Pengikut

Khamis, Ogos 26, 2010

Muhasabah Ramadhan

Alhamdulillah..
Image from Islamic WallPaper
Dah pun di pertengahan Ramadhan nampaknya kita. Semua orang sudah tentunya sibuk dengan persiapan menyambut Syawal (walaupon ramai yg dah bersiap2 sebelum puasa lg kan). Tambah2 pula orang yang baru dapat "duit raya". Dah tentu boleh menambah senarai barangan yang boleh di beli sebelum menjelangnya Eidul Mubarak nnt.

Selalu kedengaran yang pada bulan puasa inilah Syaitan2 akan di belenggu.. namun perasan tak.. nafsu kita ni kekadang lebih kuat dari pengaruh syaitan. Dengar org lain buat baju 5 pasang, kita plak nak buat 10 pasang, dengar org beli baju RM500.. kita plak nak beli yg rege RM1000, dengar org tukar langsir, kita pon nak tukar jugak, pastu kalau ke bazaar juadah.. semua gerai nak singgah dan membeli, bila berbuka, air kosong jer dah cukup, lain2 tak sentuh hahaha...etc etc..(semua ni ilustrasi shj yer.. tak berkaitan dengan sesapa yg masih hidup atau sudah ke alam barzakh) ... so di manakah penghayatan Ramadhan dalam diri kita, Ramadhan seharusnya bukan sahaja mendidik kita agar menahan lapar dah dahaga, tapi yang lebih penting diri kita sendiri. (peringatan untuk diri sendiri yang saya nak share jugak dengan semua) Kita ni membuat persiapan raya seolah2 inilah raya terakhir kita, sepatutnya kita lebihkan amal seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Bila dah pertengahan Ramadhan ni saya dok muhabah diri sebenarnya:
- Berapa kali dah aku ke masjid berterawih
- Berapa kali dah aku bangun malam tp... tido balik (mcm Allah dah gerakkan hati aku untuk bangun tp aku tolak kan?)
- berapa surah dlm alQuran yang dah aku baca
- berapa ringgit dah aku sedekahkan kepada golongan yang memerlukan
sighhh.... only Allah n me knows
Yang pastinya.. aku ni dok sibuk menjahit dah menjahit. or on my other station.. memasak... pastu dah penat tido.. 
YA ALLAH, JAUHILAH AKU DARIPADA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG RUGI

Regards;

Isnin, Ogos 23, 2010

I am Addicted

Macam dah lama je tak post apa2 kat sini kan....
Gambar ni saya rakam semasa di Masjid Negara Jumaat lepas, ikut hubby ada rakaman takbir raya disana. But sebelum tuh off course kitorg join terawih dulu. Lepas terawih ada dikalangan pengunjung disini bertadarus alQuran... best kan. Sebelah kiri gambar tuh, ada cahaya terang tuh lah rakaman sedang dilakukan... tetiba tengah2 malam dengar takbir raya plak haha.. nasib tak syahdu sgt.... kalau pagi raya syahdu beb.. terutama kalau tak berada di rumah sendiri kan...

Since last week saya dok sibuk buat clutch bag.. refer to tutorial from SewMamaSew kat sini..
my first trial, beg strawberry merah tuh.. hehe dah bertuan beg niii. pastu siap request yg besar skit.. nak bawa pergi exam, boleh isi pensil dan sebagainya... request jangan tak request
Siap dah berangan nak bawa beg ni untuk pergi beraya, dapat duit raya letak sini hahaha
Now ubah skit.. jd curvy flap plak tp agak kosong, cadangnya nak tambah butang skit kat luar tuh..
Then try letak lace plak hehe.. cantik jugak
best betul jahit beg comel ni... jd addicted plak.. nak gunting lg untuk beg ni tp ada plak additional baju yang nak kena siapkan tuh..fuhhhhhhhhhh malasnyer nak menjahit baju. For info, kat bahagian tengahnya saya letak batting, tak guna heavy interfacing mcm dlm tutorial tuh. Kat handle pon saya letak batting, so ianya nampak sponge skit ler.. kalau guna interfacing saya rasa mcm kejung sangat plak.


Regards;
 

Selasa, Ogos 17, 2010

Bantal oh Cushion..

I really admire Ann's Cuhion Cover here.. soo yummy sweet cushion cover.
Teringin nak buat cushion cover sendiri but I dont have many cushion.. only one that my Izzah always wanted to hug it when she goes to sleep... opsss with full of out of the world maps off course.
To buy a new one.. emm not really my interest so.. I decided to do it on my own..
I have my old pillows.. yang dah leper, dah tak selesa untuk digunakan sebagai bantal , so I decided to refashion it for my cushion cover project.. hihih 
Then I sew a 15 x 15 inch fabric.. transfer the fibre from my old pillow to the new cushion case.. see.. the fibre is still cantik dan bersih walaupon kat luar tuh dah kuning
Here it is my new cushions.. available for my next cushion cover project..
So dont throw away your old pillow... refashion it n make is reusable.
BYeeee

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Isnin, Ogos 16, 2010

Suatu hari di bulan Ramadhan...

Welcoming my new tools.. Covered Button Set.. Best sangat dapat tools ni. Butang2 yang dah siap tuh untuk jubah MIL yang dah nak siap except nak lekatkan butang dan handcuff jer lagi..

Its already in the sixth day of Ramadhan... Alhamdulillah, belum lagi ponteng sahur. Izzah pun setiap hari bangun bersahur walau pun dah 2 hari tinggal puasa. We take a stand to encourage her to fast, but in case dia penat sangat or tak larat memang akan suruh berbuka sahaja. Teringat pesan arwah abah, dia cukup tak setuju kalau dengan ibu bapa yang memaksa anak berpuasa habis sampai sebulan. Dan di  sertai dengan tawaran duit raya yang agak lumayan. For him, tak salah mengajar anak2 berpuasa, tapi bukan memaksa dan sebab berpuasa mestilah kerana Allah. Bagi dia, ada hikmahnya Allah tidak wajibkan berpuasa kepada kanak2.... maka mengapa pulak kita sebagai manusia mewajibkannya kepada anak2 kita. Persoalan yang selalu arwah abah utarakan bila ada orang yang dengan bangganya mengumumkan anak mereka habis sebulan puasa... so I take that as a reminder to me also.

Weekend yang best.. sebab dapat berbuka puasa bersama dengan mak dikampung... sempat merasa rambutan yang dah hampir nak gugur kebumi.. ahhh waktu siang mcm sedap sgt rambutan tuh.. malam, nak habiskan 10 ulas pon tak larat hahaha.

Sempat jugak ke surau untuk bersolat terawih.. mengimbau kembali zaman kecik2 dulu.. saf di surau tu penuh 3 or 4 barisan. Tapi kini, hanyalah 1 saf sahaja. Satu demi satu wajah yang aku kenali di jemput Ilahi.. ada sesetengah yang masih ada dah tak mampu nak ke surau, manakala generasi muda, sibuk agaknya dengan persiapan raya dan sibuk dengan anak2 di rumah. Ramai jugak yang merantau (aku pon) sesekala jer balik... Insaf....

Ok.. selamat meneruskan ibadah puasa semua... moga ibadah kita di terima Allah.

Regards;
 Mila@Rimbun with LOVE