Pengikut

Khamis, Januari 05, 2012

Restock Cloth Pantyliner

Dah lama rasanya tak jahit cloth pad. Fabric2 pink yang dulu pun dah habis, kebetulan ke kedai kain terjumpa corak yang agak cantik, rembatlah semeter dua.

Gigih menjahit sampai 19 keping cloth pantyliner niii hahhaa... 


Bila dah siap terasa sangatlah puas hati

Still at RM8 per piece.. walaupun harga flannel dah naik uhuk uhuk...
Sesapa berminat bolehlah email saya di my.milakamila@gmail.com ok

Semalam plak bila tengok label Tyha yang comel lote kat sini ni, saya jadi excited plak nak buat label sendiri.
Iron on transfer paper tuh saya beli online jer kat Bieha. Nak cari yang offline seller tak jugak jumpa, kalau nak ke Lowyat plak uihhhh idok ler dapat ku gagahkan.

Design ni try sendiri guna Paint jer... Opsss gitulah jugak dengan header saya tuh, memang guna paint jer and buat sendiri. Gambar munga2 n bee tuh ambik je lah kat ClipArt wakakaka.. ala ala DIY n sedikit kedekut nak upah orang bagai kan.

Jeng jeng... inilah dia hasilnya...


Since label ni agak besar dan saya tidak ada grossgrain ribbon yang sesuai, maka kain putih lebihan baju sekolah Izzah ni lah yang jadi mangsa saya. saya potong memajang, lipat mcm bias tape tuh n gosok. then barulah gosok label2 tuh fuh.. jadi jugak akhirnya.

Yang ini saya dah buat lama dah, label untuk kenduri kahwin adik saya nanti. Nak lekat kat doorgift... hehe apakah agaknya doorgift yang saya nak buat itewwww.. tungguuuuu
Simple jer... dah first time buat labelkan....

Emmmm sessi persekolahan dah bermula.. bermakna Izzah dah masuk darjah 4 tahun ini. Disebabkan dia nak jadi budak besar, maka kami (hubby n me) request dia untuk tidur sendiri... means? saya tak perlu temankan dia tidur... tapi.... ada syaratnya. Syarat yang yang sungguh saya SUKA...
"umi kena menjahit kat ruang tengah tuh (luar bilik dia lerr) sampai Ma tidur"
wowiiiii syarat yang sungguh ummi suka. Sebab dia takut kalau keadaan senyap sunyi, so kalau saya menjahit kat luar tuh, dia tahu someone is there. But kalau dah tidur tuh memang takde masalah lah sampai pagi.

Sooo jangan jeles yer kalau aktiviti jahit menjahit saya ni berkembang biak wakakaka... happy nampaknya saya ditahun 2012 nii.
Wokey.. Salam Khamis untuk semua.
Regards;

8 ulasan:

  1. Amboiii banyaknya.sukanya tak payah tidurkan anak....anak saya affan tu kalau bangun je dia pun bangun.errrr x boleh nak gerak.kena la tido ngan dia sekali ...

    BalasPadam
  2. ahahha..syarat yg menguntungkan si umi..

    BalasPadam
  3. Suzie.. dah besar, kena sesuaikan tidur sendirilah kan. Affan masih kecik lagi kan...


    Shieda... Umi Izzah dah melompat keriangan hahhaa

    BalasPadam
  4. dari tadi dok belek gambo tu..camner nak guna ek...heheheehe...selalu main lekat2 jer kalau beli kat kedai....

    BalasPadam
  5. suzie.. refer gambar yg mana satu tuh... hehehe banyak sgt cerita dlm satu posting kan..

    BalasPadam
  6. Saya nampak lebah yang comel tengah menghisap madu disini, nampak manis padanan gambar dan background baru blog mila ni. Wah bestnya...boleh buat sendiri, comel lak tu.Ada tengok tutorial kak bieha pasal buat label sendiri.Tapi I buta IT.Apapon x reti.Nice design le Mila...kaler2.Saya pulak suka yang simple dan earth kaler.Moga 2012 membuatkan kita lebih bersemangat!

    Najmi ngan Naufal jenis bermusim...kalau derang nak tido berdua lam bilik, dia tido...kang kejap2 sorang nak tido ngan abah...sorang lagi nak ngan mama.Terpaksalah teman derang tido sampai nyenyak baru leh bergalih tempat..;)

    BalasPadam
  7. Pandainya kak Mila buat label sendiri. Yati dari dulu nak buat, tak terbuat juga.

    BalasPadam
  8. Cute jer label tu Mila... Lekat elok yea kat grossgrain ribbon? Saya x pernah try lak hehehe...Nanti blh try la...

    BalasPadam

Love your comments...