Pengikut

Isnin, Disember 29, 2014

BANJIR - Tempahan di tutup

Assalamualaikum semua...

Adalah dimaklumkan saya menutup semua tempahan telekung buat masa ini.
Seperti yang saya maklumkan bahawa telekung2 ini dijahit oleh adik saya di Temerloh. Berikutan banjir besar di Temerloh.... saya pun tak pasti bila boleh siapkan tempahan. Tambahan pula air tengah naik... kalu berterusan, ada kemungkinan stok kain dan mesin jahit pun akan rosak. Pertama kali dalam sejarah hidup saya ni... air naik sampai rumah kami.

Pada yang dah bayar deposit untuk tempahan, saya akan email anda semua untuk refund deposit.

Harap kawan2 semua faham dengan situasi kami sekarang. Insyaallah kami akan buka kembali tempahan bila keadaan dah pulih seperti biasa.

Doakan famili saya dan saudara mara sahabat handai di Temerloh dipermudahkan urusan dan selamay semuanya.
Terima kasih
Wassalam

Rabu, Disember 03, 2014

Welcome on board 28.11.2014

Assalamualaikum kawan kawan...

Lamanya tak update blog kan...

Bizi dengan kehadiran ahli baru
Walaupun dilahirkan premature at 34 weeks... alhamdulillah. .. baby sihat dan boleh balik rumah. Syukur sangat. Nanti2 kita citer lg k.
Wassalam