Pengikut

Rabu, Mei 15, 2013

Oh lamanyerrr..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم أعنّي على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك

Sekian lama tak jahit baju terutamanya dress
Si Izzah ni dah makin tinggi.. dah banyak dress untuk malam singkat dan ada yang dah macam bungkus nangka plak hahaha.

3 layers niii
Bukan 3 layers tea tau..
3 layers dress lah
Model ni sangat khusyuk membaca buku... nak ambik gambar pun tokleh tinggal buku


Patchwork in progress..
Harapnya boleh siapkan weekend nii..


Wassalam...



Regards;

Isnin, Mei 13, 2013

11 is e.l.e.v.e.n

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

What a busy weekend... rasanya hampir langsung tak masuk bilik jahit, usahkan lagi nak menyiapkan order. 
Plan asal nak mengemas bilik jahit tuh... dah berhabuk benor.

11.05.2013 11 years ago was on Saturday...
And this year was also on saturday..
Actually dah lama tak celebrate birthday si Izzah ni, I mean takdelah nak buat jamuan. Setakat kami anak beranak makan kat luar jer.
So tahun ni rasa macam nak bagi dia happy skit. Plan asal katanya nak celebrate dengan BFF nya sahaja. Cukup takat kek 2 slices jer hihi..
Sekali ko, budak yang overexcited nak celebrate birthday ni pergi jemput kawan2 kelasnya... yang datang16 orang hahaha.
Tapi sebenarnya majlis ni simple dimple jer... saya setakat masak makaroni balognese dan kemudian goreng keropok lekor. 
Pastu yang banyaknya jajan2... dan last sekali makan kek. 

Just sharing... arituh di Motivasi Pagi ikim.fm, saya dengar Ustaz (tak ingat sapa) bagitau, kalau kita buat jamuan, dan untuk mengelakkan makanan tak cukup or berlebihan sampai ke tahap membazir, kita boleh bacakan surah Quraisy masa memasak. Sebelum2 ini selalunya saya overestimate tetamu yang datang, selalunya memang banyak sangat berlebih makanan sampai penuh peti ais... last2 ada yang basi n buang jer, Tapi alhamdulillah.. sabtu arituh memang cukup2 jer. Lebihan cuma cukup2 untuk kami makan untuk dinner. Syukur sangat...

apa budak kecik ni dapat untuk hadiah eks?
Hihi.. asal kira2 dia nak Gaxaly Y huhuhu.. padahal phone dia masih lagi elok dan baru jer ditukar bateri. Dan kalau yang tuh rosak pun, masih ada lagi phone lain sebagai backup

Pujuk punya pujuk.. akhirnya. jeng jeng...

First time ever umi belikan emas untuk anak umi (dah umi nya pun langsung tak pakai emas kan). Dah senyum ketelinga budak kecik ni hihi...
Nasib baik harga emas agak rendah sekarangkan.
Actually taklah mahal mana pun cincin ni... rasanya lagi mahal harga buku2 yang dibeli kat PBAKL arituh pun... tapi umi ni memang kedekut bab barang kemas ni, but murah hati belikan buku tau hihi

Hadiah kawan2 bagi.... paling disukainya adalah pencilcase ana Muslim tuh tau..


Ahad plak nak celebrate Hari Ibu... actually saya dah cakap kat Izzah... kita celebrate hari ibu on 11th May je lah... sebab hari itu adalah hari ulangtahun first time umi jadi ibu kan kan...
Dia dok risau takde duit nak belikan hadiah... dan saya dah cakap pun.. umi tak kisah pun
Tetiba.. hihi
Dapat "Kad Perkhidmatan" plak :) :) :)
Please ignore typo error tu yerrr.. hihi.
So semalam dah guna satu kupon.. yang last tuh. Bestlah umi vacum bilik umi sambil goyang kaki jer haha
Bila eks nak urut tuh emmmmm.. dah ler boleh guna dalam masa seminggu jer.. kalau sebulan lagi best :P

Regards;
 

Jumaat, Mei 10, 2013

Jumaat Penuh Barakah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sharing Doa' yang saya dapat dari Ustaz Ibid Liew pagi tadi dalam rancangan Usrati di ikim.fm:
Makna : "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah engkau limpahkan kepadaku dan kedua orang tuaku. Dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berikanlah aku kebajikan yang akan mengalir sampai ke anak cucuku, Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim"
(Al-Ahqaf:15)

 Dan ini doa' yang di ajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Aisyah, di baca pada hari pertama haid bagi kaum wanita:

الحمد لله على كل حال واستغفر الله من كل ذنب

Alhamdulillah ala kulli hallin wa astaghfirullah min kulli zanbin


"Segala puji bagi Allah di atas segala hal

dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa"
-----------------------------------

Moga bermanfaat doa2 di atas yer kawan-kawan.... 

Harini nak share gambarlah.. gambar yang comel2 tau..
Terima kasih yang tak terhingga pada mummy2 yang sudi menempah telekung dari saya dan sudi plak share gambar anak mereka (gambar2 ni dah di minta izin tuannya).. 

comel tak Ayrra ni... aunty nak cubit2 pipi dia hihi
Dan ini plak Airin...
alalala... manis senyumnya kan,, 


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua customerku tersayang. 

Penjualan telekung ni sebenarnya betul2 memberi saya 3 kegembiraan:
- Gembira sebab dapat membantu ibubapa mendidik anak mereka solat
- Gembira sebab saya dapat membantu ahli keluarga saya : Telekung ini dijahit oleh my sister
- Gembira sebab melipat gandakan sedekah.. maksud saya, kalau saya bersedekah dengan duit gaji saya mungkin nilainya RM10, tapi dari RM10 saya  jadikan modal+sedikit usaha dan jual barang... saya mungkin dapat bersedekah dengan nilai RM20 (jom kawan2... kita gandakan sedekah kita kepada yang memerlukan)
Moga saya dapat kegembiraan yang ke-4..

Wokeylah.. cerita lain plak..
Ini project malam tadi.
Nasib baik sempat siap in 1 hour hahaha (budak kenit tuh memang selalu mendera ummi)
Cerita disebalik pencilcase niii.. 
Kawan si Izzah ni berkenan sangat dengan pencilcase dia.. since hari jadi diorg sama (dah ler satu kelas) maka dia pun buat request tukar2 hadiah. Dan hadiahnya tuh specific tau.. 
"nak pencilcase yang mak awak buat sendiri" 
cerdik betul kawan si Izzah ni.

Mulanya saya tanya Izzah.. apa yang dia minta sebagai hadiah plak? Dia kata dia tak minta apa2... ikut suka hati nak bagi apa. 

Haishhh saya dok komplenlah, mana boleh camtuh, nanti tak sama standard.
Tapi dengan senanghati budak kecik ni cakap... kalau nak bagi hadiah kenalah ikhlas.. bukan minta di balas. OPssss kesedaran sivik kejap mokcik.

Oklah... apa pun harapnya tuan pencilcase ni terima seadanya.. dan gembira menerimanya kerana ianya diberi dengan keikhlasan hati dan dijahit dengan penuh kasih sayang cheeewahhhhh.. nyampah plak mokcik baca..

Fuh banyak segmen rupanya posting kali ni yer...
Till another story..

إلى اللقاء و مع السلامة 


Regards;

Welcome أهلاً وسهلاً

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Regards;