Pengikut

Jumaat, Mac 28, 2014

BOM#3 March 2014 : 12.5" Double Pinwheel

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Hampir terlupa nak posting pasal BOM bulan ni..
Here you are..
The Double Pinwheel Block

Kali ni tutorial saya tak berapa nak jadi hihihi
Detail tutorial anda boleh tengok disini yerrr 

What we need for 12.5 inch block

Cut Green into HST

Picture untuk potong into 4 triangle takde plak hahhaha... (sebab tuh jadi half tuto jer kuikui)

Then boleh cantumkan seperti dibawah.. make 4 square dan arrange seperti dibawah

My final block yang amat mengecewakan huhuhu


Kecewa dengan pinwheel point tuh, langsung lari kebulan dan bintang hahahha
Jom try jugak.. seronok buat BOM nih sebab boleh improvised our skills in patchwork, boleh cuba banyak pattern sambil belajar
Sampai jumpa lagi
Wassalam


Regards;

Rabu, Mac 19, 2014

Rabu berkata-kata..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم



Kebiasaannya hari Rabu adalah hari tanpa kata2 kan? Ramai yang post Wordless Wednesday pada hari Rabu.

Tapi saya tetap mahu berkata-kata :-))
Berkata-kata pada diri sendiri... 
Terus doakan MH370
Terus doakan kesejahteraan buat mereka, walaupun mereka tidak ku kenali, tapi sebahagian mereka adalah saudara ku jua, saudara seagama.
Moga aku terhindar dari berita2 palsu, fitnah dan prasangka. Di saat ahli keluarga mereka bersedih, ada yang mengambil kesempatan menabur fitnah dan tohmahan. Sedihnya kan....


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

Terjemahan:

  1. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
  2. Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
AlHujurat :12-13

Wassalam...

Regards;
 

Isnin, Mac 17, 2014

Chirp chirp The Quilt

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Lama plak tak update pasal projek jahit menjahit kan
Macam dah close section jer kiki
Opsss beroperasi sembunyi2 jer.. low profile gitu..

Arituh yo yo dok cakap takmo ambik tempahan, tapi bila ada kawan2 yang request, terasa macam susah plak nak tolak.
Bukan apa..  Panel Chirp ni masih ada satu lagi, so alang2... ada yang nak, buat jer lah. Kalau nak pilih2 kain, memang malas plak nak layan kuikui.
Tukang jahit dah masuk fasa malas gitu lerr..

Siap juga akhirnya Quilt for Lil Hadif nih..
At first rasa macam salah pilih warna biru tuh, tapi bila dah siap, rasa macam ok plak..

Ada extra sarung bantal tuh....


Harapnya mommy Hadif berpuashati yerrr..

Tips buat kawan2 yang nak tempah quilt/hasil seni macam ini (bukan specific tempah dengan saya lerrr).... jangan sekali2 buat urgent tempahan. 
Sebab apa ya? 
Sebab ada probability tukang jahit akan focus on 'masa' than the 'creativity'. Kekadang tuh nak match satu2 warna pun berjam2 tengok kain, so kalau nak urgent, hentam karam je lah, yang penting cepat dan dapat tunaikan janji pada customer kan! Do consider that factor too ok.
Opss.. tapi tak tau lah kalau tukang jahit yang dah pro.. mungkin through pengalaman diorg lebih cepat buat decision, and terus dapat the best choice.

Saya sebenarnya enjoy myself sewing baby quilt camni, tapi mungkin sebab this is my hobby, saya agak terganggu kalau ada interruption dari customer.. contohnya asyik2 tanya bila nak siap (mulalah makcik nih shortcut banyak mende.. agak2 cun border 2 layer, jadilah 1 layer wuuhuuu). Atas alasan tuh jugaklah, rasanya saya buka order quilt.. tapi a very small scale. Target 1 bulan 1 quilt jer... dan bukan, tidak sekali kali, urgent order ok.

Till we meet again.. wassalam


Regards;
 

Khamis, Mac 13, 2014

Jom kita istighfar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Di saat kita landa pelbagai ujian, macam2 peristiwa berlaku..

Bermula dengan banjir besar, dan panas yang melampau, sehingga kini masih lagi belum reda dan air di empangan mula kering, catuan air.... 
Kebakaran hutan... jerubu...... dan the latest one, the clueless missing of MH370
Satu demi satu musibah menlanda.. kepada siapa lagi ingin kita mengadu? Tidak lain.. kepada Pencipta Alam ini..

Marilah kita sama-sama hayati ayat surah Nuh 71:10-12


Marilah kita sama-sama mohon keampunan dari Allah, basahkan lidah kita dengan istigfar dan fokus hati dan minda kita untuk memohon keampunan dari Allah atas apa jua kesalahan dan kesilapan kita, samaada yang kita sengaja atau pun tidak.

Moga Allah turunkan hujan dari langit membasahi bumi Malaysia ini, dan turunkan rahmatNya, semoga penumpang MH370 selamat kembali kepangkuan keluarga mereka. 

Regards;