Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pedoman Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedoman Hidup. Papar semua catatan

Khamis, September 20, 2018

Sepi.....

Assalamualaikum...

Sepi betul rumah maya ni yer..
Sesepi kerjatangan tuannya..

Yer... kalau ada orang yang singgah ke FB shop acik ni, mesti nampak posting lama jer
Malahan dah almost 2 bulan acik senyapkan diri jer..
Ada tempahan yang acik kensel kan jer
Ada yang diperam, kerana tuannya kata tak urgent...

Sebab apa?
Inilah penyebabnya..
Bermula dengan pecah pecah di jari telunjuk
Dengan gelojohnya acik sesuka suki pergi guna krim steroid, pastu tak handle betul2, terus jadi teruk. Mana2 area yang terkena krim tersebut memang naik semula (cepat baik, cepat dapat balik huhu)



Sampai kehari ini, nak pegang gunting pun agak payah, walaupun much better
Gatal2 tuh kadang2 ada juga datang kembali

Alhamdulillah.. Allah tunjukkan jalan, bahkan dekat sahaja dengan rumah
Allah tunjukkan jalan untuk acik berendam hotspring, Kolam Air Panas kat Selayang ni plak just 10 minit jer dari rumah... Rahmah dari Allah
Apa pun, bukanlah sekali pergi terus ok, cuma memang nampak sangat improvementnya
Sekarang dah takde pecah2 yang ketara (but bila kena air ada lg skit2 pedih tuh), kulit pun dah tak terlalu gatal (manageable). Yang berair pun dah kering. But kena apply VCO selalu, sbb kulit kering dan bersisik.
Elephant skin kat lengan pun dah lembut..
YA ALLAH... sakit ini amat ku syukuri Alhamdulillah
Terima kasih atas ujian kesakitan ini, banyaknya Rahmah dari Mu yang aku tidak nampak sebelum ini..



Regards; Mila

Selasa, Mac 07, 2017

Syukur....

Assalamualaikum semua...

Salam sejahtera..
Dah pun hari Selasa
Esok Rabu..
Cepatnya masa berlalu..

 
 






Regards; mila

Selasa, Mei 10, 2016

Wakaf Telekung Kanak-kanak

Dimulakan dengan Bismillah..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cerita yang dah lapuk hihi..
Tapi sajer nak mengabadikan di blog ini untuk rujukan masa depan

Sejak dah 4 tahun jahit telekung ni... hanya sesekali jer buat kerja amal (berkaitan telekung maksudnya tuh)
Entah macamana, dapat idea...
Since kain warna biru ni tak banyak permintaan, (sebab tuh dah discontinue warna ni...) ada plak kain yang masih berbaki, adalah separuh kayu lagi kut

Pikir-pikir... ada baiknya buat projek amal
So terjahitlah 10 pasang telekung kanak2 saiz XL lebih kurang
Telekung ni simple jer, even takde ber renda pun... tapi in shaa Allah selesa untuk di pakai oleh si kecil
Dah lama simpan hasrat ni, semenjak terjumpa 2 beradik yang nak solat di RNR, tapi telekung yang ada semuanya bolos kepala mereka... kesian plak tengok dok cari2 pin.. tabarakallah


Blom abih citer lagi...
Tetiba terfikir plak.. kalau aku sedekah jer telekung ini, so that's it... tiada kesinambungan
So entah mana datangnya idea (dari Allah jua...). dapat idea jual jer telekung ini as wakaf, pada harga mampu milik RM25 sepasang
Alhamdulillah.. sekejap jer habis 10 pasang
Dan sekarang ni masih lagi dalam usaha untuk mengagihkan telekung2 tersebut. Almaklum waktu dan kederat terbatas... ada lagi 6 telekung untuk di agihkan, sasaran untuk projek ni adalah RNR n shopping kompleks jer, 2 telekung setiap satu tempat terpilih, tapi ikut pada kesempatanlah...
Dan kenapa plak dijual sbg wakar?
Sebab dari duit jualan tuh (RM25x10=RM250) boleh dapat satu kayu kain lagi dimasa depan... boleh beli kain untuk buat telekung wakaf lagi... jika diizinkan Allah...

Terasa kecil sangat amalan ini sebenarnya untuk diceritakan disini... tapi saya ceritakan sebab mungkin dimasa depan saya akan mungkin akan buat lagi program wakaf ni, dan mungkin akan di warwarkan di blog ni... (atas dasar mengajak orang lain berbuat kebaikan)
Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT

Wassalam

Regards;

Rabu, April 22, 2015

Kompilasi Milk Booster

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Ok adik-adik.. harini kita belajar pasal penggalak susu, ataupun dengan nama lainnya milk booster..
Adoaiii mcm dalam kelas tadika plak kan..

