Pengikut

Jumaat, Mac 31, 2017

Alkisah sebuah rumah

Assalamualaikum..

Cerita masa balik kampong arituh..
Alkisahnya encik laling nak mencari rumah di kampong halaman, (rumah dah ada, tapi nak tambah rumah yg besar skitlah)

So sesaja lah survey rumah yang mana available for sale.
Inilah satu2nya yang kami pergi tengok sebab tuannya available..

Besar kan.... kalau rumah kat KL ni payah nak jumpa dah, double storey semi-D

 
Dah siap2 extend kat tepi... kiranya kalaulah saya ada rumah camni, memang kat tepi tuh jadi bilik jahit yang sangat best.. dah boleh jadi macam kedai mini plak kikiki, sebab boleh masuk direct tanpa lalu ruang tamu


Tapi ini di sana.... bukan di KL..
Entah bila nak balik kesana..

Dan saya dok terfikirlah plak... waktu kita muda ni (muda lah sangat kan :P), kita mengimpikan rumah yang besar dan gah. Anak2 pun masih dengan kita, riuh rendah jer. Senang saudara mara datang bertandang..

Dan selalunya, impian ini... kita hanya dapat bila kita dah di akhir usia, dah nak pencen or dah pencen baru extend rumah beriya-iya... sambung sana sini....besar dan cantik

Tapi di kala itu jugaklah... lutut kita dah mula sakit, tenaga pun dah kurang. Rumah yang besar sudahnya menjadi beban, terbeban untuk mengemas dan menguruskannya. Di tika itu jugak lah kita dah kembali berdua, anak2 pun dah ada rumah sendiri.... ini cerita tuan rumah ni sebenarnya, dan dia tengah dalam plan untuk buat rumah kecil jer di kampong. Kendian baru hubby bgtau yang dia nak jual rumah ni selepas kematian isterinya.

Bila memikirkan hal sebegini, saya mula rasa apa yang ada ni dah cukup sebenarnya. Ada rumah yang sederhana besarnya, biarlah sempit sedikit masa sedara-mara datang, bukanlah selalu pun. Dan, kalau bolehnya, bila dah tua nanti, cukup dengan rumah setingkat dan ada sedikit tanah untuk bercucuk-tanam. Tak perlu pun rumah yang besar dan gah. So kensel ler rumah ni... kita cari lain lah plak hihi..

Hihi.. sajer berkongsi cerita....
Kadang apa yang kita rasa baik untuk kita bukanlah yang terbaik...
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Syukur dengan apa yang ada

Wassalam



Regards; mila

Baju yang "EXTENDED" version

Assalamualaikum...

Tema Saving The Earth kita di pagi Jumaat yang indah ini.

Selalu baju dah ketat tuh kita pack and let it go jer kan... tak pun simpan untuk "next"next" adik (kalau ada laaaaaa :P)

Saya dok fikir, emmmm lambatnyer lah nak dapat user baru.. simpan2, lama2 masuk tong sampah plak dah. Baju elok lagi...

Kalau ikutkan baju ni fesyenlah besar ketepi kikiki.. lebarlah maksudnya tuh :P
So memang muat sangat lagi dengan Asfa, cuma singkat jer

So jadilah project extension of baju dan seluar kikiki (orang lain extend rumah kan, kami extend baju je lahhh)

 

Tadaaaa...
Baju tuh pun saya sambung kat bawahnya. senang sangat kerjanya, takyah nak tetas bagai, potong kain, jahit jer.

Bolehlah Asfa pakai 3-4 bulan lagi kut...

Projek jimat cermat untuk alam sekitar... alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang, dan ianya bermula dari diri kita sendiri. Biarlah orang lain kurang kesedaran, tapi kita sedar... sekian iklan dari acik hahaha

Wassalam

Regards; Mila

Selasa, Mac 28, 2017

Perca d'tampal tampal...

Assalamualaikum..
Bersiaran jua, setelah lama menyepi
Harini hari selasa, hari terakhir bulan Jamadil akhir kan... esok dah nak masuk Rejab.
Besarlah pengharapan kita agar bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini.

Cuti sekolah dah pun berlalu..
Seminggu cuti, dari Jumaat malam, kami balik ke Kuching. Ahad malam habis cuti sekolah baru balik ke KL huhuhu... Nasib mak ni tak kerja, senin kita kemas rumah dengan perasaan malas hahaha.. penat masih terasa gitu.

Budak kenit tuh dapat turban baru, hadiah dari Awe.. si kakak plak dapat shawl baru...

Biasa ler.. cerita bilik jahit mestilah ada.
Arituh bila mengemas bilik jahit, "ter"bongkar satu plastic penuh dengan kain flannel kikiki.. perca yang agak besar...
Emmm nak disimpan macam tak cukup tempat je kan..
Nak buat cloth pad mcm malas plak
Akhirnya saya cantum sesuka hati...
Cantum camni kadang ok, kadang fining, sebab kadang terpaksa trim, kadang kain herot, dah fining piker camna nk bagi sama kikiki
 Malas nak buat binding proper... faux binding je lerrr... atas skit taraf dari pillow case binding darjatnya kut kikiki (binding pun ada darjat kerrrr :P)
 Agak besar jugaklah untuk Asfa, tapi mungkin sebab kain flannel, backing plak dengan cotton, so agak panas bagi dia... asal diselimutkan jer pusing, keluar selimut, kalau selimutkan lagi maunya menjerit hahaha.. walaupun matanya tertutup :D)

Ok... sampai jumpa lagi...
Wassalam

Nak tempah telekung? https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/


Regards; mila

Selasa, Mac 14, 2017

Quilted Boxy Bag....

Assalamualaikum....
Gigih menulis di blog kan..
Saya tak rasa puas hati kalau hanya post di FB sebenarnya..
Suka membebel di blog. Lebih kepada macam diary gitu hihi

Perasan tak? Dulu2, suatu masa dulu, meriah di blog, semua org suka ada blog sendiri. Tapi blog ni lebih general, ada yg sembunyi identity sendiri di blog. Then came FB... in which lebih personalized... jarang orang sembunyikan identity diri di FB. Maka blog pun sunyi, dah tak ramai aktif dengan blog, banyak yang dah sunyi tanpa new posting

Then came IG... lebih kepada berkongsi cerita peribadi melalui gambar, kalau malas nak tulis ayat panjang2, post gambar jer org dah tau apa kita buat dan pergi kemana. FB pun dah mula sunyi, yang tinggal otai2 seller jer hihihi.

Agaknya lepas IG, apa lagi erks...

Apapu, saya tetap suka blog, sebab takde restriction on ID, sesapa search n jumpa blog kita, dia boleh masuk dan baca. Ok, kurang privacy dan kurang selamat skitlah kan. But ada pro n cons lah... kat blog kita jarang update LIVE dan bgtau lokasi kita at the moment. Selalunya cerita yang dah lepas

Amboiiii buat karangan media sohsial nampaknya acik pagi nih yer kihkihkih

Cerita skit projek jahit acik..
Kali kedua buat Boxy Bag.. dah agak senang, lg pun quilted, lebih lembut dari guna cotton stabilizer...

 Tengok tuh... budak tuh posing dengan beg baru hihi


 Banyak improvement kena buat ni... boleh cuba lagi nexti time, guna batting tebalkit

Ok sampai jumpa lagi... sekian bebelan acik hihi
Wassalam



Regards; mila