tapi taklah banyak mana pun yang tinggal, cuma 9 meter jer pun huhuhu... 

So kepada customer or bakal customer yang berminat dengan kombinasi pinkdot2 ni, bolehlah email saya ok. Kalau nak match dengan body putih pun cantik jugak.

Dan yang ini ganti bagi pinkdot4 yang lama, kain ni saya beli di Jakarta arituh.
Sebelah tuh contoh kalau match dengan body putih..

Oklah kawan2... terima kasih atas tempahan.
Paling menggembirakan bila dapat tau anak2 kecil ni ter'motivate' untuk solat bila dapat telekung yang cantik... 

Wassalam


Regards;
 

Khamis, Ogos 29, 2013

A KitchenAid Cover

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Warming up mood jahit yang suam2 kuku ni..

A KitchenAid Cover
Order yang dah sekian lama, actually this is last order in the list yang saya plan nak siapkan sebelum puasa.
Tapi... disebabkan saya dilanda selsema yang teruk sampai sebulan-sampai deria bau pun hilang huhuhu- (lepas balik dari Jakarta arituh)... maka time badan tak sihat, entah berapa kali dok tenung kain ni hihihi... padahal simple jer, tapi idea macam dok kena blok... penangan badan tak sihat kan...
Apa pun... terima kasih kepada cik pelanggan yang memahami dan sabar menunggu.
Cabaran buat kerja kreatif ni camni lah kan.... kena berfikir, bila badan tak sihat otak pun jadi beku.
Cabaran buat baju orang plak kena ukurannya betul, kalau tak kang tak sedap pakai.. betul tak cik2 tailor semua..


Sulam gambar mixer tuh saya dapat free pattern from Juliasneedledesigns
At first nak combine fabric Dessert Party ni dengan plain black.. tapi nampak mcm gelap sangat, so the best combination yang elok di mata saya adalah denim. This is soft denim.


Actually its a pocket.. boleh letak resepi banyak2 dalam ni hihihi

Ini bahagian belakang 

Dan gambar bawah ni bahagian dalam... polkadot dark pink gitu... both boleh digunakan.

Oklah.. setakat ini dulu saya melaporkan dari bilik jahitku yang masih malap, suram dan kelabu ahaks!
Ada beberapa order menunggu... tapi saya baru nak buat listing ni.
Pada yang dah email order masa puasa dulu (or sebelumnya) silalah confirm balik yer, saya "malu" nak follow up sebab takut macam memaksa plak (boleh tak gitu!)
Yerrr.. saya memang camtuh, kalau customer senyap jer, saya assume tak jadi.. takut customer malu nak cakap tak jadi hihihi. 

Wassalam....

Regards;
 

Jumaat, Ogos 23, 2013

sekitar Aidilfitri 2014...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mood raya lagi kan.. (apa taknya, arini tak puasa, ada jamuan raya di ofis)

Raya pertama kami di Temerloh
Ica dangan kak long..
Bukan main baiknyer dia orang ni, sampaikan bila kak long nak balik pun Ica nangis nak ikut hihihi
Wan kesayangan Ica, Mak kesayangan kak long...
Baju feveret kak long ni tau.. kembang setaman.
Ini 2nd attempt peplum, yang first buat baju raya tuh... tak berapa nak kembang, ini memang kembang setaman..
Kak Long nak pakai shawl tahun ni... guru berkalibernya adalah makteh sebab umi tak pandai pakai shawl hahahah
Bila kelahi dok jauh2 yerrr... tapi kejap jer, pastu gelak sakan

Raya ke empat (Ahad) kami balik ke Kuching..
Ganas tapi comel ni tau... si azib
MakAnjang memang tak larat nak dukung Azib ni lama2 tau... sekadar ambik gambar je lah yer.. udah 15kg ni, umur baru 2 tahun 2 bulan yerr

Susah benor nak ambik gambar budak sorang ni senyum


Hari raya ke 8 (Khamis) kami ke Lundu, jauh jugak ni.. macam balik dari KL ke Temerloh, cuma bukan hiwaylah... Jalan biasa jer, dekat 2 jam baru sampai.
Hala pergi kami ikut jalan baru, tapi hala balik kami ikut jalan lama, yang masih lagi guna feri huhu
Jakun jer naik feri... siap ambik gambar lagi hihih