Sajer lah nak share kat blog ni pasal penggalak susu.. bagi ibu2 yang menyusukan. Kut2 ada manfaat kat kawan2 yang lain, dan jugak kut bermanfaat pada saya dimasa hadapan (kut berguna untuk zaman cucu cicit nanti kihkih)

Halba/Fenugreek
- surprisingly, halba ni takde dalam kamus berpantang mak saya huhuu (my main referral). Tapi memang sangat2 berkesan. Boleh rasa effectnya dalam 2 3 hours
- cara pengambilan :
#boleh rebus/rendam dengan air panas + honey = minum
#bahan utama dlm nasi nagang (pantang nampak nasi dagang.. mesti nak beli kihkih)
#masuk dalam kari ikan yumyum
#goreng tanpa minyak, tumbuk halus n campurkan dengan honey
#boleh jugak beli dalam bentuk kapsul tp agak mahal.. x berbaloi lerrr
#boleh didapati di bahagian spices di supermarket.. murah jer pun

Durian
- yang ni baru cuba, memang berkesan, next day effect
- dan ini memang ada dlm kamus my mum.. bole je nak makan time pantang asal jgn lebih2, moderation is the key

Pegaga
- masa pantang arituh selalu jer mak belikan pegaga, tp masa tuh takdenye nak kisah sangat dgn milk booster ke apa.. semua direct feed jer, bila dah ngepam ni baru terfikir, memang betuller milk booster
- boleh ambil sebagai ulam, boleh jugak buat kerabu (yumyum), blend jadi jus or boleh gak buat masak lemak (adoiii lamanya tak makan)

Milo/Horlick
- apa minuman dengan malt adalah penggalak susu bagi sesetengah orang, tapi rasanya bagi saya macam so and so jer

Kurma
- makanan sunnah kan.. since saya memang makan setiap hari, so tak tau ler nak kata booster ke tak.. but bagi sesetengah orang memang milk booster
-kalau dapat kurma ajwa lagi bestkan

Soya/barli
- arituh saya minum vsoy.. ooooo sedapnyerr.. rasa soya sebenar kiki opss iklan plok
- nak kata boost susu sampai berkilo tuh idok ler kut. for me biasa2 jer

red dates & longan
- yang ni dari petua orang cina rasanya... boleh dapat kat kedai2 herba cina or supermarket mcm JJ
- saya selalu gak minum, tapi emmm tak nampak sgt ler kesannya, cuma sedap n menyejukkan badan je lerr, boleh tambah biji goji jugak (saya baru nak beli, jumpa packing besar plak, terus tak jadi nak beli)

Badam
- roasted badam + low fat milk + kurma + kismis = blend... yummy
- saya rasa taklah jadi MB sangat tapi lebih kepada nak pekatkan susu jer pun

White Raddish/Lobak putih
- my milk booster... tapi saya tak reti sangat nak masak.. selalu buat sup jer, dapat 2 3 kali makan dah buat muka moyok kuikui

Jantung Pisang
- Yang ni mak pun suggest makan.. tapi mak kata kalau beli yang kat pasar tuh tak berapa ok sebab tak tau pisang apa. Sesetengah pisang tuh berangin huhu.. balik kampung je ler baru dapat makan nampaknya.

Overnight oat
-yumyum.. sedap

Chia Seed
-boleh tambah dalam overnight oat, ataupun masuk dalam air minuman
-make sure banyak minum air tau
-masuk dalam cookies pun sedap gak yumyum

Air sejuk/plain water
-minum air sejuk yang berpatutan, tapi jangan terlebih plak
-setakat ini saya cuma make sure ambil 3 liter sehari

Kalau baca2 di internet, brewers' yeast pun MB, tapi tak sure halal ke tak.. tak berani nak try

Pengetahuan pasal MB ni kadang tuh perlu jugak, tapi yang penting jangan terlalu obses dengan milkbooster sampai kita lupa yang sebenarnya above all, positive mind is the main key to successful BF.

Honestly saya bukanlah seorang ibu yang berjaya dalam BF ni... tapi bukanlah total failure.
Saya ibu yang berusaha kikiki

The key is.. enjoy your journey as a breastfeeding mother... enjoy every moment
Ada ibu yang susunya melimpah ruah, tapi keep on feeding the freezer not the baby, so bersyukurlah dengan apa yang ada setelah berusaha

Dan.. dan.. tak lupa... Yang Memberi Rezeki itu bukanlah kita, tapi hanyalah Satu, Yang Maha Kaya....





