Pengikut

Jumaat, Mac 07, 2014

Kelas SUKASA 01.03.2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Aktiviti last weekend..

Kelas Sulam Kasih Sayang (SUKASA) di restoren Big Brother, Jalan Ipoh
Seronok jugak jumpa dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama. Cuma agak terkilan kerana banyak masa kat kelas Embird sahaja. Bagi kami yang tidak membeli dan takde niat nak beli embird ni....dok menung jer. Adalah skit2 ilmu digitizing kat embird tuh yang mungkin bolehlah apply kat SWA kut.
Cuma dah lepas lunch baru ada skit2 sharing pasal mesin NV950 ni dan menyulam kat belakang in small groups, tapi masa tuh hubby dah datang ler plak. Dah nak balik huhuhu.. sedih tau.
Patutkah daku pergi lagi gather2 camni? Tapi bab jumpa dengan kawan2 yang kenal online jer memang best.. maklumlah sama minatkan.
Apa pun saya tidak menyalahkan penganjur tau, rasanya bagi yang beli embird memang berbaloi ler join kelas nih. Mungkin sebab expectation saya berbeza skit kut.

Cerita lain plak..
Colourful new bag untuk budak yang sangatlah bizinya nih..
Beg pergi tuisyen malam

Kain tuh pilih sendiri tau...
Tuannya memang bizi setiap hari, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam ada tuisyen plak kat sekolah anjuran PIBG, Sabtu plak cikgu2 sekolah buat kelas tambahan fuh!
Kesian jugak saya tengok, tapi nampaknya budak ni takde pun tension... relex jer hahaha.

Oklah.. sekian, wasssalam

Regards;
 

Khamis, Mac 06, 2014

ALQuran dihati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Ya Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat,

Ya Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah),

Yang tak diketahui,

Rezekikan kami membacanya,
Siang dan malam (siang dan malam),
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabb sekalian alam


Beberapa hari ini saya dok layan telinga saya dengan mendengar ceramah Ustaz Dasuki ni.. Adab2 batiniah ketika membaca alQuran, selalu orang cerita adab2 lahiriah kan, kena ada wudhuk, pakaian sopan etc.. Tapi ceramah ini fokus kepada adab dalaman ketika membaca alQuran. Menginsafi diri, banyaknya lagi yang perlu dipelajari dan sedikitnya ilmu yang ada, Rasa syukur sebab ada kesempatan untuk dengar ceramah2 seperti ini walaupun hanya sambil menyiapkan tugasan di ofis.

Playlist ini agak panjang sebab ada 4 ceramah sekaligus.. so kalau sesiapa yang berminat nak tengok, take your time ok. 





Saya tercari-cari tips untuk istiqamah dalam membaca alQuran di internet, banyak jugak, tapi lebih kepada berbentuk ilmiah, means bukan sharing is caring dari empunya diri, just petikan dari kitab or artikel majalah (or saya yang tak jumpa kut erks). Ataupun pembaca alQuran yang tegar ini takut nak share pengalaman mereka kerana takut terjejas keikhlasan hati mereka.

Saya buat simulasi kiraan muka surat Tafsir alQuran (Terjemahan alHidayah dalam bahasa Melayu) yang selalu saya guna, ada 604 muka surat):-


Nampak tak? busuk2 pun kalau kita istiqomah membaca sehari satu mukasurat pun, dalam masa setahun setengah at least akan khatam, plus minus waktu2 yang tak boleh nak baca, at leastlah dalam tempoh 2 tahun akan khatam sekali. Tapi percayalah... kalau kita boleh mulakan dengan sehari satu muka surat, mesti kita akan rasa makin seronok membaca, sampai satu masa, 20 muka surat sehari pun rasa macam sikit dan cepat jer. Macam kata ustaz tuh, kalau lagu Isabella 100 kali ulang mesti rasa nak muntah hijau dah. Tapi, alQuran kalau 100 kali ulang makin rasa best dan makin dekat dihati, semakin hari semakin sayang gituuuu, evergreen sejak lebih dari 1400 tahun yang lampau. 

