Pengikut

Khamis, Januari 30, 2014

Happy Thursday.. Happy Holiday

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Salam pagi Khamis yang indah... terasa macam bersemangat datang ofis bila jalan clear... betul2 clean and clear, dah ler keluar rumah lambat (arini anak dara tuh moody semacam).. pergi beli minyak lagi, tapi boleh sampai at 7.50am kat ofis... heavennn

Seronok kan.. this week cuti panjang, 4 hari straight, bagi yang bekerja di FT.
Izzah pun tak sabar2 nak cuti sebab kali ni kami merancang nak ke tempat impian dia.. kemana tuh? jeng jeng... destinasi adalah rahsia :-P

Dari arituh saya dok mencari hi-protein flour, cari di 2 hypermarket tapi tak jumpa jugak
almaklum, BM ku itew dah lama benor termenung, rasa macam rugi plak beli BM mahal2 tapi termenung jer memanjangkan
Tetiba baru teringat, bakery supplies shop ada kat depan rumah jer kuikui.. absent minded betul kan!

Maka... bermulalah projek meroti...erkkkss mempizza
Pizza senang2 jer... 
Pizza kari ayam
Pizza seafood
Pizza sausage simple jer

Yum yum yum... opsssss terasa macam pesta kalori plak...
One slice of pizza +-200 kalo dah... kalau beberapa slice!!! oh fengsan sudah
Jom lupakan chalories count for a while, just eat kiki

Ini cerita malam tadi..
Si anak dara sorang ni dok sibuk nak pakai baju baru untuk majlis maulidurrasul kat sekolah agamanya harini.. maka terpaksa rela ler siapkan baju ni... siap jer terus makcik ni melaram kuikui


Peplum in d'hauz lagiii
Kali ni buat bertingket2 plak.. Jangan tak caya... lining baju ni saya guna cotton lycra jer kikiki.
Moga anak umi ni gembira ler yerrr....

Till another story...

Jom dengar Syarah AlHikam Ustaz Zulkifli

Happy Holiday kawan2
Regards;
 

Rabu, Januari 29, 2014

Suka suki jahit..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

mood jahit saya ke laut.. tangkap ikan dugong kikiki
maka tinggallah mesin2 jahit saya tuh, guna pancing jer lah (mengarut sudah :-P)


Beg untuk BFF Izzah.. sempena hari jadinya, siap ada nama tuh!


Ini plak tempahan dari kawan sepejabat. Opssszz.. bukannn...... setempat kerja tapi tak se ofis :-)..

Dari si suami kepada wifey nyerrr.. a quilted sarung bantal.. so sweet gitu

Honestly skil menyulam saya ni masih di takuk lama, tak berubah, malas punya pasal, mana nak dapat ilmu kan..
Till another story
(Mood tak sabar nak cuti....)

Regards;

Wordless Wednesday ;-)




Regards;

Isnin, Januari 20, 2014

2014 Trip 1 : The Lost World of Tambun

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Projek merealisasikan angan-angan hihi
A short trip to The Lost World of Tambun (LWOT), Ipoh Perak, sempena cuti Thaipusam on Friday, 17-19 January 2014.

Our first time ke Ipoh, Perak, setelah sekian lama. Rasanya last kami ke Ipoh adalah masa Kembara Rakan Muda jelajah semenanjung tahun 2000 kut... dah tak ingat langsung camna bandaraya Ipoh ni.
Friday tuh kami keluar dari rumah dalam kul 10 pagi, singgah menyinggah dulu, shopping Breate Apparel dulu, sebab ada clearance stock.. hihihi makcik tumpang sekaki sebab ada orang tulun bayorkan :-P, hampir pukul 12 baru gerak ke Ipoh.

Dalam perjalanan, kami melencong ke Tronoh sekejap, singgah sebentar menziarahi anak saudara hubby. Lebih pukul 5 baru gerak ke Tambun... ikut GPS je lah kan... 6 petang baru sampai

Here we are....
Saya dah book hotel siap2 last month, bulan December lagi (ehem! cuti-cuti kali ini mak cik plak yang sponsor hotel & tiket :-P), booking online jer pun kat sini 
Kami menginap di the Lost World Hotel (asyik lost jer nih kikiki)
Dapat free entrance untuk Hot spring & Spa at Night for 2 for each night (erks.. dalam gambar tuh kupon breakfast)
Good things is, kupon tuh valid for the date stated or before. So kami stay 2 nite, dapat 4 kupon, gunakan je lah untuk Izzah. Lagi satu tiket balance tuh burned je lah... sama lah dengan breakfast tuh (sapo nak g breakfast sorang2 kan!)

Kami blur blur.. samaada nak pakai baju mandi ataupun just rendam2 kaki jer hihih... Bawa je lah spare baju mandi kan..


Mula2 tuh rasa macam malas nak mandi malam2 ni.. rupanya best sgt berendam dalam air panas
Dalam cave kat bawah ni dah macam sauna, 45 degree tau, tapi tokleh dok lama2, 5 minutes max (eh kerrr 15 minutes erks.. mokcik lupo)


Balik ke hotel dah pukul 10.30 malam, penat weh! terus tido tak sedar diri hihihi

Moh nak citer pasal bilik hotel skit..
Hotel ni walking distance jer dengan themepark, takdelah berbintang2 sangat, tapi oklah. Bilik yang agak besar (walaupun ambik bilik yang paling murah dah ni :-P), basic furniture & fitting, tapi takde fridge yerrrr... hihihi

Second day kami breakfast dan terus masuk themepark... Actually ada 10% discount coupon bagi yang stay kat hotel ni, tapi kami dah beli siap2 online, sama jugaklah, dapat 10% discount.

Compare to other themepark yang pernah saya pergi, Tambun is one of the best sebab ianya mengekalkan alam semulajadi, di celah2 hutan batu.. rasanya bukit batu kapur kut, plus ada hot spring lagi. Kawasan sekeliling pun agak redup dan sejuk.

Boleh jugak tengok bermacam2 haiwan kat Petting Zoo.. boleh bagi makan lagi, dan boleh jugak sentuh2 haiwan tersebut (mesti tension jer haiwan2 tuh kan.. macam2 orang dia jumpa hihihi


Mungkin sebab bukan cuti sekolah, dan musim cuti sekolah pun baru jer berlalu, maka taklah ramai sangat pengunjung, so kalau kat waterpark/amusement park tuh takde lah nak beratur panjang. Boleh naik berkali2 hihi...Izzah yoyo nak naik roller coster, terpaksa ler plak umi temankan, nasib baik biasa2 jer, kalau lah mcm cyclon kat USS tuh, maunyer umi fengsankan diri dulu kikiki
We spent the whole day tau.. 10.15am - 5.45pm hihihi
Balik kebilik kebuluran, 6.30pm kami keluar for dinner outside.. merasa jugaklah nasi vanggey yang glamer kat Ipoh niii.

On the way balik, kami singgah santai di sini...
Taman Rekreasi Gunung Lang
Cantik sangat air terjun tuh dan tak lupa.. tasik yang sangat cantik ini.
Boleh juga nak naik lake cruise at RM3 for adult (RM1.50 for child) kat sini. Tapi kami tak naik pun, singgah kejap je kan..
Oklah.. panjang cerita... sekadar berkongsi syiok sendiri dan rujukan masa depan :-)
Till next trip... cuti-cuti CNY nanti (Izzah dah tak sabar2 tuh!)

Wassalam

Regards;