Regards;
Ibu Berusaha
  

Khamis, Julai 17, 2014

Diari Ramadhan 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Salam Ramadhan hari yang kerrrr.. erks 19 dah kan

Cepatnya masa berlalu

Dah habis 2nd trimester hikhik (istilah lain plak yer)

Emmm dah lama tak update blog kan..
Kesian tuan blog nih.. dah sihat skit, bizi plak
Dah sihat pun tapi belum jugak start menjahit lagi, dah ler ada order yang pending, harap sangat tuan yg mengorder tuh faham.

Saya bermuhasabah dengan ramadhan tahun ini yang telah pun berlalu dua fasa..
Saya terbaca cerita kawan2.. yang bangun awal untuk tahajjud, yang bersolat terawih... yg bersedekah..
hati saya jadi sedih.. sedih sebab ramadhan kali ini rasanya paling sedikit pengisian yang saya dapat lakukan. Rasa nak rotan jer diri sendiri.. kerana terlalu mengikut perasaan tak larat.. solat terawih pun sekerat sekerat.. adoiiii alasan apakah agaknya

Walaupun ramadhan bulan berpuasa, tapi paling orang suka post pasal makanan kan hihi..
Saya pun tak ketinggalan ahaks..
Sajer share menu kegemaran arwah abah bila dibulana ramadhan..
Biasanya setiap malam mak buat.. tapi kami semua dah muak..
Ini bukan puding roti tau...
Kami panggil kukus roti..


sesekala dibulan ramadhan ini terasa rindu plak dengan juadah ini..
Sesuailah dengan kami menu ini, tak banyak kos pun untuk buat kukus roti ini..
Cukup sekadar roti dipotong2, susun atas pinggan kukus, tabur gula pasir dan gula melaka, then curahkan santan. Kukus dalam 10 minutes. Dah siap pun..

Oh ya.. nak mempromosikan medjoul dates ni... lama benor nak share pasal ni, dari awal puasa, baru sekarang berkesempatan

Jom kita support saudara2 kita di Palestin, moga mereka tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan.

Sesuatu yang pasti, samada perang akan berakhir atau pun tidak, makin ramai anak2 yang ditinggalkan yatim tanpa ibu dan ayah. Oleh itu, janganlah kita beralasan lagi, cubalah untuk sponsor anak2 yatim ini melalui tabung2 yang ada seperti Aman Palestin, Aqsya Syarif, IRM etc. dari serendah RM150 sahaja sebulan(Aman Palestin) {RM170 Aqsya Syarif, RM220 IRM}.
Percayalah.. mula2 anda akan rasa agak susah nak peruntukkan sejumlah wang yang mungkin juga diperlukan oleh anda, tapi once you have done it, ianya tidak langsung tidak membebankan, bahkan berbondong2 rezeki yang datang dengan tidak disangka2 walaupun bukan dalam bentuk kewangan. Dari situ akan menambahkan lagi keyakinan kita pada ayat2 alQuran pasal sedekah ni..

Sekadar muhasabah diri dibulan mulia..
Selamaat menyambut lailatulqadar...


Regards;

Jumaat, Mei 09, 2014

Wasiat untuk anakku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dah dekat pun 11 May..
Apa istimewanya 11 May?
On 11, there is some one turn 12th....
Apart from hadiah2 lain yang dijanjikan (hadiah hari jadi ni kalau nak cerita punyalah panjang kan....)
Saya dah plan nak bagi dia buku ini...
But sebelum bagi.. off course ler mak kena baca dulu huhuhu.
Dah pun di topik2 akhir, dan sedikit komen... memang bagus dan mudah difahami... sangat relevan buat remaja zaman kini yang kecik2 lagi dah ada FB, WA etc etc..
Salah satu permintaan bufdey gurl nih adalah, nak buka akaun Fb when she turn 12... tapiiiiiii kita tengoklah yerr.. whether ayah bagi ke dok kikiki (itu alasan paling best yang sentiasa umi guna pakai :-P) #pastu umi lobby ayah..#

Ok.. wassalam

Regards;
 

Isnin, April 21, 2014

3M on Monday....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Isnin yang penuh keberkatan, sehari lagi Allah izinkan kita bernafas, walaupun tidak tahu, sampai ke petang or sampai tak hari esok

Monday bukan hari yang mendung, malas dan mondos... Monday seharusnya meriah mantap dan menceriakan, setelah 2 hari bercuti2.. 
Kalau ada rasa kurang cergas dihari ini, try berjalan laju2 or cuba leretkan senyuman pada sesiapa sahaja yang anda temui (perahsan motivator plak)... actually tadi terbaca kat mana ntah... tak kisahlah hari apa pun, kalau rasa lemau tuh try petua ini.