Sangat rugi kalau kita lupakannya dalam hidup kita seharian... Memang tersangatlah ruginya, dan yang rugi itu sebenarnya adalah saya sendiri... bertahun rasanya saya bazirkan masa, hanya dengan membaca surah Yassin sekali sekala, sedangkan baki umur yang ada makin pendek. Moga Allah ampuni kelalaian saya selama ini. Saya tahu.. kawan-kawan semua mesti lebih baik dari saya kan... 

Satu masalah yang common dikalangan kita adalah masa & tempat untuk membacakan... betul tak? Satu lagi mungkin kekangan adab2 lain seperti berwudhuk, salah satu alasan lah kan. Tapi tahu tak... sebenarnya kalau kita guna Tafsir alQuran or in softcopy dalam phone, tak perlu pun ada wudhuk untuk membacanya. 
Bahkan kalau kita ditempat tertutup seperti dirumah, tak perlulah kita memakai telekung/tudung (erkss ada sesiapa berminat nak tempah telekung kanak-kanak kuikui.. iklan gitu) cukuplah dengan berpakaian sopan. Ini saya dengar dari Ustaz Fazli alYamani di rancangan Tahsinul Ibadah @ikim.fm. Istilah menutup aurat tuh adalah dengan manusia katanya, but apa2 pun kita pakai bersopanlah kan... takan nak pakai spender jer nak baca alQuran, melampau sangat lerr plak kuikui (sila jangan imagine kuikui).

Sebenarnya dimana2 pun kita boleh membaca alQuran, asalkan jangan dalam tandas dah ler kan. Ada ustaz cerita dalam Motivasi Pagi @ikim.fm.. ada sahabat dia hafaz 10 juzuk alQuran semasa berada dalam traffic jem, saya tak ingat tempoh berapa tahun (banyak makan semut nih kut hihi). 
Sekali lagi saya rugi, dulu-dulu time jadi co-pilot jer, saya tidur or menung jer kan. Now dah kena jadi pilot, time ni baru terkedek-kedek, but better late than never kan. OH I LOVE TRAFFIC JAM!!! (sarcastic betul kan haha) 

Selain itu.. antara masa2 yang mungkin agak sesuai:
#Lepas zohor di ofis/surau ofis - solat di awal waktu (pendekkan waktu makan anda!) dan sambung dengan membaca alQuran
#Lepas maghrib/isyak - masak awal skit, so tenang hati nak baca alQuran
#Bangun awal skit, sebelum masuk waktu subuh - lepas witir, baca alQuran sementara tunggu subuh
#Dalam perjalanan jauh spt. dalam flight or dalam bas

Untuk memahami alQuran mungkin memerlukan masa, tapi salah satu cara untuk sedikit2 memahami isinya adalah dengan menggunakan Terjemahan AlQuran, sambil baca, sambil tuh semak maknanya, lama kelamaan kita akan ingat makna ayat terutama yang berulang.

Fuh! panjang benor cerita saya hari ni, hopefully topik ni tak memboringkan anda
Kalaulah kawan-kawan tidak keberatan, bagi yang membaca entry ni, boleh tak share idea macamana anda istiqomah membaca alQuran? Anggaplah kita share ikhlas untuk mebantu orang lain, bukan untuk bermegah-megah... moga Allah pelihara hati kita. 
Dan.. andai ada kesilapan fakta disini, silalah tegur yer

Sekian Wassalam

Regards;
 

Rabu, Mac 05, 2014

Calling for DROPSHIP agent..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Ada sesiapa berminat untuk jadi agen dropship untuk buku ini?
Terutama pada yang telah membelinya, berhasrat untuk promot pada kawan2 tapi tak mau commit beli 10 buah buku.. so anda berpeluang untuk jadi agen dropship sahaja, menarik bukan?


Kalau berminat boleh email saya di my.milakamila@gmail.com



Regards;

"2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Semangat nak menyertai GA plak arini..
Sekian lama tak bagi GA dan jugak tak sertai GA kan..

GA from blog cahayahidupku


Antara blog yang menjadi kunjungan, cari resepilah.. cari tipslah kikiki

Opsss kena tag kawan2 yerr.. saya tag cik azue keraihtanganAzue lah.. sapa lagi erks.. emm cik Suzie jugak.. dannn.. erkssss satu lagi... Zila MamaD lahh
Ikut dan jer pilih nih...

OKlah... selamat ber GA yerr

Wassalam


Regards;