Pengikut

Selasa, Disember 31, 2013

Cuti-cuti akhir tahun 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Tajuk cuti-cuti, tapi hari ini dah pun berada di ofis, clear off semua kerja tertunda. Melambak ler plak, paling menakutkan kalau ada kerja yg patut settle by 31 dec, kalaulah tak dapat settle kan, memang kaput ler KPI ku... grrrrrr

So rasanya bercuti2 di akhir tahun ni mmg a big mistake, tahun depan takmo lagi dah cuti akhir tahun, cuti awal tahun ok (kesian plak ngan anak daraku itew kena ponteng sekolah kang huhu)

Cuaca di kuching memang agak suram dan sejuk... sepanjang hari hujan, kekadang renyai, kekadang lebat, kekadang berangin
So kami memang stay in house je lah... 
Sesambil tuh layan si Izzah nak buat munga munga nih... nasib menjadi

Minah munga-munga... yang chomel kikikiki

Sebahagian telekung yang telah disiapkan, opss bukanlah saya yg jahit, tapi di jahit oleh adik saya

Bila balik kampung, seronok memasak sebab banyak mulut yang boleh suap, arituh masak puding roti, memang kejap jer habis,
pastu try plak masak butter cake
perrrgghhh! hangus kui kui
Doriyan punya pasal kek ku hitam legam!
Al kisahnya masa bakar kek ni, hubby ajak pergi cari durian. Walaupun hujan lebat mencurah curah, kat sana musim buah sekarang ni, banyak durian, rambutan n cempedak di jual.

Plan asal nak cari duriyan kat area Tabuan jer, last2 melalut sampai ke Samarahan, depan gate ke Unimas baru jumpa kedai yang kenan di hati.
Balik dari makan durian, oven dah shut off, tapi tengok2 belah atas kek ni masih belum masak betul, maka dengan tanpa fikir panjang, saya pun terus onn balik oven letak api belah atas jer, terus pergi solat.
Apa lagiiii.. hangit satu rumah! Nasib baik MIL cepat sedar dan switch off the oven.

Kawan2...satu soklan nih.. agak2nya kalau kita tukar setting api oven tuh, kena preheat jugak ke terlebih dahulu erks..aiyaaah mokcik ni kureng ilmu membaking ler!

Nasib baik bahagian bawah ok jer... ramai yg kata sedap kuikui.. perahsan dah mokcik nih!

OPss.. nak letak resepilah kat sini, sebagai rujukan diri sendiri di masa depan:

SIMPLE BUTTER CAKE
1 buku mentega (250gm)
5 biji telur
2 1/2 cawan self raising flour diayak
1/2 cawan low fat milk
2 sudu besar susu pekat manis
1 1/4 cawan gula halus
1 sudu besar esen vanilla

#Mentega + Gula di pukul sampai kembang, then masukkan susu pekat manis dan pukul lagi
#Masukkan esen vanilla - pukul sekejap
#Masukkan telur satu persatu - sambil pukul skit2
#Masukkan susu cair & tepung berselang seli sampai habis
#Sediakan bekas membakar, masukkan dalam preheat oven, bakar 1 jam at 150degree, bergantung pada oven jugaklah.

Tengok gambar nih terkenang-kenang ler plak
Sedapnya mee sapi Sepinang Sari a.k.a Haji Salleh
Antara tempat yg wajib pergi kalau balik kampung, trick nak dapat makan cepat dan tak berebut tempat, pergilah time petang, dah pukul 2 or 3 (they close @ 4pm)
Kalau pergi pukul 10 11 or 12 tghari memang for sure lambat dan penuh, kena tunggu turn baru dapat duduk huhuu...
Kalau korang ke Kuching jangan lupa ke Sepinang Sari yer... tak sama rasa dengan mee kolok kat tempat lain.

Oklah setakat ini dulu cerita cuti2 saya ni...
Kekadang terfikir best jugak bercuti ketempat lain selain balik kampung, tapi on 2nd thought, selagi orang tua masih hidup, kena ikhlaskan hati korbankan perasaan ingin bercuti ketempat lain, gantikan dengan menziarahi orang tua dikampung, moga mereka gembira dengan kehadiran kita (alahaiii kalau banyak cuti kan best, balik kampung pun boleh, melancong pun boleh!)