Kembali bersiaran dari bilik jahit.. windu nyerr weih!
windu dengan mesin jahit, last week sempat jugak saya mulakan mengemas bilik jahit yang dah serupa sarang tikus, (entah2 kalau tikus tengok pun, dia cakap sarang dia lagi cantik kut hahaha).
Skit2 saya kemas on weekdays, dan weekend baru nih dah boleh menjahit dengan selesa.... clean but not so clear

Siap jugaklah projek 3M ini

Muiz Muaz Muqrin... wahh meriah kan ramai anak lelaki macam nih...


Banyak boleh belajar menyulam nih... terutama bila nak edit guna Sewwhatpro
Masih lagi berkira2 untuk membelinya, bila erks ringgit nih nak kukuh skit. Kalau dapat rate macam dulu 3.1 kerr.. banyak weh jimatnya (dasar akauntan gitu ler kan.. sesen pun kira hihihi)


Ok jangan lupa event kita this weekend.. (reminder yang dah dengar sejak dari January uhuk uhuk) - malam tadi dah siap2 buat list buku2 yang nak dibeli - duit dah kumpul dari lepas raya arituh lagi - tambah fund dari umi RM100 - dengar cerita Ndok (ayah andak) nak bagi voucher buku jugak - aishhh rasanya kena bawa troli ler untuk budak kecik nih


Tengah fikir2 jugak lagi nih nak pergi hari apa, kalau nak pergi hari Sabtu, kena pergi awal pagi before 10, baru dapat parking dan orang tak ramai. Strategi kena ada hahahhahaha.

OK kawan2... thanks for reading
Wassalam

Regards;
 

Jumaat, April 18, 2014

Its Friday todayyyyyyy


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم



Image from google



Jangan lupa banyakkan selawat kepada Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Jangan lupa banyakkan sedekah
Jangan lupa banyakkan menginagti kebesaran Allah

Moga aku dapat mengakhiri hidupku di hari Jumaat yang mulia di negeri yang diberkati olehMu ya Rabbi, di saat ketika Kau redha padaku
Aminnnn



Regards;
 

Isnin, April 14, 2014

Aktiviti hujung minggu... CERITA PENAT!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berhujung minggu impian saya sebenarnya adalah... just lepak kat rumah depan mesin jahit miahahaha. Sungguh mementingkan diri sendirikan!
Tapi this week memangnya a tiring weekend... semua tuh (lepak ngan mesin jahit) hanyalah sekadar angan-angan
Nak menjeling mesin jahit pun tak sempat adohaiii

Izzah plak bizi dengan kelas tambahan on Saturday and attending seminar on Science and Maths kat UM on Sunday.
But sempat jugaklah ber "family outing" malam2 minggu.. menunaikan hajat anak dara nak tengok...
Best tengok dah last2... satu panggung kami punya hahahha. Yupppp  sesukahatilah nak duduk kat mana..rasanya not more than 20 people in the room. Beli tiket pun just before the show. Kalau time baru2 keluar, kenalah beratur panjang, kalau lambat dok mendongak ler jawabnyerr
Uihh hensem ler captain america nih, tapi udah tuo gitu...

Sempat jugak attending department outing kat ecurve
Seronoklah kat laser war zone nih... recommended!
Sempat mokcik berposing ngan machine gun tuh walaupun bateri phone nih dah nyawa2 ikan kihkih

Hari Ahad pepagi dah hantar Izzah kesekolah.. bas disediakan untuk ke UM
Kami mak bapak nih, terus ke taman tasik dating kikiki... rutin weekend kami memang walking and jogging satu round Tasik Metropolitan Kepong.. kalau Izzah ada, dia takmo.. unless ke Taman Tasik Titiwangsa sahaja..

Otw balik kami shopping barang dapur kat Giant..

