Pengikut

Isnin, November 05, 2012

Another batch..

Silakan cuci mata..
Saya cuci poket opss hihihi






Semua diatas adalah US Cotton
Kalau ada sesapa berkenan dengan kain sahaja boleh jugak..
panel = RM35/panel
Yang by Yard=RM35/yard

Kat bawah ni japanese cotton




Regards;
 

Selasa, Oktober 30, 2012

Its "RE" = repurpose-redo-recycle-refashion

Sewing is my therapy
or
therapy sewing
What everrrrr

Bila saya dah tension dengan macam2 hal, saya tend to doing something without rule.. but not breaking any rule or breaking into somebody house yerr hihi
Its sewing without rule..

Here are another batch of hubby's XXL shirt, telah di lunyaikan (opsss bukan tension kat hubby tau)...
I cut it into 9 1/2 inches square ..
and
Turn into..... ezy pezy blanket... single size (kut) 55x80 inch

Backing with 2 meters of fabric, mitered corner without binding..

I love this method soo much, easy, jimat fabrik dan cepat tapi still nampak cantik dan sangat kemas. 
Ada saya tengok tutorial, tapi kat mana ntah, nanti kalau jumpa balik saya letak link kat sini ok.


Thinking of giving this to my mum in law.. 
bebila dia teringatkan anak lelaki dia tuh, bolehlah pakai selimut ni hihihi... 
or else.. 
bebila dia pakai selimut ni, mesti dia ingatkan anak lelaki dia tuh.. boleh tak camtuh?

Bila cakap kat Izzah camtuh.. dia pun pelik.. "aikkk ayah kan dah besar, napa nenek nak ingat2 lagi?"



My answer... "No matter how old you are, as a mother, you will always be my baby" betul tak kawan-kawan? 
Kekadang saya terfikir.. kita mungkin berjaya dalam kerjaya or apa sahaja yang kita lakukan, dan ada masanya kita menyangka itu adalah atas daya usaha kita sendiri, tapi pernah tak terfikir, mungkin ianya adalah berkat doa dari ibu bapa kita, or ibu mertua dan bapa mertua kita, but doa tuh.. once we lose it, we will lose it forever.... so sementara mereka masih ada sepatutnya lah kita gembirakan hati meraka.
Hihi just a note to myself...

Till another story... Wassalam

Regards;
 


Isnin, Oktober 29, 2012

Cerita raya dan cerita fabrik

Salam Aidiladha kawan2 semua
Ada yang mengerjakan ibdah korban tahun ini? 

Pada yang pergi haji tuh.. seronoknyerrrrrr kan. Suka sangat tengok TVAlhijrah.. especially dokumentari khabar haji dari sana. Saya berdoa banyak2 agar dapat pergi haji dalam masa setahun dua ni, menyempurnakan rukun Islam yang ke lima (register lambat tapi berangan nak pergi awal kan hahaa).

Kami beraya di kampung, tapi Sabtu petang dah balik ke KL, sessi berenang punya pasal.
Dah balik KL, sempatlah menjahit serba sedikit, 
Yang ni sarung bantal, sedondon dengan quilt comforter vehicle arituh..

First time buat bantal karipap yum yum hihi

Bantal2 ni tak termasuk dalam set, sebab tuan punya dah ada bantal sendiri, tapi saiz bantal ni sama dengan bantal yang saya ada, sajer lah try test kan..

Oh ya... nak buat pengumuman sedikit, mulai hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima fabric dari customer untuk patchwork & quilting. Memandangkan mungkin ada yang tidak faham macamana nak buat patchwork, terutama kualiti kain yang saya perlukan. 

Tambahan pula saya menjahit ni sebagai hobby, and I am happy playing with beautiful fabric. Kalau fabricnya tak cantik or bukan quilting quality, saya pun stress, nak potong pun stress, nak jahit pun stress maka akan jadilah produk stress plak kang hihihi. Dan kalau dah hantar fabric dan saya pulangkan pun mesti anda plak stress kan, so ada baiknya kita hapuskan stress ini awal2 yer hihi

Tapi andai anda nak buat sarung tilam or sarung bantal yang takde nak patching2, saya masih boleh pertimbangkan... cuma peringatan yang penuh kasih sayang (cheewahh) dari saya, pertimbangkanlah untuk beli fabrik yang lebih mahal dari polycotton untuk baby anda. Upahnya sama sahaja.

Macamana nak bezakan polycotton dan cotton? Andai anda biasa ke Nagoya Texstile, kalau yang berharga RM3 itu adalah polycotton, ianya agak keras, cepat luntur dan berbulu dan agak panas. Tapi kalau yang berharga RM9.80 tuh adalah cotton, mungkin bukanlah 100% cotton, tapi lebih sejuk dipakai, dan tidak luntur. Harga di Kamdar pun rasanya lebih kurang sahaja, but sorry, kalau di kedai lain saya kurang pasti.

Untuk produk handmade yang saya buat pula, saya akan pastikan ianya dari fabric yang 100% cotton, so that worth buying. Beli dari mana? Sesetengah saya beli di local store seperti Nagoya or Kamdar, dan yang berharga lebih dari RM10++, dan ada jugak saya beli dari online local shop, dan ada jugak online dari US, terutama kalau ada discount dan USD rate rendah.

Ok.. thats all for today. Pada yang berkira2 nak hantar fabric tuh saya mohon maaf banyak2 yer.


Regards;
 

Selasa, Oktober 23, 2012

Cerita Telekung Comel..

Assalamualaikum kawan-kawan..
Pagi ni cerita pasal projek malam tadi, a bit excited nak buat telekung lagi, tapi Izzah dah banyak sangat telekung. Dan sejak saya cerita pasal telekung Izzah, ramai plak yang bertanyakan tempahan telekung. Saya plak, undecided, nak ambik ke tak?

At last saya ambil juga... can't resist.. tengok telekung cantik2 kat kedai, teringin nak buat satu, so ambil tempahan adalah salah satu cara untuk merealisasikannya hihihi

Inilah dia cubaan pertama saya, untuk budak umur 5 tahun, saiz telekung ni saya ambil dari telekung lama Izzah yang dah singkat, berguna jugak rupanya. 
Polkadot pink tuh sangat matching dengan solid pink, tambah plak dengan lace di hujung ruffles tuh

Saya letak strap getah dan ada lace jugak di muka
Bahagian muka ni ada lapik dagu dan dahi. Lapik di dahi menggunakan getah untuk keselesaan. Nasib ada Izzah yang boleh bagi feedback kan, yang ada getah ni lebih selesa dan boleh dipakai lebih lama. Terutama budak2 ni cepat membesarkan, kalau telekung dewasa ok kut guna teknik mcm smocking tuh.

Sorrylah.. takde gegirl 5 years yang boleh jadi model..
Telekung ni comes with a drawstring bag, tapi begnya belum siap...

Ini model 10 years old hihi.. in her favorite telekung, 
Kain yang saya guna ini agak nipis, jadi saya letak lining sampai dada. Yang pink di atas saya tak letak lining sebab kain dah agak tebal, budak2 ni kalau tebal sangat rimas n panas plak kan.
Seronok jahit telekung ni, terutama bila boleh hias sesuka hati letak lace and ruffles...
Till another story.. wassalam


Regards;