Salam Ramadhan kawan-kawan semua..
Lama jugak saya tak update apa2 kan.. bizi lah kengkononnya.
Actually tak banyak cerita pasal jahit menjahit ni, cerita2 ramadhan sahaja, tambah plak balik jer dari solat terawih dah kepenatan, nampak tilam dan bantal je dah.
Bila hujung minggu baru ada peluang bermanja-manja dengan mesin jahit..
ini project hari sabtu arituh.. tetiba lepas subuh terasa macam nak buat beg untuk mak, time tuh lah jugak saya pilih kain, potong dan jahit, rasanya by 8am dah siap hahaha.. instant bag betul kan
ada hidden pocket kat depan tuh tau.. bolehlah buat tempat letak surah yassin mak.
Handle "instant" jerr hahaha... fully zippered dan guna cara lekatkan zip untuk pouch kecik tu jer.. cantik jugak dan boleh dapat full bag opening. kat dalam plak ada satu lagi zippered pocket. Saya malas nak letak open pocket sebelah dalam sebab bila masukkan telekung ianya macam jadi penghalang plak.
Sabtu saya balik kampung, sempatlah berbuka di sana hari Sabtu tuh..
Dan sempat jugak potong 2 baju raya, satu baju wajib hihii.. ada plak istilah wajib yer. Wajiblah sebab semua orang pakai baju tuh raya nanti (kalau semua siapkan bajulah). tahun ni saya memang malas nak jahit baju orang lain.. so belikan kain sudah memadailah yerrr.
Semalam plak saya MC, wahhhh what a bless... dah sihat skit, apa lagiiiii.. merempit dengan mesin jahitlah. In 4 haurs siap 2 pasang baju (baju saya dan izzah), tapinya bila nak lekatkan getah kain, getah dah habis rupanya... aiyoooo. Sooo to be continued ler jawabnya
Then terfikir plak nak buatkan satu lagi telekung Izzah... macam banyak sangat dah telekung dia kan.. macamana tak banyak.. satu untuk sekolah agama, satu untuk taska, satu untuk terawih, satu lagi untuk kat rumah hahaha...
Kali ini saya nak try guna getah kat muka dia instead of macam smocking tuh... wallaaaahhhh.. katanya sungguh selesa. Alhamdulillah.. disebabkan renda tak cukup, saya sambung dengan kain lain je lah.. ala2 renda gitu.. tapi cantik jugak kan.
Ni satu lagi projek masa lapang lepas sahur, sebelum pergi kerja.. hari2 jahit skit2, akhirnya siap jugak
3 keping sejadah muka. Sebeanarnya ada 4 keping, tapi dah bagi mak satu (masuk sekali dalam beg telekung baru tuuuu)
Saya guna kain untuk buat cadar ni... off white skit, so nampak macam kelabu skit dalam gambar kan.
Simple quilt jerrr...and machine binding.
Sengaja guna warna putih supaya lebih khusyuk solat... jangan plak dok kira kotak quilting tuh udah ler yerr hihihi.
Sejadah ni berukuran 14inch x 24 inch.
Oklah.. sekian sahaja saya melaporkan dari sudut kreatif saya hihihi
Selamat menjalani ibadah puasa kawan2 semua...