Dan jangan tak caya, hubby beriya plak ler nak pergi membeli nihhhh
Photo : http://www.portable-bathtub.com/
Besar gedabak untuk rumah yang comel lote macam rumah kami nih tau.. Mana nak letakler ntah!
Ok lepas nih kita boleh berendam, mandi bunga, mandi buih.. apa2 je lah.
Percaya tak? kami dapat dengan harga RM350 jer? Clearance stock yerrr... asalnya RM400++, sesaja tanya kut dapat discount, terus jer ownernyer bg RM350.00.. angkut je lerrr.
Yang terlebih excited adalah si minah kecik tu ler hahaha, tunggu ler ayah rasmikan yer... jangan lebih2 dari tuannya hihi

Petang plak join sessi slimming & shaping kat terimee.... dah ada orang sponsor sesi menguruskan perut nih, ikut je lerrrr

Adehhh penat penat (korang baca penat dak erks).. rasa macam nak ambik extra cuti jer, nak duduk rumah tak buat apa2.. tido jer hahaha

Uikk tetiba teringat isu semasa, isu tudung senteng bertingkek-tingkek hihi..
saya bukanlah nak komen pasal sesiapa pun, setakat muhasabah diri sendiri
Perasan tak?
kita sebenarnya mampu membeli apa sahaja, at what price pun kalau kita berkemampuan, tapi kita tak mampu membeli keimanan kepadaNya tanpa hidayah & taufikNya, 
sebab itu kekadang kita mampu membeli pakaian mahal2 tapi belum mampu menutup aurat dengan sempurna.
Dan sebenarnya, menutup aurat dengan sempurna pun adalah rezeki dariNya. Rezeki yang Allah berikan pada yang terpilih, rezeki yang memerlukan kita berusaha mencarinya, sama seperti kita mencari duit, kena ada usaha. Sebab itu ramai yang dapat rezeki duit yang halal (sebab mereka berusaha ke arah itu) tapi belum tentu mampu membeli sesuatu yang halal, contoh pakaian yang menutup aurat mereka dengan sempurna. Ohhh.. sengguh menginsafkan, selama ini saya pun tidak berusaha bersungguh2 untuk menutup aurat dengan sempurna, moga Allah ampunkan saya dan rezekikan saya untuk istiqamah.. aminnn


Regards;

Isnin, April 07, 2014

Dalam Kenangan...

Assalamualaikum...

Rajin plak nak posting-posting cerita kat blog hari ni erks... last week sibuk memanjang.

Ini cerita tentang MALAS
Saya patut labelkan sebagai rezeki disebalik kemalasan

OPssss bukan rezeki dapat mesin baru tau..

Mesin ni kami (saya dan adik saya) dah putuskan untuk dijual. Sebelum tuh kami dok pikir2 nak servis dulu, almaklum mesin dah lama, walaupun takde apa2 masalah, tapi adalah lebih baik diservis dulu, supaya tidaklah menjual besi buruk plak kan.
Dah diservis pada bulan Disember 2013, dan disitulah duduknya mesin nih kikiki


Dari sehari ke sehari, saya dok terfikir nak ambik gambar dan post kat blog, kut2 ada sesiapa yang berminat. Terutama bagi nak guna mesin simple2, takat nak menjahit sekali sekala


Dan entah macamana.. pagi Jumaat minggu lepas saya ambik gambar ni..


Siap zoom in corak jahitan yang ada... hii
Saya plan2 nak jual dengan harga RM150-RM200 jerrr

Dan nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas, masa rehat, saya dah pun transfer gambar ke PC utk post kat blog, tapi entah macamana, sibuk jugak nak buka FB, dan terjumpa posting seorang rakan yang nak buat kelas amal di sebuah rumah anak yatim, yang perlukan mesin portable terpakai.
Dan dan tuh jugak dapat ilham, why not bagi free je lah... hahaha

Tujuan bercerita ini bukanlah nak menunjukkan diri pemurah sangat sebenarnya, yang disedekahkan pun bukanlah barang bagus sgt pun kan, tapi sekadar berkongsi, cantiknya perancangan Allah. Saya pun tak taulah kenapa it takes 4 months, untuk saya ambik gambar mesin jahit ini untuk menjualnya.. I have no reason for being soooo lazy. Kekadang plak rasa macam sayang nak jual, kut2 ada adik2 yang nak pakai... kejap2 rasa nak angkut bawa balik ke Kuching untuk senang menjahit disana.

Oh baru tahu, sebenarnya ianya adalah rezeki orang lain yang mungkin kita tak kenal, dan hanya Allah yang tahu masa yang sesuai untuk mereka memilikinya.
Moga mesin jahit ini terus berkhidmat dengan tuan barunya, moga tiada apa masalah dengan tuan barunya, sama seperti dia berkhidmat dengan kami.

