Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Home Improvement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Improvement. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 14, 2014

Food warmer a.k.a Lunch Box review

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

I bought this few months ago..

Apa ke mende nyer nih?
Inilah bekal mokcik ke opis, sebab kawasan opis ni dah kurang choice kedai makan, so bawa bekal sendiri lebih menarik dari beli kat kat kedai. Bekal pun sempoi2 jer, apa jer balance dinner semalam, pack ke ofis, jadilah lunch plak hihihi.
Alkisahnya, kalau makan makanan yang sejuk tekak makcik ni segan skit, nak panaskan dalam microwave makcik tak kenan... maka tercari2lah sesuatu yang boleh memanaskan makanan dan ianya mestilah portable (banyak benor syaratnyer weih!).

Cari punya cari, terjumpa food warmer nih... (ini yang termurah & locally made, lain2 mahal & made in china)
Maka mokcik pun order ler satu..
Nak terus bagi review, rasa macam tak best plak, so dah pakai berbulan2 baru bagi review hihi

Dari luar nampak besor benor bekal nih hihihi.. (Melantak ke apa!)


Tapi sebenarnya kecik jer, sebab bahagian bawah tuh ada warmer, tapi kalau isi nasi sampai penuh memang boleh makan 2 orang jugaklah (dosage mak cik lerr).
 Sebelah tuh ada bekas sup, boleh dikeluarkan dan ada penutup asing.
Dekat2 nak makan jer boleh cucuk kat plug dan ianya akan start panaskan makanan. takes about 10 - 15 minutes jer cukuplah, jangan lama sangat sebab kalau tak nasi tuh akan jadi agak kering.
Nak basuh plak senang jer, tutup jer tempat nak attach wire to plus point tuh, dah boleh basuh, Asalkan jangan rendam dalam air dah ler..
Bekal makcik tengahari ni yerrr...
Ikan kembung masak asam jer (ada org panggil masak pindang kan)
Pastu ada set ulam kacang botol yang takde dalam gambor nih. Sempoi gitu.... (diet ler sangat kan)

Sekian review (erkk cerita je pun) dari mok cik yerr
Kalau sesapa nak tapau satu boleh survey kat sini http://www.lazada.com.my/trio-electric-lunch-box-tlb-891-131278.html 
Tapi korang jangan rely kat sini jer yer.. trylah survey2 kut dapat murah lagi kat Groupon ker kan..

Wassalam

Regards;





Khamis, Ogos 29, 2013

A KitchenAid Cover

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Warming up mood jahit yang suam2 kuku ni..

A KitchenAid Cover
Order yang dah sekian lama, actually this is last order in the list yang saya plan nak siapkan sebelum puasa.
Tapi... disebabkan saya dilanda selsema yang teruk sampai sebulan-sampai deria bau pun hilang huhuhu- (lepas balik dari Jakarta arituh)... maka time badan tak sihat, entah berapa kali dok tenung kain ni hihihi... padahal simple jer, tapi idea macam dok kena blok... penangan badan tak sihat kan...
Apa pun... terima kasih kepada cik pelanggan yang memahami dan sabar menunggu.
Cabaran buat kerja kreatif ni camni lah kan.... kena berfikir, bila badan tak sihat otak pun jadi beku.
Cabaran buat baju orang plak kena ukurannya betul, kalau tak kang tak sedap pakai.. betul tak cik2 tailor semua..


Sulam gambar mixer tuh saya dapat free pattern from Juliasneedledesigns
At first nak combine fabric Dessert Party ni dengan plain black.. tapi nampak mcm gelap sangat, so the best combination yang elok di mata saya adalah denim. This is soft denim.


Actually its a pocket.. boleh letak resepi banyak2 dalam ni hihihi

Ini bahagian belakang 

Dan gambar bawah ni bahagian dalam... polkadot dark pink gitu... both boleh digunakan.

Oklah.. setakat ini dulu saya melaporkan dari bilik jahitku yang masih malap, suram dan kelabu ahaks!
Ada beberapa order menunggu... tapi saya baru nak buat listing ni.
Pada yang dah email order masa puasa dulu (or sebelumnya) silalah confirm balik yer, saya "malu" nak follow up sebab takut macam memaksa plak (boleh tak gitu!)
Yerrr.. saya memang camtuh, kalau customer senyap jer, saya assume tak jadi.. takut customer malu nak cakap tak jadi hihihi. 

Wassalam....