Wassalam

Regards;
 

Isnin, Disember 30, 2013

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

OUT OF STOCK!!
In shaa Allah 3rd printing will be ready by end of January 2014. Kalau berminat boleh email/sms saya, saya akan notify bila stock ready

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi Jumaat yang mulia..
Moga dipermudahkan perjalanan kehidupan seharian kita.
Dah baca surah alKahfi? Kalau belum jom kita hidupkan sunnah Rasulullah ‎.

Pelik tak tajuk kat atas tuh... emm hari ni dalam sejarah kut erks, bukan cerita2 kraft, tapi hari ini nak promo buku anak2

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris 

terbitan Excellent Ideas
Ditulis oleh adik beradik: Kak Aida Dahlia Ahmad & Asnili Marniwati Ahmad (my friend)

(muka depan)
This is 1st printing (merah)
2nd printing warna oren, isi kandungan tetap sama tp dah di perbaiki typo error dalam first printing ni
Yang anda terima nanti adalah 2nd printing (without any typo error)
(belakang)

Apa yang istimewa dengan buku ini?
Actually saya ni taklah pandai nak cerita panjang2 hihi, tapi secara ringkas, ianya dihasilkan oleh seorang ibu untuk anak-anaknya sebagai nota, di bukukan agar boleh di manfaatkan oleh anak2 kita semua.
Sesuai digunakan dipelbagai peringkat umur...
siap dengan terjemahan dalam bahasa Melayu, in which jarang ada buku BI yang ada terjemahan BM kan..
setiap muka suratnya berwarna warni..
Skema jawapan bagi latihan yang fullview...bukan jawapan semata!
so boleh jugak digunakan sebagai nota... express
Anda juga tak rugi sebab... ianya 2 in 1 books

Isi kandungan GRAMMAR
Isi kandungan VOCAB



Untuk pengetahuan, buku ini tidak terdapat di mana2 kedai buku, hanya melalu agen sahaja dan agak terhad. Setakat ini sudah ada cetakan kedua yang terhad, disebabkan sambutan yang menggalakan dari ibu bapa.

Harga buku : RM39.00 (tidak termasuk kos pos) termasuk kos pos sehingga 31/12/2013
Promosi pembelian 3 buah buku dan keatas saya akan bagi percuma kos pos :-)
Kalau berminat nak jadi dealer, dengan pembelian 10 buah buku ke atas, anda layak mendapat harga RM29.00 sebuah (exclude kos pos)

Email saya di my.milakamila@gmail.com kalau berminat ok
Boleh juga whatsapp 019-254 8268 (berkaitan buku shj.)


Regards;

Jumaat, Disember 20, 2013

Minggu-minggu terakhir 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Lama jugak tak update blog kan.. dah hari Jumaat pun.
Terima kasih atas kunjungan, kepada kawan2 baru, yang baru jumpa blog ni saya ucapkan selamat datang, moga blog ni ada manfaatnya kepada anda

Projek jahit yang di siapkan dalam seminggu ni kuikui.. hanyalah satu beg telekung buat Sofea.. (hanya beg, tanpa telekungnya)

Apsal ntah, kureng skit mood menjahit dah akhir2 tahun ni. Mood shopping barang jahit jer... almaklum banyak sale akhir tahun, sana diskaun, sini diskaun, maka bocor ler poket makcik ni

Hari Selasa, kami sekali lagi ke Hulu Langat, ambik Izzah balik dari kem motivasi, Prokids

3 Generasi -ada persamaan tak?
Saya bajet2, tahun depan mesti Izzah ni dah sama tinggi ngan saya kut huhuhu, macam adik kakak ler kitorg hahaha (makcik perahsan muda gitu)

Sajer perhati apa perubahan budak sorang ni bila balik dari kem niii.. emmmm nampaknya dah tak de solat patuk ayam.....
Harituh dia dok cerita pasal Rasulullah... melelah airmatanya, katanya baru tahu Rasulullah sangat sayangkan kita semua (aishhhh selama ini kalau umi cakap, dok kata umi ni membebel kui kui)
Moga membawa perubahan positif buat anak umi... dan moga ianya berkekalan.