Moga Allah terus rezekikan kami untuk memberi...
 Wassalam

Regards;

Rabu, Mac 19, 2014

Rabu berkata-kata..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم



Kebiasaannya hari Rabu adalah hari tanpa kata2 kan? Ramai yang post Wordless Wednesday pada hari Rabu.

Tapi saya tetap mahu berkata-kata :-))
Berkata-kata pada diri sendiri... 
Terus doakan MH370
Terus doakan kesejahteraan buat mereka, walaupun mereka tidak ku kenali, tapi sebahagian mereka adalah saudara ku jua, saudara seagama.
Moga aku terhindar dari berita2 palsu, fitnah dan prasangka. Di saat ahli keluarga mereka bersedih, ada yang mengambil kesempatan menabur fitnah dan tohmahan. Sedihnya kan....


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

Terjemahan:

  1. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
  2. Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
AlHujurat :12-13

Wassalam...

Regards;
 

Khamis, Mac 13, 2014

Jom kita istighfar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Di saat kita landa pelbagai ujian, macam2 peristiwa berlaku..

Bermula dengan banjir besar, dan panas yang melampau, sehingga kini masih lagi belum reda dan air di empangan mula kering, catuan air.... 
Kebakaran hutan... jerubu...... dan the latest one, the clueless missing of MH370
Satu demi satu musibah menlanda.. kepada siapa lagi ingin kita mengadu? Tidak lain.. kepada Pencipta Alam ini..

Marilah kita sama-sama hayati ayat surah Nuh 71:10-12


Marilah kita sama-sama mohon keampunan dari Allah, basahkan lidah kita dengan istigfar dan fokus hati dan minda kita untuk memohon keampunan dari Allah atas apa jua kesalahan dan kesilapan kita, samaada yang kita sengaja atau pun tidak.

Moga Allah turunkan hujan dari langit membasahi bumi Malaysia ini, dan turunkan rahmatNya, semoga penumpang MH370 selamat kembali kepangkuan keluarga mereka. 

Regards;

Isnin, Mac 10, 2014

Sok sek sok sek... oucchhummmm

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Happy Monday kawan-kawan
Harini masih lagi berjerubu nampaknya, agaknya jerubu nih dah jadi acara tahunan kut, menjelang musim panas jer mesti jerebu.
Izzah dah beberapa hari batuk dan selsema, alhamdulillah hari ini dah ok skit. Mulalah culas makan ubat, tapiiii harini rasanya badan saya plak lemah dan tekak rasa perit, apakah!
Tu laa... nasihatkan anak pandai, diri sendiri tak berapa pandai jaga diri, semalam kami ke taman tasik untuk jogging & walking, tapi Izzah tak ikut. Balik jer terus rasa semacam jer tekak ni waduhhhhh

Macam berkabus jer kan... kalau pagi berkabus memang best, tapi ini jerebu... very bad for health.
Bila badan rasa tak sihat nih, mulalah lembab semacam jer kan..

Cerita pasal sakit ni kan, teringat plak saya pada cerita lama-lama dulu, masa kat U. Saya ni agak kerap jugaklah balik kampung, lagipun dekat jer kan, dari UIA ambik bas ke pekeliling, then ambik bas ke Temerloh.
Satu hari tuh saya balik dari Temerloh, saya selalunya jalan kaki jer dari pekeliling ke bus stop depan HKL tuh untuk tunggu bas. 
Tetiba datang sorang pakcik nak bertanyakan jalan ke bangunan xx (saya dah tak ingat dengan jelas), saya pun tak pasti bangunan tuh dimana. Katanya dia dari Sabah, baru sampai, nak pergi mengubat orang. Tetiba ler plak datang sorang perempuan yang dah agak berumur, dia tanya saya apa masalahnya? So saya pun tolonglah tanya on behalf pakcik tuh. Tetiba kakak tuh tanya plak pasal batu hitam pengubat segala penyakit tuh? Berminat betul kakak nih, saya pun tak taulah camna boleh keluar cerita pasal batu nih. Dan entah macamana si ahkak ni tadi dok ajak saya pergi minum sebab nak minta tolong temankan dia, dia nak cuba dapatkan batu tuh dari pakcik nih. Dan ntah napalah.. saya ni ikut jer. 

Kata pakcik tuh, batu nih kalau diletakkan didalam gelas yg diminum oleh pesakit, airnya akan berubah jadi hitam. Dan air yang diminum oleh pesakit tuh mestilah berasaskan daun.
Dan dan tuh.. beriyalah ahkak sorang nih suruh saya order air teh o, nak testinglah kononnya, bila saya minum jer, pakcik tuh terus cepat2 masukkan batu tuh, tidak semena2 air tersebut terus jadi hitam wuhuuuuuuu, terus suspen.