Si kakak ni tak suka kawan dengan Azib hihihi
Dah Boy kan... ganas skit, terpaksalah kakak simpan jer shawl and pakai tudung camni jer, kalau tak jenuh ler nak baiki bila kena tarik dek Azib 

Penuh satu feri ni, kejap jer nak sampai seberang, dalam 10 minutes kut

Sebelum balik memang tak sah kalau tak ke Gambier  Street kan
Jalan2 cuci mata, sambil cuci poket
Inilah yang saya jumpa...
Japanese cotton, texture macam linen dan agak tebal but soft
Harga? Surpriseeee... RM12 per meter
Tapi ini memang dah remnant yang diorg pack by meter... bila remnant ni kena low expectation skitlah, Tapi takdelah cacat sgt pun, takat ada dot hitam kat selvage.. tak nampak pun.

Dan tak lupa shopping kek lapis.
Normally kami beli sikit jer, takat yg feveret jer, tapi this year ada kawan2 yang berkirim, so beli banyak jugaklah. Boleh masuk kotakand masuk kargo jer


Yang best kami naik MalindoAir (for first time!), so tak jadi masalah dengan beg. Kalau naik AA, dah ler limit kuantiti, limit berat lagi huhu.
Dari segi harga, Malindo ni lebih kurang jer dengan AA, yang lebihnya:
- Free baggage up to 25kg per person
- Comes with free snack, ala pergi dapat sandwich, balik ada sepotong kek dengan air mineral. Kalau nak beli tambahan seperti nasi etc, RM12 per meal. At least those yang tak beli makanan ada jugak snack & air kan.
- Dedicated seat, TAK PERLU BELI :P
- Ruang kaki yang luas
- Individual entertainment. Plan asalnyanyer nak tidor jer, tapi hubby buka plak cerita indonesian, Suka sama Suka ke erks.... title pun daku tak hengat. Pasal dua orang lelaki yang menyamar jadi gay sebab nak duduk menyewa rumah perempuan.

Oklah.. itu sahaja takat ini...
Sampai jumpa lagi, hopefully no more cerita raya ahaks!
Wassalam

Regards;
 

Rabu, Ogos 21, 2013

Surah 50 : Qaf

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar kawan-kawan?
Rindunya kat blog ni, rasa macam dah lama tinggal jer hihi
Miss me?? :P

Hari ini dah berapa hari bulan Syawal yer? Mokcik ni dah lost track on raya dah.. almaklumler bila dah balik kerja kan. Kerja yang ada ni setia 'menanti', Cuti jer yang selalu 'pergi' hihi

Sini sana masih lagi dengan mood raya kan... (mood dengar lagu raya kat opis ler ni)

Cerita pasal SEWING ROOM saya put on hold dulu... banyak telekung2 yang disiapkan sebelum raya arituh, semuanya dah diposkan, ada jugak yang tersilap tarikh, ingatkan due date lepas raya, rupanya hari raya wakakaka... Mokcik dah tua nampaknya, maafkanlah mokcik yer. 
(Kepada cik pelanggan yang dikasihi, jangan marah kat saya lagi kerana terlupa due date tu yer... dan maafkanlah saya yer)

Wokeylah... jom kita tambah ilmu dan kefahaman kita kepada AlQuran.. jom dengar kuliyah tafsir dari Ustaz Abdullah Yassin ni..

ALQURAN :: Percaya + Faham + Amal + Sebarkan

Rasanya saya masih lagi di tahap paham dan amal... itu pun belum sepenuhnya :(
Harapnya dengan saya share video ini, ada adalah share dalam tahap "sebarkan" tuh






Regards;

Sabtu, Ogos 10, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SALAM AIDILFITRI buat semua pengunjung blog ini
Our happy family....
Banyak yang ingin di ceritakan tetapi hanya di dalam angan2 hihi
Moga segala amalan kebaikan yang kita lakukan semasa dalam Ramadhan dapat diteruskan..
Wassalam

Regards;