Pengikut

Isnin, September 30, 2013

ABC Transportation Quilt....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buzzy weekend.. buzzy in my sewing rooms and I really enjoyed every moment...

Sudah siap tempahan dari rakan sekerja hubby, repeat order, yang ini dah yang ke-3
To be delivered on hubby's 2nd last day in his current office, nasib baik sempat :)

Quilt ini size 43x53 inch
1 Toddler pillow with 2 pillowcases (1 quilted+1 normal)
1 Baby pillow with 2 pillowcase (1 quilted+1 normal)
2 Bolster with cases


Baby owl in action :P


Till we meet again
Wassalam

pst pst : harini Izzah ada test UPKK, moga Allah permudahkan anak umi menjawab soalan


Regards;

Jumaat, September 27, 2013

Owlie in Yellow


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi Jumaat yang indah.. walaupun nampak macam nak hujan, tapi Jumaat tetap menceriakan, betul tak? wink wink!

Semalam saya dok membelek kain, matching sana sini nak buat sarung bantal... sarung bantal for a boy, tapi semua matching fabric macam tak kena plak, my blue fabric kebanyakkannya printed with love, printed with pinklah... adoyaiiii (this is 2nd pillowcase sebab yang arituh gambar bear, katanya tak seswai, si boboy ni takmo plak dah, so yang 2nd ni saya kena hati2 lerr). Yang polkadot blue, tak sesuai plak dengan biru main theme....fining fikir, maka saya tolak tepi dululah (selalu camtuh ler kalau takde idea kan... kalau proceed jugak kang tetas je lah kerjanya)

Jangan fining... jom buat something yang menggembirakan hati..
Buat yang senang2 jerr
Maka... lahirlah Owlie the 2nd niiii


Saiz lebih kurang yang semalam, tapi yang ini lebih simple, takde kepak
Pattern dari mana plak ni????


Ini pattern lukis sendiri :P, godek2 kat google untuk tengok contoh yang ada dan sesuaikan ikut citarasa sendiri, tambah garam gula secukupnya hihihi, panaskan kuali, dan goreng sampai garing :}]

Saya dok plan2 apa yang nak dibuat weekend ni...
#Bantal = 2 toddler sizes, 3 baby sizes, 4 bolster
#Sarung bantal - 1 toddler 1 baby 2 bolsters
#Sarung bantal 16x16 inch
#Telekung pouch - pink & purple
#Quillow cars theme - 1
Isk isk... sempat ker nih? Dalam hati nak buat owlie lagi nih hihihi


Jom dengar Tafsir Surah 52 At-Thur dipagi Jumaat yang mulia ini...





Regards;
 

Khamis, September 26, 2013

Owlie the burung hantu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Please meet.... The Owlie


A quick theraphy sewing (ala2 tak sedar diri banyak order nak kena siapkan hihi)
Asalnya nak buat sarung bantal tempahan, tapi bila matchingkan dengan kain semuanya rasa mcm tak seswai... terus divert jahit so owlie ni jadinya hihihi...

Definitely this is not the owner of this cute owlie yerr hihi..

Kepada kawan-kawan yang teringin nak jahit owlie ni, silalah tengok kat sini yerr http://hammerandthread.blogspot.com/2010/07/owl-stuffies-tutorial.html
Tak susah pun nak jahit, took me about an hour to finish everything...

Jom kita cari ilmu...
Hikmah 56.Jangan berasa gembira atas perbuatan taat.
Kawan-kawan...
Pernah tak rasa syukur kerana kita solat, dalam ramai2 manusia, Allah pilih kita untuk sujud kepadaNya, Allah bagi kita kekuatan untuk menggerakkan sendi2 dan tulang belulang kita untuk sujud kepadaNya.. sedangkan asal kejadian kita, kita ini tidak mampu melakukan satu apa pun kecuali dengan kurniaanNya
لاحول ولا قوة الا بالله 
Ya Rabb... Alhamdulillah.

Moga dapat manfaat..
Jom jaga adab kita
Wassalam
Regards;

Rabu, September 25, 2013