Honestly saya pun tak tau lah, magic apa yang dia buat, terus pakcik tuh kata saya ni berpenyakit kronik, tak lama dah nak mati kalau tak di ubat dengan batu tersebut. Dan batu tersebut boleh dibeli dengan harga  (if not mistaken) RM2k.
At that time rasa nak tergelak pun ada... tapi berdebar2 jugaklah., ada jugak rasa takut. 
Saya terus terang kat pakcik nih yang saya ni cuma seorang student, saya takde duit kecuali RM200 jer dalam akaun bank (sengkek beb!). Pakcik tuh buat tawaran plak dah, mengenangkan saya nih student, atas dasar kesian belas, boleh beli dengan RM200.00 jer... diskaun giler banyak beb!
Saya cakap balik kat pakcik tuh, itu menyebabkan saya lagi cepat mati, duit makan saya tuh! kuikuikui. Lawak plak kalau ingat masa tuh.
Tapi dalam hati saya ler kan... saya dok teringat ayat alQuran, lebih kurang maknanya, "Dimana sahaja kamu berada, maut pasti datang walaupun kamu dalam tembok yang tinggi lagi kukuh" Saya ingat sangat ayat nih sebab sebahagian dari silibus subjek Tafsir masa kat sekolah menengah.

Tapi honestly.. kalau kita dengar pujuk rayu pakcik dan kakak nih, memang akan tergugat keimanan kita. At last, saya dah malas nak tunggu lama, saya ingat lagi ayat last saya kat pakcik tuh, "Saya percaya ajal maut itu ketentuan Allah, kalau ditakdirkan saya mati esok, saya tetap akan mati esok. Tapi kalau Allah tetapkan umur saya ada lagi 10 tahun or 20 tahun, saya pasti akan terus hidup" Seee betul kan, saya masih hidup sihat walafiat, Alhamdulillah!

Kalau ingat2 balik, peristiwa nih, dah berpuluhan tahun kut, tapi masih segar dalam ingatan. Apa dah jadi agaknya kat pakcik dan kakak tuh, masih hidupkah diorg, masih hidup dengan hasil penipuankah agaknya. Kalau umur mereka masih panjang, saya doakan mereka telah berubah, dan kalau mereka telah meninggal dunia, moga Allah ampuni dosa2 mereka.

Oh ya.. teringat plak syarat diorg.. jangan ceritakan apa berlaku kepada sesiapa pun selama 3 hari kuikui. Tapi balik2 jer, saya terus cerita kat kawan-kawan. 
Oh rupanya ada jugak kawan2 yang terkena, tapi disebabkan kami nih takde duit, maka tak berjayalah tipu daya diorg. Yang lawaknya, sejak dari hari itu, my hubby (sekarang) sibuk nak temankan kalau keluar nak balik kampung... rasanya at that time we were just friend hahaha.

Adoiii panjangnya cerita mokcik arini.. jangan mare yerrr


Hasil berhujung minggu dengan NV950

Wassalam

#PrayForMH370#
Moga urusan mereka yang terlibat di permudahkan, Aminnn


Regards;
 

Khamis, Mac 06, 2014

ALQuran dihati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Ya Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat,

Ya Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah),

Yang tak diketahui,

Rezekikan kami membacanya,
Siang dan malam (siang dan malam),
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabb sekalian alam


Beberapa hari ini saya dok layan telinga saya dengan mendengar ceramah Ustaz Dasuki ni.. Adab2 batiniah ketika membaca alQuran, selalu orang cerita adab2 lahiriah kan, kena ada wudhuk, pakaian sopan etc.. Tapi ceramah ini fokus kepada adab dalaman ketika membaca alQuran. Menginsafi diri, banyaknya lagi yang perlu dipelajari dan sedikitnya ilmu yang ada, Rasa syukur sebab ada kesempatan untuk dengar ceramah2 seperti ini walaupun hanya sambil menyiapkan tugasan di ofis.

Playlist ini agak panjang sebab ada 4 ceramah sekaligus.. so kalau sesiapa yang berminat nak tengok, take your time ok. 





Saya tercari-cari tips untuk istiqamah dalam membaca alQuran di internet, banyak jugak, tapi lebih kepada berbentuk ilmiah, means bukan sharing is caring dari empunya diri, just petikan dari kitab or artikel majalah (or saya yang tak jumpa kut erks). Ataupun pembaca alQuran yang tegar ini takut nak share pengalaman mereka kerana takut terjejas keikhlasan hati mereka.

