Pengikut

Isnin, Februari 10, 2014

Edisi bajet...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Weekend baru ni saya dok plan beriya dah nak ke Kuantan, kenduri cousin. Siap plan dalam kepala nak cari keropok sagu kat Tanjung Lumpur... fuh sodap tuh (Mokcik ni tak sedar diri ops tak sedar diet niii hihi)

Tapi erkkkssss
Izzah kata dia ada kelas tambahan plak dah huhuhu..
Padan muka, tak sedar anak nak exam tahun ni, berangan nak berjalan jer kerjanya.

Stay at home pun best jugak sebenarnya, boleh godek2 mesin jahit, berangan nak jahit itu, nak jahit ini... (berangan je lah kerjanya)

Awal tahun arituh saya tak jahitkan baju sekolah baru untuk Izzah, just alter kain jer, bagi labuh. Dah kira2 balik, rupanya ada 4 helai baju jer yang masih boleh digunakan, yang lain dah beyond sambung2 dah hahhaa.. dah besar anak umi ni rupanya.

Then baru2 ni kami pergi carikan baju Puteri Islam yang baru, yang lama masih elok tapi singkat. Dalam hati dok terfikir nak cilok satulah baju sekolah baru untuk Izzah.. tapiiiiii terkujat weih tengok rege baju sekolah budak. Paling murah pun RM19.90 sehelai baju dan kualiti kain yang emmmmmmmmmmmmmm 
Saya dok congak2, kalau dengan RM20 niiii, beli kain yang cantik skit kat kamdar yang harga RM6 semeter tuh, dah boleh dapat 3 meter, boleh dapat 2 helai baju dah tuh huhuhu... (mak otak DIY memang camtuh.. kedekut kuikui)

Disebabkan dah jarang buat baju kurung, saya ni terkedek2 skit... dekat2 nak 1 jam jugaklah nak siapkan baju ni

Tapi buat sehelai je lah, setakat nak cukupkan 5 helai, so kalau lupa nak basuh kain tengah minggu, ada baju boleh cover line hihi..

Leher pun ala kadar je,cari2 lis/biku putih, takde plak dalam simpanan (read:tong jahit :-p). so hentam manual jer lah. Butang pun tak lekatkan lagi kiki. Yang penting kita basuh dulu.

Kain ni saya beli dari nagoya tekstile, RM5.00 semeter. Ambik 1.5meter jer (=RM7.50). atas suggestion salesgirl kat situ, katanya kain baju sekolah (Izzah nak kain polyester, takmo cotton kuikui.. demand!). Mula2 rasa macam ok, tebal. Tapi bila menjahitnya, terasa macam keras skit ler kain ni. Cuma ianya tak susah nak gosok dan tak cepat kedutlah.
Jimat dok? Baju sekolah berharga RM7.50 kuikui 

Jimat! jimat!
Tapi awas, (disclaimer) penjimatan seperti ini hanya applicable to those yg ada mesin jahit dan pandai menjahit, jangan pepandai cakap kat tukang jahit saya nak baju sekolah dengan harga RM7.50, nak ikut price blog saya ni kuikui... abih ler saya, semua kawan2tukang jahit kutuk saya kang (mak takoootttt)...  macam cerita saya dapat kat FB niii


Hahaha.. saya tak kira masa, tenaga, electricity cost and dedication in making it for Izzah

Arituh ada yang tanya, camna saya gunting baju kurung dengan 1.5 meter kain sahaja..
Ok kat sini saya share pelan (uiihhh bukan arkitek jer ada pelan tau huhahaha) pemotongan kain saya..
Jangan lupa gunting kekek dan juga alas leher dari kain yaang tinggal tuh
Perlu di ingat (syarat2nyerrr):-
# lebar kain sekurang2nya 45 inch, 

# bahu baju dalam 14 - 16 inci, formulanya bahu@2+(pesak atas+pesak bawah)@2=45inch (Kalau korang tak faham, buat2 je lah faham yer kuikui-but kalau really nak tau just ask me)

# bahu di cantum sebelah atas. Setakat ini takde masalah kalau nak buat baju kurung saya sendiri dengan 1.5 meter kain.

# bukan corak kain berkaki (mesti corak sekata)

Oklah.. last sekali nak sahre gambor kat dapaur plak :-P

Asal dok rumah jer.. mesti menu makan ikut sedap tekak, diet mokcik ler jadi mangsa
Wassalam


Regards;
 

12 ulasan:

  1. as salaam mila...
    waaa da wajah baru blog ni.. da lama tak jenguk.. sibuk memanjang..
    Mila, minta izin nak copy paste cerita pasal handmade tu ya... utk peringatan pada diri dan yg lain.. almaklum.. sy ni byk buat bebenda.. bila letak harga.. banyak unsur 'kesian' nak letak harga mahal.. sedangkan kena letak berdasarkan tenaga + creativity + masa kita jugak ( selalu kena 'marah' ngan suami kita tau...sobs sobs..)
    anyway.. tq ya... men'sharing' ..muah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama jugak tak nampak update dari umi eca... bizi yerrrr
      silakanlah copy paste citer tuh... memang betul tuh, harga handmade ni sepatutnya factor in everything, saya pun selalunya kekadang rasa kesian nak charge mahal2 tapi mengenangkan ianya akan effect crafter lain yg mungkin fulltime, kena consider semua sudut

      Padam
  2. 1 jam je jahit baju? pergh... ;)
    keropok sagu tu sedap ek.. iskk iskk.. x pernah makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uihhh 1 jam tuh kalau orang dah pro boleh siap sepasang baju dewasa tau, ini setakat baju budak sehelai kuikui...

      sedap keropok sagu.. akak suka. pastu ada kedai tuh boleh minum dengan air jagung yum yum

      Padam
  3. Saya beli baju sekolah kat pasar raya mu kat kajang. Sepsg baju budak laki dalam rm25 kot. Baju melayu pun. Tapi kalau beli canggih ke ha mmg pengsan. Untuk anak2 dara saya mmg jahit sendiri. Kalau beli siap nak oter sana oter sini. Malas. Kalau jahit sendiri elok2 je kat badan. Lepas semua bantai mesin tak ada sembat2 nya. Tahan lasak , boleh masuk mesin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru tau... baju siap kena alter2 erks... tak pernah beli, so tak tau hihihi
      saya pun semua bantai ngan mesin jer... tak risau tertetas ke apa kan. Selalunya baju ni saya buat besar/labuh skit lengan n badannya.. kalau singkat buka jer jahitannya,

      Padam
  4. Buat masa inilah kakak memang lebih selesa jahit baju kurung sendiri tak kiralah pesak gantung ke pesak berkekek empat segi. Anak-anak semua dah besar kalau upah kira ajelah Mila. Rugi... bayar upah boleh beli dua-tiga pasang kain lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju dengan akak, now upah dah makin mahal, kalau ada skil & ada modalnya (mesin+alat2 jahit etc) better jahit sendiri jer, puas hati.

      Padam
  5. Yati pun rasa lebih jimat kalau dapat jahit sendiri baju kurung ni. Cuma masalahnya, tak reti. Hehe.. waduh, bila nak cuba belajor buat juga ni. :)

    BalasPadam
  6. Klu la pandai menjahit.... Huhu..! :(

    BalasPadam

Love your comments...