Shopping2 akhir tahun, restock kain matching untuk telekung

Berminat untuk tempahan telekung kanak2?



Regards;

Isnin, Disember 16, 2013

My Full Weekend

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Masih lagi school holiday, yeah!
Tengak kawan2 blogger update pasal cuti-cuti Malaysia, terasa macam nak cuti jugak, tapi kemana nak pergi.. dan yang tak bestnya hotel kebanyakannya dah fully booked. Tak pe lah... cuti2 di bulan January je lah yerr... book awal, dapat rege normal price.

Semalam, first time hantar izzah ke kem motivasi.. sedih tau, walaupun dah biasa terpisah sebab Izzah balik kampung, tapi yang ni lain skit, sebab serahkan anak pada orang kan... biasanya dijaga oleh sedara mara sendiri. Kena berdikari plak anak manja umi tuh uhuk uhuk.. nasib baik umi tak tersasul pergi kejutkan subuh tadi hihi

Dan tak lupa.. mak bapak  pun kena dengar ceramah motivasi jugak hihi (erksss termasuk wan dan mak sedaranya sekali-dah join pergi menghantar dia kan)

Saya lupa le plak nak sediakan tisu awal2.. dengar deramah Ustaz Ebit ni tak sah kalau tak nangis huhuhu
Ok sessi ibubapa untuk esok saya akan make sure ada tisu k... :-P

Balik dari Hulu Langat, kami singgah di LSN.. Mega Sale 2.0 ler katanya..
Dalam hati nak angkut CV (coverstitch--alaaa yg jahit double line kat tshirt tuh)
Tapi takde discount pun, rege asal RM1699, setakat dapat voucher jer. Terpaksa plak membeli mende lain dengan voucher RM25X tuh.... adoiii. Saya pun terus tawar hati dan tawar perasaan.. agaknya takde rezeki nak dapat CV portable ni, nak ada rezeki CV industri kut kui kui kui (CV industri 4k++ yerr.. mak fengsan dululah)
Ini je lah hasil tangkapan di LSN, saya beli bobbin case baru untuk mesin industri saya, so that kalau nak guna benang jeans or benang getah, guna backup bobbin case jer, yang original setting jangan di usik, kang serabut kepala.

Tempat letak bobbin Prym tuh plak murah jer, RM7.90 before discount. Oklah kut. Ada yang jenis ada magnet kat tengahnya, mahal skit, tapi rasa mcm nak DIY sendiri, letak pincushion kat tengah tuh (bab verangan memang advance makcik ni kan!)

Sabtu arituh plak for the first time ke Jalan Kenanga, beli borong kain buat telekung. Dapatlah kain yang murah skit dari harga kat Kamdar dan Nagoya... so walaupun harga barangan meningkat, in shaa Allah kami tidak akan menaikkan harga telekung (cuma subsidi  je yang di potong kui kui :-P), but seriously, tiada kenaikan harga. 

Terima kasih tak terhingga kepada kawan2 craft yang banyak berkongsi info pasal shopping di sana. Memang crowded, nasib baik pergi awal pagi, kedai pun baru buka. Sesetengah jenis kain tuh, contoh mcm comb cotton, boleh dapat dengan half price tau.. Market price dalam RM13 per meter, tapi kat situ RM6.50 semeter, but need to take the whole kayu, about 100 meter plus... sekayu dah dekat 700 hengget (mak fengsan awal2 dah!)

Sale akhir tahun punya pasal.. kami ke Cheras, angkut kuda ni..
Seat pun belum pasang kui kui
Normal price bagi kuda ni biasanya dalam 1k jugaklah, tapi kedai ni wat 50% discount sebab pindah, stock clearance pun, dapat dengan harga RM8xx jer... aishhhh ini je lah perhiasan kat rumah saya, selain buku dan majalah yang melambak tuh! ops... additional to mesin jahit jugak hahaha

Ok.. wassalam


Regards;