Saya buat simulasi kiraan muka surat Tafsir alQuran (Terjemahan alHidayah dalam bahasa Melayu) yang selalu saya guna, ada 604 muka surat):-


Nampak tak? busuk2 pun kalau kita istiqomah membaca sehari satu mukasurat pun, dalam masa setahun setengah at least akan khatam, plus minus waktu2 yang tak boleh nak baca, at leastlah dalam tempoh 2 tahun akan khatam sekali. Tapi percayalah... kalau kita boleh mulakan dengan sehari satu muka surat, mesti kita akan rasa makin seronok membaca, sampai satu masa, 20 muka surat sehari pun rasa macam sikit dan cepat jer. Macam kata ustaz tuh, kalau lagu Isabella 100 kali ulang mesti rasa nak muntah hijau dah. Tapi, alQuran kalau 100 kali ulang makin rasa best dan makin dekat dihati, semakin hari semakin sayang gituuuu, evergreen sejak lebih dari 1400 tahun yang lampau. 

Sangat rugi kalau kita lupakannya dalam hidup kita seharian... Memang tersangatlah ruginya, dan yang rugi itu sebenarnya adalah saya sendiri... bertahun rasanya saya bazirkan masa, hanya dengan membaca surah Yassin sekali sekala, sedangkan baki umur yang ada makin pendek. Moga Allah ampuni kelalaian saya selama ini. Saya tahu.. kawan-kawan semua mesti lebih baik dari saya kan... 

Satu masalah yang common dikalangan kita adalah masa & tempat untuk membacakan... betul tak? Satu lagi mungkin kekangan adab2 lain seperti berwudhuk, salah satu alasan lah kan. Tapi tahu tak... sebenarnya kalau kita guna Tafsir alQuran or in softcopy dalam phone, tak perlu pun ada wudhuk untuk membacanya. 
Bahkan kalau kita ditempat tertutup seperti dirumah, tak perlulah kita memakai telekung/tudung (erkss ada sesiapa berminat nak tempah telekung kanak-kanak kuikui.. iklan gitu) cukuplah dengan berpakaian sopan. Ini saya dengar dari Ustaz Fazli alYamani di rancangan Tahsinul Ibadah @ikim.fm. Istilah menutup aurat tuh adalah dengan manusia katanya, but apa2 pun kita pakai bersopanlah kan... takan nak pakai spender jer nak baca alQuran, melampau sangat lerr plak kuikui (sila jangan imagine kuikui).

Sebenarnya dimana2 pun kita boleh membaca alQuran, asalkan jangan dalam tandas dah ler kan. Ada ustaz cerita dalam Motivasi Pagi @ikim.fm.. ada sahabat dia hafaz 10 juzuk alQuran semasa berada dalam traffic jem, saya tak ingat tempoh berapa tahun (banyak makan semut nih kut hihi). 
Sekali lagi saya rugi, dulu-dulu time jadi co-pilot jer, saya tidur or menung jer kan. Now dah kena jadi pilot, time ni baru terkedek-kedek, but better late than never kan. OH I LOVE TRAFFIC JAM!!! (sarcastic betul kan haha) 

Selain itu.. antara masa2 yang mungkin agak sesuai:
#Lepas zohor di ofis/surau ofis - solat di awal waktu (pendekkan waktu makan anda!) dan sambung dengan membaca alQuran
#Lepas maghrib/isyak - masak awal skit, so tenang hati nak baca alQuran
#Bangun awal skit, sebelum masuk waktu subuh - lepas witir, baca alQuran sementara tunggu subuh
#Dalam perjalanan jauh spt. dalam flight or dalam bas

Untuk memahami alQuran mungkin memerlukan masa, tapi salah satu cara untuk sedikit2 memahami isinya adalah dengan menggunakan Terjemahan AlQuran, sambil baca, sambil tuh semak maknanya, lama kelamaan kita akan ingat makna ayat terutama yang berulang.

Fuh! panjang benor cerita saya hari ni, hopefully topik ni tak memboringkan anda
Kalaulah kawan-kawan tidak keberatan, bagi yang membaca entry ni, boleh tak share idea macamana anda istiqomah membaca alQuran? Anggaplah kita share ikhlas untuk mebantu orang lain, bukan untuk bermegah-megah... moga Allah pelihara hati kita. 
Dan.. andai ada kesilapan fakta disini, silalah tegur yer

Sekian Wassalam

Regards;