Pengikut

Isnin, Mei 31, 2010

Weekend yg best!!!

What a refreshing monday today... walaupon cuti hanyalah 3 hari tp bermakna sgt kan. For those yg bekerja, mesti best dapat dok rumah, sapu situ, sapu sini, lap itu lap ini... pastu bole concentrate plak kat hobi huhuhu.. bg fulltimehousewife plak, mesti seronok husband dok kat rumah, bole spend time g jalan2.. or even buat kerja rumah bersama2 pon best jugak...

Weekend kali ni mmg banyak benda yg saya buat... tambah plak on Friday tuh mak ada dtg kerumah. Anak saya pon bukan main gembira bila mak dia ada dtg dari kampung (we share the same 'mak'... but I am anak mak, she is cucu mak kekeke)

At last sempat juga saya habiskan refashion baju XXL oren niii.. turn out to be a long pant for my daugther...


Hehehe harap2 kalau orang JPA3 tengok nii tak marah ler yerr... baju nii dah terlalu besar untuk tuannyer pakai, dah masuk kotak untuk didermakan pon tp tetiba mood refashion datang, buka balik kotak n pusing sana pusing sini maka.. taraaaa

Long pant untuk si izzah...

Asalnya kosong jer.. tp alamak tetiba idea dtg, almaklum, belum pernah cuba lg footer baru tuh.. Inilah dianya FreeMotion Footer. Nak pasangnya cuma buka screw untuk tapak biasa tuh, n pasangkan tapak ni. Lepas tu turunkan 'kaki anjing' (dog foot : ngapa namanya dog foot eks.. padahal anjing mana ler tau pakai mesin jahhit huhuh) ok... now bole start menjahit tp apa pon practice makes perfect.. first time pakai masih lg nak stop2 n pusing2.. ops rupanya bole jahit ke arah mana shj.... 360degree ok. undur pon bole kedepan, tepi n belakang kekeke. tapi make sure thread tension tuh betul, kalau tidak benang bawah akan sedikit terangkat ke atas bila menjahit dlm posisi mengundur.




Ni ler gambor free-motion footer tuh... and my advise.. buat dulu kerja sulam menyulam tuh before cantumkan kain tersebut... saya nii dah cantum baru terfikir nak menghias... amatler susahnya nak menjahitnya



Gambar bunga ni saya dapat dari sini ... ianya amat membantu terutama kalau anda ada anak kecil n takmo depa menganggu kita menjahitkan... just download n print.. give them colour pencil.. dah senyap (harapnya lerr). Inilah hasilnya.. kebetulan plak baru dapat kain felt from suha... terfikir nak letak rama2 plak hihihii.. menokok tambah nii mmg aku suka... last2 nnt dr cantik jd serabut plak hahaha


Sempat jugak aku siapkan blouse lycra fro myself... asalnya mcm nak buat tudung jer sbb hanya ada 1 meter kain jer. takut tak cukup nak buat baju.. dah pusing2 template (template sejak dari 9 tahun lepas kekeke..) aik mcm cukup plak

In 2 hours start dari potong sampailer siap bole pakai... berkeroncong ler perut aku nii.. dari kalau sekerat2 jalan kang terus tak siap kekeke..




Regards;
Rimbun with LOVE
No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe (Qur'an,12:87) Thank You Allah for everything

Rabu, Mei 26, 2010

Special for you.. Selamat Pengantin Baru to Cikgu Elly

Dalam aku bermalas2 nak buat tudung n nak amik upah niii... amik jugak ler tempahan from my loyal customer yg nak jd pengantin baru in 2 weeks time niii... tudung ni 2 helai, M size for herself n XXL 24 inch for her mother, warna gold... silap2 mata ku ini tengok mcm kuning tp kekadang mcm gold jugak.. ee apo apo je lah kan.. harap Cikgu Elly berpuas hatilah dengan tudung ni. Insyallah esok akan akak pos kan ok... ada skit2 finishing tak sempat buat mlm td...

Regards;
Rimbun with LOVE
No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe (Qur'an,12:87) Thank You Allah for everything

Isnin, Mei 24, 2010

Telekung baru

Telekung last year dah hilang... kena curi katanya. emmm betul2 kena curik ke idok, tak pasti ler. ntah2 djualnya kekeke. sbb before telekung tuh hilang dia ada cerita yg kawannya nak beli telekung yg dia pakai, dok tanya berapa harganya kalau nak jual kat kawannya
Aku just ckp lima belas ringgit.. uih mahalnya kata dia kekeke, bole tak lima ringgit jer uitt hikhik. (RM15 itu pon takat cover kos beli kain je tuh cik adik oiiii)

Emmm tak lama lepas tuh dia dok komplen telekung hilang... malas ler nak tuduh sesapa kan. For me kalau betul ada org curi n niatnya untuk dia solat, mmg aku halalkan, maybe mak n ayah budak tuh tak de duit nak belikan telekung kut. or telekung cantik camtuh takde kat kedai kekekeke


So dah tinggal 1 jer telekung dia, nak bawa g sekolah lg... nak solat kat rumah lg (tetiba angin bayu sepoi2 bahasa..solat ler) last week aku dah guntingkan new telekung for her. kali ni nak buat simple jer.. takat isi renda kecik berharga RM1.20 semeter jer. Kainnye plak takmo pakai getah... (huh dah senang pakai getah, nak plak pakai ikat.. kita tengok ler berapa lama bole tahan dengan ikatnya tuh...)
So this is the new telekung for you.... ni hadiah besday ker.. kekekeke.. kalau bulan besday niii.. segala2nya ler bday present yerrr.. :-)

Ni lerr gambor telekung yg hilang itew hehehe


Regards;
Rimbun with LOVE

No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe (Qur'an,12:87) Thank You Allah for everything

Jumaat, Mei 21, 2010

Tazkirah pagi Jumaat

Dpagi Jumaat yg indah...
Kenapa suka sgt bila hari Jumaat.. sebab..
-Jumaat adalah penghulu hari, elok berdoa dihari mulia ini..
-last day keje. esok dok rumah.. esok bole ngadap mesin jahit, esok bole masak sedap2.. esok aku nak g berurut satu badan bestnyerrrrrr... kalau lulur lg best kut.... uit tgk poket beb.. dah akhir bulan niii.
-rehat panjang 12pm-2.30pm.. bole menggedik kat shopping mall (uik dolo dolo ler.. now menggedik kat virtual mall jerr.. terutama WMC)
cukup2 berangan tuh... baik siapkan segala kerja n leave the office piecefully wokeyyy

Hari ni jugak dapat email from a friend.. dah banyak kali baca tp mesti berlinangan air mata juga.. tetiba teringat nak berselawat keatas junjungan mulia Nabi kita Muhammad s.a.w

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.
"

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Regards;
Rimbun with LOVE
No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe (Qur'an,12:87) Thank You Allah for everything