Regards;
 

Isnin, Disember 10, 2012

Puff Cushion/Pillow Tutorial

Hi everybody, happy Monday morning

It has been a long time since my last tutorial right, and today I'm happy to share with you another quick pick tutorial. Just a quick puff pillow. I spend less than 2 hours working on this and its really a fun sewing... a scrap busting project



What you need :-

Fabric A=16 pieces of 4.5 inches square
Fabric B=16 pieces of 4 inches square
1 piece of backing fabric about 14.5 inches square (not in the picture)
Optional : 2 inches ruffles or lace or you can also use piping 
And not to forget : lofty fiber scrap from my previous project. Alternatively you can use loose fiber or kekabu

Sew Fabric A to B by making pleat in the middle ( see pic. above)

Arrange the square in 4x4 row and sew it together

Add the ruffles

Attached the backing fabric and leave an opening to turn the inside out(my backing is a 15 inches square, so its a bit bigger than it suppose to)

Cut a small opening at the back of each square(watch out for the front fabric) and insert the fiber

Insert all squares and turn the inside out.

Secure the opening by handstitch or you can also top stitch it.


NOW ITS READY TO USE


Selamat menjahit dengan senyuman...

I am linking to:
http://craftomaniac.blogspot.com/ 


Regards;
 

Isnin, November 12, 2012

Hooded Baby Bath Towel (For sale)

Jalan-jalan on the net cari ilmu baru, tetiba terjumpa tutorial Hooded Baby Bath Towel, terkenan plak nak try
Nampak comel dan sangat praktikal untuk baby kan, selalunya lepas mandi mesti nak selimutkan baby dengan kepalanya sekali kan, so hooded baby bath towel ni memang sangat praktikal

Saya beli satu towel dewasa yang medium thick + satu towel kecil untuk hooded tuh, dan inilah dia, 2 helai hooded baby bath towel, pink for girl, and green can be for boy or girl

Saiz towel ni 27x27 inchi
Matching binding with deco stitch... comel tak?

Oklah.. saya takde baby, so terpaksalah saya pinjam baby to my baby hihi... saiz patung ni kecik skit (kut) dari actual size for newborn baby



Ada sesapa berkenan dengan towel ni?
Since saya ni takde baby... isk isk hihi, so saya nak jual jer bath towel ni at introductory price of RM45.00 each, inclusive of posting using registered post within Malaysia.
Email me for further details ok

Pink - Available-
Green -SOLD-

pst pst.. being generous me, I share some of the online tutorial that I found


Regards;
 

Selasa, Oktober 30, 2012

Its "RE" = repurpose-redo-recycle-refashion

Sewing is my therapy
or
therapy sewing
What everrrrr

Bila saya dah tension dengan macam2 hal, saya tend to doing something without rule.. but not breaking any rule or breaking into somebody house yerr hihi
Its sewing without rule..

Here are another batch of hubby's XXL shirt, telah di lunyaikan (opsss bukan tension kat hubby tau)...
I cut it into 9 1/2 inches square ..
and
Turn into..... ezy pezy blanket... single size (kut) 55x80 inch

Backing with 2 meters of fabric, mitered corner without binding..

I love this method soo much, easy, jimat fabrik dan cepat tapi still nampak cantik dan sangat kemas. 
Ada saya tengok tutorial, tapi kat mana ntah, nanti kalau jumpa balik saya letak link kat sini ok.


Thinking of giving this to my mum in law.. 
bebila dia teringatkan anak lelaki dia tuh, bolehlah pakai selimut ni hihihi... 
or else.. 
bebila dia pakai selimut ni, mesti dia ingatkan anak lelaki dia tuh.. boleh tak camtuh?

Bila cakap kat Izzah camtuh.. dia pun pelik.. "aikkk ayah kan dah besar, napa nenek nak ingat2 lagi?"



My answer... "No matter how old you are, as a mother, you will always be my baby" betul tak kawan-kawan? 
Kekadang saya terfikir.. kita mungkin berjaya dalam kerjaya or apa sahaja yang kita lakukan, dan ada masanya kita menyangka itu adalah atas daya usaha kita sendiri, tapi pernah tak terfikir, mungkin ianya adalah berkat doa dari ibu bapa kita, or ibu mertua dan bapa mertua kita, but doa tuh.. once we lose it, we will lose it forever.... so sementara mereka masih ada sepatutnya lah kita gembirakan hati meraka.
Hihi just a note to myself...

Till another story... Wassalam

Regards;
 


Rabu, Oktober 17, 2012

Quilted Table Runner : Love in Hot Red (For Sale)

Merahnya mak ngah...

