Pengikut

Isnin, April 07, 2014

Dalam Kenangan...

Assalamualaikum...

Rajin plak nak posting-posting cerita kat blog hari ni erks... last week sibuk memanjang.

Ini cerita tentang MALAS
Saya patut labelkan sebagai rezeki disebalik kemalasan

OPssss bukan rezeki dapat mesin baru tau..

Mesin ni kami (saya dan adik saya) dah putuskan untuk dijual. Sebelum tuh kami dok pikir2 nak servis dulu, almaklum mesin dah lama, walaupun takde apa2 masalah, tapi adalah lebih baik diservis dulu, supaya tidaklah menjual besi buruk plak kan.
Dah diservis pada bulan Disember 2013, dan disitulah duduknya mesin nih kikiki


Dari sehari ke sehari, saya dok terfikir nak ambik gambar dan post kat blog, kut2 ada sesiapa yang berminat. Terutama bagi nak guna mesin simple2, takat nak menjahit sekali sekala


Dan entah macamana.. pagi Jumaat minggu lepas saya ambik gambar ni..


Siap zoom in corak jahitan yang ada... hii
Saya plan2 nak jual dengan harga RM150-RM200 jerrr

Dan nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas, masa rehat, saya dah pun transfer gambar ke PC utk post kat blog, tapi entah macamana, sibuk jugak nak buka FB, dan terjumpa posting seorang rakan yang nak buat kelas amal di sebuah rumah anak yatim, yang perlukan mesin portable terpakai.
Dan dan tuh jugak dapat ilham, why not bagi free je lah... hahaha

Tujuan bercerita ini bukanlah nak menunjukkan diri pemurah sangat sebenarnya, yang disedekahkan pun bukanlah barang bagus sgt pun kan, tapi sekadar berkongsi, cantiknya perancangan Allah. Saya pun tak taulah kenapa it takes 4 months, untuk saya ambik gambar mesin jahit ini untuk menjualnya.. I have no reason for being soooo lazy. Kekadang plak rasa macam sayang nak jual, kut2 ada adik2 yang nak pakai... kejap2 rasa nak angkut bawa balik ke Kuching untuk senang menjahit disana.

Oh baru tahu, sebenarnya ianya adalah rezeki orang lain yang mungkin kita tak kenal, dan hanya Allah yang tahu masa yang sesuai untuk mereka memilikinya.
Moga mesin jahit ini terus berkhidmat dengan tuan barunya, moga tiada apa masalah dengan tuan barunya, sama seperti dia berkhidmat dengan kami.

Moga Allah terus rezekikan kami untuk memberi...
 Wassalam

Regards;

4 ulasan:

  1. Dapat buat pahala .......bestkan.

    BalasPadam
  2. mmm puan mila.. kita dah test drive mesin ni hari tu.. OK cun mata jahitan nyer...dan dah bagi tahu dah mcm mana nak operate mesin ni pada tuan baru dia.. cuma bobbin rewinder dia lah tak mo jalan.. pasai pa pun tak tau.. so.. mereka akan wind bobbin pada mesin satu lagi lah before derang jahit guna mesin mila nie...anyway... thanks for you and them yg bagi kita peluang nie kan... alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ TQ cik Azue... nak join sekali tak dapat sbb nak balik kg arituh.
      ker nak kena letak minyak dulu ker, tak sempat plak nak test apa dah sebelum handing over to mizah, sbb sabtu tuh sibuk mengemas... masa servis arituh ok jer di test oleh Simon. Maybe sebab dah lama sgt kut, dah almost 4 months tak buka.. huhu.

      Padam

Love your comments...