Pengikut

Rabu, Julai 24, 2013

Dipertengahan sudah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan 15, 1434

Marilah kita memohon keampunan Allah di fasa kedua Ramadhan ini..
Moga kita terus bernyawa di bumi Allah ini hingga ke akhir Ramadhan dan di rezekikan lailatul qadar.



+++++++++++++++++++++++++++++++
Macam biasa.. sambung cerita menu buka puasa dan sahur hihihi (takde kerja lain kan!)

Semalam kami berpuasa tanpa bersahur, last saya minum air pukul 3.30am.. lepas tuh terus fengsan.. sedar2 dah pukul 6.15am huhuhu... first time terlajak sebegitu sekali, biasanya tahun2 lepas, kalau terlajak pun takat lagi 10 minit nak azan jer, sempatlah minum air n kurma sikit.

Semalam saya masak mee kari udang+kerang. Tak sangka plak Izzah suka, tambah plak tak berapa pedas... laju je lah dia makan.
Additonal to that saya buat cucur udang kembung... (boleh search resepi kat google, tapi saya dah alter banyak dah hihii)
Minuman: avocado juice (love this drink sooo much) & soya bean bagi yang tak minum apokat :P

Sahur plak saya habiskan roti jer (balance roti benjo buat roti john arituh)
Izzah plak setiap hari sahur dengan koko krunch + low fat milk
Selera nak makan nasi dah hilang, dan tak rasa apa pun walaupun tak makan nasi.

Ok lah..
Selamat berpuasa di hari ke 15 Ramadhan
Wassalam

Regards;
 

Isnin, Julai 22, 2013

cerita ceriti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan 13, 1434

Dah pun di fasa ke 2 Ramadhan... sungguh cepat masa berlalu, rasa sekejap jer.

Semalam buat pertama kalinya kami berbuka di surau. Rasanya last berbuka di masjid adalah masa di MasjidilHaram 2 tahun lepas. Sebelum tuh, pernah berbuka di masjid masa belajar dolo dolo jer.. fuh lamanya kan.
Satu peristiwa (peristiwa ler sangat hihihi) yang menyebabkan saya teringat balik kuliyah alHikam Ustaz Zulkifli AlBakry berkaitan rezeki. Rezeki adalah sesuatu yang di jamin oleh Allah. Alkisahnya masa berbuka semalam, kami malas nak berebut makanan, buffetlah katakan, so kami biarkan orang lain ambik dulu makanan, but what happen? semua makanan habis huhuhu, nasi habis, ikan n ayam pun licin, kesian jugak ngan Izzah sebab lambat makan, tapi tak semena2 ada plak yang hantar makanan... banyak plak tuh dan sedap... selera si Izzah makan.
Yang seronoknya berbuka di surau takde lah masa nak landing2 dulu before bersiap nak terawih... pastu mata pun nak tutup jer kan hihii. Syukur kepada Allah, di berikan kesempatan untuk solat terawih berjemaah di surau. Tambahan pula ada tazkirah lepas 4 rakaat, banyak ilmu dan peringatan yang untuk di hadam dan di praktikkan. Saya pun tidak faham kenapa sesetengah negeri mengharamkan tazkirah between terawih... mungkin they have their own reason.

Aishhh membebel ajer kan...
Saya ni budget bagus punya, bulan puasa tak mo menjahit dah kononnya... bajet je lah yg bagus, hakikatnya ada jer order yang pending ni. Dan yang sedihnya, weekend sahajalah saya ada masa di bilik jahit. weekdays balik dari terawih saya hanya nampak bantal & tilam huhuhu

Buat 4F (Farhana-Nana, Farihin, Fayyad & Fahmi), harapnya sukalah dengan bantal2 ni yerr

Sulam Applique Cupcake khas buat peminat cupcake hihihi

Tau tak apa yg common thing about me? Yang pernah di komen orang tapi.. saya tetap suka apa yang saya buat... saya suka sulam sesuka hati tanpa tengok centre ke tak.. lurus ke tak kikikiki.
Ada lagi nampaknya pending order dalam list saya ni... ada 4 set sarun tilam n bantal baby in making.. haishhh ada harapan jahit baju raya di malam raya ni hihihi

Oklah sajer nak share gambar2 dari customer... ini dari Teratak Iera, comel betul dak Affaf ni kan...


Dan ini plak Ammar dengan adiknya.. ingat tak quilt tuh...
Actually bantal tuh masa saya postkan kat blog ni salah eja namanya, nasib tak susah sgt nak alter balik huhu.. mimpi apa ntah saya ni masa dok jahit huruf tuh hihi, so nama yang sepatutnya Quresma, bukan Qursema 

Terima kasihlah kawan-kawan semua atas tempahan..
Harap kalau ada terkurang lebih tuh di halalkan yer... 
 Sampai jumpa lagii
Wassalam

Regards;
 

Rabu, Julai 17, 2013

Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Just sharing doa ini...
Eloklah kita baca di kala kita nak tinggalkan rumah.. dah nak raya kan. Syaitan kepala hitam (bak kata Suzie hihi) masih lepas bebas...


Thanks jugak to mamikelate for sharing this tak lama dulu... saya amalkan jugak bila nak hantar anak kesekolah.. moga Allah jagakan anak saya tuh. Saya manusia yang sangat terbatas kuasanya, tak mampu nak menjamin keselamatan dia, hanya Allah yang dapat memeliharanya.



Moga bermanfaat buat semua
Wassalam

Regards;

Selasa, Julai 16, 2013

AlHikam 47 Jangan Kamu Meninggalkan zikir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Ramadhan 7, 1434
Jom kita ambil iktibar dari Syarah alHikam 47, page 346, oleh  Ustaz Zulkifli AlBakri.
Baru semalam dengar tazkirah (masa terawih) pasal zikir ni, antara ibadah yang selalu dilupakan tetapi antara yang banyak di sebut di dalam alQuran... tidak terkira banyaknya


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cerita ramadhan..
Menu hari ke 6:
Bubur pedas, Kerabu sotong
menu tambahan : panaskan apa yang ada hihihi : tempe goreng semalam di masukkan dalam oven kasi rangup krup krap..... rendang ayam pemberian jiran, then habiskan balance puding roti huhu..
Air laici

Sahur plak si Izzah nak makan koko krunch jer, saya makan oat dengan serunding, dan panaskan apa yang ada jer..

Rasanya saya tau sebab apa saya rasa takde masa ni... sebab terlalu obses nak masak apa setiap hari kut erkss... dok pikir nak masak itu, masak ini..
Argghh kena didik diri supaya tak memikirkan sangat nak masak apa... dan spend sedikit jer masa di dapur. Kena jauhi diri dari blog masakan nampaknyer wakakaka

OKlah kawan2... Wassalam

Regards;