Tetiba dapat ilham nak menjahit table runner, atas komen seseorang sebenarnya. Katanya kenapa quilt ni semua untuk baby dan budak kecik, mengapa tak buat untuk home deco.. emm betul jugak tuh. Kesian orang yang takde baby macam saya kan hihi.. tapi saya ada big baby girl, oklah tuuuuu

Plan asal nak buat kecil jer.. tapi terbesarlah plak, 19x56 inches (washed)

Belakang saya guna belacu.. dengan sedikit FMQ sana sini

mitered corner tau..

Jenuh pikir nak buat FMQ camana, akhirnya dapat idea camni.. ok tak?

Niat asal memang nak letak kat MyLilShoppe yang dah running out off stock dah, dah macam boleh tutup kedai tuh hahaha.. tetiba hati rasa sayang plak hahaha.. tak perr kutabahkan hati.... lelain kali boleh buat lagi.

Ok kalau sesapa nak ada table runner baru untuk Raya Haji ni silalah email saya ok. Saya dah basuh and ready to use
Harga pengenalan: RM100.00 termasuk kos pos (berdaftar)
Adiozzz


Regards;

Isnin, Oktober 15, 2012

Projek besar untuk diri sendiri..

Ingat tak cerita saya pasal shopping fabric kat Kuching awal tahun arituh.. aissshh sebenarnya saya pun tak ingat dah posting yang mana ahaksss, tapi sampai overloaded 20kg limit flight AA. Penangan shopping lupa diri.

Setelah kain2 tersebut ditolak kesana, tolak kesini (bulky, susah nak simpan!), akhir jadi jugakkkk
bukan takat satu tau, siap dua lagiiii perghhhhhhNIPU hahaha


set yang kedualah kononnyer

Opsss.. tidak sama sekali, cuba bayangkan camno yang simpan banyak2 comforter dengan rumah yang "besar" dua tiga kangkang kera tuh. Ada baiknya buat reversible. Kalau guna cadar set A, kita guna side A. kalau guna cadar set B, kita guna comforter side B ok... bijak bijak... 




Dik kerana malas nak potong2 kain, ambik je lebar kain dan lebar fiber (nasib baik sama jer saiznya), maka jadilah XXL nyer comforter. Padahal saiz tilam queen jer, tapi buat comforter saiz king..

Dalam bizi2 ni sempat jugak cilok masa jahit comforter ni, actually just guna pillowcase binding jer, malas nak buat proper binding kalau yang besar camni..

Yang mana satu kawan2 suka? pink or bunga2 besar tuh..
Saya pilih this side...

Happy Monday
Happy work day :P
Regards;
 

Jumaat, September 21, 2012

Cover cover lah skit yerr

Cover your aurah opsss... correction, cover your sewing machine :P

Sweet Lil Kitties in red..



Regards;

Jumaat, September 14, 2012

Coffee table pocket organiser

Dah pun ada new table runner...
The runner is perfectly fit to the table plus the anti-slip fabric, everything in my ok from my eyes..
Tapi..pst pst tuan rumah tak berapa puas hati lagilah.. Tuan rumah kata masih lagi bergerak kalau ditarik/tolak, so takut barang2 kat atas akan jatuh aissshhh
Nasiblah puan rumah ni kreatif dan tak cepat putus asa, kalau putus asa pun peram jer lah dulu, lelain kali cuba lagi hihii..

Then puan rumah dapat idea camni.. buat fitted tablecloth macam dining table tuh, then letak skirt dan alang2 isi poket terus... jadilah organiser. Lepas ni takyahlah nak peram tp tak menetas remote TV kat atas sofa tuh yerrr hehehe


Tengok bahagian bawah plak... fitted tau... rasanya kalau guna heavy cotton better lagi, sebab lebih keras terutama tang bucu tuh. Seriau jugak kut terkoyak ke kan, tapi so far ok jerrr


Letak balik table runner puan rumah yang cun tuh yerrr...


No more complaint yerr hihi (pst2 rasanya tuan rumah taklah puas hati sgt, cuma malas nak layan dah kut ahaks)

Sesapa yang tak letak remote TV and Astro tuh kat tempatnya siaplahhh!.. 
Pilih satu denda ni.. nak kena bebel or nak kena rotan hahaa..

pst pst.. kalau ada nak tempah sebijik camni silalah email yer... tapi ukuran meja hendaklah tepat tau.

Regards;